MRS.A my blog my stori: Ceramah MRS.A my blog my stori: Ceramah
Memaparkan catatan dengan label Ceramah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ceramah. Papar semua catatan
Salam Jumaat : Kuliah Dhuha

Salam Jumaat : Kuliah Dhuha

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat : Kuliah Dhuha


Salam Jumaat readers dan selamat berpuasa hari ke sembilan Ramadan. Alhamdulillah pagi tadi Mrs. A berjaya join kuliah Dhuha anjuran office. Actually company, setiap bulan dalam sekali atau dua kali di hari Jumaat akan mengadakan kuliah Dhuha bersama penceramah jemputan. Tapi tulah ada-ada masa Mrs. A tak dapat join busy dengan kerja-kerja hakiki. [ecececer alasan ko Mrs. A tak boleh blah!].

Tapi sempena bulan Ramadan ini Mrs. A dah berazam kalau tiada aral melintang setiap apa-apa sahaja ceramah atau kuliah yang berunsur keagamaan yang diadakan di office Mrs. A akan berusaha menghadirkan diri. Lain-lain azam di bulan Ramadan [SINI]

Oh! ya sebelum kuliah Dhuha yang pertama di bulan Ramadan ini Mrs.A juga telah berjaya join kuliah terdahulu. Tapi time tu rare sikit selepas habis kuliah penceramah jemputan iaitu Ustaz Dato' Rashidy Jamil Al-Rashid siap minta mereka yang hadir supaya bergambar bersama. Katanya penutup sempena nak sambut bulan Ramadan. Ha! jom kita bergambar yang seramai 12 ribu orang ni katanya muahahhaaaaa....

kuliah dhuha
Time ni tajuk kuliahnya adalah 'Persediaan Sebelum Ramadan' penceramah yang duduk tengah-tengah lengkap berbaju melayu color purple.
Apa yang menarik bagi Mrs. A time ustaz Dato' Rashidy bagi kuliah adalah dia punya sense of humor paling win tu muka serius tapi kata-kata lawak. So kekdahnya takdelah mengantuks gitew... Sebelum-sebelum ini kuliah selalunya diadakan di bilik latihan. Tapi tulah pagi tadi bilik training fully occupied so terpaksalah we all menggunapakai surau office. Dah katanya surau haruslah duduk bersimpuh macam perempuan melayu terakhir.

kuliah dhuha
Nampak sangat Mrs. A sejenis yang tak reti selfie
Untuk yang pagi tadi pula tajuk kuliah Dhuha adalah Nuzul Al-Quran. Di antara yang Mrs. A ingat inti-pati kuliah tadi adalah dalam Al-Quran itu terdapat 6236 jumlah ayat, jumlah surah pula adalah sebanyak 114 surah dan terkandung kesemuanya di dalam 30 juzuk Al-Quran.

Mungkin ramai yang sedia maklum juga bahawa Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan. Namun begitu kata ustaz bukan kitab Al-Quran sahaja yang diturunkan pada bulan Ramadan kitab-kitab terdahulu sebelum Al-Quran iaitu kitab Taurat, kitab Zabur dan kitab Injil pun sama diturunkan kepada nabi-nabi yang terpilih pada bulan yang sama iaitu bulan Ramadan.

Lain-lain dalam kuliah tadi kata ustaz haruslah kita membezakan bulan-bulan yang lain dengan Ramadan iaitu dari segi amal ibadah dan tingkah laku adalah dituntut kita memuliakan bulan Ramadan ini. Maksudnya lebih kurang macam ni la kita ambil keistimewaan bulan Ramadan ini dengan memperbanyakkan amalan yang menjuruskan kepada saham akhirat contoh seperti dengan membaca Al-Quran, bersedekah dan solat jangan tinggal, jangan lambat-lambatkan dan banyakkan solat sunat.

Okay itu saja nak share kisah Salam Jumaat : Kuliah Dhuha.

