MRS.A my blog my stori: Ganglunch MRS.A my blog my stori: Ganglunch
Memaparkan catatan dengan label Ganglunch. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ganglunch. Papar semua catatan
Selamat Bersara Kak N

Selamat Bersara Kak N

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Bersara Kak N (KN). Satu lagi kisah campak belakang yang agak jauh. Kisah KN dah bersara, last day dia pada 30 Oktober yang lalu huwaaaa waaa ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข I feel so sad. Dah hilang seorang bestie tempat berkongsi kisah dan meluah rasa. Kalau ikut tahun lahir tahun 2025 baharulah tahun sebenar KN bersara wajib tetapi KN tak sabar dah! so dia pun bersara awal. 

Actually KN dah bagi hints dia nak bersara awal tu dari tahun lepas lagi. Tapi Mrs. A dan Kak Y selalu pujuk dan cakap kat dia tak nak dengar cerita akak nak bersara awal. Tapi itulah pujukan kami tak berjaya dan KN nekad juga nak bersara pada tahun 2024. KN dah hantar surat perletakkan jawatan dia pada awal tahun 2024, ikut bulan birthday dia tapi bos KN reject diminta hold sehinggalah ada pengganti. Waktu surat perletakkan jawatan dia kena rejected Mrs. A suka ngeh! ngeh! ngeh!

Selamat Bersara Kak N (KN).

Selamat Bersara Kak N
Bergambar kenangan di cubicle KN di hari jamuan persaraan beliau #25102024

Dah hampir 15 tahun mengenali KN ialah sejak Mrs. A join SAINS pada Ogos 2009 KN dah awal lagi bekerja dengan SAINS waktu tu masih di bangunan Wisma Negeri sebelum berpindah ke bangunan sekarang. Banyak sangat kenangan suka dan duka. Kenangan duka tu Mrs. A tak ingat sangat yang Mrs. A ingat banyak kenangan suka dan happy ๐Ÿ˜. Banyak event yang kami terlibat, sama-sama bertugas dari zaman Mrs. A free hair sampailah dah berhijab.

Bercerita mengenai jamuan persaraan KN itupun ada drama juga dipermulaannya hahahaaa... Kisahnya orang pertama yang sukarela membuat collection telah merajuk Mrs. A gelarkan dia KA. Itulah gara-gara salah faham dan cakap-cakap pihak yang tak berpuashati dengan menu KA. Kekdahnya ada pihak yang telah take over usaha KA diawalnya itu dan mewujudkan grup whatsapp Jamuan Persaraan KN.

Mrs. A pula serba salah ketika KA ajak tarik diri Mrs. A tak setuju dan terus memujuk dia untuk join aje grup Jamuan Persaraan KN itu lebih mudah dan teratur untuk jamuan yang berskala besar. Tapi KA tetap dengan pendiriannya untuk menarik diri dan tidak mahu terlibat dengan grup Jamuan Persaraan KN yang baharu. Katanya dia akan buat farewell personal dengan KN. Akhirnya hanya dua orang sahaja telah menarik diri dari grup awal, yang lain-lain tanpa mahu mengeruhkan keadaan telah turut menyertai ke grup Jamuan Persaraan KN. 

Actually mereka ini adalah mereka yang rajin menjadi organiser sukarela dan juga yang pernah terlibat sama dalam jamuan persaraan Puan RA dan juga HA. Kekdahnya sebelum Jamuan Persaraan KN tu dua kali ahli grup whatsapp a.k.a AJK Jamuan Persaraan KN telah bermesyuarat. Semua aktiviti ini we all lakukan senyap-senyap tanpa pengetahuan KN ialah nanti kalau KN tahu tak surprise lah kan. 

Mesyuarat pertama tu agenda mencadangkan aturcara, tarikh, menu, tempat dan cenderahati. Mesyuarat kedua pulak agenda pembahagian tugas dan tanggungjawab masing-masing ke atas tugasan yang telah dibahagi-bahagikan. As for Mrs. A diberikan amanah untuk mencari hadiah seutas jam tangan sepertimana yang telah dipersetujui selain itu tugas lain yang semua AJK kena buat adalah menyediakan satu menu untuk jamuan. Mrs. A punya menu adalah kek batik so beli aje dua box settled. Alhamdulillah tugas Mrs. A untuk mencari jam itu lancar aje sebabnya ada dua orang pembantu ๐Ÿ˜‡๐Ÿ’ช๐Ÿ˜‰

Selamat Bersara Kak N (KN).

