MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Salam Ramadhan 1446H

Salam Ramadhan 1446H

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Ramadhan 1446H. Pejam celik pejam celik dah 16 hari kita berpuasa. Dari awal Ramadhan Mrs. A dah membuat percubaan untuk mencoret kisah berpuasa tahun ini tapi tulah asyik gagal sajo huhuuhuu sedihhh! Tapi hari ini macam free sikit so Mrs. A gigihkan diri untuk mencoret sepatah dua kata demi my blog my stori supaya tidak bersawang sangat dan demi readers 😊 eh! over ko Mrs. A oii!

Sehingga Ramadhan ke 14 Mrs. A masih lagi cukup berpuasa setakat hari ini pula dah ada hari yang tak boleh berpuasa. Sehari sebelum berpuasa iaitu pada Sabtu 01032025 yang lalu sempat Mrs.A balik kampung. Sajalah nak ziarah mak Mrs.A dan juga mak-mak sedara dan belikan mereka barang-barang keperluan dapur. Alhamdulillah dapat lunch dan dinner bersama emak ku sayang. Mulanya emak ingat kami nak berpuasa di kampung tapi tulah plannya bukan begitu. Selepas solat maghrib kami gerak pulang ke Seremban daaa... So kekdahnya pada satu Ramadhan tu tetaplah kami berpuasa di rumah sendiri.

Juadah sahur hari pertama tu rendang daging yang di masak oleh sister in-law tapi daging tu Mr. A yang belikan untuk family Jiboi. Ada juga dia belikan daging dan tulang untuk emak Mrs. A tapi emak Mrs. A belum masak lagi daging tu sewaktu kami balik kampung lagipun macam buruk siku pula nak tapau 😃

Salam Ramadhan 1446H.

Ramadhan
Menu berbuka 1 Ramadhan

Oleh sebab 1 Ramadhan bersamaan Ahad cuti hujung minggu kekdahnya Mrs. A pun diminta memasak. Mrs. A masak gulai udang masak lemak bersama kacang dan juga rendang ayam. Menu tambahan yang dibeli oleh Mr. A cencaru sumbat dan kuih onde-onde. Ada juga rendang daging left over sahur.

Dari awal  Ramadhan hingga hari ini masih belum ada berbuka di luar lagi. Adapun pada Sabtu 08032025, 7 Ramadhan berbuka di Jiboi. Kebanyakkan menu waktu tu haruslah sil yang masak provided bahan mentah by Mr. A as usual. Lain-lain menu potluck pun ada. Kaklong bawa gulai ikan parang, Mrs. A bawa pengat ubi, Lala/ Ateh bawa roti john. Family Alang/ Nija datang lambat sebabnya mereka ada program berbuka di Melaka.

Salam Ramadhan 1446H.

Ramadhan
Anak-anak sedara sedang menyendok nasi.

Selepas berbuka masing-masing solat maghrib ikut time sendiri. As for Mrs. A tak sempat join jemaah kekdahnya solat sendirian berhad. Selepas itu baharulah solat isyak berjemaah dan seterusnya solat sunat tarawih pula. Fil yang menjadi imam dia bawa solat tarawih 8 rakaat, 3 rakaat  witir (1+2). Selepas settle solat tarawih tu sambung lepak-lepak dan minum-minum lagi

Ramadhan
Sempat Tokbah bergambar dengan cucunda

Sajalah nak tanya uols! selalu sahur makan apa? Kalau family Mrs. A akan makan nasi walaupun sedikit tapi masing-masing mesti nak jamah nasi juga. Kalau tak makan nasi ketika bersahur macam tak lengkap bersahur tu ngeh! ngeh! ngeh!

Ramadhan
Masa ni pukul 4.30 pagi dia ekor pun sibuk nak bersahur juga😻

Jumaat lepas Mrs. A dan Aryssa bercuti. Aryssa yang planning cuti hari Jumaat 14032025 dan ajak balik kampung sebab nak berbuka dengan nenek katanya. The boys tak balik sekali Along dan Mr. A kerja Adik pula ada tuisyen pagi Sabtu. Petang Jumaat on the way pulang ke kampung tu sempatlah Mrs. A dan Aryssa singgah bazar Ramadhan di Rembau. Inilah kali pertama Mrs. A dan Aryssa ke bazar ramadhan untuk tahun ini. Beli itu ini terbang RM94 terasa macam mahalnyo harga makanan sekarang ini. Kena beli dengan berhemah supaya tak membazir rezeki. Ikut nafsu mahu haru-biru dompet huhuhuu...

