MRS.A my blog my stori: face mask MRS.A my blog my stori: face mask
Memaparkan catatan dengan label face mask. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label face mask. Papar semua catatan
Wordless Wednesday #4/2021 - Face Mask

Wordless Wednesday #4/2021 - Face Mask

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #4/2021 - Face Mask. Tak banyak idea nak menulis Mrs. A buat cerita bergambar ajelah sempena Wordless Wednesday nih! Dapat idea nak cerita kisah face mask ni pun bila baca entry di blog legend Ben Ashaari ialah sedikit hari lagi kita mungkin dah tak perlu untuk pakai face mask lagi so kekdahnya nanti bolehlah scroll blog sendiri sambil mengimbau kenangan face mask yang pernah Mrs. A pakai.

Mrs. A bukanlah seorang penggemar face mask pun tapi suka matchy-matchykan warna face mask dengan baju yang dipakai dalam erti kata lain sedondon dengan warna baju. Rasanya kebanyakkan perangai perempuan memang cenggitu kot eh! ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ

Wordless Wednesday #4/2021 - Face Mask. 

WW
Awak nampak Ungu ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
WW
Di awal-awal pemakaian face mask Mrs. A setia dengan brand Medicos (headloop) warna biru ni

WW
Kemudian Mrs. A dah bertukar rasa ke brand Himaya

WW
Awak nampak biru ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ

WW
Mrs. A suka warna-warna dari brand Himaya ni

WW
Bila dah disarankan pakai double face mask Mrs. A suka brand Rimask

WW
Rimask so far ada 3 warna jer...

WW
Selepas pulang berkerja tengok-tengok ada parcel Rimask red 

WW
Bila guna fabrik face mask kena beli filter jugak. 

WW
Seller claim 5 layers so haruslah seorang Mrs. A ngecek muahhhaaaa

Wordless Wednesday #4/2021 - Face Mask. 

Semusim yang lalu bila face mask ataupun pelitup muka diwajibkan Mrs. A selesa guna yang bertali tapi tulah, takde pulak snap gambar hurm... terasa ralat sikit di situ. Kisah lain face mask Mrs. A [SINI]



Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee

Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee. Setelah puas survey di beberapa tempat akhirnya Mrs. A berjaya  membeli headloop face mask untuk wanita bertudung a.k.a untuk Hijabista di Shopee. Heheheee... shopee kan aje senang dan mudah gittewww.... Eh! macam iklan la pulak! muahahaaaa.. Untuk makluman ini bukan post berbayar pun sajalah Mrs. A nak share mana tahu ada readers bertudung di luar sana yang tengah survey-survey jugak macam Mrs. A sebelum ni so bolehlah dapat idea sedikit sebanyak.

Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee.
Headloop face mask
Cenggini la rupa belakang (back) headloop face mask untuk wanita bertudung yang Mrs. A beli di Shopee tu
Headloop face mask untuk wanita bertudung yang Mrs. A beli di Shopee ini jenis 3 ply disposable dan 95% Bacterial Filtration Efficiency (BFE). Semalam dah guna so far so good. Tali face mask tu oklah kuat alhamdulillah tak mudah putus. Selesa pakai setakat jalan kaki dari office (DS2 Mall) ke Aeon S2 ditengah panas mentari masih selesa lagi. Takdelah timbul gatal-gatal atau rashes. Kalau nak cakap pasal kualiti Mrs. A pun takdelah pakar sangat tapi kenalah ambil tahu juga tak maulah jadi Aiman tak kisah dan Tipah tertipu giittewww.....

Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee.
Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee
Front face mask tu cengginilah colornya.
Sebelum ni Mrs. A tak beria pun membeli face mask atau pelitup muka ini cause office ada supply untuk staff. Tapi semenjak office cut cost membelikan reusable face cover a.k.a basuh dan guna semula so nak tak nak kenalah membeli untuk anak-anak. Pada bulan May yang lalu Mrs. A beli face mask di farmasi yang jenis bertali kalau tak silap satu kotak 50 hengget. Bukan Mrs. A yang beli pun Mr. A yang tolong belikan time tu memang kena beli cause dah back to work dan wajib pakai face mask. Di awal back to work dulu office memang supply face mask ni untuk semua staff tapi jenis yang ear loop. Tapi Mrs. A tetap terimalah dah office supply walaupun Mrs. A tak guna tapi boleh je bagi anak-anak yang guna jimat dah di situ. Tetapi bermula bulan Ogos 2020 office dah supply pelitup muka jenis macam gambar kat bawah ni.

washable 25-30 times
Bermula Ogos 2020 office supply yang cenggini
Adoiiilaa.... sejujurnya Mrs. A tak suka jenis ni bila pakai rasa pelik, bila tengok ketawa sendiri sebab imagine macam pakai spender kat muka muahhaaaaaa.... kekdahnya yang ni Mrs. A tetap jugaklah terima pemberian dari company yang disayangi #sayanglahsangat  tapi bagi Mr. A yang pakai ngeh! ngeh! ngeh! Sorry for my imaginasi melampau ya buat mereka yang suka pakai jenis washable nih!

Okaylah back to kisah beli headloop face mask untuk wanita bertudung di Shopee. Jadinya setelah dua bulan lebih berjaya tidak membeli face mask. Akhirnya pada 26 Ogos 2020 Mrs. A terpaksa jugaklah membeli so Mrs. A shopee kan aje beli untuk anak-anak jenis yang ear loop dan untuk Mrs. A jenis yang headloop tapi Mrs. A tak beli dari seller yang sama, Mrs. A beli dari seller yang berlainan.

Untuk seller yang jenis ear loop tu memang terbaiklah servisnya beli 26 Ogos esoknya tu 27 Ogos dah dapat. Alhamdulillah bersyukur sangat cause memang kalau tak sampai pada 27 haribulan tu 28 haribulan tu 3 ply face mask kat rumah memang dah out of stok ada kemungkinan Adik ke sekolah tak pakai face masklah jawabnya. Aryssa ok lagi no hal pakai jenis washable tu.

As for Mrs. A pulak headloop face mask yang Mrs. A order tu delivered semalam iaitu pada 1 September 2020. Kalau tak sampai semalam Mrs. A punya face mask jenis bertali pun dah out of stok jugak. Tapi mujurlah dah sampai so selamat tak perlulah nak pakai jenis ear loop tu lecehlah nak kena ada extender bagai. Mrs.A sebelum ni pernah juga cuba pakai extender tu tapi memang tak masuk jiwalah itu yang Mrs. A lebih prefer jenis bertali. Tapi yang jenis headloop ini adalah lebih mudah dari yang bertali.

Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee.
Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee
Cenggini rupa belakangnya (back) bila pakai.
Sekarang ini face mask dah jadi satu keperluan mujurlah harga pun dah mampu beli takdelah macam awal-awal PKP dulu harga Yahudi sungguh. Lagipun sekarang ini dah banyak pilihan hendak beli di mana-mana. Tetapi InShaAllah selepas ini Mrs. A akan beli lagi di seller yang sama semestinyalah di Shopee. Testimoni Mrs. A bagi 5 bintang.

Memandangkan PKPP sehingga Disember 2020 kekdahnya memang setiap bulanlah kena beli tak mau beli sekali banyak nanti bila banyak anak-anak tak reti nak berjimat cermat memang mentaliti manusia begitu kot bila nampak banyak je mulalah tak sedar diri guna. Sama jugaklah macam lauk di rumah kenduri kahwin bila nampak banyak lagiiii... kita pun ambil tak hengat eh! tiberrrr.... #peringatanuntukdirisendiri. Okay itu je nak share Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee.







MRS.A my blog my stori ©