19 Oct 2025

Kopi Uungu, Kopi Buat Sendiri

Assalammualaikum readers


Kopi Uungu, Kopi Buat Sendiri | Owner yang buat kopi ni adik kepada blogger Miamor Zafirah, lebih kurang macam kawan, Ika. Apa yang sama kedua-duanya rnd resepi sendiri dan jual makanan/minuman homemade menerusi kawan-kawan.




Dah ada SSM sendiri tapi bukan mudah ya nak kekal berniaga dari rumah. Kadang on off sebab ada kerja hakiki lain. Nina nampak Zaf (panggilan untuk Zafirah) promote di WhatsApp terus rasa nak cuba. Owner duduk di Ipoh, weekend baru balik Penang, barulah dapat cod ke rumah.


Boleh follow di IG, ada no fon



Nina order 2 jenis Kopi bestseller, Pistachio dan Spanish latte. Alhamdulillah sedap, pekat dan lain dari sikit dari jenama kopi sedia ada. Pistachio rasa lemak-lemak kacang dan Spanish pahit sikit, tak sama macam Spanish latte Zus Coffee 🫰🏻 Apa yang best, simpan dalam fridge dan esoknya rasa masih kekal sama, masih pekat rasa kopinya. Mak lurveeee... sapa area Ipoh nak cuba boleh komen, nanti Nina bagi contact no okay? 

22 Jun 2025

Cafe Amazon, Sunway Carnival Mall

Assalammualaikum readers


Cafe Amazon, Sunway Carnival Mall | Bagi yang belum tahu, Cafe Amazon berasal dari Thailand. Sebelum dibuka di Malaysia, mestilah terpaksa menikmati kopi di Hatyai/Dannok 😂 Kalau dulu, wajib lah beli sebab minuman yang limited tapi sekarang tidak lagi.


Iced Chocolate (hubby) - RM 11

Iced White Choc Macchiato - RM 13 (always fav)


Vibes lepak di Cafe Amazon pun rasa lain sebab cafe di sana di tepi-tepi jalan atau highway dan bermotifkan cafe dalam hutan. Nama pun Amazon, kalau di Malaysia tak berapa best sebab semuanya dibuka di dalam mall. Harga untuk 1 cup masih affordable. Jangan convert ke bath sudah.


25 Nov 2024

Salah satu cafe dengan interior duyung


Coffee lovers wajib cuba, setakat ini kopi-kopinya amat sesuai di tekak kecuali hubby, 1st time dia minum kopi Nina, malamnya tak boleh tidoq 😅 Confirm lepas ni dia tak ajak lepak lagi. Kononnya nak merasa vibes Amazon di branch depan Samila Beach tapi tak dapat sebab anak main layang-layang tak nak balik. Di situ situ siap ada monyet lagi.


Yang belum pernah cuba, boleh cuba ya, setanding dengan kopi local. Masih berfikir kenapa kopi Starbucks mahal, guna biji kopi dari langit kah? Nasib dah boikot.

14 May 2024

Sedap Ke Air Chagee?

Assalamualaikum readers


Sedap Ke Air Chagee? | Sempena pembukaan outlet Chagee yang baru di All Season Place, Air Itam, Nina pun tak ketinggalan mencuba sebab packaging air lawa, collaboration bersama Duck. Memang tak pernah beli brand tudung Duck sebab mahal namati 😅 Golongan T20 mampu lah.



Air Chagee ni berasaskan teh dan susu, kalau sejenis tak suka bau teh yang sedikit wangi tu lupakan saja sebab lepas minum teh ni memang wangi sangat. Nasib boleh minum sampai habis. Hanya jual air tanpa makanan ya.



Untuk beginner, Nina cuba dua jenis air iaitu Jasmine Green Milk Tea (RM 13.90-large) dan Peach Oolong Milk Tea (RM 11.90-regular). So far kedua-duanya boleh diterima tekak. Air tak manis sangat, mild sugar. Sesuai untuk orang yang tengah diet. Yang belum pernah cuba silalah cuba. 

