Pages

May 16, 2026

Grilled Chicken | Bolognese To go

Selepas hantar anak² ke sekolah, terfikir tentang makanan Tinggi protin, lihat peti sejuk ada Ayam chicken chop tu. Nak goreng macam tak nak guna minyak banyak, so jadilah Ayam panggang atas pan. Juga masak Bolognese To go pada petangnya

Semasa di jalanraya, sempat ambil gambar bas Dua tingkat, teruja ja walau dah lihat beribu Kali. Belum pernah naik lagi, tapi pernah naik di singapura Dan Penang yang bas hop on tu.

Masak Ayam yang mudah ja, marinate dengan lada hitam, garam, herba itali, minyak zaitun.

Di atas pan, letak sesudu minyak Dan sesudu marjerin. Letak ayam masa pan tak panas lagi. Biar 15 minit, alih, 15 minit kut lagi alih, pastu angkat


Untuk kuah pulak masukkan black pepper life, guna minyak Ayam tadi, bawang merah sebab tak da bawanghollah,masuk bawang putih, hiris besar sebab buat makanan side jugak, tomato ceri, susu, tepung untuk pekat kan tu saya letak tepung bestari,  naik seri naik rasa la, macam magic sedap dia.

Lepas ambil adik, terus ke pasaraya, nak beli cat food je pun hehe, beli juga telur, dried yogurt, sebelum tu beli Pisang tepi jalan, buah laici, buah naga. Itu je, tak da gambar pulak, Telefon buat Hal.

Moga semua dipermudahkan urusan dan bahagia selalu. Aameen.


May 13, 2026

Food for muscles | Tiramisu Version

Makanan untuk otot (versi Tiramisu) | Food for muscles


Bulan mei bulan harijadi en suami, saya memikirkan kek apa yang sesuai untuk membina otot.

Fikir punya fikir tercetus dengan yang satu ni ala tiramisu. 


Tertengok juga dalam lemon8 buat kek tinggi protin bakar dalam microwave seminit, boleh cuba pada masa hadapan.

Di pagi hari mesti singgah ambil suasana luar. 



Suka juga ambil sudut dalam rumah tapi macam tak sabar nak buat kek berkrim ni.



Sikit je bahanya.



Masuk rumah, oops sebelum tu bersihkan kereta dulu, tah la ada pulak tisu terselit sana sini. Ok lega bila dah buang.

Sebelum keluar, kucing jiran datang dah bagi makan.




Syukur ada pisang, kalau tidah nak rebus apple sampai empuk.



Potong nipis pisang sebiji. Ada bijirin strawberri adik punya, dia tak makan lagi oat ke muesli tu. Saya tuang bijirin dalam mangkuk bersaiz sedang

Atur pisang atasnya, tuang susu paras pisang.


Cedok yogurt 3 sudu besar, sapu rata atas pisang, tabur serbuk koko. Kebetulan ada coklat beryls tu, letak sebiji ala bakeri, cantik. 


Apa lagi takkan tengok je kan. Terus duduk makan:) sedap. Manis pisang, lemak susu yogurt, bijirin lembut macam kek. Jom try :)




May 12, 2026

Snek bina otot | Protein Snack to build muscles

Pagi yang indah, berhenti snap gambar sinar mentari pagi, menapak di laluan rumput.





Lihat longgokkan daun kering di penjuru kampung. Teragak-agak nak bungkus dalam plastik hitam buang di hari lori sampah organik datang.



Ok teringat nak buat snek berprotin simple, bahan dah ada, cuma nak tambah naik rasa.

Masuk rumah lalu tepi ruang tamu, pusing balik, buka pintu, keluar hala ke pokok daun kari. Petik 3 tangkai.



Lihat suasana, teringin nak sapu daun kering, tapi perlu bersarapan dulu. Nanti² la hal luar..

Langkah masuk, buka bidai depan. Terus ke dapur, letak dedaun kari atas meja. 


Capai sebungkus kekacang. Tuang dalam pinggan, basuh. 

Pasang periuk tekanan tinggi, masukkan kekacang kuda, masuk daun kari yang telah di basuh. 

Tadah air, masuk air ke dalam periuk biar air tinggi dari kacang. Tekan 30 minit. 


Semasa menunggu kacang masak, kebetulan saya ada kelas mengaji, naik atas mula mengaji dalam google meet. 


