MRS.A my blog my stori: Resepi MRS.A my blog my stori: Resepi
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Buat Puding Jagung Resepi Mak Mrs. A

Buat Puding Jagung Resepi Mak Mrs. A

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Buat Puding Jagung Resepi Mak Mrs. A. Resepi ni mintak dari mak Mrs. A tapi Mrs. A olah sikit ikut cara Mrs. A. Resepi ni sangat mudah, buat sekali InSyaAllah terus menjadi. Dalam masa dah sebulan PKP ni dua kali jugaklah Mrs. A dah buat puding jagung. Puding jagung kat rumah Mrs. A ni memang laku keras selalu aje ada requested tapi tulah seketul Mrs. A malas nak layan muahhahaaaa...

Buat Puding Jagung Resepi Mak Mrs. A.

Bahan-bahannya:-

Jagung krim - 1 tin habiskan.
Tepung Custard - 2 cawan
Gula pasir - 2 setengah cawan (kalau tak suka manis sangat boleh kurangkan 2 cawan je cukup)
Santan (sebiji kelapa kata mak Mrs. A) - 1 mangkuk penuh yang saiz bekas nasi
Garam halus - 1 sudu kecil

Puding jagung
Santan tu Mrs. A beli siap so tambah air lagi penuhkan mangkuk tu 
Puding jagung
Cawannya tu lebih kurang macam dalam gambar ni ha gittewww...
Cara menyediakannya:-

Gaulkan kesemua bahan dan terus masakkan di atas api sederhana. Sentiasa kacau jangan tinggalkan kacau dan kacau dan kacau lagi... sehingga pekat berkilat dan meletus-letus gitteww...

puding jagung
Cengginilah rupanya bahan-bahan yang telah digaulkan itu
puding jagung
Kacau sampai jadi rupa macam gambar kat atas ni dah ketat dan berkilat baharulah diangkat dan letakkan dalam acuan
Mrs. A takde acuan yang cantik yang macam bunga matahari tu..... so tuang aje kat dalam bekas empat segi panjang macam kat bawah ni. Kemudian masukkan dalam peti ais kalau nak cepat keras dan cepat dimakanlah. Kalau takde peti ais biar aje kat luar pun boleh nanti dia keras sendiri.

Buat Puding Jagung Resepi Mak Mrs. A.

puding jagung
Akibat terlupa snap sebelum letak dalam peti ais.
Ha! tulah! kan Mrs. A dah kata puding jagung kat rumah Mrs. A ni laku keras tak caya tengok gambar tu. Masa dah siap tu Mrs.  A terus letakkan dalam peti ais. Kemudian naik atas kat bilik mandi-mandi bersiap bila turun semula konon-kononnya nak snap gambar tengok-tengok dah kena ngap daa.... hahhaaa... si Along punya kerja. Takpelah memang buat untuk dimakan pun no big deal.

Okay itu sahaja nak share Buat Puding Jagung Resepi Mak Mrs. A.


Jom sama-sama kita doa pada Allah S.W.T. Wahai makhluk Allah yang bernama Covid 19 jika Engkau tentera Allah yang dikirim untuk membanteras kesombongan di muka bumi ini segerakanlah tugasmu. Izinkan kami untuk menemui bulan Ramadan pada tahun ini dengan tenang dan aman bulan penuh keampunan Ya Robbi pencipta alam semesta. Covid 19 pulanglah ke tempatmu dengan segera sebelum Ramadan 1441H. Pulanglah...




Buat Kuih Kelepong a.k.a Onde-Onde a.k.a Buah Melaka

Buat Kuih Kelepong a.k.a Onde-Onde a.k.a Buah Melaka

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Buat Kuih Kelepong a.k.a Onde-Onde a.k.a Buah Melaka. Mrs. A panggil kuih ni kuih kelepong kalau ikut bahasa daerah Negeri Sembilan kuih kolopong ha gitteww... tapi nama lain kuih ini adalah Onde-onde, Buah Melaka actually ia adalah sejenis kuih yang sama.