26 Mar 2024

Tealive Matcha Smoothie With Cream Cloud

Assalamualaikum readers


Tealive Matcha Smoothie With Cream Cloud | Panjang betul nama air ni 😂 walaupun panjang tapi sedap okay. Boleh repeat lagi sebab menu air ni viral dalam TikTok. Lagi pulak peminat green tea wajib cuba sebab cream cloud tu buat air rasa 'berlemak'. Menu air ni better order terus di kiosk, kalau thru Food Panda tak ada.


Tealive Matcha Smoothie With Cream Cloud - RM 12.74


Kadang orang takut nak cuba matcha ni sebab terpengaruh kononnya rasa macam rumput. Eh bila pulak manusia jadi lembu atay kambing boleh tau rasa sebenar matcha. Bergantung kepada cara air dibancuh, kalau terlebih memang akan rasa pahit tapi air ni bila mixed dengan cream cloud, rasa matcha tu jadi balance.



Carbonara Mac & Cheese - RM 9.34


Next cuba pulak Carbonara Mac & Cheese. Nina beli untuk Harraz tapi dia tak nak makan. Sudahnya mak lah kena habiskan. Macam mana berat tak naik. Sekali sekala boleh lah beli, harga lepas GST dah lain. 

21 Nov 2023

Buttercream Latte By Gigi Coffee

Assalamualaikum readers


Buttercream Latte By Gigi Coffee | Alhamdulillah, misi boikot masih berjalan, selain stabak yang harga yahoodi ada lagi kopi-kopi jenama lain yang lebih shedap dan original made from Malayzee. Pertama kali cuba Gigi Coffee. Order thru apps sebab tak kuasa nak masuk Queensbay Mall (QB) yang parking susah nak dapat.


Buttercream Latte - RM 12 & Chocolate Danish - RM 6


Gigi Coffee antara menu paling laris di pasaran ialah Buttercream Latte. Dalam satu cup boleh nampak kepekatan dan likat cream yang disediakan. Kalau pernah cuba Dalgona Coffee masa PKP, dia pekat macam tu lah lebih kurang. 



Airnya pekat dan sedap! Order kurang ais, air banyak sikit


Rasanya sedap jugak lah. Ada rasa macam caramel, buttery dan pastinya creamy. Bagi Nina tak terasa terlalu manis. Pastikan order kurang ais, kalau tak dapat air sikit saja. Walaupun rasa ketinggalan zaman, janji dah pernah cuba. 

13 Nov 2023

Menu ZUS Coffee Sedap

Assalamualaikum readers


Menu ZUS Coffee Sedap | Cerita minggu lepas tunggu SIL bongsu balik dari UiTM, terus ajak dia, sebab pantang dah lepas 44 hari dan Nina dah lama install apps ZUS Coffee tapi belum redeem "buy 1 free 1" 😊 untuk new user. Lepas order, bayar dan pickup air.



Cheese Creme Strawberry Frappe - RM 14.90 (pilihan Harraz)
Rasa macam minum aiskrim strawberi

Iced Green Tea Latte - RM 17.10
Peminat green tea wajib cuba sebab kurang rasa pahit tapi manis berlemak

Tukar kepada oat milk + Velvet Creme + Whipped Cream & less ice


Dalam apps ZUS Coffee ni boleh customize menu air ikut citarasa sendiri. Nina ikut resepi yang TikTokers share. Alhamdulillah sedap dan kurang manis. Selain pelbagai jenis pilihan air kopi, coklat dan green tea. Nina order spaghetti carbonara (kena tunggu 6 minit untuk panaskan).


Harraz paw kek kat maksu


Summer Berries Cheesecake - RM 13.50
(Sedap rasa kejunya dan terasa biji-biji berries tu)

Spaghetti Carbonara - RM 12.60
(Boleh la makan cuma kurang rasa, macam makanan orang sakit)

Harga selepas redeem



Yang belum pernah cuba ZUS Coffee ni, boleh try sambil collect point. Bila tiba birthday boleh juga dapat air percuma.

