MRS.A my blog my stori: briskwalking MRS.A my blog my stori: briskwalking
Memaparkan catatan dengan label briskwalking. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label briskwalking. Papar semua catatan
Briskwalking Selamat Tahun Baharu 2026

Briskwalking Selamat Tahun Baharu 2026

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Briskwalking Selamat Tahun Baharu 2026. Actually tak tahu nak letak tajuk apa ngeh! ngeh! ngeh! Kisah briskwalking bersama Aryssa dan Adik. Kira bolehlah tuuu kan tajuk dua dalam satu. Kisah briskwalking dan ucapan selamat tahun baharu kepada readers blog yang dikasihi. Walaupun tahun baharu 2026 dah 15 hari berlalu harap masih belum terlambat lagi untuk seorang Mrs. A mengucapkannya. 

Tak planning pun nak briskwalking pada petang 14012026 tu [psssttt tarikh tu Negeri Sembilan cuti umum sempena Hari Keputeraan YDPB], tiba-tiba sahaja Aryssa ajak "ibu jom jogging nak petang kang". Mrs. A pun jawab "okaylah pukul 5.30 petang kita gerak". Eh! terajin pulak sebab memikirkan dah lama tak exercise. 

Briskwalking Selamat Tahun Baharu 2026. 

selamat tahun baharu 2026
Dah tamat 3 pusingan keliling taman kita wefie sat 😊

Sajalah nak bagitahu walaupun Mrs. A ni dah veteren tapi tetap dihadapan mendahului Aryssa dan Adik eewaahhh hahhahaa... Walaupun Forest Park ni sekangkang kera sahaja luasnya tapi selalunya ramai je manusia dan suasananya meriah dan ceria. 

selamat tahun baharu 2026
Selfie seketul sementara menunggu Sha dan Adik sampai taman

Petang tu Mrs.A track aktiviti briskwalk guna apps JomRun sajo. Nak guna apps yang premium tu kena bayar uols! takpelah Mrs. A lebih suka yang percuma saja ngeh! ngeh!ngeh!

selamat tahun baharu 2026
Hurm... 193 sajo calories terbakar jaaaadilahh!

Kalau ikutkan jumlah kilometer dari rumah Mrs. A ke Forest Park lebih kurang 4 kilometer sahaja. Tapi petang tu Mrs. A dan anak-anak ada buat aktiviti keliling taman dalam 3 kali pusingan sebab tulah jumlah kmnya jadi lebih kot. Lagi satu kat area riadah tu ada stray dog cumanya diaekor tu tak kacauganggu orang. Kemungkinan stray dog sengaja dibela oleh orang-orang yang di construction site area berdekatan situ. Cumanya kat situ memang ada papan tanda dilarang memberi makan pada anjing liar. Kalau bagi jugak eh! hahahaa tak taulah jadi apa.

Briskwalking selamat tahun baharu 2026 okay itu sahaja nak cerita. Semoga tahun 2026 lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.


Hujung Minggu Yang Aktif.

Hujung Minggu Yang Aktif.

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Hujung Minggu Yang Aktif. Kisah dua minggu yang lalu huhuuhu... hujung minggu yang aktif dan terlebih rajin al-maklumlah badan dah terasa berat sangat dek lama sangat tak melakukan aktiviti keluar peluh. Last Mrs. A melakukan aktiviti keluar peluh [SINI]. Pada petang Sabtu 07112020 lebih kurang pukul 5.15 petang Mrs. A telah join Aryssa dan Adik brisk walking dari rumah ke Forest Park kemudian kembali semula ke rumah. Adik dan Aryssa sejak tak boleh ke sekolah dah banyak kali depa brisk walking dan jogging Mrs. A aje yang malas. 

