Info pasal cekur merah ada pernah cerita di SINI..
Friday
Cantiknya bunga Cekur Merah...
Info pasal cekur merah ada pernah cerita di SINI..
Posted by fzi at 11:28 1 comments
Labels: herba, tanaman hiasan
Tuesday
Pewangi Asli
Alhamdulillah papa selalu tolong bab2 ni... jadi pewangi dalam kereta dan bilik air selalu berganti dua tiga minggu sekali. Ianya lebih baik dari guna air-freshner yang beli... yang sudah tahu tak berapa selamat untuk dihidu dalam jangkamasa panjang... ada side effect orang kata...walllahu'alam.
Jom pakat2 kita kerat daun pandan buat pewangi asli....jom kita meriahkan dunia herba... :)
Monday
Mengkudu
Ohh dari petang semalam lagi duk clear lorong laman tepi bilik abang. Boleh kata bertungkus- lumus jugak le dengan papa, buang semua tanaman pagar. Rasa silap besar tanam tanaman pagar ni dulu sebab akarnya jenis akar yang berserabut, jadi semua bahagian tanah didominasikan akar2nya. Sampaikan takde ruang untuk pokok2 lain tumbuh. Hari tu saya pernah tanam pokok limau nipis kat situ, tapi akhirnya mati jugak bila tanah di bawahnya sendad dengan kehadiran akar2 pokok tanaman pagar tuh.
Dalam duk clear2 tuh, buang sekali pokok mengkudu yang dah kluar buah dah pun. Terpaksa buang sebab walaupun ianya tumbuh dari laman kami, tapi keseluruhan dedaunan pokok mengkudu mengambil tempat ruang laman jiran. Bimbang ianya menimbulkan rasa tidak senang di hati Pak Nor sekeluarga, itu yang kami cantas buang sampai tinggal pangkal pokok je. InsyaAllah nanti tumbuh lagi pucuk baru lepas ni.
Dapatlah lima enam biji buah mengkudu. Belum terfikir lagi nak buat apa tapi ramai yang kata ia mengandungi banyak khasiat. So apa lagi geledah buku Herba lagi la saya....jom tengok apa buku tu kata pasal mengkudu..
- daun dan buahnya boleh dijadikan ulam dan kerabu
- nama saintifiknay Merinda Citrifolia diketahui begitu kaya dengan pelbagai ramuan ubatan sehingga digelar sebagai ratu tumbuhan.
- khasiat buahnya boleh meredakan tekanan darah tinggi, senggugut, ulser, kencing manis, kerosakan buah pinggang, pundi hempedu serta salah urat.
- buah mengkudu juga dikatakan dapat merencatkan pertumbuhan sel-sel barah, mempunyai kesan anagesik(penahan sakit), antiseptik(membunuh kuman) dan menghalang pertumbuhan parasit serta kulat.
- seluruh bahagian pokok mengkudu dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tersendiri.
- biji mengkudu juga dipercayai boleh digunakan sebagai julap.
- buah mengkudu juga dijadikan sebagai minuman kesihatan seperti jus mengkudu. Jus itu biasanya diminum sebagai tonik ketika berehat atau selepas bangun dari tudur terutamanya sebelum menikmatai sarapan pagi. Walaupun jus mengkudu berkhasiat tetapi tidak ramai yang sanggup meminumnya kerana baunya yang tidak menyenangkan. Oleh itu bagi tujuan komersil pengusaha jus mengkudu menambahkan berbagai perisa seperti strawberi atau anggur untuk hilangkan bau yang tidak menyenangkan itu...
Ohh banyak rupanya khasiat mengkudu ni ya..... :))
Posted by fzi at 12:47 0 comments
Labels: herba
Sunday
Cekur Merah
Dah lama pokok ni ada kat laman. Tapi saya tak pernah tahu yang rupa2nya ia adalah sejenis cekur. Selama ini saya ingat ianya tak lebih dari sejenis pokok hiasan yang keluarkan bunga kaler purple yang cantik.
