Wednesday, August 29, 2012

Alhamdulillah... Syukur, Allah perkenankan doa kami...

Hehehe... janagn salah faham dgn tajuk entry ye... :) Propa je lebih...
Alhamdulillah... K tumpang gembira dengan berita yang baru K terima kejap td, kawan opis K ni dah berjaya conceive balik after 6month deliver baby IUD... Ini percubaan kali ketiga untuk dia... 1st gugur masa 2, 3 bln... 2nd baby IUD... Alhamdulillahhh... Allah cepat beri dia dan suami pengganti... K doakan everything will be fine dan selamat hingga melahirkan... Aminnn....
Ok, semangat K utk terus berusaha samakin membara sekarang ni... yeahhhhh~ hehehe...  (nak call en.hubby la..) huhuhu~ K yakin Allah akan beri K peluang jgk satu hari nanti... :)

Entry Khas: Bro Abil dan Kak Gee di Sinar Harian (23 Ogos 2012)

Tadi tengah scroll new feeds kat Fbook, terjumpa gambar dan kisah 'Kain Sutera Untuk Isteri' ni.. 



Bila tgk betul2 rupanya Bro Abil dgn Kak Gee... Patut macam kenal... hehe...keluar paper Sinar Harian Edisi Melaka & NS 23 Ogos ari tu... Alhamdulillah... Moga ramai lagi yang akan mengikuti perkembangan sepasang suami isteri ni nanti dan ramai juga yang bakal hulurkan bantuan dan doa...
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk Bro Abil & Kak Gee..
Photobucket 
 



Wednesday, August 15, 2012

Update Sket...

Salam... first skali, pasal period K, lepas 2, 3 hari stop spotting aritu, tetiba datang balik period K banyak berketul2...siap senggugut...sampai hari ni, masih berdarah... Plus ari sabtu aritu K start demam sampai Isnin (K amik MC ari Isnin).. Rasanya K nak ganti pose 30hari sebelum Ramadhan thn depan. huhuhu~ Disebabkan K demam, berjangkit pulak dekat Hajir.. Sian pulak si kecik tu demam selsema.. Macamana nak raya ni.. Harap sgt sembuh sebelum raya.. Second, Berat K alhamdulillah setakat semalam, 59.1 kg... K start minum SD-II, 17 Ramadhan ari tu... Minum 5 hari, K demam, stop kejap... Mungkin air kurang dalam badan, bulan pose mana nak dpt minum kan? Lepas raya baru nak minum balik kot SD-II tu.. Oh ya, 5 hari tu K tak makan nasi, sampai la ari sabtu, ahad, isnin, berbuka umah mentua, K makan nasi setengah senduk, tp, sahur, minum air je...esok, K target turun ke angka 58.. Insya'Allah... So, mcmana progress u all lak? Mesti banyak turun..kan? K tak turun banyak pun, tp, target nak capai 57kg mcm K ckp dlm entry ni, macam tak sempat, tinggal berapa hari je ni...Hm...Last skali K nak share resepi nasi kuning ni, kadang K masak nasi ni bila dah jemu dgn nasi putih...hehe..

Bahan untuk 2 orang makan:

2 cawan (cawan putih yang percuma bila beli periuk nasi tu.)
1/2 biji bawang besar - di mayang
2-3 sudu marjerin (K pakai marjerin Daisy)
sedikit garam dan gula (K letak lebih kurang 1 sudu kecil garam, 1 sudu besar gula)
1 btg kecil kulit kayu manis
1/2 kuntum bunga lawang
secubit serbuk kunyit

Caranya senang je...

1 - Basuh beras macam biasa, masuk air dalm periuk nasi macam nak masak nasi putih. 
2 - Masuk garam, gula dan serbuk kunyit. Gaul rata, K selalu gaul pakai tangan je.
3 - Masuk kulit kayu manis dan bunga lawang.Then, letak atas rice cooker macam nak masak nasi biasa jugak.

4 - Bila dah mendidih sikit air tu, buka tutup periuk, masuk marjerin pastu kacau rata, tutup balik tudung periuk tu dan tunggu la nasik masak. Nak tambah aroma, leh letak daun kari sikit.

Dah siap...  : )
Photobucket

P/S: Esok K dah cuti... nak kemas rumah, nak buat kek... hehe...

Wednesday, August 8, 2012

Akhirnya....