Salam Ramadhan 1446H.
Ramadhan
Girls otw balik kampung

Ramadhan
Menu berbuka di kampung 13 Ramadhan. 2 menu masak sendiri.
Pegaga crispy, gulai tempoyak daun, ayam percik, kambing bakar, murtabak,
 kuih popia, mee kari, laksa dan air teh macha hasil tunjuk di bazar Ramadhan Rembau

Ramadhan
Pagi Sabtu ke pekan Lubok China emak minta Mrs. A beli barang basah

Ramadhan
Menu berbuka di kampung 14 Ramadhan

Pada hari Sabtu tu the boys balik juga kampung. Balik semata nak berbuka sahaja malam tu pulang  ke Seremban berkereta-kereta sendiri gittewww... Alhamdulillah tercapai hajat nak berbuka bersama emak dan mak-mak sedara.

Baju raya sedondon family we all tahun ini macam tahun sudah juga ditentukan oleh Mr. A. Punyalah Mrs. A dan anak-anak berdiskusi nak color hitam tapi tulah bapaknya belikan color lain. Dia pegi Jakel sorang buat video call tunjuk kain ni dan tanya berapa meter terus dibelinya. Haish! bersyukur sajalah udah dibelikan. Mrs. A dan anak-anak follow sajo.

Ramadhan
Girls dah selamat tempah di Yimei Tailor. The boys di G.T.C

Lain-lain persiapan raya Mrs. A sederhana sahaja. Kuih-muih beli aje serba sedikit sekadar perlu. Okay itu sahaja yang mampu dicoretkan setakat ini. Semoga ibadah puasa dan amalan kita dilipat gandakan pahala dan diterima oleh Allah SWT. Amin... YRA.






Pra-Ramadhan Potluck

Pra-Ramadhan Potluck

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Pra-Ramadhan Potluck. Haish! dah hampir seminggu Ramadhan  baharu nak up-date kisah pra-Ramadhan potluck. Takpelah better late than never bak kata omputih 😄😄😄 Alhamdulillah pada pagi Khamis 27022025 rezeki Mrs. A dapat turut sama berkongsi rezeki sempena Pra-Ramadhan Potluck. Pra-Ramadhan Potluck ini adalah planning beberapa orang di area cubicle hujung daripada Mrs. A. Sewaktu ditanya nak tak join pra-Ramadhan potlluck tersebut Mrs. A okay saja ON gittewww... 

Actually penganjur potluck ini tak mahu heboh-heboh sangat bimbang menjadi satu bebanan kepada mereka yang tidak berminat. Kekdahnya Pra-Ramadhan Potluck ini hanya yang tahu je tahu #ytjt. Menu-menu terserah nak bawa apa tiada paksaan. Cuba teka Mrs. A bawa apa?😊

Pra-Ramadhan Pot-Luck. 

Potluck
Kamilah yang berusaha itu ✌

Walaupun kami bertujuh sahaja yang membawa menu-menu potluck tersebut tetapi tak sangka pulak begitu meriah rezeki dengan izinNYA. Alhamdulillah dapatlah berkongsi dengan menjemput kakitangan dari cubicle lorong belakang dan cubicle lorong sebelah-menyebelah. Havoc jugalah cubicle organiser pada pagi tu bila ramai tetamu yang sudi datang mengambil potluck we all.

Potluck
Menu berat ada bihun, nasi goreng dan juga spageti.
Menu ringan macam-macam kuih ada dan juga buah-buahan.

Potluck
Busy organiser ngeh! ngeh! ngeh!

Potluck
Jawapannya kek batik dan creampuff 😍

Perasaan Mrs. A pada pagi tu tak sangka begitu banyak menu dan rasa terharu dapat gembirakan rakan-rakan lain yang sudi menjamu selera. Okaylah akhir sekali Mrs. A nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa semoga puasa kita semua diterima oleh Allah SWT.