13 Oct 2023

Aik Cheong Variety Box

Assalamualaikum readers


Aik Cheong Variety Box | Sale Shopee 10.10 mesti tak lepaskan peluang borong apa yang patut ☺ Salah satunya minuman dari Aik Cheong. Sebelum-sebelum ni tak pernah minum pun tapi lepas rasa matcha terus ter-suka.


Aik Cheong Variety Box - RM 11.90



Produk Aik Cheong ni ada bermacam jenis perisa yang boleh dipilih. Saja beli variety box sebab ada 4 flavour. Setakat ni yang suka matcha dan coklat tapi coklat lagi sedap sebab serbuk banyak dan pekat. Mungkin sebab jenis coklat belgiun indulgence.


Rasa coklatnya lagi sedap dari Milo 3 in 1 - RM 11.90 (12 sachets)



Untuk perisa matcha sedap jugak dan rasa matcha tu tak pahit sangat. Ada rasa berlemak sikit. Yang baru nak berjinak-jinak dengan matcha boleh try beli variety box ni. Berbaloi beli time promosi dan free shipping. Nak beli nanti tunggu next sale 11.11 pulak. Maaflah ter-racun orang 😂


29 Sept 2023

Family Mart : Matcha Vitagen

Assalamualaikum readers


Family Mart : Matcha Vitagen Dan Buttermilk Chicken Katsu Bento Sedap | Sebulan terperam dalam draf sebab gambar dah deleted dalam fon lagi lah lupa. Bila teman hubby pi buat kerja opcos lapar. Tengah malam buta pi KFC depan USM semua makanan habis, nasib ada FM ni.


Matcha Vitagen - RM 5.90



Match Vitagen ni boleh tahan sedap tapi kena minum sebelum ais cair, kalau tak memang air rasa tawar. Gabungan matcha dan vitagen warna putih. Rasa pahit matcha tu dengan manis susu kultur. Rare untuk dicuba. Nasib baik Nina tak sakit perut. 


RM 14.00

Minta staf FM panaskan sebelum makan. Makan panas-panas memang sedap, kalau tak muak sebab kuah buttermilk tu banyak

Buttermilk Chicken Katsu Bento ni ada satu saja dalam rak. Mungkin rezeki Nina dapat makan. Sebelum ni memang cepat sold out. Biasalah di Penang ni semua branch FM ramai dengan orang. Entah apa yang di beli pun tak tau lah. 


Rasa nasi bento ni macam beras Jepun. Comel bentuk nasi dia. Tapi overall ok lah sebab nasi tu blend in match dengan buttermilk. Cepat kenyang, memang tak dapat habiskan. Kalau jumpa jangan lupa try!

26 Sept 2023

Kelebihan Calla Milk Untuk Ibu-Ibu

 Assalamualaikum readers


Kelebihan Calla Milk Untuk Ibu-Ibu | Susu ni antara yang paling suka minum masa pregnant kali kedua ni, sebab sedap! Sesuai untuk ibu mengandung, menyusu dan berpantang. Calla milk ni berasaskan susu kambing dan tak bau hamis kambing langsung. Sedap diminum sejuk-sejuk. Letak ais, nikmat betul! Semua perisa sedap-sedap kecuali cendol, sebab tak pernah cuba dan limited edition.


Calla Milk - RM 49.90 (15 sachet). Boleh beli di Shopee


Seeloknya Calla Milk diamalkan seawal kandungan supaya anak mendapat nutrisi yang cukup sepanjang mengandung. Jangan risau jika ibu mengandung mempunyai masalah kencing manis juga boleh minum. Boleh minum sehari sekali atau sehari dua kali terpulang pagi atau petang.