Alhamdulillah... Akhirnya, K dapat jugak tunaikan ibadah di sepuluh malam terakhir ni... harap sangat dapat bertemu malam al-Qadar... Start semalam, spotting K dah stop... Syukur sangat.. K tak dapat berpuasa 15hari Ramadhan tahun ni (huhuhu~ jenuh nak ganti nnt), K sempat berpuasa, hari pertama, ke2 dan ke4 je.. so, baru 3 hari je la... huhuh~

Tuesday, August 7, 2012

Susah Senang Ambil Anak Angkat


NOTA: POST INI AGAK PANJANG, KALAU BERMINAT BACA LA YE? HEHEHE~


Sebenarnya dah lama K nak kongsi dgn korang perihal anak angkat ni... Sebenarnya, ada banyak cara kita nak ambil anak angkat ni... Cuma ada yang susah ada yang senang...

1. Daftar dengan JKM dan tunggu turn
    - Untuk mengambil anak angkat melalui JKM (jika tak ada org dalam), agak makan masa dan prosedur yang agak rumit. Kalau ada org dalam, mungkin akan cepat sedikit tetapi, masih perlu melalui proses yang dah ditetapkan. Saya tak berapa pasti, tp, apa yang saya dengar, jika mengambil anak angkat melalui JKM, 1 temuduga akan diadakan, ujian darah, tempat tinggal dan soal jawab pendapatan isirumah pemohon.
Then selepas dah dapat, wakil JKM akan kunjungi setiap satu jangka masa, sekali bagi memastikan keadaan anak itu bebas dari sebarang keadaan yang tidak diingini seperti penderaan atau dipaksa bekerja dan tak salah K, semua barangan yang kita gunakan untuk baby akan di ambil kira dari segi jenama dan kuantiti. Agak leceh jugak la, kan? Tp, semua soal dokumen pihak JKM yang uruskan kita just tandatangan je kot. Untuk bayaran proses, K tak dapat nak pasti kan ada bayaran atau pun tak sbb tak de sumber sahih yang K dapat korek. Tak silap K tak de, cuma atas ihsan kita nak sedekah pada ibu bayi.


2. Daftar dengan Badan Kebajikan Swasta, tunggu turn, bayar dan dapat bayi.
    - Ambil anak angkat melalui cara ini agak mudah dan hanya perlu sediakan duit. Kebanyakan baby yang akan di ambil sebagai anak angkat melalui cara ini, kebanyakannya adalah bayi yang tidak sah taraf (so, pemohon harus fikir sebaik2nya sebelum memohon supaya tidak timbul sebarang isu di kemudian hari). Tak silap K, proses nak mengambil anak angkat akan diuruskan sepenuhnya pihak mereka, kita just bayar dan ambil bayi je. Ok, berkenaan bayaran, setiap proses adoption akan di kenakan bayaran yang agak mahal. Jangan terkejut erana bayi2 dilahirkan di hospital swasta untuk memudahkan proses discharge dari hospital. Kalau hospital kerajaan susah kalau melibatkan anak tidak sah taraf ni. Jadinya, jangan terkejut kalau charge yang dikenakan mencecah ribuan ringgit, paham2 la kos nak bersalin kat hospital swasta mcamana kan?nak2 kalau operate... Setiap kali ada bayi baru lahir, pemohon2 yang dah sampai turn akan di maklumkan beserta kos hospital dan jika ada kalangan pemohon yang dh di shortlisted kan sanggup dan ada ongkosnya, bayi itu akan disiapkan untuk di ambil sebagai anak angkat. (tapi, bagi K, kos untuk mengambil anak angkat dgn cara ini, kosnya haruslah agak relevan, tidak mencecah ke rm10k, maybe paling tinggi dlm 5k-6k, tgk pada hospital) Sebenarnya, setiap bayi yang dilahirkan bayaran proses dan perubatannya berbeza, rasanya dlm 2k-3k pun boleh dapat. Untuk maklumat lanjut, boleh lah hubungi badan2 ni, seperti KEWAJA, Anak Angkat Untuk DiBela dan lain2.


3. Ambil dari tangan ibu bayi sendiri. (Tidak dikenali dan family tidak tahu)
   - Dengan cara ini agak mudah dan murah dan kadangkala, menjadi sangat sukar dan sangat mahal. Kenapa K cakap macam tu? Sebabnya, jika ibu bayi tersebut betul2 terdesak dan perlukan pertolongan untuk elak family tahu, mungkin akan mudah dan senang, tp, syaratnya bersalin di hospital swasta untuk mengelakkan masalah yang K cakap tadi. Sebabnya, kalau ibu bayi tidak membuat buku pink, akan jadi masalah kalau lahir di hospital kerajaan. kita just langsai kan duit hospital dan sedikit wang ihsan pada ibu bayi untuk rawatan berpantang tp, dengan perjanjian hitam putih. Seeloknya, kita jaga ibu bayi sampai dia habis pantang, bawa dia ke pejabat angkat sumpah dan suruh dia buat angkat sumpah serah anak pada kita.
Untuk yang sukar pulak, bila ibu bayi yang nak ambil advantage dari kita, dah la kos hospital kita byar, then, dia mintak lak lagi bayar untuk harga bayi. Ini jenis ibu yang memang buat anak untuk di jual.. opsss.. over lak K... teringat kisah sepupu K nak ambil anak angkat, ibu bayi mintak rm10k.. gile ape? men jual2 anak...