Musim PKP ni memang aktiviti paling win seorang Mrs. A adalah memasak kalau nak dikira hari-hari bekerja biasa jarang Mrs. A buat kuih. Itulah salah satu hikmah disebalik PKP kepada seorang Mrs.A eh! tiber.... Ntah hari apa hari tu, tak ingat time tu Aryssa raya puasa ganti buat kuih cornflakes, buat puding jagung dah dua kali, semalam pulak buat kuih paling senang di dunia iaitu kuih kelepong.

Buat Kuih Kelepong a.k.a Onde-Onde a.k.a Buah Melaka cara Mrs. A

Bahan-Bahannya:-

Tepung pulut (yang 500 grams) - guna semua
Tepung beras - 4 sudu besar
Gula kabung/ melaka - potong dadu banyaknya tu agak-agaklah
Inci/ pewarna hijau - satu penutup
Kelapa parut.
Air dan sedikit garam.
Kalau nak wangi guna air daun pandan tapi tak guna sebab takde huhuhu...

Buat kuih kelepong cara Mrs.A
Gula kabung, kelapa parut, tepung pulut, tepung beras
 Cara menyediakan:-

1. Gaulkan tepung pulut dan tepung beras bancuhkan dengan air yang telah dicampurkan dengan sedikit garam tadi, gaul hingga menjadi doh, campurkan juga pewarna hijau sekali. Air tu kena letak sedikit demi sedikit semasa uli tu takut kalau curah sekali banyak! doh jadi lembik. Agak-agak doh tu sudah tidak melekat ditangan bentukkan bulat-bulat dan sumbatkan gula kabung yang dah dipotong dadu.

Buat kuih kelepong cara Mrs. A
Nak buatkan besar mana ikut suka hati je...
2. Sementara tu jangan lupa kena jerang air di dalam periuk biarkan mendidih. 

3. Setelah air mendidih masukkan kuih kelepong yang telah siap dibulatkan tadi. Tunggu sehingga kuih tersebut terapung biarkan untuk beberapa ketika kalau cepat sangat angkat takut inti gula kat dalam tu tak cair lagi.

4. Di dalam pinggan lain ataupun dulang lain letakkan kelapa parut dan gaulkan dengan sedikit garam halus.

5. Kemudian angkat kuih kelepong yang telah terapung tu gunakan penapis letakkan kedalam piring/ dulang kelapa parut tu golek-golekkan dia sehingga disaluti kelapa parut tu.

6.  Ulang proses yang sama step 3, 4 dan 5 sehinggalah tepung yang telah siap diuli habis dimasak.

Buat Kuih Kelepong a.k.a Onde-Onde a.k.a Buah Melaka

Tadaaaa... dah siap untuk dimakan.
Buat kuih kelepong cara Mrs. A
Kuih Kelepong a.k.a Onde-Onde a.k.a Buah Melaka
Okay itu sahaja nak share Buat Kuih Kelepong a.k.a Onde-Onde a.k.a Buah Melaka cara Mrs. A. Mudah ajekan readers kalau nak cuba petang ni pun boleh buat mesti jadi punyalah ngeh! ngeh! ngeh!


Jom sama-sama kita doa pada Allah S.W.T. Wahai makhluk Allah yang bernama Covid 19 jika Engkau tentera Allah yang dikirim untuk membanteras kesombongan di muka bumi ini segerakanlah tugasmu. Izinkan kami untuk menemui bulan Ramadan pada tahun ini dengan tenang dan aman bulan penuh keampunan Ya Robbi pencipta alam semesta. Covid 19 pulanglah ke tempatmu dengan segera sebelum Ramadan 1441H. Pulanglah...




