Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label western food. Show all posts
Showing posts with label western food. Show all posts

Friday, May 31, 2013

SWEET AND SOUR SOS CHICKEN CHOP DAN COSLOW

Seperti yg di janjikan ( sebenarnya janji dgn diri sendiri saje heheh )  akk nak kongsikan pula resipi sweet and sour chicken chop pulak, jom semak resipi . Terima kasih buat Azian yg berkongsi resipi ini






SWEET SOUR CHICKEN CHOP
Resipi : Azian Collections
Kongsi Bersama : embunrosaliza

 BAHAN-BAHAN
 Bonless chicken - rosaliza guna 8 keping ayam
 seasoning
 lada sulah
Rosaliza guna bahan perapana DISINI
 putih telur Rosaliza guna 1 biji telor
 bread crumb -Rosaliza guna tepung gandum + sedikit tepung beras + ajishio ( KES TAK CUKUP TEPUNG GORENG ADABI)
 1 biji bawang besar
 2 Ulas bawang putih
 2 Ulas bawang merah
 1 Tin baked bean
 3 Sudu besar sos cili
 3 Sudu besar sos tomato
 1 cawan air - rosaliza guna stok ayam
 1 Sudu sos tiram
 lada sulah
1/2 kiub ayam - rosaliza tambah

 CARA MENYEDIAKAN:-
 1. Perap ayam dengan seasoning dan lada sulah sebentar.Celup di dalam putih telur dan salut dengan bread crumb.
 2. Goreng di dalam minyak penuh hingga kekuningan, angkat dan toskan.
 3. Hiris kasar bawang besar.
 4. Hiris nipis bawang merah dan bawang putih.
 5. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
 6. Masukkan bawang besar dan masak sebentar.
 7. Masukkan sos tiram, sos cili dan tomato sos. Gaul rata dan masukkan pula air.
 8. Apabila mendidih masukkan baked bean dan sedikit lada sulah.
 9. Masak hingga kuah pekat sedikit.
 10. Hidangkan bersama fries.


 * Tidak perlu tambah garam kerana baked bean telah cukup rasa masin nya.

Coslow ni sangat sedap, sampai terlupa nak snap coslow sowang2,memang best bila di tambah susu dlm coslow ni. Tq Mas berkongsi resipi


Sangat sedap sos sweet n sour ni

COSLOW
Resipi : Mass80 @Myresipi
Kongsi bersama : embunrosaliza

Bahan-bahan ( untuk 4 orang )

  • 2 cawan kobis bulat mentah yang dipotong halus2
  • 1 cawan carrot yang dipotong halus2
  • 1/2 cawan mayonis - @ ikut masing2 nak banyak atau sikit pun boleh
  • 5 sudu besar susu segar
  • sedikit garam - Rosaliza tak bubuh garam

Cara-cara

  1. Potong halus2 kobis bulat dan carrot, basuh dan tos kan.
  2. Campurkan dengan mayonis, susu segar dan sedikit garam.
  3. Gaul sebati dan simpan dalam peti ais dalam 1-2 jam, kemudian boleh dimakan.

CHICKEN CHOP DAN SOS LADA HITAM @ BLACK PAPPER SOURS DAN KENTANG PUTAR @ MASHED POTATO

Assalamualaikum dan salam jumaat yg ceria buat semua.  Best betul tgk tajuk hari ini, banyak betul penggunaan ( @ ). Tak kisah lah untuk rujukan sendiri, senang klik satu nama semua resipi dh ada kat situ. Diam tak diam hari ni dah pun 31 mei 13. Sekejap masa berlalu.