4. Ambil dari tangan ibu bayi sendiri. (Kenal dan family tahu)
   - Cara ini paling mudah dan senang. Sebenarnya, beberapa situasi dalam kes macam ni. Antaranya,
     
      a) Kita nak ambil bayi yang masih dalam kandungan.
          -Pertama sekali, kita kena pujuk ibu bayi tu buat buku pink kat klinik ibu dan anak (untuk keselamatan buat di luar kawan tempat tinggal ibu)untuk mudahkan dia bersalin di hospital kerajaan. Sekurang2nya kakak ibu bayi tu yang  berumur 21tahun ke atas tahu supayaselepas bersalin, kakak dia boleh datang discharge dari hospital kerajaan. Untuk kos hospitalmurah je. Cuma ihsan kita nak bantu ibu tu untuk kos berpantang. Lepas bersalin dan dah habispantang, kita bawa ibu bayi buat angkat sumpah.


      b) Kita ambil anak yang dah dilahirkan.
          - Selalunya kes ni paling mudah, kita ambil baby dan bawa ibu bayi angkat sumpah. Kalau dia tak minta bayaran apa2, kira ihsan kita la nak bagi berapa2 kat dia.



Prosedur wat sumpah perangkatan.

    1- Pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara, ambil satu borang angkat sumpah nak ambil anak angkat.
    2- Isi borang dan bawa ibu bapa bayi ke pejabat sumpah untuk proses angkat sumpah penyerahan anak.
    3- Selepas 2 tahun pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara balik untuk hantar borang tu dan bermulalah proses perangkatan.(rasanya kita akan lalui 1 temuduga kot - nnt K dah lalui tahap ni, K wat entry kat sini.

Ok, setakat ini apa yang K tahu dan experience. harap dapat membantu.. kalau nak tanya apa2 jgn segan2 comment K? kalau K dapat jawab, K jawab.. Tp, maaf jgk ye kalau ada info yang K bagi ni tersalah ke..

Photobucket" Walaupun anak angkat, Allah SWT jugalah yang mengaturkan perjalanan kita dalam usaha itu. Senang kata Allah SWT, maka senanglah urusan kita, susah kata Allah SWT, susahlah ia. Pokok pangkalnya, walaupun anak angkat, bagi K, ia tetap rezeki yang Allah SWT tentukan. Alhamdulillah, K antara insan yang terpilih dalam kategori yang senang dapat anak angkat walaupun kategori susah dapat anak sendiri. K percaya, perancangan Allah SWT adalah yang terbaik untuk kita semua. " 



Saturday, August 4, 2012

Sedikit Persiapan Raya....

Semalam K & Hubby pergi soping baju raya Hajir... Alhamdulillah...dah dapat sepasang...


Pusing2 cari baju Hajir...K terjumpa baju cute ni... K belikan sepasang baju untuk baby gugurl abg K...



Haaaaa...ni part paling best....Duit Raya K dah masuk sampul....Pagi2 td lepas sahur... K tak tido, ngisahkan duit raya ni...heheheh.... so, sapa nak duit mai sini... Duit Raya terhad ye thn ni... Selagi stok masih ada...Sapa lambat datang raya umah... tak dapat... hehehhehe....


Photobucket




Friday, August 3, 2012

Tahniah Bro...

Alhamdulillah... Kak Ipar K baru selamat bersalin anak perempuan tadi... Awal dari due date (jangkaan dlm hujung bln 8 @ awal bln 9) ... tp, tak sure awal berapa minggu... Semoga ibu dan baby sihat hendaknya.. tak sabar nak balik kampung tgk baby... Semoga kehadiran Putri kecil menyerikan lagi family kita... : )

1st pregnancy vs 2nd pregnancy

Salam semua.. Alhamdulillah, kandungan K dah memasuki 2nd trimester nearly 14weeks.. Byk perbezaan 1st & 2nd.. 1st pregnancy which is no...