Bid Farewell To SJA

Bid Farewell To SJA

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Bid Farewell To SJA. Takde ribut takde angin tiba-tiba SJA tender resignation. SJA tu adalah initial name kepada salah seorang eksekutif di department Mrs. A. Nama sebenar beliau, erm...biarlah rahsia 😝😝 Cerita SJA dah tender resignation tu En Bos yang maklumkan Mrs. A. Serius Mrs. A terkejut sangat.

Oh! patutlah ada satu hari tu minggu pertama Februari SJA ada surat nak bagi bos masa tu bos di luar dia minta Mrs. A register tapi surat tu dalam envelope. Kemudian SJA cakap takpelah kita letak sendiri kat meja bos. Mrs. A pun tak syak apa-apa. Esoknya tu bos datang kat tempat Mrs. A katanya SJA resign dah tender dah huhuhuu cuma tak cukup 2 bulan yang sebulan lagi tu company baharu SJA akan bayarkan sebabnya mereka nak guna staff ASAP. 

Alhamdulillah rezeki SJA berpindah ke tempat yang lebih baik InsyaAllah. Kekdahnya pada 13022025 department Mrs. A telah mengadakan farewell lunch di Restoren Casa Lagenda, City Park a.k.a Oriental Restoren S2.

Bid Farewell To SJA.

Farewell
Menu pilihan kami berempat Bos dengan SJA tak tahu pun 😍

Farewell
Free style tunjuk SJA 😝

Farewell
Bos wakil menyampaikan souvenir dari Legal Dept

Farewell
Lagi satu souvenir frame bersama gambar-gambar sepanjang kami bersama

Farewell
Ada potong-potong kek juga

Pada 17022025 adalah hari terakhir SJA datang ke office. Sewaktu dengan itu Mrs. A pulak nak kena bertugas di luar. Alhamdulillah rezeki dapat berjumpa dan bergambar kenangan berdua

Farewell
Ha! nampak tak tu betul-betul depan pintu nak keluar bergambarnya 😊

SJA kata dia pindah tempat kerja sahaja rumah masih di Seremban kalau nak ajak makan-makan boleh saja ngeh! ngeh! ngeh! Semoga SJA bertambah maju jaya di tempat kerja yang baharu. InsyaAllah do keep in touch ya. 😘👌

Pagi esoknya tu bila Mrs. A sampai office kat atas meja Mrs. A ada kotak comel. Bila buka a scented candle. Cantik rasa macam nak makan pun ada hahaaaha...

Farewell
Thank you SJA



Santai-Santai Bowling

Santai-Santai Bowling

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Santai-Santai Bowling. Pada 24012025 yang lalu Mrs. A telah terjebak pulak di dalam santai-santai bowling a.k.a bowling sukahati. Pertandingan bowling ini dianjurkan secara suka rela oleh kakitangan Daerah Port Dickson yang diketuai oleh Pengurus Air Daerah mereka dan dibantu oleh bowlers yang pernah terlibat di dalam SBAM. Tujuannya adalah untuk merapatkan ukhwah sesama rakan sekerja disamping persediaan awal untuk ke SBAM Selangor 2025.

Memang sesiapa yang aktif bersukan di syarikat ini akan kenal dengan Puan Z. Actually Puan Z bukan setakat aktif bersukan sahaja lain-lain aktiviti pun beliau aktif juga. Santai-santai bowling ini penyertaannya adalah terhad kepada sesiapa yang tahu sahaja #ytjt. 😉😉😉 As for Mrs. A mendapat tahu daripada En H salah seorang bowler wakil SBAM dan kami pernah satu group dalam pertandingan bowling [SINI]

Santai-santai bowling ini diadakan di d'Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan. Kenapa dan mengapa di sini tiada pula Mrs. A bertanya, apa yang pasti Mrs. A tak ingat jalan ke situ walaupun dah 2 ke tiga kali ke situ muaahahaaa. Bak kata orang nak seribu daya tak nak seribu dalih so pandai-pandailah adjust lagipun waze kan ada eh! 😇 Sewaktu pergi Mrs.A follow belakang kereta salah seorang ganglunch Gojes dan balik pula Mrs. A follow belakang kereta si N. Meh! Mrs. A share gambar dari phone Mrs. A dulu ya. 

Santai-Santai Bowling. 