Buat Kuih Gunting

Buat Kuih Gunting

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Buat Kuih Gunting. Last weekend Mrs. A tak ke mana-mana pun sama macam a week before mereput kat rumah. Kalau kat rumah selalunya akan ada aktiviti masak-masak. Saturday Mrs. A yang masak bersama Aryssa dan Sunday pulak Mr. A yang masak bersama Aryssa jugak. Tapi since tajuk buat kuih gunting so kita citer kisah buat kuih guntinglah.

Sunday after lunch tu ntah macam mana Mrs. A tiba-tiba teringin nak buat kuih gunting bila cakap dengan Aryssa dengan Adik depa pun beria la pulak hahahaaa...Mrs. A pun suruh Aryssa calling-calling nenek (mak Mrs. A) mintak resipi kuih gunting. [Itulah bila mak ko buat ko tak salin resepi Mrs. A hoiiii!!! ha padan muka]. Walaupun pakcik google ada tapi Mrs. A nih! memang sejenis suka resepi kuih mak sendiri.

Time Aryssa dan Adik calling-calling nenek depa mintak resepi dan cara buat tu Mrs. A tak dengar pun cause pi buat yang wajib jap. Bila tanya balik haish! depa dua tu boleh pulak tak sepakat itu yang Mrs. A tersilap sikit dan telah durhaka pada resepi Mak Limah huhuhuuu....

Buat Kuih Gunting.

resepi Buat Kuih Gunting
Bahan-bahan untuk buat kuih gunting versi Mak Limah
Kuih gunting versi mak Mrs. A ni simple sangat bahan-bahan nak buatnya itu yang Mrs. A suka tuh!

1. Tepung gandum 1 kg
2. Jintan manis 2 sudu besar nak lebih sikit pun boleh
3. Marjerin 4 sudu besar
4. Garam halus 2 sudu besar nak kurang sikit pun boleh
5. Daun saderi 2 cekak nak kurang pun boleh
6. Air agak-agak

Resepi buar kuih gunting
Campurkan kesemua bahan pastu uli kecuali air masukkan sedikit demi sedikit (garam tu masukkan dalam air)
Mrs. A silap pergi cairkan marjerin tu kalau ikut resepi sebenar mak Mrs. A tak perlu cairkan marjerin, itu yang agaknya bila uli dohnya melekat-lekat kat tangan huhuhuu... tapi takpe kita yang buat dia so adjust ikut common sense bagi tambah tepung sikit. Alhamdulillah mujur lepas tu okay doh tu sesuai untuk dicanai dan digunting.

Adehhh! time nak canai ni haru-biru sedikit baru teringat pencanai takde tertinggal kat rumah lama time pindah dulu tak bawak hahahaaa.... so kekdahnya terpaksalah menggunakan alternative iaitu canai kat atas dulang dengan menggunakan pencanai botol kicap cap kipas udang yang kebetulan ada sebotol yang dah habis mujur tak buang lagi. Jadinya Sunday petang tu kecohlah dapur Mrs. A dengan projek buat kuih gunting tu, si Adik tukang mencanai, Aryssa pulang tukang menggunting Mrs. A pulak tukang guide dan tukang menggoreng.

Buat Kuih Gunting.


Resepi Buat Kuih Gunting
Besar-besar si Aryssa ni gunting
Resepi Buat Kuih Gunting
Alhamdulillah menjadi akhirnya kuih gunting tiba-tiba we all petang tu
1 kg tepung tu dapatlah dalam dua bekas tupperware empat segi yang kurus tunggi botol air tu haish! lupa pulak nak snap gambar. Bila Mrs.A goreng okaylah masaknya cantik kuning bila suruh Aryssa yang goreng rasanya tak payahlah kot jadi hangus sedikit hitam geram aje Mrs. A tengok. Anyway dah habis dah pun kuih gunting tiba-tiba rajin nak buat tu ngeh! ngeh! ngeh! InSyaAllah plan macam nak buat lagi minggu ni nak ikut resepi yang betul-betul macam mak Mrs. A tak mahu durhaka lagi dah. Okay itu sahaja nak share kisah buat kuih gunting.


