MRS.A my blog my stori: Mykori MRS.A my blog my stori: Mykori
Memaparkan catatan dengan label Mykori. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mykori. Papar semua catatan
Mykori Senawang

Mykori Senawang

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Mykori Senawang. Selepas balik dari klinik veterinar semalam Adik dengan Aryssa duk hebohlah mengajak Mrs. A pi Mykori Senawang. Mulanya Mrs. A kata babah suruh ibu masak acaner nak pergi esok ajelah. Tapi depa dua punyalah cekap cepat-cepat cakap kat babahnya nak ajak ibu pergi Mykori Senawang pastu babahnya boleh pulak kata pergilah. So kekdahnya Mrs. A pun pergilah memenuhi permintaan anak-anak sibuk sangat nak pergi Mykori Senawanglah pulak dah duk nyanyi-nyanyi dari minggu neneknya ada dulu tu.

Ini adalah pertama kali Mrs. A pergi Mykori Senawang. Mykori Senawang ni terletak berdekatan area Mydin Senawang dan jugak area Jakel Senawang tu baharu Mrs. A tahu di area shoplot Mykori Senawang inilah terletaknya jugak Butik Telekung Siti Khadijah #SK selama hari ini duklah fikir SK yang kat Senawang tu dimana ya? rupanya di sini aja eh!

Mykori Senawang.

Mykori Senawang
Mykori Senawang, Seremban
Mykori Senawang
Mykori - Popcorn Mini Kakigori pilihan Aryssa
Mykori Senawang
Mykori - Chocolate Tiramisu Mini Kakigori pilihan Adik
Mykori Senawang
Kenko Kakigori yang ni pilihan Mrs. A
Kenko Kakigori tu isi kandungan ikut pilihan kita step 1 pilih nak susu atau yogurt, step 2 pilih 2 fruits dan step last pilih 3 jenis cereal pulak. Mrs. A suka yang kenko lagi dari yang kakigori biasa cause Mrs.A suka manis cuma tulah patutnya semalam pilih susu tapi Mrs.A pilih yogurt pulak so dapatlah rasa yogurt yang tak semanis susu tu kans... tapi tak kisahlah yang penting berjaya dihabiskan alhamdulillah.

Mykori Senawang.

Semalam tu Adik dan Aryssa ada jugak order Taiyaki. Ntah apo ko bondo ea Mrs. A layan jelah..

Mykori Senawang
Kiri Aryssa punya chicken slice & cheese taiyaki
Kanan Adik punya chocolate banana taiyaki
Tengok dalam gambar macam kek tapi bila dapat tepung biasa jer ghupernya tapi depa modified serupa ikan ha gitteww... dari segi rasa pulak bolehlah lembut dan boleh layan.

Okay itu sahaja kisah Mrs. A melayan permintaan anak-anak nak pergi Mykori Senawang. Kisah Mykori Seremban 2 [SINI]





MyKori Seremban 2

MyKori Seremban 2

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

MyKori Seremban 2

kakigori
Mini Kakigori harga berbeza ikut flavor
kakigori
Chocoreo Kakigori pilihan Aryssa
kakigori
Strawberry Cheesecake Kakigori pilihan Adik
Yang Mrs. A pergi ni MyKori Dessert Cafe yang di Seremban 2 ada satu lagi MyKori yang baharu open di Senawang area Mydin Senawang kalau tak silap itu belum pernah pergi lagi. Ini pun 1st time Mrs. A pergi sajalah layan permintaan budak berdua ni

kakigori
InSyaAllah nanti parut tu hilanglah tu anyway Adik tetap handsome di mata ibu
kakigori
Duduk dulu dan jangan lari ehhh!!!
Order di kaunter dan terus bayar. Kemudian duduk sambil tunggu nombor order yang akan dipaparkan di screen, tink tonk bunyinya (ok tipu) bila dah sampai nombor giliran tu. Serve service pi la amik Kakigori yang dah ready tu di kaunter "take your order here" muahahhaaaaa.....

kakigori
Mrs. A dapat kad ni cos order lebih RM20 - Hurm... macam suruh datang lagi jer...
Pendapat personal Mrs. A okaylah untuk orang yang suka dessert tapi tak suka yang manis-manis sangat. Tapi tulah Mrs. A ni suka dessert yang manis-manis so 2 pilihan di atas tu tak sesuai dengan selera Mrs. A. Mujurlah Mrs. A ada tapau satu untuk Along sebab dia tak ikut, pilihan Mrs. A ialah Signature Kakigori - "Honeydew" ha! yang ni sedap, manis dia up to my expectation. Kalau nak tapau kena amik big size dan tiada hiasan kulit buah disertakan huhuhuuu....


MRS.A my blog my stori ©