Namanya Cekur Merah dan termasuk dalam famili Zingiberaceae. Ohh takde la nak sebut nama famili dia tu kalu ada memember tanya, pakai sebut cekur merah je la... hehe
Jom tengok fakta mengenainya:
"Isi cekur merah boleh dibuat ubat untuk merawat penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit kulit. Caranya adalah dengan mengambil isi cekur merah yang segar sebesar jari manis dan sepanjang 0.5 cm lalu dibersihkan dan dimakan. Selain berkhasiat ubatan, cekur merah ditanam sebagai pokok hiasan. Isinya boleh digunakan dalam masakan."
sumber dari buku: Tanaman Berkhasiat Ubatan
Posted by fzi at 10:13 2 comments
Labels: herba, petua, tanaman hiasan
Friday
Bunga Kenanga
Akhirnya sampai hajat saya untuk tanam pokok Kenanga. Dah lama berhajat...Ditambah pula dengan sokongan dua tiga orang rakan yang rekemen suh beli dan tanam. Diaorang siap promote, kata.... "kalah bau bunga lain kalu nak banding dengan bau bunga Kenanga tu, baik u tanam"...yang lain pulak kata... "nanti kalu u tanam bukan takat kat luar umah je bau wangi, sampai ke dalam umah nanti bau wanginya u..." huhu
Orite lah , kalu camtu kompem nak kena beli dan nak kena tanam....hehe
Jadi satu hari tu terjumpa lah saya akan pokok Kenanga ini di Nurseri Vani yang terletak di Kuala Kubu Bharu. Masa tu sempat ronda2 selain dari ke library dalam masa sejam setengah, have my own sweet time jalan2 sementara tunggu kakak yang ada urusan di sekolahnya. Wow! Hepi sebab beli dengan harga RM5 je tapi tengok2 dah tersedia sekuntum bunga kat pokok tu...istimewa buat saya barangkali, alhamdulillah.... terubat le rindu pada keharuman baunya yang harum semerbak....
***suami dah siap tanam dah pokok tu... jemput baca citer kat SINI... :)
Posted by fzi at 15:58 2 comments
Labels: herba
Wednesday
Pokok Kari
"Gemoknya pokok kari ko ni..... "
Teringat kata2 Mona waktu datang ke rumah, raya tempohari. Masa tu, mona and the gang sempat jengah tengok pokok2 kat taman dapur saya sebelum bertolak balik ke kuala kubu bharu. Satu keta dah gerak duluan, tinggallah mona, muna kecik dan ani ambik masa jap tengok2 pokok.
"Baja apa yang ko taruk....?"
"Alaaa..... kita simbah ngan air beras je....kadang ngan air yang basuh2 ikan tu....", balas saya pada pertanyaan mona.
Gitulah sedutan dialog kitaorang pasal pokok kari ni. Akceli pokoknya tak tinggi mana pun tapi alhamdulillah nampak gemok....hihi
Kuat bau daunnya.....wangiiiii......Sekali2 je saya petik... bila tiba time nak buat kari ikan, baru ambik setangkai dua. Pastu kadang petik pucuknya buat tambah2 makan dengan ulam2 lain. Sedap dibuat ulam, pucuk nya tuh.
Mengimbas kata2 seorang kawan satu masa dulu, "...... elok jika kita selalu dapat amal memakan pucuk kari ni....... ada khasiatnya...."
Posted by fzi at 07:01 2 comments
Labels: herba
Monday
Dua kuntum bunga kaler Purple
Masa duk angkut lauk2 yang beli kat pasar tadi, tiba2 buat emergency brek masa lalu dekat2 dengan pokok limau purut. Tangan kiri kanan masih menjembeng beg plastik yang baru wat turun dari keta. Tak sempat antar lauk masuk ke dapur, berenti kejap bila tiba2 mata terpaku tengok dua kuntum bunga yang sedang kembang cantik. Hish cantiknya....selalu gak kuar bunga ni, tapi pagi ni nampak attractive pulak kaler dia yang light purple....nampak mesra dan menawan gitu...heheh
***update 24/4/2010
Ohh rupa2nya nama tumbuhan ini 'Cekur Merah'. Isinya boleh digunakan dalam masakan rupanya. Dapat info mengenainya dalam buku yang saya pinjam dari library.