Seusai kelas berakhir, terus ke dapur, buka tudung periuk, sudu sedikit kacang, masuk ke mulut beberapa biji, masih keras sedikit, ya la patut rendam dulu kan sebelum rebus. Masuk kacang balik ke periuk. Tekan 20 minit. 




Sementara tu siapkan sarapan, perut dah berkeroncong. Ada sup ayam sayur brussel sprout.  Blend sup dalam blender untuk jadi sup berkrim. Hirup dengan sekeping roti. Syukur sarapan sederhana penuh makna, ada rempah, ada herba dan yang penting ada protin. 






Selesai mengenyang Alhamdulillah. 






kauk semua kacang yang masak lembut pindah dalam bekas kaca untuk di simpan. 





Tak sabar nak kunyah lepas petang² nanti. 
Perjalanan berprotin diteruskan in syaa Allah.



Makanan bina otot | Food to build muscles

Sekembali dari menghantar anak-anak ke sekolah, saya keluar kereta menuju ke rumah. Buka Pagar kerana ia berkunci walau keluar sekejap.  



Semasa menapak lihat bunga tecoma yang kurang bertaburan depan rumah. Terus memetrhati sekeliling. Sunyi pulak di seberang jalan biasanya ramai Jiran berjalan laju senam brisk walk di keliling taman.

Buka Pagar, melangkah masuk, rimas juga melihat rumput ruang masuk tumbuh panjang sejak kerap hujan beberapa hari ni.

Masuk dalam rumah, terus ke dapur keluarkan buah avocado, telur kotak susu yang Masih berat. Kekadang tu, kotak susu sudah ringan, ada la tu individu yang enggan buang kotaknya tapi letak di dalam peti ais juga.


Basuh telur, pecahkan dalam mangkuk, tuang susu sedikit, hancurkan telur dengan garfu. Panaskan pan, tuang minyak sesudu, masuk telur yang telah dikacau hancurkan bersama dengan sedikit garam Dan lada hitam. Psntas saya kacau telur kerana mahukan telur tak terlalu masak. Angkat telur masak hancur, masuk ke pinggan.


Basuh avocado, Potong Dua, korek isi avocado separuh letak tepi telur. Baru teringat ada tomato ceri, 




Potong sedang nipis, masak atas pan dengan sedikit minyak hingga berkaramel, letak atas telur.




Sajian sarapan mudah berprotin siap untuk dijamah, tapi air panas belum bancuh.



Keluarkan mug, panaskan    air dalam cerek letrik, masuk sesudu serbuk Koko, Dua sudu susu tepung. Tuang air panas hampir penuh mug. Siap, cuma nak tuang air zam zam segelas kecil. Sempurnalah sarapan hari ni.



October 30, 2025

Carrot Susu Penuh Protin




Assalamualaikum semua❤️ Alhamdulillah bancuhan minuman air eSpring (link di bawah) dan serbuk protin, dengan carrot. 


carrot susu.🥕✨

Bahan² bancuhan  250ml espring +

1 carot saiz sedehana (blend)  +

2 sudu serbuk protin dlm

250ml espring🥕🥛


menyegarkan 👀




Protein



eSpring




April 19, 2025

Mewarna di hari hujan | Coloring on a rainy day

 




Mewarna di hari hujan. Beli produk kanvas ini di pasaraya Pyramid, berharga RM22 dan juga beli bersama penyandang lukisan kayu yang berharga RM10.


Ruang mewarnanya sangat kecil dan halus, kod2 nombor warna terlalu samar untuk mata mama, tapi boleh gagah juga macamanapun. 


Tetap duduk kusyuk mewarna sambil berselawat. Rasa makin susah lukisan ini berbanding yang lepas, mudah dan tenang tonanya.


Mama teringin dan masih mengidam saiz lukisan yang lebih besar dan penyandang yang lebih tinggi. Inshaa Allah di kemudian hari :)


Colouring on a rainy day. Bought the canvas product at Pyramid mall at the price of RM22, also not to forget the wooden stand, paid RM10 for it.


The coloring space is small and tiny, the coloring number codes is too blurry for mama's eyes, but I managed somehow.


Still sitting focused on coloring while recite solawat. Felt it's getting harder with this painting comparing to the previous one, easier and calming tone.


Mama dreamt and still craving for the bigger size painting and a taller painting stand. Godwilling  in the near future :)



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin