MRS.A my blog my stori: Kenduri MRS.A my blog my stori: Kenduri
Memaparkan catatan dengan label Kenduri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenduri. Papar semua catatan
Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Cucunda

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Cucunda

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Cucunda. Kisah campak belakang pada 26112023 menyantuni majlis aqiqah & cukur jambul cucunda pertama sebelah Mr. A. [SINI] Program cukur jambul tu adalah pukul 11.00 pagi tapi biasalah we all sampai lambat sikit lebih kurang pukul 12.00 tengahari gittewww...

Majlis diadakan di rumah keluarga mertua KNgah (niece) di Taman Pinang Gading. Sewaktu we all sampai tu acara kemuncak memotong sejemput rambut cucunda tu telah pun selesai muahahahaa... So we all terus ajelah menjamu selera. 

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Cucunda.

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Cucunda.
Adira bersama apak-apak sedara beliau. Dah terlelap dia masa ni ๐Ÿ˜Š

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Cucunda.
Adira&mama bersama Toknyang Is dan Toknyang Sheikh

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Cucunda.
Favorite Tokbah ni ๐Ÿ˜

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Cucunda.
Haruslah ada Nekbu di situ ๐Ÿ˜

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Cucunda.
Gambar beramai cuma tiada Aryssa dah balik Penang dan Keyna dah balik UMK

Semoga Adira S menjadi anak solehah apabila dewasa nanti. Alhamdulillah majlis meriah dan berjalan lancar.


Pergi Kenduri Dan Tempah Baju Raya Untuk The Boys

Pergi Kenduri Dan Tempah Baju Raya Untuk The Boys

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Pergi Kenduri Dan Tempah Baju Raya Untuk The Boys. Kisah Sabtu lepas 25022023 memenuhi tiga jemputan kenduri alhamdulillah. Kenduri pertama adalah kenduri tahlil arwah dan doa selamat di rumah parents inlaw cousin Mr. A iaitu di Taman Bukti. We all sampai sewaktu jemputan sedang berdoa kira lambat jugaklah tu ๐Ÿ˜“. 

Sewaktu sampai tu Mrs. A ternampak ada yang kenal iaitu adik kaklong biras Mrs. A si U so terus join dia duduk sama-sama di khemah sementara Mr. A, Along dan Adik dah ke tempat lelaki. Walaupun ada pelbagai juadah Mrs. A makan light aje iaitu laksa sebab masih kenyang makan breakfast nasi goreng di rumah sendiri ๐Ÿ˜€ Lagipun simpan perut nak makan kenduri di rumah kedua eh! ๐Ÿ˜† Lebih kurang 45 minit cenggitu we all pun minta diri nak ke kenduri kahwin pulak. U dan husbandnya DA gerak sekali sama - sama ke rumah kedua. 

Rumah kedua ini pulak di Rumah Rakyat Panchor, yang kahwin ini adalah s.i.l Mrs. A punya b.i.l kahwin pulak dengan bff s.i.l hahahaa.... pi.. mai... pi.. mai.. tang tu jugak. Okay yang ini ada gambar jom layan...

Pergi Kenduri

Pergi Kenduri dan tempah baju raya
S.i.l, Along dan pasangan pengantin sementara Adik & babah tak nak bergambar

Pergi Kenduri dan tempah baju raya
Okay! free style ๐Ÿ˜

Pergi Kenduri dan tempah baju raya
Bumped into Hajar ex-officemate terus Mrs. A ajak bergambar ๐Ÿ˜†

Pergi Kenduri & tempah baju raya
Terjumpa jugak gang satu sekolah #exstadian

Pergi Kenduri dan tempah baju raya
๐Ÿ˜‚apa ntah Mrs. A cakap kat Along masa dia snap tu

Selepas itu kami semua pun minta diri untuk gerak ke destinasi masing-masing sebabnya masing-masing masih ada lagi jemputan kenduri di tempat lain. As for Mrs. A sekeluarga nak ke Daerah Rembau pula. Memenuhi jemputan kahwin anak kawan Mr. A. Siapa ntah Mrs. A tak tahu pun ngeh! ngeh! ngeh!

Kawan Mr. A ini buat kenduri kahwin di Beringin Resort, Pedas, Rembau. Kawasan ini memang pedalaman hanya yang tahu aje tahu di situ ada resort terpencil. Kawasan ini dekat dengan Empangan Beringin, Pedas Rembau iaitu empangan syarikat tempat Mrs. A kerja ๐Ÿ˜. 

