RENTAP
RENTAP
Pejuang Dayak (Iban) ni pada asalnya bernama Libau anak Ningkan dan mendapat
gelaran Rentap apabila dia memenggal kepala musuh yang pertama. Selain panggilan
Rentap, beliau jugak dipanggil ‘Raja Darat’ dan merupakan pemimpin orang Iban di
Sungai Skrang dan Sungai Saribas
Marah dengan tindakan Brooke seperti merampas tanah orang Iban dan memaksa
orang Sarawak bayar pelbagai cukai, beliau akhirnya merancang untuk menyerang
Rajah ni di kubu British dekat Sungai Skrang pada 19 Ogos 1844. Buat pertama kalinya,
Rentap berjaya dan kemenangan ini buat lebih ramai orang Iban menyanjunginya.
Pada 24 Julai 1849, Brooke kembali bersama askarnya dan menyerang kampung
Rentap. Rajah Sarawak ni bawa bersama kapal tentera laut, H.M.S Royalist, H.M.S
Ranee dan 8 lagi kapal kecil masuk kawasan Skrang dan Saribas. Kemudian pada 31
Julai 1849, perang terbesar kat Sarawak tercetus dan membunuh lebih kurang 500
orang Rentap! Namun kejayaan tetap berpihak kepada Rentap sebab dia berjaya
lindungi orang penting dalam kampungnya.
Brooke yang kejam pulak telah membakar 20 buah rumah panjang di kampung Rentap,
sehingga menyebabkan Rentap sendiri dan orang kampungnya terpaksa berundur ke
Sungai Lang iaitu hulu Sungai Skrang. Walau bagaimanapun, Brooke berjaya
merampas kubu Rentap dan rumah panjang di Sungai Lang.
Ini menyebabkan Rentap terpaksa berundur pulak ke Bukit Sadok dan kemudian
membina kubu yang lebih kuat untuk melindungi diri mereka daripada serangan British.
Sir Charles ni boleh dikatakan hebat jugaklah. Dia berjaya yakinkan 3,000 orang Iban
dan 500 orang Melayu untuk ikut menentang di kubu Bukit Sadok. Tapi semuanya
macam sia-sia sebab kubu ni memang tak dapat dikalahkan. Bukan tu je, British jugak
gagal capai kejayaan sebab meriam bernama “Bujang Timpang Berang” digunakan
untuk pertahankan kubu tu.
o Serangan kedua
Masih tak putus asa untuk kalahkan Rentap, Sir Charles Brooke cuba untuk serang
Bukit Sadok sekali lagi pada Ogos 1858. Macam manapun, dorang masih tak mampu
sebab kubu ni memang telah dibina dengan ciri-ciri keselamatan yang hebat. Merasakan
ini bukan time yang baik, Sir Charles dan askar-askarnya terpaksa berundur.
o Serangan ketiga
Dendam lama nampaknya kembali membara! Serangan yang ketiga ni diketuai oleh
musuh lama Rentap iaitu James Brooke pada September 1861.
Dalam peperangan ni, Rentap dan pahlawannya telah diserang dalam jarak yang dekat
menggunakan pistol Six-Pounder dan sebuah meriam yang dipanggil “Bujang
Sadok”. Semasa pertempuran tu, kedua-dua belah pihak saling berbalas tembakan
meriam dan lepas sebulan, barulah pihak British dapat tawan Bukit Sadok. 🙁
British mencapai kemenangan dan James Brooke membakar tempat tinggal Rentap
serta kubu Bukit Sadok tersebut.