Cara-cara Buat Kek Sarang Semut Periuk Noxxa

Cara-cara Buat Kek Sarang Semut Periuk Noxxa

Bismillahhirahmannirrahim...


As Salam and greetings to dear readers.

Cara-cara Buat Kek Sarang Semut Periuk Noxxa. Last week Mrs. A dah berkira-kira hendak membuat kek sarang semut, kiraan itu tetiba aje muncul selepas melihat resepi dan gambar yang telah dikongsikan dalam grup WhatsApp. Tak lain dan tak bukan grup WhatsApp Noxxa yang adminnya adalah kawan Mrs. A tempat Mrs. A beli periuk magic tu.

Memula plan nak buat Thursday iaitu sebelah malamnya tu excited betul Aryssa dan adik bila Mrs. A kata malam ni ibu ingat nak buat kek sarang semutlah yea!!!... kata depa, unfortunately telur pulak takde stok. Lorrr... hampa depa takpe malam esok je kita buat. Siangnya itu time lunch hour breaks Mrs. A pun membelilah bahan yang tak cukup tu brown sugar dan soda bikarbonat. Telur dah pesan minta Aryssa beli dengan babah otw balik school hiks!

Tadaaa.....
Alhamdulillah jadi SARANG.
Tapi bukan sarangheyo!, itu i love u.

Cara-cara Buat Kek Sarang Semut Periuk Noxxa
kek-sarang-semut
Kek sarang semut a.k.a kek gula hangus

Kek sarang semut periuk Noxxa. Bahan-bahan untuk gula hangus:-

3/4 cawan gula pasir
* 1/4 cawan gula perang (brown sugar)
1 cawan air
1 1/2 sudu besar mentega
1 sudu besar essence vanilla

* Boleh ganti gula pasir, jadikan 1 cawan gula pasir.

Cara membuat gula hangus:-

1. Masukkan gula pasir dan gula perang di dalam periuk. Gunakan api sederhana dan masak hingga gula cair dan betul-betul mendidih. Gula yang dimasak mestilah pekat, melekit dan gelap sedikit. Kacau selalu.

2. Selepas itu masukkan 1 cawan air sedikit-sedikit dan perlahan. Berhati-hati dengan percikan gula panas. Kacau dan biarkan di atas dapur sehingga mendidih.

3. Kemudian masukkan 1 1/2 sudu besar mentega dan essence vanilla serta kacau lagi sehingga mesra dan mendidih sekali lagi.

4. Tutup api dan alihkan ke bekas lain. Biarkan ia betul-betul sejuk.

Okeh! settle gula hangus. Kemudian, bahan-bahan untuk keknya pula iaitu:-

4 biji telur
1/2 tin susu pekat
* 1 cawan tepung gandum - guna superfine MFM dalam kotak
* 1 sudu teh soda bicarbonate
Bahan * disatukan dan diayak

Cara-cara Buat Kek Sarang Semut Periuk Noxxa
periuk-noxxa
Gambar atas sekali kiri:- setelah telur dan susu digaul sebati masukkan tepung sedikit demi sedikit.
 Gambar atas kanan:- campurkan gula hangus dengan tepung.
Gambar tengah:- Adunan tepung dan gula hangus yang telah digaul sebati  diperap dalam bekas bertutup selama 1 jam.
Gambar kiri bawah:- 1 jam kemudian masukkan adunan dalam periuk magic.
Gambar kanan bawah sedia untuk membuat prosedur piuk magic iaitu choose Steam 20 minit kemudian tekan On. Cap (tombol) pilih steam jugak.

Cara-cara membuat adunan kek:-

1. Masukkan telur dalam mixer dan pukul hingga kembang. [Mrs. A guna hand mixer jer...] Bila telah kembang, masukkan 1/2 tin susu pekat manis dan kacau rata, sebati dan mesra.

2. Selepas itu masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bicarbonate sedikit demi sedikit dan perlahan-lahan di dalam mixer. Gunakan kelajuan minimum.