Beberapa tahun yang lalu Mrs. A dah pernah sampai di Beringin Resort ini menghadiri majlis kenduri kahwin juga unfortunately tak ingat tahun bila. Bila cari di blog tak jumpa pula. Pada waktu itu Mrs. A ada snap gambar di Empangan Beringin tu cari-cari di IG tak jumpa pulak๐Ÿ˜–๐Ÿ˜–๐Ÿ˜– Empangan ini kecik aje kalau nak dibandingkan dengan empangan-empangan yang lain. Untuk yang kali ini kononnya nak jugalah bergambar lagi di kawasan empangan tu haish! memang taklah uols laluan untuk ke empangan yang view cantik tu dah semak-samun naya ja kalau ada haiwan-haiwan tak diundang mampuih! den muahahaaa...

Ketika Mrs. A sampai tak nampak pun pengantinnya sebab dah agak lewat. Rasanya pengantin dah pi photo shoot yang tinggal hanyalah pelamin depa ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† so snap gambar makanan ajelah

Pergi kenduri
Ambil sikit aje sebab masih kenyang. Lauk-pauk semua so yummy!

Lebih kurang satu jam di situ we all pun minta diri untuk pulang. Memandangkan Along ada pulang bercuti waktu tu so Mr. A planning nak tempah baju raya sekali sementara masih awal. Nanti tak tahulah bila pulak Along balik bercuti lagi.

Tempah Baju Raya Untuk The Boys

Pergi Kenduri & tempah baju raya
Adik sedang diambil ukuran badan ๐Ÿ˜Š

Adik paling banyak perubahan bentuk badan. Size dada dengan pingang banyak beza kata tailor. Hurmmm... patutlah baju melayu tahun-tahun sudah semua tak muat huhuhuuu...

Pergi kenduri dan tempah baju raya
Ukur jangan tak ukur

Beberapa tahun sebelum ini Mr. A suka tempah di Lanwin tapi sudah tukar derrr... Tak pasti sebab utama kenapa Mr. A dah beralih arah ke GTC Tailor ada kemungkinan juga sebab harga di GTC Tailor lebih reasonable berbanding Lanwin. Lagipun GTC Tailor ni dekat aje dengan office Mrs. A so senang bila dah siap Mrs. A aje yang pergi amik gittewww.... Cumanya GTC Tailor ini tak buat baju untuk perempuan. Kekdahnya Aryssa dan Mrs. A kenalah menempah ke tempat lain iaitu di Senawang. Actually Mrs. A boleh aje beli siap lagi murah cuma baju tema ajelah selalunya tempah. Kalau Aryssa pulak lebih selesa tempah almaklumlah siapa suruh size tu comel kan..kan..kan...

Jarang-jarang we all tempah baju awal Alhamdulillah tahun ini rezeki dapat tempah awal semoga baju tempahan handsome kejadiannya.




 
Panggilan Haji

Panggilan Haji

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Panggilan Haji. Alhamdulillah rezeki muda-muda lagi dah dapat panggilan menunaikan fardhu haji rukun islam yang ke 5. Eh! ingat Mrs. A lettew....๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡ Actually kawan Mrs.A dan husband beliau yang dapat panggilan haji tersebut. Menurut kawan Mrs. A tu dia pun tak sangka dan terkejut dapat surat dari tabung haji mengatakan dia dan husband diterima untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Panggilan Haji.
panggilan haji
BFF

Saja nak bagitahu kawan Mrs. A yang ini adalah childhood friend Mrs. A sama satu kampung, sekolah rendah pun sama dari darjah satu sampailah darjah enam Bila dah sekolah menengah terpisah sekejap sebab dia bersekolah aliran agama tapi bila tingkatan dua ke tingkatan tiga dia berpindah ke sekolah yang sama dengan Mrs. A katanya tak boleh nak hadam bahasa Arab muahahhaaa....

Tingkatan empat dan lima berpisah sekolah semula. Mrs. A berpindah ke sekolah STAD dia pulak kekal di SEMELUNA. Kemudian sewaktu tunggu resutls SPM pernah kerja cashier di Parkson Grand Mahkota Parade sama-sama. Allahu bila dikenang macam-macam dan banyak sangat kenangan yang kami lalui bersama. Berpisah sekejap busy dengan hidup masing-masing kemudian bertemu semula last Mrs. A jumpa adalah sewaktu anak sedara beliau meninggal dunia [SINI] sehinggalah sekarang on and off. Alhamdulillah last Saturday 25062022 dengan izinNYA dapat menghadiri jemputan kenduri beliau sempena hendak menunaikan fardhu haji.

D.A dan husbandnya akan berangkat ke tanah suci pada 2 Julai 2022 katanya penerbangan kedua terakhir. Sewaktu kenduri hari tu dia bagitahu yang visa mereka belum lulus lagi. Itulah sedikit yang merisaukan dan mereka minta sama-sama mendoakan dipermudahkan proses kelulusan. Alhamdulillah pada 27062022 D.A whatsApp katanya baru dapat berita yang visa dia dan husband telah pun lulus. Alhamdulillah Mrs. A tumpang happy bila dapat tahu.

Okay jom bergambar couple pulak ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Panggilan Haji
Sebelum pulang haruslah bergambar dulu ๐Ÿ˜Š

Didoakan mendapat haji yang maqbul kepada D.A dan husband. Doakan kami juga ya dapat menunaikan haji ketika muda-muda macam uols. InSyaAllah.


Doa selamat dan hantar Kaklong pergi umrah

Doa selamat dan hantar Kaklong pergi umrah

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Doa selamat dan hantar Kaklong pergi umrah. Alahai lamanya pending kat draft sampai Kaklong pun dah selamat pergi dan balik ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ. Kaklong planning nak pergi umrah ni lama jugalah bersama bff dia tertangguh disebabkan PKP. Kaklong ikut pakej Umrah Syawal Aidilfitri Mahabbaten Travel & Tours Sdn Bhd. Actually Mrs. A planning nak ikut sekali tapi tulah tidak mendapat keizinan huhuhuu... takpelah InSyaAllah next time, sabar yolah.

Doa selamat kat rumah kaklong tu adalah pada 07052022 bersamaan 6 Syawal 1443H iaitu sehari sebelum tarikh penerbangan. Jemputan kaklong terdiri daripada adik-beradik dan jiran-jiran terdekat sahaja. Kenduri dijadualkan mula pukul 10.00 pagi tapi lewat sikit mula. Eh! macam tahu-tahu je family Mrs. A pun memang datang lambat dalam 10.30 pagi cenggitu. Gambar reramai masa kenduri tiada... segan pulak nak snap muahahhaa... 

Doa selamat dan hantar Kaklong pergi umrah. 

umrah
Sebelum balik bergambar bersama s.i.l

umrah
#ootd bersama N the biras ๐Ÿ˜Š

Hantar Kaklong pergi umrah. 

Esoknya tu 08052022 tibalah masa menghantar Kaklong ke KLIA pulak. Ada yang berkumpul di rumah Kaklong dulu kemudian gerak ke KLIA bersama-sama. Tapi family Mrs. A terus aje gerak dari rumah sendiri cause tak done nak follow timing depa. Flight kaklong dijadualkan sebelah petang lebih kurang pukul 5 petang tapi delayed dalam satu jam. Pada hari kejadian  menghantar kaklong ke KLIA tu banyak je penerbangan lain-lain yang delayed jugak.

Habis penuh KLIA dengan family we all (eh! perasannya) muahahhaaahaaa... 

umrah
Ha! tu dia yang nak pergi sorang yang menghantar punyalah ramai #wesupporteachother

Umrah
Lepak kat Gloria Jeans Coffee sampai lebam ๐Ÿ˜‚

Umrah
Huk aloh facemask tak bukak lagi

Umrah
Family s.i.l and kaklong

Umrah
Kaklong & sahabat going onboard

We all tunggu sehinggalah rombongan Kaklong sampai naik train nak ke aeroplane mereka. Kemudian masing-masing pun bergerak pulang ikut haluan sendiri. Alhamdulillah Subhanallah sekejap aje masa berlalu sekarang Kaklong dah pun selamat kembali dari menunaikan umrah pada 18/19 Mei yang lalu. Didoakan mendapat umrah yang maqbul.



Kenduri

Kenduri

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Kenduri. Alhamdulillah pada malam Sabtu yang lalu 04122021 selamat sudah kenduri doa selamat Mr. A nak pergi umrah dan juga tahlil arwah buat mereka yang telah pergi mendahului keluarga yang lain. Rezeki Mr. A dijemput lagi untuk menunaikan umrah InSyaAllah pada 15122021. Walaupun tiada perancangan langsung untuk Mr. A buat umrah dalam masa terdekat ini tapi itulah dah rezeki beliau. 

Kenduri ini organise by Mr. A dibantu oleh adik ipar dia dan s.i.l Mrs. A ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š. Mr.A yang plan  semua, dari segi menu, masak-masak sendiri aje, kekdahnya petang sebelum kenduri tu adalah rewang-rewang kenduri gittewww... Bahan-bahan mentah semua Mr. A yang uruskan. Kali ini siap ada pasang khemah cause Mr. A nak ajak kawan-kawan dia jugak. Tempat haruslah di Jiboi. Oh! ya hari Jumaat pagi sebelum kenduri tu Mr. A dah siap-siap pi menjemput mak mertuanya hehehe mak Mrs. A letteww... Maaf mak orang tak dapat cuti ada kerja yang mesti disiapkan juga sebelum hari Isnin.

Kenduri. 

Kenduri
Majlis dimulakan selepas solat magrib. Jemaah sedang tunggu yang lain-lain

Kenduri
Orang pangkal sedang ngecek apa yang kurang ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Kenduri
Menu malam tu ialah gulai ayam dengan kentang, ikan tenggiri sambal, sayur kacang campur udang, buah-buahan dan mee/ bihun sup

Kenduri. 

Actually yang beriya nak pergi tu adalah Mrs. A cause ada sekali malam tu Mrs. A tengok story FB kawan sekolah share tempat-tempat menarik di Mekah sambil tu cakap kat Mr. A tengok ni M dan husband dia pergi umrah bestnya bila kita nak pergi ni? Pastu Mr. A melawak okay-okay esok pagi kita pergi hahaha.... amvoi! suka dia membahan sis nih!. 

Tapi tak semena-mena 3 ke empat hari selepas tu dia cakap "bu tadi saya jumpa Zul lawyer (kawan we all) pakej umrah dia ada satu lagi kosong dia ajak saya". InsyaAllah saya rasa, saya nak pergilah". Okay tak bu?  Eh! haii saya yang beria nak pergi awak pulak yang dapat pergi ya... hurmmm... kuciwa saya tau hurmmm... takpelah dah rezeki awak sampai dulu, pergi ajelah ๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“ jawab Mrs. A happy for him. Itulah bila difikir-fikirkan ini semua perancangan Allah jua Dia menjemput sesiapa yang Dia berkehendak untuk menjadi tetamuNYa siapalah kita untuk menafikan.

Dah namanya masak-masak sendiri so pagi-pagi Sabtu tu kami semua bebiras dan adik-beradik dah berkumpul di Jiboi. Merewang sesama sendiri aje takdelah sampai minta tolong jiran tetangga. Kenduri sikit sahaja bajet tetamu dalam 50 ke 60 orang. Jika sebelum ini ketua tukang masak adalah M.i.l (Al-fatihah buat arwah ibu mertuaku Hjh Zabedah bt Abu Bakar) tetapi sekarang s.i.l yang take over dibantu oleh biras N depa dua nih! memang pakar memasak yang lelain tu tukang sibuk jer.... eh! muahahhaaaaaa....

Kenduri
Emak Mrs. A dan emak mertua s.i.l

Kenduri
Lala & Cuna, N, Kaklong ✌

Kenduri
Salah satu tugas Mrs.A petang tu adalah menggoreng ikan tenggiri 

Kenduri
Kacau jangan tak kacau

Kenduri
Lala pulak take over bila kaklong dah penat

Kenduri
SD tak pernah tak lawak.
Terima kasih juga buat Satwan Singh kerana sudi hadir

Syukur alhamdulillah kenduri berjalan lancar walaupun ada rintik-rintik hujan tapi sekejap sahaja. Food pun mewah secukupnya. Doa kami sekeluarga semoga Mr. A selamat pergi dan selamat kembali dengan mendapat umrah yang maqbul. Mohon rakan-rakan blogger doakan Mrs. A pula ya dapat pergi umrah tidak lama lagi ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š Aaamiiin.... InSyaAllah. #veranganitupercuma 








MRS.A my blog my stori ©