MRS.A my blog my stori: zumba MRS.A my blog my stori: zumba
Memaparkan catatan dengan label zumba. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zumba. Papar semua catatan
Mrs. A Join Team Zumba Office

Mrs. A Join Team Zumba Office

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A join team zumba office. Actually dari November tahun lepas bila team zumba diwujudkan Mrs. A cakap nak join tapi sampai ke sudah none hado. Mula tahun baru 2023 ini bila team zumba up semula siapa nak join zumba terus Mrs. A on lagipun terasa badan macam dah naik sebabnya seluar dah banyak yang ketat tang peha huhuhuu...

Actually Mrs. A kurang minat dengan zumba ni. [Ssshhh... ๐Ÿ™Š tahu dek team zumba mampuih!] Mrs. A lebih suka bersukan bola jaring [SINI] ataupun berlari a.k.a slow jog [SINI] ataupun briskwalk. Tapi tulah takde gang huhuhuuu. Buat masa ini yang ada zumba aje untuk aktiviti bersosial yang ada eh! hahahaaa...

Petang semalam selepas habis waktu kerja. Mrs. A tukar baju siap-siap then terus ke bilik latihan ya di situlah tempat team zumba berzumba. Dekat aje iaitu di wing sebelah. Adehhh! berdebar-debar pulak rasanya al-maklumlah new bie compare dengan mereka yang dah pro tu. Tapi mujurlah ada seorang lagi new bie sama department dengan Mrs. A oklah ada gang new bie hiks!

Mrs. A join team zumba office.

zumba
Selepas berzumba kita bergambar

Zumba
Bergambar adalah 'attendance' kata depa ๐Ÿ˜‚

Ini adalah pengalaman pertama Mrs. A betul-betul ikut berzumba. Mula lebih kurang pukul 5.30 dan berhenti dalam pukul 6.15 petang. Pheww! penat uols mungkin sebab dah lama tak bersenam. Sebelum ini Mrs. A selalulah tengok video-video yang team zumba share di group tengok macam enjoy je menari-nari dengan pelbagai genre lagu ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ. Takdelah terfikir penat macam berjogging atau bernetball tu sekali bila join semalam tu adehhh! penat juga kekdahnya. Itupun dah siap pesan dengan coach jangan bawa lagu rancak sangat dan step heavy sebab  I is newbie hahahaaa...

So kesimpulannya Mrs. A dah tersuka so esok kalau ada nak join lagi. Team zumba office ini jadual berzumba mereka 2 kali seminggu. InSyaAllah esok kalau ada rezeki, kita berzumba lagi.



MRS.A my blog my stori ©