Chicken chop ni akk buat hari sabtu lepas, mula2 cuti sekolah lagi. Tetiba je tekak rasa nak mkn western food setelah terpandang lamb chop linapg huhu. Anak2 cukup suka kalo menu mcm ni. Akk buat 8 keping ayam yg besar, mmg makan kenyang tak ingat. Ada yg bersambung pulak mkn chicken chop tu. Akk buat 2 jenis sos. Black papper sos dan sweet n sour sos. Anak2lebih suka sos lada hitam nampak gayanya. Akk guna bahan perapan Lamb Chop Linapg


CHICKEN CHOP
Resipi : LINAPG - resipi lamb chop
Kongsi bersama dan edit  : embunrosaliza

Bahan - Bahan: Perapan ayam

  • 4 keping daging kambing- Rosaliza guna 8 keping ayam di buang tulang
  • 1/2 kiub ayam- 1 kiub
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar kicap manis (lina pg gn kicap mee)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
  • 1cm halia(tumbuk kasar)
  • Lada hitam, lada sulah, rosemery,tyme,oregano -rosaliza letak lada hitam ,lada sulah 
  • Sedikit olive oil- tak letak
  • Tepung goreng ayam adabi secukupnya
  • 2 biji telur ayam - di kocok
  • Minyak untuk menggoreng ayam

Cara-cara
  1. Bersih daging kambing dan toskan (Sila Klik Petua Hilangkan Hamis kambing)- rosaliza guna tepung gandum untuk rendam ayam  bagi meghilagkan bau ayam.
  2. Ketuk2 sket bahagian isi daging kambing supaya daging tidak liat.(Lina pg guna meat Tenderlizer yg cam hammer tu)- rosaliza guna garfu untuk cucuk2 isi ayam agar meresap segala bahan perapan
  3. Lumurkan kepingan daging kambing dengan kiub ayam,diikut dengan herba (lada hitam, rosemery,oregano,tyme dan mixed herba)
  4. Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
  5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
  6. Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
  7. Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging...memang best
  8. Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus- rosaliza goreng ayam seperti di bawah
  9. Panaskan minyak yg agak banyak
  10. Celup ayam kedlm telur kemudian gaulkan kedlm tepung
  11. Kemudian goreng hingga masak dgn api yg sederhana
P/s nota ringkas yg tidak berwarna tu cara rosaliza


MASHED POTATO
By lina pg

Bahan-Bahan:
  • 3 biji kentang besar (~1kg)
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/4 cawan susu segar 
  • Serbuk Lada hitam kasar (jika suka)
Cara-cara :
  1. Kupaskan kentang dan dadu kecil (supaya cepat embuk dan mempercepat proses lenyek)
  2. Rebus kentang sehingga empuk (lina pg masukkan 1 sudu kecil garam semasa merebus kentang) 
  3. Bila empuk, toskan air.Terus lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas 
  4. Masukkan susu segar (sedikit demi sedikit) dan mentega. Gaul rata. 
  5. Sesuaikan rasa (tambah garam (jika tak cukup masin, lada sulah dan lada hitam) 

SOS BLACK PEPPER 
By lina pg

Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
4 sb (rata) tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih) - Rosaliza guna air rebusan saderi + bawang besar + tulang ayam
2 sb mentega

Cara-Cara:

  1. Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
  2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
  3. Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
  4. Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam
  5. Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.
  6. Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.

Sedap sangat chicken chop ni. Nanti tengah hari sikit akk letak yg sos masam manis pulak ya dengan resipi Coslow  best ni.


Thursday, August 11, 2011

PANCAKE

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. Hari ni masuk hari ke 11 kita berpuasa, selamat menjalani ibadah puasa buat semua.


Hari tu saje nak testing pan baru kutemui. Maka terhasillah pancake yang tak seberapa nak mulus, masa tengah bakar tu mmg best sangat baunya. Si Angah je yang layan pancake ini, yang lain dah kekenyangan makan roti jala.


akk mkn dengan madu, tp ank2 mkn gitu je


Resipi akk c n p dari rumah LINAPG, mekasih ya
Pancake (Chef Hajar)  
3 sudu besar butter-dicairkan 
1 biji telur 
1 cawan tepung naik sendiri (sy gn tpg gndum jerr) 
1 sudu teh baking powder 
1 sudu besar gula 
1 cawan susu segar ( tuko ngan susu cair ) 
1 sudu besar jus lemon - (x letak pun ) 
secubit garam ( terlupa nk boh )

