Rabu, 3 Disember 2025

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Besi Berani

Kau macam besi berani, asyik nak berkepit sepanjang masa.


Selasa, 2 Disember 2025

0 Buasir Otak TV: Arnab comel makan bendi be like

Comelnya arnab tengah makan bendi.


Isnin, 1 Disember 2025

0 Buasir Otak TV: Haiwan apa yang akan datang be like

Bila budak tanya teka teki haiwan apa yang akan datang? Jom tonton animasi ini.


0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Bukan Kita

Ini tak seharusnya kita.


Ahad, 30 November 2025

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Satelit Hilang

Aku bagai satelit hilang, hanyut dan terus hanyut.


0 Novel Sang Gagalis: Bab 22 (Epilog) - Majlis Konvokesyen

Sang Gagalis

"Setiap orang pernah gagal. Tapi tak semua berani bercerita tentangnya"

Bab 22 (Epilog) - Majlis Konvokesyen


Beberapa bulan telah berlalu.

Masa bergerak tanpa sempat sesiapa menoleh ke belakang.

Langit Skudai pagi itu biru bersih, dan kawasan Universiti Teknologi Malaysia penuh dengan bunga konvo, kamera dan senyuman.

Bo berdiri di tepi dataran Dewan Sultan Iskandar, memerhati lautan jubah biru gelap yang keluar dari dewan satu demi satu.

Bunyi muzik gamelan bercampur sorakan ibu bapa.

Hari itu adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar, Majlis Konvokesyen UTM.


0 Buasir Otak TV: Roblox - Lawan tembak Sniper Duels LIVE

Jom lawan tembak sniper dalam game Roblox SNIPER DUELS Jom tonton animasi ini.


Sabtu, 29 November 2025

0 Novel Sang Gagalis: Bab 21 - Dan Akhirnya

Sang Gagalis

"Setiap orang pernah gagal. Tapi tak semua berani bercerita tentangnya"

Bab 21 - Dan Akhirnya


Seminggu sudah berlalu sejak pertemuan di kafe bersama Amir dan Amirah, seminggu yang terasa panjang, penuh pertimbangan.

Bo masih teringat kata-kata Amirah: “Kadang peluang kedua bukan untuk dia, tapi untuk kau sendiri.”

Dan malam itu, sambil memandang bintang dari jendela bilik sewanya, Bo tahu dia perlu buat sesuatu.
Bukan lagi menunggu tanda dari langit, bukan lagi meneka jawapan dalam hati, tapi menamatkan persoalan yang selama ini membeban dirinya.


0 Buasir Otak TV: Geng SMK Episod 3 - Makanan kantin mahal

Bila Apan pening nak beli makanan kantin yang mahal atau murah. Jom tonton animasi ini.


Jumaat, 28 November 2025

0 Novel Sang Gagalis: Bab 20 - Peluang Kedua

Sang Gagalis

"Setiap orang pernah gagal. Tapi tak semua berani bercerita tentangnya"

Bab 20 - Peluang Kedua


Keesokan harinya, selepas kelas petang Cryptography, Bo melangkah perlahan ke kafe Arked Meranti.
Hujan baru berhenti, jalan kampus masih basah, dan langit berwarna jingga keemasan, bayangan matahari senja memantul di lopak air.

Dia sempat tengok bayangan dirinya di permukaan lopak itu.

Lesu, tapi masih bernafas.

Di satu sudut kafe, Amir dan Amirah sudah duduk, dua manusia yang sejak dulu jadi tempat Bo berpaut bila hidupnya goyah.

Amirah tengah sibuk mengacau air milo aisnya dengan straw, sementara Amir tekun skrol telefon.