MRS.A my blog my stori: JJCM MRS.A my blog my stori: JJCM
Memaparkan catatan dengan label JJCM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JJCM. Papar semua catatan
Family Days Out

Family Days Out

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Family Days Out. Kisah campak belakang 21012024 planning lunch bersama dengan adik Mrs. A sekeluarga di Yahala. Tujuan sebenarnya adalah nak menjemput Aryssa di rumah adik Mrs. A iaitu maksunya. Tapi tukar sedikit planning tu jumpa terus di Yahala sebabnya depa nak pi muzium dan galeri bank negara dulu.

Family Days Out.

Family days out
Sambil order sambil wefie ๐Ÿ˜

Alhamdulillah family kecil Mrs. A cukup kuorum waktu ini begitu juga dengan family maksu. Aryssa sedang semester break tapi dah nak habis pun minggu ni ngeh! ngeh! ngeh!. Itu yang dia minta izin nak  jalan-jalan melepak dua tiga hari di rumah maksunya di Puchong. Sambil tu maksunya bawalah dia pergi taman tema di Berjaya Times Square dan juga Muzim Bank Negara.

Family days out
Kenangan katanya snap gambar buat frame. Talia seronok naik bumper car

Dulu masa mereka anak-anak umur Talia tu rajin jugaklah Mrs. A bawa depa datang ke Berjaya Times Square ni. Depa paling suka main bumper car. Ingat jugak Aryssa lagi tu hehehee... bila Talia main bumper car tu dia pun cakap masa kakngah Sha kecik-kecik suka naik ni jugak tapi sekarang dah terlebih umur hahahaaa...

Family Days Out
Ini gambar mereka di lorong duit muzim bank negara

Mrs. A yang berkira-kira nak pergi muzium bank negara lagi-lagi bila baca entry di Blog Sal tapi rezeki Aryssa yang sampai dulu. Hurm... ibu mampu tengok gambar-gambar yolah.

Sambung cerita lunch di Yahala. Waktu ini Mrs. A tak snap pun gambar makanan sebabnya leka borak dengan adik Mrs.A dan melayan Talia borak ngeh! ngeh! ngeh! lagipun dah selalu makan di sini lebih kurang sama aje menu yang Mrs. A pernah order [SINI] Setelah hampir 3 jam lepak di Yahala we all pun berpisah ke tujuan masing-masing. Maksu sekeluarga nak ke Klang. Sementara we all pula nak pergi tengok wayang di tempat favorite Mr. A tak lain tak bukan KLCC ๐Ÿ˜

Family Days Out.

Family Days Out
Sebelum pulang kita bergambar dulu✌

Family Days Out
Puteri Talia

Selepas itu terus gerak ke KLCC. Kononnya nak tengok Anak Perjanjian Syaitan tapi dah terlepas showtime lagipun masa tu ada satu showtime sahaja. Jadinya we all nonton cerita Sijjin filem Indonesia diadaptasi dari filem Turki. 

Filem Sijjin ini kisah seram tapi bukanlah cerita hantu ianya lebih kepada kisah sihir manusia. Pendapat Mrs. A tentang filem ini menarik juga banyak plot twist so kena tengok sampai habis baru boleh tahu siapa yang sebenar-benarnya yang jahat itu. 

Family days out
Sebelum wayang mula harus wefie

Okay itu sahaja kisah family days out. 


 

Wordless Wednesday - #jjcm seafood

Wordless Wednesday - #jjcm seafood

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday - #jjcm seafood

Wordless Wednesday
Tigergrouper fish

Wordless Wednesday
Oyster

Wordless Wednesday
Sabahwhiteshell

Wordless Wednesday
Canadian lobster

Wordless Wednesday
Crab

Wordless Wednesday
Glass shrimp

Enjoy the little things, for one day you may look back and realize they were the big things.

Wordless Wednesday - #jjcm seafood
Selamat Tahun Baharu 2024

Selamat Tahun Baharu 2024

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Tahun Baharu 2024. Masih belum terlambat lagikan untuk up-post selamat tahun baharu 2024 ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š Selamat tahun baharu 2024 Mrs. A ucapkan kepada readers my blog my stori dan juga rakan-rakan blogger yang dikasihi. Pada 1 Januari 2024 Mrs. A sekeluarga sekadar pergi menjemput Aryssa di KLIA. Aryssa balik dari Penang sempena semester breaks lebih kurang sebulan. Kemudian atas permintaan Aryssa juga we all pergi lunch di Yahala.[SINI]

Pada cuti sekolah dan cuti hari bekerja  di hujung tahun 2023 Mrs. A memang tiada plan bercuti ke mana-mana sebab utamanya adalah cuti Mrs. A dah habis ada pun tinggal sehari sahaja kah! kah! kah! dan lagi alasan kuatnya adalah si Adik anak bongsu Mrs. A nak ambil SPM kekdahnya si Adik tu memang kena pergi sekolah sebab ada kelas tambahan dan jugak kena bertuisyen gittewww.