3. Akhir sekali masukkan gula hangus yang telah sejuk tadi dan juga essence vanilla dan kacau lagi sehingga rata, sebati dan mesra.

4. Bila telah digaul rata, sebati dan mesra tuang dalam bekas bertutup. Kemudian "perap" 1 jam untuk mendapatkan lubang yang cantik.

Resepi ini telah dikongsikan oleh insan yang bernama Rezqie Azzie dalam grup WS yang Mrs. A turut serta. Walaupun Mrs. A dan dia tidak mengenali di antara satu sama lain tapi kami berkongsi minat yang sama.

Okay!!! oleh kerana resepi ini adalah khas untuk pemilik-pemilik periuk Noxxa a.k.a periuk magic aje, jom kita ikuti pula cara-cara mengukus menggunakan periuk magic tu.

1. Gunting kertas minyak ukuran bulat saiz dasar periuk magic. Sapukan sedikit mentega (greasekan) di atas kertas. [Mrs. A guna kertas A4 jer...]

2. Masukkan kertas tersebut di dalam periuk. Tuang bancuhan kek ke atas kertas tadi.

3. Tekan fungsi "Steam" 20 minit dan tekan "On". Tutup periuk dan set "Cap" (tombol) pada steam. Tit..tittt.. Siap. Sejukkan barulah potong.

Actually ini adalah kali pertama Mrs. A membuat kek sarang semut. Sebenarnya selepas siap masak tu Mrs. A pun tak tahu itu jadi ke tidak? Bila keluarkan tu Aryssa dan adik kata eeiii ibu gelilah sebijik macam sarang semut ti kita makan mesti kuar semut nih! Adoyai! anak ibu nih! spoil mood betullah. Tapi bila dimakan elok aje gebu dan sedap cuma kids yang tak pandai menilai kot. Cewah!

Untuk puaskan hati Mrs. A suruh Along & Adik malam tu jugak dan masih panas lagi tu [tak tunggu sejuk dah potong muuahhaaaaaa!!!] hantar sedikit kat neighbour dan jugak kawan Mrs. A yang memang pandai masak dan pakar. Pakar dia nih adalah sehingga tahap menerima tempahan. Ha! pakar tak pakar tu, lu pikir la sendiri. Unfortunately bila Along & Adik balik katanya aunty dah tidur la bu.. uncle yang amik pastu dia cakap fuyyo! kek sarang semut panas lagi..... Along tak sempat cakap dia dah tahu. Ha tu maksudnya jadilah tu uols yang tak tahu. Saja nak pujuk diri sendiri. Tapi yang bestnya tu pepagi Mrs. A WS kawan yang jugak neighbour Mrs.A tu tanya pendapat dia kata sedap, gebu dan bersarang. Betul ke nih! ikhlas tak nih! Iyo tak tipu. yeah! suka sangat. Mrs. A uols.

Semenjak ada periuk magic ni Mrs. A memang agak rajin membaking muahhaaaa... tapi selalunya memang try and error je... bila teringin google aje resepi dan follow resepi yang digoogle tu. Excited bila menjadi tapi pernah jugaklah tak menjadi. Tak menjadi tu lain kali ajelah citer ya

Setelah beberapa kali mencuba resepi google dan try and error ni. Pendapat Mrs. A adalah kita kena ikut sebijik demi sebijik apa yang resepi tu ajarkan. Contoh macam kek sarang semut ni resepi kata guna tepung superfine MFM dalam kotak kekdahnya gunalah tepung tu janganlah tunjuk pandai guna tepung bluekey pulak. Coz ko tu bukannya chef pakar yang boleh adjust-adjust dan mampu berfikir diluar kotak dalam bidang membaking nih! muuuahhhaaaa [peringatan untuk diri sendiri].

Terima kasih juga buat kawan Mrs. A yang memperkenalkan periuk magic ni dan kredit sekali lagi buat Rezqie Azzie. Yeah! I love my periuk magic Noxxa.