Bowling
Sebelum bermula kita bergambar bersama-sama dulu

Bowling
Group 8 hasil dari cabutan undi

Bowling
N 👆
abaikan si photobomb belakang tu

Bowling
Rezeki dapat nombor 5 sahaja daripada 10 group yang bertanding

Santai-Santai Bowling.

Gambar-gambar dari phone Mrs. A tu Aryssa yang tolong snapkan. Aryssa follow Mrs. A ke santai-santai bowling ni sebabnya semenjak 6 Januari 2025 lalu Aryssa dah start internship di Maybank S2. Kekdahnya pergi dan balik setiap hari kerja we both go together-gether gittewww... syukur alhamdulillah dapat tempat internship sekangkang kera aje dari ofis ibu.

Eh! ada iklan pulok! okay sambung untuk santai-santai bowling ini penganjur hadkan kepada 40 orang yang awal sahaja boleh join sebabnya lane di d'Tempat Country Club tu hanya ada 10 sahaja. Setiap group pula terbahagi kepada 4 orang. Cara group dibentuk pula dengan cabutan undi. So tak dapeklah kau nak pilih-pilih siapa ahli group ngko ya Mrs. A hoi! muahahaaahaaa.... 

Cabutan undi diadakan sehari sebelum melalui kaedah online. Tukang cabut undinya adalah Puan Z so masa undian dijalankan we all nonton online melalui googlemeet. Laju aje Puan Z buat kerja tu kami semua yang terlibat pun berpuashati aje. Oh! ya selepas dah tahu ahli group tu Mrs. A adalah cadangkan supaya yang perempuan diberikan handicap. Hurmmm... tapi tulah cadangan Mrs. A tidak dilayan uols! sedih! 😢😢😢 Bukan apa berdasarkan pengalaman Mrs. A sebelum ini kebiasaanya peserta perempuan akan diberikan handicap. Tapi itulah, keputusan muktamad terserah kepada penganjur. Kekdahnya sebab itulah group Mrs. A mampu dapat nombor 5 aje ada dua orang pompuan hokeh! eh! tiberrr...

Okay jom Mrs. A belanja gambar dri group WhatsApp santai-santai bowling. Amaran ✋ jangan muntah gambarnya banyak uols! 

Johan Group dapat medal

Naib Johan Group dapat medal juga

Nombor 3 group pun dapat medal

Nombor 4 group dan ke bawah tiada medal 😝

Nombor 6 group

Nombor 7 group

Nombor 8 group

Nombor 9 group

Gambar group nombor 10 tiada pula di dalam group WhatsApp santai-santai bowling, tak pasti sebab apa. Maybe masa tu photographer volunteer belum bersedia lagi kot. ✌

Santai-Santai Bowling.

Untuk pemenang individu hadiah disediakan sehingga tempat kelima. Ada juga hadiah sesiapa yang mendapat Turkey (3 kali strike berturut-turut).

Individu lelaki No 1

 No 2

No 3

No 4

Pemenang individu No 5 dari group 8 Mrs. A letteww

Pemenang individu wanita No 1

Nombor 2

Eh! Puan Z menang nombor 3

N nombor 4 individu berganda medal dia ha 😍

Nombor 5

Fuh! baru Mrs. A perasan kesemua pemenang individu wanita tu kecuali N datangnya dari Daerah Port Dickson. Tahniah! patutlah depa suka sangat anjurkan games bowling ini sebabnya ya... #sisgurauje

Tak peliklah dia ni a.k.a Tok Rizz memang champion selalu, dapat turkey menang wang tunai

Peserta terpaling ceria menang wang tunai juga.

Finally Mrs. A nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat penganjur iaitu Daerah Port Dickson dalam menganjurkan pertandingan santai-santai bowling ini. Walaupun simple tapi tetap meriah dan berjaya mengumpulkan peminat bowling dari pelbagai daerah.

Tahniah juga diucapkan kepada para pemenang, yang tak menang tu boleh cuba lagi di lain masa 👌

Dah siap post baru Mrs. A perasan sepatutnya watermark tu kredit @nana group WhatsApp santai-santai bowling. Maafkan Mrs. A @nana.