Alhamdulillah rezeki dapat keluar makan-makan pada 1 Januari itu pun dah terhibur ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ Di sebabkan flight Aryssa delayed so lambatlah jadinya. Kalau ikut waktu ketibaan sebenar pukul 12.20 tapi none hado pukul 2.30 petang barulah Aryssa sampai.

Selamat Tahun Baharu 2024. 

Selamat tahun baharu 2024
Alhamdulillah dah selamat mendarat ๐Ÿ˜Š

Selamat tahun baharu 2024
On the way to Yahala

Gigih tau nak ke Yahala tu masing-masing sabar dengan perjalanan yang agak jauh tu hiks! Actually Mr. A pun ada janji nak jumpa dengan gang dia di Yahala gittewww... Sampai pun dah petang kira brunch bukan lunch ๐Ÿ˜‡ 

Selamat tahun baharu 2024
Tak sempat nak snap properly dah kena potong

Selamat tahun baharu 2024
Lamb Mazmout

Selamat tahun baharu 2024
Yang ni tak ingat apa namanya ๐Ÿ˜‹

Selamat tahun baharu 2024
Spageti Seafood

Selamat tahun baharu 2024
Fruit pancake dessert 

Elok aje Mr. A selesai makan kat meja we all. Kawan-kawan dia pun sampai. Mr. A pun pindah ke meja satu lagi

Selamat tahun baharu 2024
Ntah! apalah yang disembang lama betul

Selamat tahun baharu 2024
Oleh kerana Along tak jadi ikut dia minta tapaukan aje ha! nampak tak kat kerusi sebelah Adik tu ada 2 pack take away satu lamb sidr satu lagi kunafa cheese ๐Ÿ™Œ๐Ÿ™Œ๐Ÿ™Œ

Selamat tahun baharu 2024
Craving satisfied katanya ✌

Kemudian we all terus aje pulang semula ke sarang di Seremban al-maklumlah dah penat. Syukur alhamdulillah trafik Utara ke Selatan lancar yang jem tu lane sebelah Selatan ke Utara ngeh! ngeh! ngeh! Okay itu sahaja kisah selamat tahun baharu 2024. Jangan tanya apa azam tahun baharu sebabnya azam tahun lepas kononya nak rajin up-date blog pun belum tercapai lagi huhuhuhuuu...




Lunch Di Yahala Restoren Chulan Lagi & Tengok Movie Mission Impossible

Lunch Di Yahala Restoren Chulan Lagi & Tengok Movie Mission Impossible

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Lunch Di Yahala Restoren Chulan Lagi & Tengok Movie Mission Impossible. Sebelum ini Mrs. A lunch bertiga sahaja dengan Mr. A dan Adik [SINI]. Kemudian pada Sunday 25062023 Mr. A ajak lagi sekali makan di Yahala Restoren, Chulan sebab kali ini ada Along dan Aryssa jugak. Walaupun Mrs. A cadangkan untuk cuba pula di Yahala Restoren Ampang tapi dia tak setuju pulak. Hurm... Mrs. A okay je mana-mana pun boleh ngeh! ngeh! ngeh! yang itu tak sempat buat blog post dah repeat lagi lunch di Yahala Restoren Chulan. So buat ajelah post 2 in 1 bolehkan ngeh! ngeh! ngeh!

Lunch Di Yahala Restoren Chulan Lagi 

Yahala Restoren Chulan
Family photo pada 25062023 ๐Ÿ˜

Yahala Restoren Chulan
'Lamb Mazmom' Aryssa share dengan Mrs. A

Yahala Restoren Chulan
Kunafa cream

Weekend 16072023 Mr. A ajak family outing ke KL. Mulanya Mrs. A plan nak balik kampung tapi postpone ke cuti awal Muharram pada Rabu 19072023. Alhamdulillah walaupun postpone tapi dapat juga balik kampung pada hari Rabu seperti yang telah dirancang.