Periuk Magic Noxxa

Periuk Magic Noxxa

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Periuk Magic Noxxa hah! apa tuh??? Ngeh!ngeh!ngeh! ianya adalah sejenis periuk elektrik a.k.a pressure cooker kenapa panggil magic hurmmm mungkin sebab dia boleh memasak dalam waktu yang cepat kot. Oleh kerana kagum dengan magicnya tu Mrs. A pun telah tangkap satu uols... lagipun yang jualnya tu kawan Mrs. A boleh gaklah tolong bisnes kengkawan. Lagi satu yang best kawan Mrs. A ni sediakan khidmat nasihat selepas pembelian. Kiranya dia tak abaikan kita terkontang-kanting tak tahu camne nak guna. Bebila jer.. time kita nak masak tu leh calling-calling or whatsapp dia.

Al-kisahnya last Saturday Mrs. A telah mendapatkan khidmat demonstration periuk magic noxxa. Mrs. A salute betullah dengan kawan Mrs. A yang seorang ini aktif dan rajin betul dengan bisnes yang dibuatnya. Sebelah pagi dia ke Melaka, pastu sebelah petang datang rumah Mrs. A dan malam nanti we all nak gi berbuka. Actually we all memang dah lama tinggal kat Seremban nih! tapi baru tahun ini contact-contact setelah tertubuhnya group whatsapp ex-SDSBR.

Katanya senang bangat masak guna periuk magic nih! tak pandai masak pun boleh jadi pandai. Amboi! kemain ko yea Ros promote sampai tergoda ai. Time nih! Ros buat demo cara-cara memasak kek marble guna periuk magic ni. Function dia ada memacam high pressure, steam, stir-fry, warm ada dua lagi tak ingat arrr... maklumlah dah tua banyak makan semut pun ya. ngeh!ngeh!ngeh!

Periuk Magic Noxxa
periuk-noxxa
Consentrate habis faham kerrr... tu?

Setelah siap membaking adunan tu. Untuk marble kek ni kena choose function steam kemudian setkan time 25 minit. Time demo nih! Ros sediakan semua bahan-bahan untuk buat kek tu kiranya Mrs. A takyah risau pape, mixer pun dia bawa sekali pendek kata nothing to worry.

Tadaaa..

noxxa
Hasil setelah 25 minit

Hurrmmmm... cantikkan kek marble tu dan nampak yummy tapi tak boleh makan daa... kena tunggu berbuka puasa.

Kemudian last night Mrs. A pun try for the first time menggunakan periuk magic dan buat kek marble version Mrs. A. ngeh! ngeh! ngeh! al-maklumlah kat rumah Mrs. A nih! bukannya ada banyak flavor colour-colour. So Mrs. A pun guna jer..  apa yang ada iaitu milo. Lagipun tak plan nak buat tetiba jer... terrrr... rajin nak buat. Tadaaa....

periuk noxxa
Kek marble version Mrs. A

Aryssa, Adik dan Along excited sesangat tak sesabar nak merasanya pepanas lagiks tuh dah potong dan makan. Macam tak pernah makan kek lagaknya. Walaupun rupanya tak secantik kek marble kawan Mrs. A tu tapi rasanya alhamdulillah kids kata sedap ibu. Auwww... blushing tau. Sejak dapat periuk magic ni excited betul nak memasak dan mencuba segala macam resepi. Seronok guna periuk magic coz masa memasak jadi cepat. Kalu nak masak nasi 8 minit jer... choose high pressure. Macam-macam boleh masak.

Periuk Magic Noxxa
periuk-magic
Ini dia resepi kek marble Ros kata dia tak reti masak pun boleh buat

Walaupun harga periuk magic ni agak mahal tapi takpelah banyak gunanya dan sangat  sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja coz masa memasak dapat dipendekkan. Tapi kalau malas masak tak guna jugak ngeh!ngeh!ngeh! lagi satu yang best kawan Mrs. A nih sediakan khidmat nasihat selepas beli dan jugak dapat buku resepi percuma. Okeh! bila dah ada periuk magik kenalah rajin-rajin memasak barulah berbaloi-baloi.

