Skip to main content

RESEPI NASI ULAM

Assalammualikum dan hi semua..Siapa disini pernah makan nasi ulam? Sedap kan? Ka ada baru pertama kali dengar? Hahaha tak apa hari ini kak fa nak share resepi nasi ulam,mana tahu korang berminat atau nak mencuba resepi ni kan? Bahan-bahan kak fa banyak ambil di rumah sahaja sebab kak fa banyak tanam pucuk-pucuk untuk buat ulam ni..Nasi ulam ni tradisi turun temurun..macam tradisional la sikit kan? Jom tengok apa bahan-bahan yang diperlukan okey?



BAHAN-BAHAN

Bawang besar
Halia
Lengkuas
Pucuk kari
Pucuk kaduk
Pucuk betik
Pucuk manga
Serai
Pucuk limau purut
Pucuk kunyit
Pucuk mengkudu
Pucuk lemuni
Pucuk beluntas
Pucuk jangus
Pucuk cekur
Lada hitam (ditumbuk)
Kerisik
Ikan masin (tenggiri)




CARA-CARA MEMBUATNYA :

  • Masak nasi dahulu
  • Potong kesemua bahan-bahan pucuk itu tadi (dipotong halus)
  • Goreng ikan masin (ikan tenggiri)
  • Setelah goreng ikan masin, biarkan ia sejuk sekejap
  • Setelah sejuk,masukkan kesemua bahan pucuk ke dalam nasi yang telah dimasak(tunggu nasi sejuk dulu) kemudian masukkan ikan masin dan kerisik
  • Gaul kesemua bahan hingga sebati dengan nasi


Dah siap masak nasi ulam!! Nak lagi sedap korang kena makan dengan sambal ikan bilis atau sambal udang atau sambal ayam (ayam masak merah) ka kan? Ikut minat korang…macam kak fa buat sambal ikan bilis dan begedil sahaja..siap untuk dihidang!!







Pucuk mengkudu,Pucuk lemuni Pucuk beluntas, dan Pucuk jangus kak fa tak ada..nak lagi sedap banyak ulam-ulam lagi sedap tau hehehe selamat mencuba you alls...tak sempat tangkap gambar nasi dengan sambalnya sebab terus ngapp kemulut tak menyempat wakaka..





Comments

efa said…
@rabiahhtul adawiyah hehehe kan?sedap sangat boleh cuba buat

Popular posts from this blog

Segmen IQ ANDA

Assalammualikum dan selamat pagi semua...huh ingat tak hari tu aku ada bagi tau yang aku nak buat 1 contest or segmen kan? huh hari ni baru aku nak start buat segmen itu hehehe nak join tak ni? kiranya ini first segmen dari aku la huhu ok senang ja kalau nak sertainya ok syarat-syaratnya adalah: Letakkan tajuk : Segmen IQ ANDA Letakkan pic yang dibawah ni Jawab 3 soalan dibawah ini dan setiap satu soalan ni hadiahnya berlainan soalan 1:     Nombor apakah yang boleh mewakili A dan B di dalam kotak dibawah? soalan 2 :   yang mana satu ganjil? a) Clarinet b) Saxophone c) Bassoon d) Oboe  e) Dram soalan 3 : Huruf apa yang sesuai di petak kosong? ( perkataan Inggeris ) Lepas dah jawab semua soalan tag dua rakan blogger anda hadiah akan direview the next entry erk tak sempat nak snap pic hadiah la plak huhu tapi hadiahnya tak lah besar, kecik aja.. hadiahnya tu adalah barangan perhiasan di rumah rasa-rasa apa? huh nak tahu tunggu huhu :P tarikh...

1st time disebalik ikan haruan

assalammualikum dan selamat pagi semua hehe ok pagi ni nak share dengan semua pasal ikan haruan hehe ni 1st time aku tau ni hahaha selalu tau makan ja kan? ni meh nak share satu benda yang ada disebalik ikan haruan tu eh tau tak macam mana rupanya ikan haruan? hehe meh nak tunjuk sikit rupa ikan haruan kot tak tau hehe :) nah ni la rupa ikan haruan  ini la rupa ikan haruan :P [ pic dari mokcik google ] selain itu ikan haruan ni banyak sebenarnya khasiatnya diantaranya dapat membantu menambahkan daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai antioksidan yang melambatkan proses penuaan. Ikan haruan juga dapat mengesan 27,000 jenis bau dan sekali gus dikategorikan sebagai ikan yang mempunyai deria bau yang paling sensitif,fuh dahsyat kan?ingatkan lalat ja yang deria bau kuat tapi ikan haruan pon sama ahaha ok tu ja yang nak dikongsi untuk semua untuk pagi ni ^_^ thanks kerana sudi membaca :)

Daun Sekentut??

assalammualikum dan hye semua.. ha amacam hari ni sihat ka tak?kalo sihat alhamdulilah...kalo tak tu makan 2 la yea ubat...moga cepat sembuh..sebab sekarang kan musim hujan..jaga la kesihatan tu erk..hurm hari ni ak puasa....tak taw nk wat entry apa hari ni...tp tetiba ak rasa macam teringin sgt plak nk makan daun sekentut...hahahaha...Pelik kan nama tu...first time dlm hidup ak makan makanan yang namanya begitu pelik haish...bau dia...haiyak...agak bucuk...tp...berkhasiat...ala ak pn first time tu tak suka tp bila rasa buat kerabu or nasi ulam ...per...yumm..sedap tambah2 lg kehkeh... :)nama tempatanya sekentut,nama sainitifiknya plak Paederia Foetida,Akar sekentut, daun sekentut, akar kentut-kentut, skunk vine.Selain tu Paederia chinensis Hance, Paederia scandans (Lour.) Merr., Paederia tomentosa Blume.Ok bagi pengetahuan korang daun sekentut ni merupakan sejenis tumbuhan liar yang memanjat dan kadar pertumbuhannya amat cepat.Ia Biasa dijumpai tumbuh liar di kawasan semak sam...