Selamat Bersara Kak N (KN).
Bertiga ke Swarovski Mitsui membeli souvenir jam tangan untuk KN

Selamat Bersara Kak N (KN)
Inilah rupa jam tangan yang kami pilih ๐Ÿ’

Tempat jamuan persaraan KN diadakan di rooftop. Tempat ini open dan luas sesuai untuk majlis yang berskala besar dan ramai tetamu. Majlis yang dirancang pada awalnya pukul 9.00 pagi dimulakan lewat sedikit sementara menunggu bos KN iaitu CEO habis meeting dahulu pada pagi tersebut.

Setelah semua berkumpul di rooftop. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, kemudian sepatah dua kata oleh CEO dan juga ucapan daripada KN. Kemudian diikuti dengan pemberian souvenir daripada CEO dan juga SGM wakil dari kakitangan iaitu jam tangan yang Mrs. A ditugaskan membelinya itu ๐Ÿ˜Š

Selamat Bersara Kak N (KN).

Selamat Bersara Kak N (KN).
Bos KN sedang menyampaikan hadiahnya (psssttt... handbag MK)

Selamat Bersara Kak N (KN).
SGM wakil kami menyampaikan jam tangan Swarovski

Selamat Bersara Kak N (KN).
Pulut kuning yang sedap ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Selamat Bersara Kak N (KN).
CEO minta Mrs. A join sekali makan bersama-sama temankan KN actually ada KY jugak tapi masa Mrs.A ajak selfie-selpot ni KY pegi amik makanan ooppss sorry ya KY

Okay jom Mrs. A belanja gambar-gambar semasa hari kejadian.

Selamat Bersara Kak N (KN).

Selamat Bersara Kak N (KN).

Selamat Bersara Kak N (KN).

Selamat Bersara Kak N (KN).

Selamat Bersara Kak N (KN).

Selamat Bersara Kak N (KN).
Selamat bersara KN sayang KN kerana Allah

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Cuaca pada pagi itupun cerah. Cuma di sebelah petang hujan renyai tapi alhamdulillah makanan semua dah dipindahkan ke dalam lobby. Eh! baharu perasan satu gambar makanan pun Mrs. A takde snap hahahaaa...Sebabnya gegambar menu Mrs. A amik video. Okaylah better late then never itu sahaja nak share kisah Selamat Bersara Kak N.






Lunch Di Old Town White Coffee

Lunch Di Old Town White Coffee

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Lunch Di Old Town White Coffee. Salam Jumaat dear readers petang ni rajin pulak nak up-date entry pendek kisah lunch di Old Town White Coffee di Aeon Seremban 2 tengahari tadi. Mrs. A keluar lunch bersama Kak N berdua sahaja. Those were the days ada ganglunch yang agak ramai tapi dah tinggal sejarah huhuhu...๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข

Lunch Di Old Town White Coffee. 

Lunch
Kak N & me #ganglunch

Lunch
Kopi Dulu, Makan Dulu ๐Ÿ˜†

Bila chit-chat dengan Kak N tadi kurang lebih kira-kira tiga tahun jugalah lamanya we all tak lunch di Old Town White Coffee ni. Tengok menu oh! masih banyak menu-menu lama dahulu kekdahnya. Bila tengok menu kaya & butter bread toast aduh! nostalgia sungguh teringat ada sorang ganglunch tu suka order menu tu sambil sedekah kat kawan-kawan ๐Ÿ˜Š. Didoakan beliau baik-baik sahaja.

Lunch
Hai! lah kaya&butter bread toast teringat iols pada il hehehee... [google image]

Bila belek-belek menu yang diberi tadi semua menu ala-carte. Menu set tak jumpa pula ataupun menu set ada tapi di leaflet yang berbeza tapi waiter tak bagi kot lagipun Mrs. A tak minta pun, ke memang takde eh! ntahlah abaikan sajalah.

Lunch Di Old Town White Coffee. 
Lunch
Mrs. A makan BBQ chicken & fried wantan dry dengan air honey lemon cold

Kak N makan Pan Mee Soup dan air fresh lemon tea panas. Unfortunately Mrs. A tak snap pulak Kak N punya menu muahahahaaa... Alhamdulillah sejujurnya we both puashati dan happy dengan pilihan menu masing-masing. Next time boleh repeat lagi gittewww... Okay itu sahaja kisahnya. Selamat berhujung minggu dear readers.





Pot Meatball

Pot Meatball

As Salam and greetings to dear readers.