Selamat Pengantin Baharu Teh Zulaikha & Pasangan

Selamat Pengantin Baharu Teh Zulaikha & Pasangan

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Pengantin Baharu Teh Zulaikha & Pasangan. Alhamdulillah pada 5 Januari yang lalu dapat menyantuni majlis perkahwinan officemate iaitu Teh Zulaikha dan pasangannya. Majlis di adakan di Casa Lagenda Convention Centre (CLCC), Jalan Paroi-Senawang. CLCC ini kira dekat aje dengan area rumah Mrs. A. Selalu lalu lalang dan ini adalah pertama kali Mrs. A menjejakakan kaki di CLCC. Mrs. A pergi dengan ditemani oleh Adik dan Aryssa.

Dah boleh agak mesti ramai kawan-kawan SAINS yang hadir. Mrs. A tak janji pun dengan kawan-kawan SAINS yang lain. Kalau jumpa, jumpa ajelah di sana gittewww! nampak tak berlagak sikit sebab tahu tempatnya di mana muahahaaaa... beza dengan [SINI]

Selamat Pengantin Baharu Teh Zulaikha & Pasangan.

Selamat Pengantin Baharu
Sebelum pulang haruslah bergambar bersama perantin 😍

Selamat Pengantin Baharu
Terima kasih Adik dan Aryssa temankan ibu 💝

Selamat Pengantin Baharu
Sementara menunggu Adik ke gents, sempat bergambar di sini

Selamat Pengantin Baharu
Souvenir dari tuan rumah

Dewan CLCC ini agak besar sesuai dan selesa jika menjemput tetamu di dalam jumlah yang ramai. Services caterer pun bagus.  Suasana di dalam dewan pun sejuk aje, air-condnya memang berfungsi dengan baik. Selain daripada station nasi dan lauk-pauk. Ada juga station ice-cream, cendol dan juga kuih-muih.

Terima kasih Teh Zulaikha di atas jemputan. Mrs. A doakan ikatan perkahwinan yang baharu dibina sentiasa sakinah, mawaddah, warahmah.




Selamat Bersara Kak N

Selamat Bersara Kak N

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Bersara Kak N (KN). Satu lagi kisah campak belakang yang agak jauh. Kisah KN dah bersara, last day dia pada 30 Oktober yang lalu huwaaaa waaa 😢😢😢 I feel so sad. Dah hilang seorang bestie tempat berkongsi kisah dan meluah rasa. Kalau ikut tahun lahir tahun 2025 baharulah tahun sebenar KN bersara wajib tetapi KN tak sabar dah! so dia pun bersara awal. 

Actually KN dah bagi hints dia nak bersara awal tu dari tahun lepas lagi. Tapi Mrs. A dan Kak Y selalu pujuk dan cakap kat dia tak nak dengar cerita akak nak bersara awal. Tapi itulah pujukan kami tak berjaya dan KN nekad juga nak bersara pada tahun 2024. KN dah hantar surat perletakkan jawatan dia pada awal tahun 2024, ikut bulan birthday dia tapi bos KN reject diminta hold sehinggalah ada pengganti. Waktu surat perletakkan jawatan dia kena rejected Mrs. A suka ngeh! ngeh! ngeh!

Selamat Bersara Kak N (KN).

Selamat Bersara Kak N
Bergambar kenangan di cubicle KN di hari jamuan persaraan beliau #25102024

Dah hampir 15 tahun mengenali KN ialah sejak Mrs. A join SAINS pada Ogos 2009 KN dah awal lagi bekerja dengan SAINS waktu tu masih di bangunan Wisma Negeri sebelum berpindah ke bangunan sekarang. Banyak sangat kenangan suka dan duka. Kenangan duka tu Mrs. A tak ingat sangat yang Mrs. A ingat banyak kenangan suka dan happy 😍. Banyak event yang kami terlibat, sama-sama bertugas dari zaman Mrs. A free hair sampailah dah berhijab.

Bercerita mengenai jamuan persaraan KN itupun ada drama juga dipermulaannya hahahaaa... Kisahnya orang pertama yang sukarela membuat collection telah merajuk Mrs. A gelarkan dia KA. Itulah gara-gara salah faham dan cakap-cakap pihak yang tak berpuashati dengan menu KA. Kekdahnya ada pihak yang telah take over usaha KA diawalnya itu dan mewujudkan grup whatsapp Jamuan Persaraan KN.