If ada readers yang berminat nak tau pasal periuk magic nih! boleh stalk FB page De Rossza Homemade @ Rossliza Razak. Dia bukan jual setakat Negeri Sembilan ajer.. luar Negeri Sembilan pun dia pergi contoh customer dia ada di Batu Pahat, Melaka, Shah Alam, Rawang dan lain-lain luar kawasan.




Resepi Kek Batik

Resepi Kek Batik

Resepi Kek Batik. Meh! sini nak kongsi resepi kek batik versi Mrs. A.

Thursday nite (17.4.2014) aku telah membuat kek batik for the 1st time. Aku teruja nak try buat cos aku rasa senang jer... nak buatnya. Ini semua gara-gara office mate aku yang bawa kek batik kat office dan bagitau resepinya dan cara-cara membuatnya. Time tu dengan rajinnya aku menyalin resepi dari dia dan belajar step-step untuk membuat. 

Petang time balik kerja aku pun singgah kedai mamak beli biskut marie dan marjerin, milo dan susu tak payah beli cos makanan tu memang sentiasa ada kat rumah. Maklumlah susu minuman ruji aku dan milo makanan ruji my kids. My kids la pulak yang teruja lebih bila aku kata nak buat kek batik hiks..hik..hiks...

Bahan-bahan resepi kek batik adalah:-

i) Biskut marie 1 paket (flavor boleh guna yang biasa tapi kata kawan aku nak sedap lagi guna flavor kopi atau capucino) aku guna yang biasa aje.
ii) Marjerin (disyorkan brand PELANGI) lain-lain brand pun boleh ikut suka u olls.
iii) Susu pekat manis
iv) Milo ataupun Vico pun boleh

Cara-cara membuat kek batik versi Mrs. A,

  • Gaulkan marjerin dengan susu di atas api sederhana. Sukatan untuk marjerin adalah satu mug dan susu setengah mug; 
  • Setelah sebati masukkan pula milo (sebab aku guna milo, kalau guna vico masukkanlah vico ya) kacau lagi hingga sebati; 
  • kemudian masukkan biskut marie tadi. Ohhh...ya biskut marie tu perlu dipecah-pecahkan dahulu samada pecah 4 atau 6 ikut suka;
  • Kemudian gaul-gaul lagi hingga sebati tapi jangan lama sangat la pulok ya...agak-agak dah mesra semua bebahan tadi tu kemudian angkat dan gaul-gaul hancurkan lagi biskut marie tu kemudian letak dalam bekas.


Resepi Kek Batik
resepi
Kek batik in the making
Mengikut tips yang diberikan letak dalam bekas aiskrim supaya nanti mudah untuk dikeluarkan. Ditekan-tekan dalam bekas aiskrim tu agak-agak dah padat kemudian masukkan dalam fridge kat tempat bawah jer...tak perlu kat tempat frozen tu nanti keras macam air batu pulak kek batik u olls camno nak potong tu. Tunggu dalam setengah jam dah boleh makan. Tapi kalau tak nak tunggu esok paginya aje keluarkan dan baru potong macam aku masa tu my kids dah terlelap aku pun dah malas cos esoknya nak kerja da...

Pepagi esoknya bangun jer...terus kuarkan dari fridge untuk dipotong, alhamdulillah percubaan pertama aku boleh dikategorikan menjadi. Comments my kids manis la.. ibu... ermmm...yeke??? takpe next time ibu buat lagi kita kurangkan susu ya.. Bila bawak office suruh sifu kek batik aku rasa dia kata ok not bad. Yahoooo...boleh buat lagi then adjust ikut selera my kids.

Selamat mencuba resepi kek batik versi Mrs. A ;-)



MRS.A my blog my stori ©