Isi cekur merah boleh dibuat ubat untuk merawat penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit kulit. Caranya adalah dengan mengambik isi cekur merah yang segar sebesar jari manis dan sepanjang 0.5 cm lalu dibersihkan dan dimakan. Selain berkhasiat ubatan, cekur merah ditanam sebagai pokok hiasan.
*selama ini saya ingatkan ianya sekadar pokok hiasan... :)) *
Posted by fzi at 12:49 1 comments
Labels: herba
Tuesday
Limau Purut
"Ehhhh.... cepat pa, cepat.... datang tengok ni!"
Suami saya cepat2 datang bila dengar suara saya yang seakan menjerit tu...hehe.... Semua waktu tu baru turun dari kereta balik dari hantar abang ke stesen komuter Rawang.
"Itu pa, tengok pokok limau purut kita dah keluar buah!", kata saya bersungguh2 sambil membuat isyarat menggunakan kepala kerana tangan kiri-kanan sarat membawa beg plastik yang berisi barang2 dapur yang dibeli masa singgah ke NSK.
Ohhh seronoknya..... setelah sekian lama, berbuah juga akhirnya pokok limau purut tu. Sekali berbuah, saiz buahnya besar sangat saya tengok. Rasa macam kecik sikit je dari bola tenis(ishk, over pulak...hehe). Boleh saya tak perasan selama ni. Tau2 buahnya dah besar macam gitu. Bila di jengah di dahan2 lain, nampak lah 3,4 biji lagi buah limau yang masih kecil. Wow! Hepinya rasa......
"Dah boleh ambik ni pa?", tanya saya tak sabar2.
"Biar dulu, kita tunggu biar dia besar lagi", kata papa sambil tangan memaut dahan yang tergantung buah limau tersebut. Nak snap gambar le tu..... :)))
Saya dah berkira2 nak gunakannya untuk merawat rambut nanti. Yang saya tau berkenaan buah limau ni, ia amat baik untuk rawatan rambut.
Tapi untuk detailkan lagi info supaya dapat dikongsi bersama, saya try semak dalam buku herba pasal limau purut ni. Hah! Jumpa pun! Senarai kegunaan dan khasiat perubatan tradisinya adalah seperti berikut:
- Merawat kepala berkerak/berkelemumur. Sebiji buahnya diambil kemudian dipotong atau dibelah dua kemudian disental pada kulit kepala. kaedah ini agak memedihkan sedikit kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 10 minit. Cuci dengan air biasa.
- Mengatasi masalah kulit kering dan bersisik. Sebiji buahnya diambil kemudian dibelah dua kemudian disental pada kulit yang bermasalah(bersisik). Biarkan beberapa ketika sebelum dicuci dengan air bersih. Rawatan ini seeloknya diamalkan setiapkali anda mandi
- Merawat keletihan dan kepenatan. Dapatkan dua atau tiga genggam daunnya kemudian dicuci bersih. Setelah itu daun tadi direbus dengan air secukupnya untuk tujuan mandian. Setelah suam, mandilah dengan air rebusan tadi. Badan anda akan kembali segar dan bertenaga.
- Merawat resdung. Setelah dibelah buahnya, perahkan limau ini untuk mendapatkan jusnya. Ambil beberapa titik menggunakan "straw" dan titikkan perlahan-lahan ke dalam lubang hidung dalam posisi mendongak. Ulangi rawatan seminggu 3x atau sehingga sembuh.
Posted by fzi at 07:55 2 comments
Labels: hasil tanaman, herba
Monday
Ingin awet muda?