Mrs. A pula serba salah ketika KA ajak tarik diri Mrs. A tak setuju dan terus memujuk dia untuk join aje grup Jamuan Persaraan KN itu lebih mudah dan teratur untuk jamuan yang berskala besar. Tapi KA tetap dengan pendiriannya untuk menarik diri dan tidak mahu terlibat dengan grup Jamuan Persaraan KN yang baharu. Katanya dia akan buat farewell personal dengan KN. Akhirnya hanya dua orang sahaja telah menarik diri dari grup awal, yang lain-lain tanpa mahu mengeruhkan keadaan telah turut menyertai ke grup Jamuan Persaraan KN. 

Actually mereka ini adalah mereka yang rajin menjadi organiser sukarela dan juga yang pernah terlibat sama dalam jamuan persaraan Puan RA dan juga HA. Kekdahnya sebelum Jamuan Persaraan KN tu dua kali ahli grup whatsapp a.k.a AJK Jamuan Persaraan KN telah bermesyuarat. Semua aktiviti ini we all lakukan senyap-senyap tanpa pengetahuan KN ialah nanti kalau KN tahu tak surprise lah kan. 

Mesyuarat pertama tu agenda mencadangkan aturcara, tarikh, menu, tempat dan cenderahati. Mesyuarat kedua pulak agenda pembahagian tugas dan tanggungjawab masing-masing ke atas tugasan yang telah dibahagi-bahagikan. As for Mrs. A diberikan amanah untuk mencari hadiah seutas jam tangan sepertimana yang telah dipersetujui selain itu tugas lain yang semua AJK kena buat adalah menyediakan satu menu untuk jamuan. Mrs. A punya menu adalah kek batik so beli aje dua box settled. Alhamdulillah tugas Mrs. A untuk mencari jam itu lancar aje sebabnya ada dua orang pembantu 😇💪😉

Selamat Bersara Kak N (KN).

Selamat Bersara Kak N (KN).
Bertiga ke Swarovski Mitsui membeli souvenir jam tangan untuk KN

Selamat Bersara Kak N (KN)
Inilah rupa jam tangan yang kami pilih 💝

Tempat jamuan persaraan KN diadakan di rooftop. Tempat ini open dan luas sesuai untuk majlis yang berskala besar dan ramai tetamu. Majlis yang dirancang pada awalnya pukul 9.00 pagi dimulakan lewat sedikit sementara menunggu bos KN iaitu CEO habis meeting dahulu pada pagi tersebut.

Setelah semua berkumpul di rooftop. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, kemudian sepatah dua kata oleh CEO dan juga ucapan daripada KN. Kemudian diikuti dengan pemberian souvenir daripada CEO dan juga SGM wakil dari kakitangan iaitu jam tangan yang Mrs. A ditugaskan membelinya itu 😊

Selamat Bersara Kak N (KN).

Selamat Bersara Kak N (KN).
Bos KN sedang menyampaikan hadiahnya (psssttt... handbag MK)

Selamat Bersara Kak N (KN).
SGM wakil kami menyampaikan jam tangan Swarovski

Selamat Bersara Kak N (KN).
Pulut kuning yang sedap 😋😋😋

Selamat Bersara Kak N (KN).
CEO minta Mrs. A join sekali makan bersama-sama temankan KN actually ada KY jugak tapi masa Mrs.A ajak selfie-selpot ni KY pegi amik makanan ooppss sorry ya KY

Okay jom Mrs. A belanja gambar-gambar semasa hari kejadian.

Selamat Bersara Kak N (KN).

Selamat Bersara Kak N (KN).

Selamat Bersara Kak N (KN).

Selamat Bersara Kak N (KN).

Selamat Bersara Kak N (KN).

Selamat Bersara Kak N (KN).
Selamat bersara KN sayang KN kerana Allah

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Cuaca pada pagi itupun cerah. Cuma di sebelah petang hujan renyai tapi alhamdulillah makanan semua dah dipindahkan ke dalam lobby. Eh! baharu perasan satu gambar makanan pun Mrs. A takde snap hahahaaa...Sebabnya gegambar menu Mrs. A amik video. Okaylah better late then never itu sahaja nak share kisah Selamat Bersara Kak N.






MRS.A my blog my stori ©