Wordless Wednesday #82 - Tetamu

Wordless Wednesday #82 - Tetamu

As Salam and greetings to dear readers.
Oleh kerana ini ada kena mengena dengan hari raya, Mrs. A terkesan dan tertariklah pulak nak shared post dari FB Mizan As-Syatirie aka Atok ni, sebagai ingatan untuk diri sediri dan jugak kita-kita. Bukan apa bila di blog mudah untuk dicari semula nanti, bila di FB agak sukar untuk kita mencarinya setelah beberapa ketika nanti.
"Bila raya je, ramai tetamu yg akan berkunjung ke rumah.. Termasuklah kanak-kanak datang beraya.. Tak kurang ada yg mengeluh letih.. Lebih suka terbaring depan TV tengok astro daripada melayan tetamu.. Lagi la kalau bebudak dah bagi salam depan rumah.. Ada tu tak suruh masuk pun.. terus je hulur duit raya.. alasannya bebudak ni bukan nak minum atau makan kuih pun.. Membazir je hidang pastu minum seteguk.. Dorang nak duit raya je..
Satu kita lupa.. Tetamu yg datang ke rumah tu akan membawa keluar dosa-dosa yg ada di dalam rumah dan mereka membawa keberkatan kepada tuan rumah.. Lagi la kalau bebudak yg belum baligh tu datang beraya ramai-ramai.. Dah la dorang tu belum ada dosa, malahan dibawanya keluar dosa-dosa yg ada tersangkut dalam rumah tu.. Layanlah tetamu dgn ikhlas tanpa mengira siapa pun.. Bila bebudak datang beraya, suruh dorang masuk.. Layan baik-baik.. Walau pun duit raya yg mereka idamkan, kita pula dahagakan keberkatan.. Bagi duit raya tu dikira sebagai sedekah.. ALLaH akan ganti balik nanti.."
Copy and paste sebijik takde edit-edit.

Wordless Wednesday ke tu!?
Falsafah Buah-Buahan

Falsafah Buah-Buahan


Jagung membungkus bijinya yang banyak
Jadilah seperti BUAH JAGUNG, jangan jadi buah gajus... Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.

Maksudnya: Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.


Berbuah sekali kemudian mati
Jadilah seperti POKOK PISANG, pokok pisang kalau berbuah hanya sekali kemudian mati.

Maksudnya: Kesetiaan dalam perkahwinan.


Diluar berduri didalam isinya lembut dan manis
Jadilah seperti BUAH DURIAN, jangan jadi buah kedondong. Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya masam dan didalamnya ada biji berduri.

Maksudnya: Don't judge a book by its cover. Jangan menilai orang dari luarnya sahaja.


Ubi kayu hidup dalam tanah tapi isi putih bersih
Jadilah seperti UBI KAYU. Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.

Maksudnya: Jagalah hati walau di mana kita berada, walau di tempat yang penuh kekotoran.


Tangkai petai memberi makan sama ratake biji petainya
Jadilah seperti tangkai PETAI, bukan tangkai mempelam. Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti mempelam ada yang kecil dan ada yang besar.

Maksudnya: Selalulah bersikap adil.


Kelapa tua, semakin tua semakin pekat santannya
Jadilah seperti buah KELAPA, semakin tua semakin pekat santannya.

Maksudnya: Semakin tua semakin bijaksana dan berguna.


Buah manggis
Jadilah seperti buah MANGGIS, berapa banyak kelopak bunga di luar kulit, sebanyak itulah juga ulas isi didalam.

Maksudnya: Kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.



Credit to:- 
Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Google Image

Datuk Ustaz Kazim Elias

Datuk Ustaz Kazim Elias

Yeah! penduduk-penduduk di sekitar daerah Seremban dan di mana-mana daerah punlah di Negeri Sembilan bumi bertuah ini In Sha Allah malam ini boleh dengar dan tengok live Datuk Ustaz Kazim Elias punya ceramah perdana.

Cer tengok banner nih!


Sharing is caring. Semoga bermanafaat.
MRS.A my blog my stori ©