Hujung Minggu Yang Aktif

Hujung minggu
Selfie seketul sementara menunggu dua beradik kat belakang tu

Hujung minggu
Aryssa dan Adik di permulaan brisk walk tu kemain laju lagi

Di permulaan aktiviti ni Mrs. A memang ada add tracking apps guna Google Fit mula-mula memang alert sekejap tengok, sekejap tengok tapi setelah meleka... syiok punya pasal brisk walking sambil membebel kat Aryssa dan Adik dah terlupa pasal tracking steps tu 😞😞😞. Bila dah sampai rumah baharu teringat bila check tengok-tengok mende alah tu dah stop di kilometer 3.99 dengan steps 5248 sahaja calories burned pun tak nampak adoiiila... ralat sungguh. Kalau nak di kira jauh dari rumah Mrs. A ke Forest Park dan pusing ikut jalan belakang kembali ke rumah Mrs. A adalah lebih kurang 5 kilometer. Takpelah next time nak pastikan apps Google Fit tu merekod dengan jayanya gittewww...

Hujung minggu
Perjalanan brisk walking sewaktu pergi ikut jalan lain (kira sebelah hadapan)
yang nampak bumbung tu SJKC Kanchong

hujung minggu
Aryssa kata tak ramai macam biasa. Lorrr.... patutler... PKPB uols!😨😨😨

Malam tu bila tengah rilexs-rilexs sambil tengok phone terbaca pulak status whatsapp kawan-kawan berkaitan SOP ketika PKPB alamak! riadah tidak dibenarkan 😕😕😕 lalu Mrs. A pun menGoogle semata-mata nak tahu dan pastikan SOP PKPB berkaitan aktiviti sukan. 

~ Aktiviti sukan secara individu, e-sports, sukan yang tidak bersentuhan dan sukan outdoor yang tidak melebihi 10 orang adalah DIBENARKAN ~

Phewww!!! mujurlah dibenarkan. Petang tu Mrs. A, Aryssa dan Adik sempat jugaklah brisk walking dua tiga round di Forest Park kemudian barulah we all gerak pulang.

Hujung minggu yang aktif
Hujung minggu
Time nak balik dua-beradik tu dah jauh Mrs.A tinggalkan depa bukannya brisk walking lagi dah jalan macam biasa sambil membawang cet!

Hujung  minggu
Jalan sebelah belakang ni ada construction iaitu disebalik hoarding hijau. Kurang selesa sikit cause banyak anjing. Tapi anjing-anjing tu takdelah kacau. Nun sayup-sayup yang nampak bumbung banyak tingkap tu pulak SMK Forest Height

Pemenang brisk walking pada petang itu adalah ibu yeay!!! tua pun boleh! eh! tiberrr.... muahhhaaaaa so kekdahnya lebih kurang pukul 6.20 petang macam tu Mrs. A dah sampai rumah. Kalau masuk fun run kira lambat jugak tu untuk jarak 5 kilometer. #poyolahkomrsahoi Lambat sebab stop bergambarlah, menunggu Aryssalah bump dengan kawan-kawan sembanglu. Aryssa dan Adik tu kekdahnya tak jalan laju pun lebih kepada membawang. 

Kononnya petang Ahad tu nak brisk walking lagi. Elok dah siap bagai hujan turun melebat pulek! so kekdahnya jump rope kat porch rumah ajelah.

Hujung minggu
Kasi chancelah Sis terapung sekali sekala

Lama sangat dah tak skipping dah lupa cara-cara mudah nak skipping a.k.a jump rope. Struggle jugaklah mula-mula tu tapi setelah beberapa percubaan oklah practice make perfect. Skipping je sesuka hati dah penat stop hahahaa... takdelah Mrs. A buat lompat 30 kali pastu stop 1 minit rehat. Kemudian lompat lagi dan lagi dan seterusnya stop 5 minit rehat pulak. Lebih kurang 20 minit cukuplah tu sakit koting den ha! Actually lebih kepada nak support Aryssa road to kurus katanya tapi ibu pulak yang overrrr....

Okay itu sahaja kisah Hujung Minggu Yang Aktif. Harapnya maintainlah tak mau hangat-hangat tahi ayam huhuhuuhu...