Owhhh.... semalam sebelum melelapkan mata, saya sempat le membelek2 buku herba yang dipinjam dari library sejak bulan lepas lagi tu. Asyik renew date nya kepada tarikh baru, rasa sayang pulak nak pulangkan sebab banyak yang belum sempat dibaca.
Saya dan suami kala itu bersantai di ruang tamu, manakala kakak dan shilah masing2 berinternet dan baca novel di family hall. Semua cari port masing2 mengisi masa sementara mata belum mengantuk.
Dalam duk melihat2 barisan ulam-ulaman dan tumbuhan herba dalam buku tersebut, mata terpaku pada helaian ke 38 yang menceritakan tentang ulam daun janggus.
Ohh.. daun yang sering saya buat ulam itu banyak nama rupanya. Janggus atau lebih mesra dengan panggilan 'gajus' ini mempunyai nama lain iaitu 'jambu golok' dan 'ketereh'. Ia mempunyai keistimewaan tersendiri kerana buahnya mempunyai biji di luar. (Boleh buat teka-teki ni dekat anak2...."Buah apa yang bijinya di luar", hehehe).
Pucuk daunnya berwarna seakan ungu. Penanamannya tidak lah sukar kerana ia boleh hidup walaupun tanpa penjagaan. Sebab itu kita lazim melihatnya tumbuh subur di kawasan-kawasan kampung dan di tepi-tepi sawah. Tujuan penanaman biasanya untuk kegunaan sendiri kecuali yang memang purposely ditanam di kebun-kebun, tu memang lah untuk tujuan komersial.
Yang bagusnya, kalau kita mengambil pucuk janggus ini secara berterusan dalam pemakanan, InsyaAllah boleh melambatkan proses penuaan dan boleh menjadikan diri "awet muda". Fuhhh... kena amalkan selalu ni....hehehe....
Amalan memakan pucuk janggus juga dikatakan boleh kurangkan risiko mendapat penyakit berbahaya. Ini adalah kerana di dalam pucuk janggus mengandungi bahan-bahan antioksida yang mampu meneutralkan dan melawan bahan toksik di dalam badan. Selain itu ia juga memberi kesegaran pada tubuh.
Selain dari daunnya yang memberi manafaat, biji janggus juga amat sedap dimakan sebagai makanan ringan. Ia biasanya dikeringkan dan diproses mengikut cara tertentu sebelum ianya sedap dan berkualiti untuk dimakan. Nak masak nasi beriani pun guna biji janggus ni juga.... Woaahhh banyak benar gunanya... Jadi kalau berhajat untuk dapat bekalan daun janggus ini secara konsisten....elok tanam! Tak rugi berbudi pada tanah.....
Posted by fzi at 09:02 4 comments
Thursday
Daun Lidah Buaya
Tumbuhan ini asalnya terdiri dari beberapa batang saja, tapi kini dah membiak jadi beberapa rumpun pula. Ianya senang hidup, jadi baik saya mahupun suami kurang lah beri perhatian terhadap pokoknya... jarang benar pokoknya dibajakan maupun digembur. Hanya siram gitu-gitu je.
Namun alhamdulillah, tumbuhan yang juga disebut aloe-vera ini tetap hidup subur walaupun tak adalah gemuk daun-daunnya. Walaupun tidak diberi perhatian, namun saya amat menghargai kehadirannya. Ia banyak gunanya dalam rawatan kesihatan dan kecantikan kami sekeluarga.
Kalau tiba time rajin tu, saya akan potong 2, 3 batang daunnya, kupas kulit, basuh bersih2 kemudian diblend kan untuk dapatkan gel nya. Kalau bukan saya, Shilah lah yang suka buat benda-benda ni. Anak saya yang paling kecil ini suka gunakan bahan2 semulajadi untuk rawat kecantikan. Selain dari aloe-vera beliau selalu saya lihat menempekkan bedak sejuk campur kunyit hidup kat muka. Air pegaga yang saya selalu mesin pun, hanya Shilah je yang suka. Abang boleh le, minum le jugak kalau di serve. Sedangkan kakak langsung tak mahu air pegaga...hehehe
Berbalik pada daun lidah buaya ini, rasanya ramai yang tahu ia boleh melebatkan rambut, merawat luka dan kudis dan menyejukkan badan. Di samping itu saya dengar ia juga boleh merawat buah pinggang yang lemah dan juga jika ada ulser perut.