On the way nak ke KL tu tak decided lagi nak lunch di mana? Bila Mr. A tanya nak makan di kampung Baru atau Yahala. Mrs. A kata Kampung Baru tapi anak-anak nak repeat makan di Yahala lagi. Along cakap dia nak order Lamb Sidr lagi muahahhaaa... Okaylah ibu follow je yang penting uols suka, kiranya ini kali ketiga untuk seorang Mrs. A ๐Ÿ˜œ

Lunch Di Yahala Restoren Chulan Lagi & Tengok Movie Mission Impossible.

Yahala Restoren Chulan
Waiter sedang keluarkan lamb sidr Along dari bekas Tanjia ๐Ÿ˜Ž
 yang lagi satu menu tu chicken haneeth Mr. A punya

Yahala Restoren Chulan
Mrs. A pun order lamb sidr jugak ๐Ÿ˜‹

Yahala Restoren Chulan
Kali ni Aryssa order Lamb Haneeth

Yahala Restoren Chulan
Adik pun order Chicken Haneeth juga sama dengan Mr. A

Desserts
Yahala Restoren Chulan
Chocolate Brownies

Yahala Restoren Chulan
Order jugak Banana split lagi sekali

Alhamdulillah selepas kenyang perut suka hati tu. We all gerak ke KLCC pulak sebabnya Adik ajak nonton movie Mission Impossible di TGV cinema. Waktu tayangan dalam pukul 4.00 petang, sementara menunggu masa tayangan tu sempatlah window shopping dulu sambil tu terjebak jugaklah membeli perfume idaman masing-masing di Isetan. 

Yahala Restoren Chulan
Adik sempat pulak ajak Mrs. A keluar bangunan suruh snap gambar.
Mrs. A pun layankan aje. Jarang-jarang dia nak bergambar 

Dah-dah jom ke cinema hampir pukul 4.00 dah ni ๐Ÿ˜Š

Yahala Restoren Chulan
Sebelum bermula kita wefie dulu

Lama jugak masa tanyangan MI tu bolehkan Mrs. A terlelap sekejap muahhhaaa... nasiblah Aryssa kejutkan. Ceritanya action movielah apa lagi tapi ada jugak adegan lawak. Nak kata wow! takdelah bagi Mrs. A tapi okaylah untuk tontonan seisi keluarga.

Okay itu sahaja secebis kisah Lunch Di Yahala Restoren Chulan Lagi & Tengok Movie Mission Impossible







Jalan-Jalan Cari Makan - Yahala Restoren, Chulan

Jalan-Jalan Cari Makan - Yahala Restoren, Chulan

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Jalan-Jalan Cari Makan - Yahala Restoren, Chulan. Kisah campak belakang 07052023 Mr. A ajak outing ke KL. Mulanya dia ada planning sendiri nak pergi majlis kahwin anak somebody di D'Tempat ntah macam mana tak jadi pulak. 

Itu yang dia tukar planning ajak Mrs. A dan Adik jalan-jalan cari makan di KL sambil tu beraya di rumah kawan dia di Wangsa Melati. Bila Mrs. A kata eh! bolehlah singgah Ariani jugak ni ada sales by 1 free 1 dia okay kan aje yesszaa... I likes ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ

Ini pertama kali bagi Mrs. A dan Adik makan di Yahala Restoren, Chulan. Sebelum ini Mr. A selalu ajak makan nasi arab di [SINI]. Yahala Restoren ada jugak cawangan di Ampang. Yang di Taman Melati, Yahala Express tu tak tahulah sama ke tidak foundernya tapi logo lebih kurang sama. 

Jalan-Jalan Cari Makan - Yahala Restoren, Chulan.

JJCM
Dari luar nampak biasa-biasa sebelah dalam nampak mewah

JJCM
Lamb Sidr

Mrs. A tak tahu nak pilih apa tanya waiter apa yang best dia pilih signature dish yang ni ๐Ÿ‘† Lamb Sidr. Sewaktu waiter datang nak serve lamb sidr ni ia diletak dalam bekas yang diberi nama Tanjia. Itu yang bila ditanya this is yours? laju je Mrs. A jawab no sebabnya dalam menu takde pulak dengan periuk tanjia tu sekali muahahhaaaa kemudian bila waiter serve dari tanjia tu sambil ketuk-ketuk bontot periuk tu baharulah rupanya sama macam dalam menu. Alhamdulillah pilihan yang tepat sedap rasanya Mrs. A suka walaupun sebenarnya nasi arab is not my favorite food.

Jalan-Jalan Cari Makan - Yahala Restoren, Chulan.

