APLIKASI INFO GEMPA BUMI DUNIA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Zumal muncul lagi untuk nukilan seterusnya. Dalam tulisan ini Zumal ingin menyatakan kebimbangan tentang gempa bumi di sekitar Malaysia. Sejak tahun lepas Zumal install aplikasi mengesan gerak gempa dunia ni. Aplikasi ini boleh dipercayai sebab selalunya sebelum berita gempa bumi keluar di media Zumal dah tahu lebih dahulu kerana aplikasi ini terlalu pantas mengeluarkan amaran. Mungkin ianya direct dari laman meteorology dunia agaknya. Zumal tidak la bercadang nak melarikan diri ke mana-mana sebab kita tak mampu pun untuk lari dari takdir Ilahi. Aplikasi ini sebagai rujukan dan mungkin bersedia untuk hadapi sebarang kemungkinan. Selain itu di aplikasi ini ianya lebih terperinci. Kita boleh rujuk berapa jarak kawasan gempa dengan tempat tinggal kita. Pukul berapa dan skala gerak gempa juga dinyatakan di aplikasi ini. Zumal lebih kepada minat tentang keadaan geografi dan cuaca sebenarnya. Kalau diikutkan movie berkaitan alam sek...