Calla Milk ni membantu ibu-ibu yang mempunyai masalah :


  • HB rendah
  • Alahan teruk
  • Mual / tak boleh telan susu putih
  • Susu badan kurang & cair
  • Kurang tenaga

Kelebihan Calla Milk :

  • Menaikkan HB
  • Mencantikkan kulit ibu & bayi
  • Mengelakkan jaundis bayi (kecuali ibu berdarah O, anak masih ada jaundice walaupun sedikit)
  • Membekalkan tenaga & mengurangkan alahan
  • Memperbanyakkan & memekatkan susu badan
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka

20 Jul 2023

Ice Blended Green Tea Latte McDonalds

Assalamualaikum readers


Ice Blended Green Tea Latte McDonalds | Bagi peminat green tea atau matcha ni mesti tertunggu-tunggu menu ini dari McDonald's kan macam Nina. Tiap-tiap tahun McD keluarkan menu ni tapi bermusim lah. 




Ice blended green tea McD ada dua jenis saja, satu green tea dan satu lagi green tea latte. Antara dua jenis air ni, lebih suka latte dan warna airnya lebih gelap dari ice blended green tea. Harga dalam RM 13.11




Sedap ke tidak? Of course lah sedap. Rasa green tea yang tak terlalu kuat, mungkin sebab latte kan. Secara jujur lebih suka matcha green tea lagi-lagi perisa aiskrim yang biasa dijual di Family Mart. Selain sedap, aiskrim pun murah. 


4 Jun 2023

Oatly Oat Drink Chocolate

 Assalamualaikum readers


Oatly Oat Drink Chocolate | Jumpa susu ni di 7E depan Malibest Resort masa ke Langkawi haritu. Terus grab sebab jarang jumpa kat Penang. Benda yang sedap, harus berebut dengan Harraz. Dia pun nak rasa jugak! Rupanya brand ini minuman asli berasaskan oatmeal dari Sweden. Untuk pengetahuan, Sweden antara negara Scandinavia dan di Eropah yang tidak menggunakan racun perosak pada tanaman.


Comelkan packaging?


Oatly Oat ni sesuai untuk Vegan dan bebas laktosa dan ada Beta-Gluten yang baik untuk kesihatan. Yang penting termasuk dalam senarai susu vegan yang disahkan halal. Rasa susu ni sedap, tidak terlalu manis dan nice, kaya dengan rasa coklat. Lebih kurang macam minum susu coklat yang low fat.


Straw dari paper ni, memang luncai dikerjakan Harraz


Nasib baik packaging menarik pilihan Nina untuk grab, kalau tak memang tak tahu minuman ni sesuai untuk kanak-kanak. Dah survey, kotak besar nampak orang jual dalam Shopee, di Lotus, Mydin tak nampak lagi brand ni.


18 May 2023

Salted Caramello Chocolate Iced Di Richiamo Coffee Sedap

Assalamualaikum readers


Salted Caramello Chocolate Iced Di Richiamo Coffee Sedap | Kalau ke Richiamo Coffee Sungai Petani mesti beli kopi. Pilihan air di Richiamo Coffee lagi banyak dari Starbucks. Sebenarnya dah tukar selera, sebab asyik rasa gula lebih, dah lah harga mahal. Kami ke Richiamo Coffee Seberang Jaya sebab nak bawa mak tok makan, tengok menu tak ada Fish & Chips. 



Harga : RM 9.90 + whipped cream RM 2.50 = RM 12.40
Rating : 8/10 


Harga makanan dan minuman di Richiamo Coffee ni tak lah mahal sangat. Affordable dan yang penting bumiputra. Layanan pun baik, walaupun kami hanya singgah tengok menu dan order air saja. 



Suka packaging hari raya nampak cantik! Lain dari yang lain, jarang jumpa macam ni.


Nina cuba Salted Caramello Chocolate Iced tambah whipped cream. Tak baca review kat mana-mana pun cuma yakin mesti sedap. Air tak terlalu manis yang overr dan adalah rasa kombinasi salted dan coklat tu. Tak sampai 30 minit, air dah habis. Hehe.. Nanti nak cuba menu lain pulak tapi area pulau ni dah tutup.


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com