                  Cara-Cara :
                  1. Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati2. Biarkan adunan selama 10 minit3. Tuangkan sesenduk adunan dlm kuali non stick yg tlh panas4. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih (tggu hgga prmukaan xcair baru t'blikkan)
                  5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat 




                  Friday, April 15, 2011

                  SUP CENDAWAN DAN ROTI BAWANG PUTIH

                  Selalunya masak2 gini untuk menu dinner, saje nak kurangkan makan nasi. Menu ni pun dah lama juga akk buat, memandangkan  my abe ada terbeli cendawan butang, dia ingatkan sup yang dalam tin tu heheeh, amik je tak baca dulu. Untuk membuat sup ni mencari n mengoogle lah akk mencari resipi yg senang2 untuk membuatnya. Cari sana, sini, sinun n situ, maka terjumpalah resipi yang agak simple dan senang bangat, tak lain dan tak bukan tentulah dari MYRESIPI..., suka sangat ngan myresipi ni, byk sangat kwn2 kat sini tolong akk dalam hal masak2 ni.


                  Sup ni memang sedap sangat, memang sebiji macam kat pizza...anak2 tak abis puji wahhh pandainya mama buat sama macam kat pizza, tapi lagi best dapat makan banyak2 kos sikit je, memang akk sangat puas hati dengan resipi percubaan pertama akk, mekasih sekali lagi Myr




                  MUSHROOM SOUP
                  resepi asal : minami133 @ myresipi





                  Bahan-bahan ( 6 org )


                  1 keping dada ayam
                  1500 ml air
                  500 ml susu segar(susu kotak)
                  1 ketul kiub ayam - akk letak 2 kiub
                  1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2) - akk cincang halus
                  garam
                  secubit ajinomoto
                  1 cawan tepung gandum




                  Cara-cara


                  potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.


                  masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.


                  masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.


                  Sup ni enak bangat makan dengan roti bawang putih atau nama glamernya garlic bread, roti ni mmg sedap, bahan2 pun simple je




                  ROTI BAWANG PUTIH


                  secukupnya roti - akk guna roti gardenia je
                  2 sudu besar (100 gm ) mentega
                  1 sudu besar  (50 gm ) majerin
                  3 ulas bawang putih - di cincang halus
                  sedikit lada sulah - aji shio akk tambah




                  Cara2
                  gaul semua bahan2 di atas kecuali roti, kemudian boleh lah di sapu pada bahagian atas roti sahaje, dan di bakar, kalo suka garing bakar lama sikit


                  Akk tak pasti resipi kepunyaan siapa, masa dok google tu lupa lak nak salin, main ingat je sbb bahan2nya senang sangat


                  sedap roti ni garing n panas2 makan dengan sup panas2, biasanya orang guna roti perancis, atau roti yang panjang pas tu potong serong, tapi akk lagi suka roti gardenia maklumlah pengguna setia.


                  Pada sesiapa yang nak cuba sup ni boleh lah, hasilnya mmg sedap sangat.

                  Thursday, April 7, 2011

                  FISH N CHIPS

                  Assalamualaikum dan selamat sejatera buat semua, teman2 blogger dan yang bukan blogger, janji ada kemudahan internet je. Harap2 semua dalam keadan sihat sejahtera hendaknya.


                  Kali ini akk nak kongsi resipi  fish n chips kat sini. Resipi ini akk c n p dari Myresipi@ junjs. Sesekali ubah selera western ni best gak. Fillet ni akk perapnya lada sulah ajishio dulu, hasinya mmg sedap dimkn bersama kentang yang di cicah sos cili+mayo.


                  inilah fish n chips tu...


