Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Lazada Haul. Di musim PKP ni Mrs. A yakin ramai yang membeli belah secara online sahaja termasuklah Mrs. A. Di awal-awal pandai membeli online dahulu kala platform kegemaran Mrs. A adalah Lazada as time goes by seorang Mrs. A telah berpaling tadah kepada platform yang satu lagi itu siapa lagi kalau bukan si S tu ngeh! ngeh! ngeh!
Lazada haul lebih kurang 2 minggu lepas Mrs. A sesajalah scroll-scroll Lazada terus terjebak membeli Pots and Pans Organizer. Mrs. A memang dah lama berkira-kira nak membeli tempat untuk letak periuk-periuk Mrs. A biar nampak cantik tersusun. Sebelum ni bersepah-sepah je ada yang tergantung ada yang dalam kabinet bila ternampak aje mendealah pots and pans organizer laju ajelah Mrs.A membelinya.
Lazada Haul - Pots and Pans Organizer adjustable.
| 8 layer pots and pans organizer adjustable |
Pots and pans organizer ni ada dua jenis, ada yang 8 layer dan ada jugak yang 5 layer. Mrs. A pilih 8 layer almaklumlah sejenis tamaklah katakan kah! kah! kah! eh takdelah bila kira-kira periuk Mrs. A tu 8 layer adalah yang paling ngam gitttewww....
Mende alah tu sampai bercerai-berai so kita kenalah pasang siapkan dia, mudah aje nak pasang. Mula nya Mrs. A tersalah pasang yang bawah sekali tu main letak aje ikut suka hati apa lagi tegoyang-goyang inul lah pots and pans organizer tersebut muahahhaaaa.... kemudian Mrs. A belek-belek semula apa masalahnya baharulah tahu yang untuk dua besi yang paling bawah tu kena pilih besi yang ada cer onet kecik-kecik tu so baharulah mende alah tu boleh sturdy [stabil] dan tak tergoyang-goyang inul lagi kejadiannya.
Okaylah Mrs. A puashati periuk-periuk dah helok setempat tersusun kemas jimatlah kiranya penggunaan ruang di dapur Mrs. A ni. Kiranya misi tercapai gittewww...