Brisk Walk Di Forest Park

Brisk Walk Di Forest Park

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Brisk Walk Di Forest Park. Sunday morning Aryssa, Adik dan Mrs. A membuat aktiviti brisk walk di Forest Park. Kalau ikut planning nak pergi Forest Park tu Saturday petang tapi tak jadi cause petang tu hujan. Forest Park ni dekat aje dengan taman tempat Mrs. A tinggal sekarang [SINI] ramai aje yang berjalan kaki ke sana tapi Mrs. A dan kids ada plan lain lepas tu so we go by car gittewww...

Apo ko bondo brisk walk tu? Brisk walk tu dari apa yang Mrs. A google maksudnya adalah aktiviti berjalan pantas/ laju. Tidak berlari dan tidak juga berjalan seperti biasa ha! bukan jalan lenggang kangkong ya... ianya lebih kepada berjalan dengan pantas/ laju. Brisk walk ini ikut suka hatilah berapa jauh nak jalan dan berapa lama nak jalan yang penting ikut kemampuan.

Brisk Walk Di Forest Park.


brisk walking
Aryssa, muka ada senyum happy dapat pi Forest Park
Meh! sini Mrs. A kongsikan fakta & kebaikan brisk walk.

Fakta berjalan pantas:-
  • Lakukan aktiviti jalan pantas anda pada kelajuan 4.8 kilometer sejam(km/j) hingga 8km/j.
  • Kelajuan lebih tinggi bermula 11.2 km/j hingga 16km/j. Menerusi aktiviti itu, denyutan jantung naik sekali gus membakar lebih kalori berbanding jalan pada kadar biasa.
  • Kuasa berjalan pantas membakar kalori sama jumlahnya seperti berlari laju tetapi tempoh masa lebih lama.
  • Berjalan pada kadar 7.2km/j selama satu jam membakar kalori seperti berlari setengah jam
  • Meningkatkan kelajuan berlari selama dua minit pada suatu masa, kemudian memperlahankan kelajuan.
  • Kelajuan berjalan tidak membakar kalori seperti berjalan biasa, tetapi menjadi latihan berkesan meningkatkan denyutan jantung, menyeimbangkan emosi dan meningkatkan kecergasan.
Kebaikan berjalan pantas 10 minit sehari atau 70 hingga 90 minit setiap minggu
  • Meningkatkan kecergasan badan
  • Mengurangkan sakit belakang
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Sensitiviti insulin meningkat
[kredit: bharian.com.my]

Brisk walking
Ada yang memancing.
Lama jugak we all kat Forest Park tu lebih kurang satu jam setengah. Aryssa dia tak brisk walk pun dia lebih kepada berjogging. Mrs. A dengan Adik je yang brisk walk. Adik ntah kenapa tak nak jogging selalu dia yang lari laju ke hadapan tapi pagi tu dia malas. Mrs. A memang tak plan nak lari lutut kondem derrr... huk!huk!huk! Mrs. A brisk walk dalam dua pusingan selebihnya tu jalan slow-slow atas batu sambil buka kasut. Adoiiila.... kelakar pun ada asyik duk sendawa-sendawa je nampak sangat banyak angin dalam badan tapi mujurlah keluar ikut atas kalau ikut bawah mau haru-biru muahahahaaa.....

Brisk Walk Di Forest Park
brisk walking
Siap buka kasut tau, adehhh! sakit uols!, orang kata kalau macam tu banyak toksin dalam badan Wallahulam. Mampu jalan separuh pusingan jer...

brisk walking
Adik
brisk walking
Permainan kanak-kanak mestilah ado
brisk walking
Trek basikal pun ada
brisk walking
Gigih buat menda alah parallel bar ni hahaaa...
brisk walking
ko mampu!?
brisk walking
Mrs. A was here  ehh!
Brisk Walk Di Forest Park. Semenjak PKP ini adalah 1st time Mrs. A keluar riadah bersama anak-anak. Seronok dan excited sangat. Harapnya lepas ni akan terus rajin nak menjalankan aktiviti sihat macam ni.








  • MRS.A my blog my stori ©