                  FISH N CHIPS
                  sumber : myresipi@junjs


                  bahan-bahan ( 2-3 org makan )


                  2-3 keping isi ikan (guna apa2 jenis ikan isi putih yg besar spt jenahak,kurau, kerapu) akk guna kepingan ikan dory
                  3/4 cawan tepung gandum
                  1/4 cawan tepung jagung
                  1/3 cawan susu segar  - akk guna susu soya
                  1/3 cawan air
                  1 biji telur
                  1/4 sudu teh soda bikarbonat
                  1 sudu teh garam
                  1/2 sudu teh serbuk buah pala /paprika (jun x isi) - akk pun
                  1/8 sudu teh serbuk kunyit


                  rupa paras ikan dory...senang keja, tak payah buang tulang2 dfah siap sedia filletnya, cuma potong je
                  Cara-cara




                  Ikan tadi dilap dengan kitchen roll tisu.
                  Campurkan tepung gandum, tpg jagung, soda, garam dan serbuk kunyit.
                  Campurkan susu, air, telur, kacau dengan garfu. Masukkan kedalam campuran tepung. Gaul rata.
                  Celup ikan dalam tepung dan goreng 4-8min. Angkat dan letak atas kitchen roll tisu untuk buang lebihan minyak. Hidangkan dgn sos, mix vege dan fries.


                  murah je isi ikan ni, akk beli kat carre4 bahagian frozen


                  Lupa nak cakap, fish n chips ni best makan masa panas, kalo sejuk kulit dia mcm lembik sikit. Lain kali boleh buat lagi, guna resipi ikan celup tepung pulak, macam best je, ranggup2

                  Thursday, May 20, 2010

                  SPAGHETTI

                  Salam dan selamat petang buat semua, dah hampir masa untuk makan malam akk baru dapat update blog. Cadang hati nak boh n3 petang tadi, hujan dan petir kuat sangat takut la pulak kena stremyx akk langsung tak dapat nak berjumpa teman2 alam maya tak ke haru kn. Menu ni sebenarnya akk masa untuk lunch.... suka tengok anak2 makan. Tuan resepi minta ijin ya akk nak cedok resepinya, untuk rujukan masa depan, akk kan suka resepi yg sempoi tapi sedap n cepat di masak. Resepi akk ambil rumah Lina_pg, tq ya dik na:~

                  Ini la jenama yang akk pakai. Akk guna yang 500gm hehehh..maklumla anak ramai
                  • 250gram speghetti - (saya guna brand San Remmo Vermicelli )
                  • 1 tin sardin size sederhana ( saya guna ayam brand 230g) - hancurkan isinya
                  • 1 labu bawang besar ( dadu)
                  • 1 biji tomato ( dadu )
                  • 2 ulas bawang putih diketuk )
                  • 8-10 sudu makan Prego Pasta Sos ( sy gn yg Traditional )
                  • 1-2 sudu makan sos tomato
                  • 1-2 sudu makan sos cili
                  • Garam & gula@serbuk perasa
                  • Olive oil / myk masak
                  • Air
                  Cara-Cara :
                  1. Panaskan air untuk merebus pasta , masukkan garam dan beberapa titik minyak. Bila air mendidih, masukkan pasta. Rebus hingga pasta lembut @ betul2 masak.
                  2. Tumiskan bawang besar & bawang putih hingga wangi dan sedikt layu. Masukkan tomato tumis lagi..
                  3. Masukkan sardin (sekali ngan kuah ), sos prego, sos tomato dan sos cili.Kacau sebati
                  4. Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan garam, gula@serbuk perasa. Sesuaikan rasa. Tutup api
                  5. SeLaMaT MeNcUbA

                  Wednesday, December 23, 2009

                  LAKSA SARAWAK JADI SPAGHETTI SEAFOOD

                  Salam semua, hari ini sibuk sikit dengan anak buah abeku, pagi tadi masak nasi lemak je, dan tengahari kari ayam je. Ini menu lunch aku semalam. Semalam aku cuti2 masak lunch jadi aku pun suruh la abe ku tapau laksa sarawak sebagai lunch aku, memandangkan aku belum pernah makan laksa srwk ini, itu yang nak mencuba, rupa2nya gerai tu dah tak jual laksa lagi beralih arah pada makanan barat pulak. Jadi untuk tidak menghampakan aku, my abe belikan spaghetti seafood ini untuk santapan aku.  Dah tekak melayu, makan spaghetti ini rasa macam tidak kenyang je.. layan gambar ini ya....bukan aku yang masak tau, tapau dari kedai je.

                  Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...