CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday

Pokok Pisang Pakat Berbuah

Alhamdulillah saat hati rasa riang ria antaranya bilamana pokok pisang di laman pakat² berbuah.  Bkla nampak ada tanda keluar jantung pisang, hati saya terus berbunga-bunga...alhamdulillah pisang nak keluar..syukur ya Allah.

Bilang², sekarang ni ada 7 tandan pisang kesemuanya di laman. Ada 2 tandan pisang Awak, 2 tandan pisang Lemak Manis, setandan Pisang Tanduk(berhasil produce 14biji kesemuanya) dan setandan pisang Nangka.. ALHAMDULILLAH♡





Tuesday

Keladi Viral

Amboih...tajuk kemain...Keladi Viral gitew... Takpelah kannn, kita ikut rai'kan suasana pakai term yang menjadi fenomena dalam dunia hari ini...hi hi

Keladi semakin mendapat tempat dalam hatiku. Kalau sebelum ini begitu asyik dengan orkid  je zaman berzaman, sekarang perhatian dah split dekat keladi sama. Tiap hari mesti teringat nak keluar jengok keladi. Alhamdulillah sangat cantik keladi ni, ada istimewa yang tersendiri. 


Keladi CT iaitu Cat Tumpah memang tak dapat dinafikan tersangat lah cantiknya.  daunnya yang besar dan menyerlah dengan kombinasi dua warna merah dan hijau begitu berhantu....asyik muncul dalam ingatan kalau tak keluar tengok dia...hahaha

Keladi koleksi saya, ada yang komen kata macam termasuk dalam senarai KELADI VIRAL lah kiranya. Alhamdulillah ada beberapa id yang tergolong dalam kategori popular...kononnya la...hi hi


Jom kita tengok snapshot terbaru keladi di laman....












Labels