JJCM
Pilihan Adik chicken apa ntah nama menu ni


JJCM
Menu pilihan Mr. A pun tak ingat namanya apa

JJCM
Menu Mr. A tu bersekali dengan roti ni

JJCM
Baklava

Sebelum ini dah pernah makan Konafa di Wadi Hadramawt kat Yahala ni Mrs. A cuba pulak baklava ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
JJCM
Satu lagi dessert Mr. A yang nak ni Banana Split

JJCM
Sementara menunggu food kita wefie dulu ๐Ÿ˜

Pendapat Mrs. A food di sini lagi sedap dan hiasan dalamannya cantik. Ada juga tempat untuk VIP kat situ ada shisha jugak. Menurut si tukang bayar harga di Yahala lebih murah dari yang we all selalu pergi sebelum ini.

Selepas habis makan tu we all pun pergi beraya rumah kawan Mr. A tak caya tengok gambar tu ๐Ÿ˜

JJCM

JJCM

Kemudian on the way nak balik Seremban ajak Mr. A singgah Ariani konsep stor di Jalan Bunus sebabnya terjebak dengan promosi beli satu percuma satu ngeh! nghe! ngeh! lagipun Mrs. A belum pernah ke situ lagi kiranya ini 1st time la. Okay next time boleh datang lagi ajak Aryssa sekali hiks!

JJCM
Day last tak banyak pilihan dah

Lamanya pilih tapi satu beg je kata Mr. A muahahhaaaa.... Alhamdulillah weekend yang penat tapi happy ๐Ÿ˜Š


Jalan-Jalan Cari Makan - Warung Dayang Salai D'Linggi

Jalan-Jalan Cari Makan - Warung Dayang Salai D'Linggi

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Jalan-Jalan Cari Makan - Warung Dayang Salai D'Linggi. Kisah awal bulan Mac hari tu 05032023. Mula-mula Mr. A ajak pegi KL lepas tu dah lewat sangat so tukar plan jalan-jalan cari makan baung salai ajelah di Warung Dayang Salai D'Linggi. Saja nak bagitahu Linggi ini sebenarnya dekat aje dengan kampung Mrs. A ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Actually Mrs. A dah beberapa kali makan baung salai Warung Dayang ni tapi sekadar yang tapau ajelah. Dine in belum pernah lagi kiranya ini yang pertama kali. Kalau Mr. A tu tak payah cakaplah memang dah banyak kali makan-makan di situ bersama kawan-kawan dia.

Jalan-Jalan Cari Makan - Warung Dayang Salai D'Linggi.

Jalan-jalan cari makan
Baung salai bahagian kepala signature dish a.k.a hero di Warung Dayang Salai D'Linggi

Jalan-jalan cari makan
Selain baung salai Mrs. A amik juga pajeri nenas dan ulam-ulaman

Kalau readers tak suka baung salai masak lomak cili api jangan risau ada aje pelbagai pilihan lauk-pauk yang lain. Kalau ikutkan Mrs. A bukannya suka sangat ikan sungai tapi bila dah cuba baung salai di Warung Dayang Salai D'Linggi ini errmm... so yummy! lebih sedap lagi bila makan di kedai beza sangat sedapnya dari yang tapau tu ngeh! ngeh! ngeh!

Pada masa we all lunch di situ cari juga gulai udang galah tapi takde rezeki. Kadang-kadang kalau musim udang galah ada juga gulai udang galah disediakan. Mrs. A ada dengar juga udang galah boleh juga disediakan atas permintaan pelanggan. Kiranya macam pre-order gittewww...

Dari pemerhatian Mrs. A pelanggan yang datang ke Warung Dayang Salai D'Linggi ini kebanyakannya adalah orang dari luar daerah agaknya orang kampung tak heran dah kot depa boleh aje masak lomak cili api di rumah sendiri. Lagipun harganya agak mahal bak kato omak Mrs. A mahal tekau sekotol yo... 2x hengget ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Bagi Mrs. A pula sekali-sekala apa salahnya lagipun rasanya sedap kira berbaloilah dengan harga.

Jalan-Jalan Cari Makan - Warung Dayang Salai D'Linggi.

Jalan-jalan cari makan
Selfie seketul ๐Ÿ˜

jalan-jalan cari makan
Patriotik sungguh

Jalan-jalan cari makan
Alhamdulillah craving satisfied

Okay itu sahaja kisah Jalan-Jalan Cari Makan - Warung Dayang Salai D'Linggi



MRS.A my blog my stori ©