Pot Meatball


Apo ko bondo Pot Meatball tu ngeh! ngeh! ngeh! actually itu adalah nama bussiness yang menjual meatball tu. Time lunch semalam Mrs. A malas nak keluar kebetulan pula Pot Meatball ada buat delivery itu yang laju aje Mrs. A mengordernya. Actually ini kali ketiga Mrs. A repeat order. Hah! dah kali ketiga repeat maknanya apa tu..??? Sedappp.... lettew 

Tunjuk sikit apa yang Mrs. A suka tu.

pot meatball
Nama set ini adalah TRIAL SET - Meatball Blackpepper
Walaupun Pot Meatball ada menjual macam-macam flavor tapi Mrs. A ni jenis yang loyal orangnya [poyo jer...] tu pasal dah tiga kali flavor yang sama. Tapi takpe mana tahu esok lusa derhaka kepada flavor meatball blackpepper bolehlah order yang lain-lain flavor tu. Macam kat bawah ni.

#potmeatball
Tu diaaaa.... macam-macam ada [copypaste dari WhatsApp group]
#potmeatballs

Kepada orang Seremban atau yang sewaktu denganya yang berminat nak order di sini Mrs. A kongsikan instagram Pot Meatball. Bagaimanakah, apakah dan macam manakah nak order silalah DM mereka @potmeatballs.

Pot Meatball juga ada stall di Senawang tapi stall mereka Mrs. A belum pernah jejak lagi. In Sha Allah mana tau esok lusa terjebak ke sana.

pot meatball
@potmeatballs
Semoga perniagaan Pot Meatballs akan terus maju jaya dan bertambah-tambah customer mereka dari sehari ke sehari. Apa yang penting quality dan servis haruslah terbaik!! dan maintain tip-top.

Jom check it out instagram Pot Meatbal @potmeatballs


A Gift From Gang Lunch

A Gift From Gang Lunch

As Salam and greetings to dear readers.

A Gift From Gang Lunch. Thank you very much my best Gang Lunch. Sayang you all ketat-ketat. Last Friday Mrs. A dapat surprise dari gang lunch dapat gift sempena birthday Mrs. A yang ke 24 tahun muahhhaaaaaaa 24 tahunlah sangat. Actually ini memang tradisi gang lunch memberi hadiah birthday kepada kesemua membersnya yang menjadi surprise adalah bila hadiah itu akan diterima. Terkadang cepat terkadang lambat bergantung kepada free time members yang tidak terlibat birthday pada bulan itu.

Dalam kes Mrs. A ini, Mrs. A memang surprise sungguh bukan pura-pura tau... cos tarikh birthday Mrs. A adalah 30 Mei dan giftnya dapat keesokan hari. Lagi pula time tu Mrs. A tengah busy hendak mengejar dateline menyiapkan paper mesyuarat. Memang cerita birthday tiada langsung tup-tup dapat gift.

Mula-mula seorang member datang biasalah cerita-cerita semasa. Tiba-tiba seorang demi seorang gang lunch datang kat cubicle Mrs. A. 

Meh! sini belanja gambar

gang lunch
Muka terharu campur gembira gitu... Ha! as usual kena paksa buka time tu jugak
Apa itu Gang Lunch buat Mrs. A? Gang lunch  itu adalah gang yang selalu keluar lunch bersama-sama tak semestinya satu department yang pasti bersama ketika nak makan tengahari muahhahhaaaa... Tempat lunch itu pulak ikut request members. Yang seronoknya tu we all sekepala takdelah berkira sangat tempat mana nak lunch tu. Follow aje mana-mana tempat lunch as requested by sesiapa di kalangan members. Alhamdulillah so far tiada masalah. Gang Lunch jugak ada group WhatsApp mereka sendiri. Of Course ler.... mana bisa tiada WhatsApp group.

Okay! jom Mrs. A belanja lagi gambar-gambar Gang Lunch ketika meraikan membernya yang celebrate birthday!

gang lunch
Terbaru adalah Mrs. A hew! hew! hew!
gang lunch
Gang yang ini sama jugak di bulan Mei cuma dia di awal Mei
gang lunch
Ini pulak time birthday kak .N
gang lunch
Ini birthday LZ. Tapi time dia we all terlewat sedikit dari tarikh sebenarnya. Harap LZ tak ambil hati
Oh! ya bulan April members tetap Gang Lunch ada 5 orang tetapi di pertengahan Mei members telah bertambah lagi seorang. So sekarang ini Gang Lunch dah jadi 6 orang. Cara we all membeli gift itu adalah kongsi-kongsi RM dikalangan members kecuali mereka yang celebrate birthday pada bulan yang diraikan itu.

Biasanya idea untuk membeli gift itu juga dikongsi bersama tetapi kadang-kadang ada jugak we all tanya nak gift apa hiks!. Then we all pun belikanlah. Budget takdelah mahal-mahal sekadar yang we all mampu aje yang penting tanda INGATAN tulus ikhlas.

Semoga ukhwah yang terjalin dikalangan Gang Lunch akan kekal manis-manis hingga ke Jannah. In Sha Allah. 

The end kisah A Gift From Gang Lunch.



MRS.A my blog my stori ©