Kebetulan kak Asmah yang datang singgah ke rumah saya satu hari tu ada gitau aloe vera ni sedap dijadikan minuman. Jusnya boleh sejukkan badan. Kata kak Asmah, caranya selepas dikupas kulit dan dibersihkan isi aloe-vera tersebut dipotong kiub/dadu kemudian dimasak dengan dicampur air berserta gula/gula batu dan daun pandan. Macam nak buat air sirap le. Sedap minum lebih2 lagi dalam keadaan cuaca yang panas sekarang ini. Tapi saya sendiri belum lah lagi cuba buat jusnya.... InsyaAllah akan dicuba.
Kami pula setakat ini selalu gunakan gel nya semata2 hanya untuk dilumurkan pada wajah dan rambut sahaja. Orang kata kalau lumur di wajah akan menipiskan parut2 jerawat jika ada. Dan rambut pula jadi makin lebat kalau selalu dilumurkan gelnya di kepala. Selepas dilumur biarkan untuk beberapa ketika sehingga kering baru dibasuh bersih-bersih. Rasa ok dan berkesan bila praktikkan cara ini sejak dulu... Rambut anak2 jadi makin sihat dan nampak cantik sekali, alhamdulillah.
Posted by fzi at 09:59 3 comments
Labels: herba
Monday
Daun Pandan
"Bang, daun pandan ni minggu depan baru boleh ambil ya", pesan pemuda yang sedang menyembur racun anai-anai di rumah sebelah. Semburan tersebut secara logik memang bertempias pada pokok2 kami yang bersempadan dengan pagar rumah jiran sebelah.
"Oya ke?", balas suami saya.
"Ha'ah, bahaya kalau di gunakan minggu ni, takut keracunan", tambah pemuda dari syarikat pembenteras anai-anai tu.
Kawasan rumah kami ini memang jadi salah-satu tempat faveret serangga perosak anai-anai. Pokok mangga di luar pagar rumah hari tu pun dah mati dibaham anai-anai. Sayang sekali masa tu pokok mangga tersebut dah beberapa kali berbuah. Ketinggiannya dah sampai ke talian elektrik yang merentang searas dengannya. Tapi apa boleh buat dah tak ada rezeki....
Berbalik pada daun pandan tadi, saya yang mendengar dialog itu dari jauh hanya mengeluh sendirian. Ohhh tidakkk..... nampaknya tak boleh le buat pengat pisang/pengat ubi sepanjang minggu ini", getus hati saya.... Kami memang suka makan pengat tak kira lah ubi/pisang janji pengat. Jadi kena ada daun pandan nak buat pengat....alahai...
Bila sebut pasal daun pandan ini, kegunaannya bukan terbatas setakat pengat/bubur sahaja malah saya memang sentiasa gunakan daun pandan untuk banyak perkara. Contoh dalam membuat pau pun saya gunakan daun pandan sebagai lapik pau. Tapi kalau boleh kena lah guna daun pandan yang betul2 lebar baru cantik dibuat lapik. Bila dipotong daun pandan itu biar terbentuk segiempat tepat yang bucunya betul2 ngam dengan saiz pau yang bulat. Dapat petua ini dari kak yam seorang kawan yang tinggal di Kasturi. Bila letak daun pandan di bawah pau, akan membangkitkan aroma yang wangi bagi kueh pau kita. Berbeza dengan pau yang saya letakkan kertas sahaja sebagai pelapiknya sebelum ini. Kalau tak percaya, 'cuba try test tengok'...hehehe
Akan terasa kelainannya...
Posted by fzi at 09:10 2 comments
Labels: herba