Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label tart telur. Show all posts
Showing posts with label tart telur. Show all posts

Sunday, January 22, 2023

Portugis Egg Tart

 Assalam dan selamat pagi buat semua. Tiba2 angin rajin nk update resipi. Masa resipi ni panas2 dlm ingatan dan kejadian pun elok je baik salin kat sini dulu resipi, nk buat lain kali senang sikit.






Terlupa nk tapis dulu td, nampak kasar2 sikit. Tp rasa ok

PORTUGIS EGG TART

RESIPI EMBUNROSALIZA @SYAZALIZA

Sumber Google 

Bahan2

( 10 biji )

Kulit pastri Paratha sepeket size kecil ( 5 keping )

Sedikit minyak utk sapu ke acuan Maffin

Inti Tart

1 Cawan susu Full Cream atau susu Cair

1/2 Cawan Susu Pekat Manis @ secukup rasa

Sedikit esen vanilla

CARA

Ambil sekeping kulit Prata

Potong 2 bahagian kulit prata. 

Kemudian lipat 2 ( sekeping dpt 2 biji )

Isikan kulit prata sambil tekan2 guna tangan utk penuhkan ruangan acuan muffin.

Siapkan 10 biji kulit tart dulu

Kemudian, sediakan inti tart.

Campurkan susu cair, susu pekat manis dan esen, kemudian tapiskan. ( saya terlupa nk tapis, hasil pun ok, x ada hanyir pun )

Isi inti ke dlm acuan, jangan penuh sangat

Bakar selama 30 minit atau sehingga kekuningan.

Siap

Adunan inti ini cukup2 untuk 10 biji tart telor


Friday, January 11, 2013

TART TELUR

Selamat petang jumaat buat semua. Tart telur ni akk buat sekali ngan cis tat  hari tu. Kali kdua buat tat telur ni, sedap. Tak ada idea nak taip panjang2 , gagah juga nak letak n3 hari ni.

Siap melimpah ruah lagi filling tu, kalo buat tart telur rasanya lagi elok guna acuan besar sikit mcm yg akk guna 5.5cm.

TART TELUR
Resipi : Hanis @ myresipi
Kongsi bersama : Embunrosaliza

Bahan-bahan ( 30 keping )

  • PASTRY
  • 200g butter
  • 80g gula aising
  • 360g superfine flour
  • 1biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • FILLING :
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • pewarna kuning

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan tepung sampai jadi doh.
  4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
  5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
  6. Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
  7. Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.

Masa buat dulu akk masak sekejap filling tu, tapi kali ini terus letak je, lagi sedap mcm ni, 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...