Thursday, November 21, 2013

Wishlist sebelum umur 30

1. Dapat Kerja Tetap -Alhamdulillah dpt kerja umur 22 tahun
2. Beli Kereta - 6 bulan kerja dah ada rezeki beli kereta sendiri
3. Kahwin - Alhamdulillah umur 24 thn dah di tetapkan jodoh oleh Allah SWT
4. Anak - Alhamdulillah Allah kurniakan Baby Hajir
5. Beli Rumah - Alhamdulillah dah punya rumah sendiri yg selesa untuk kami sekeluarga



Astaghfirullahhal'azimmm...
 Nikmat apa lagi yang aku kejarkan?
Allah dah memberi segalanya buatku..
Ampuni daku ya Allah...
Kadang2 aku terlupa akan nikmat yang telah Kau kurniakan pada ku.
Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi.
Terima Kasih Ya Rabb..

Tuesday, November 19, 2013

ivf/icsi: The chronology: part2 (Finale+Result)

28/10/2013
- Pagi ni perut kembali kembung yang teramat sgt. Kalau tengok K macam mengandung 5 bulan. dengan cekang penuh angin nya. K sampai dalam pukul 7.45 am. Pukul 8.45 am kitorang gi daftar. Pastu lepak je situ sampai Dr panggil. Sepanjang masa ni, K minum air zamzam. Masa ni K dah pening, nak muntah and sangat tak selesa. Sampai satu tahap K dah tak tahan.. K pergi toilet and muntah semua air zamzam yang K minum td. Around jam 10.30am, Dr. panggil suh get ready. Pastu masuk bilik prosedur. Dr scan abdomen K untuk tgk progress ovari K, ternyata, K memang terkena OHSS tp, ketika ini masih mild dan prosedur ET boleh di lakukan. K di maklumkan, dari 23biji ovum yang diambil, 10 yang fertilized dan sehingga hari transfer hanya 6 yang bersenyawa dan membesar dgn baik 4 lagi tak berkembang dengan sepatutnya. 2 akan di transfer dan 4 lagi akan di freeze. Sebelum memulakan prosedur, hubby K di panggil untuk tengok embryo2 kitorang. Bermula dengan 2 yang nak di transfer dan 4 yang nak di bekukan. Alhamdulillah, prosedur ET berjalan lancar dan sgt mudah. Tak de rasa sakit, dan takde bleeding. Dalam masa kurang 10minit semuanya selesai dan K di biar rehat di bilik prosedur selama 1 jam. Masa ni K di maklumkan perlu membeli ubat Proluton untuk menggantikan HCG - Purbegen disebabkan OHSS K tidak dibenarkan mengambil sintikan HCG kerana HCG akan merangsangkan lagi ovari K. Suntikan Proluton ni adalah suntikan yang paling sakit penah K kena. Kandungannya adalah minyak dan perlu menggunakan jarum yang lebih besar. Selepas 1 jam lebih, K  di benarkan bangun dan boleh menyalin pakaian. Untuk hari ini K dah mula ambil suntikan Proluton 500mg. Seminggu sekali selama 3 minggu. Selesai semua, K dgn hubby terus ke cafe makan dan terus gerak pulang ke Ipoh, K baring di seat belakang sampai Ipoh. Kesian hubby K drive sengsorang. hehe..Alhamdulillah dalam pukul 4.00pm kitorang sampai Ipoh. K diberi MC selama seminggu.

29/10/2013
-Bermulalah 2ww K.. Perut K masih lagi kembung on and off.. Paling seksa waktu nak tidor malam. K tak solat duduk K solat macam biasa, sbb kalau duduk terlalu lama K tak boleh nak bernafas. Mulut hanya terasa nak makan bubur dan ikan bilis. Makan sikit2 dab tp, banyak kali.

30/10/2013
- K terbangun pukul4 pagi sbb rasa sgt kembung dan sakit perut. dan K sukar untuk bernafas. K mesej Dr Shikin dan terus ke wad kecemasan hospital Ipoh dan di diagnose terkena gastrik K di suntik ubat gastrik dan di benarkan pulang oleh Dr di wad kecemasan. Tengah on da way nak ke farmasi ambil ubat, Dr Shikin cal tanya macamana dan K pun cerita la kena gastrik. Dengar je K dah boleh balik, terus Dr. Shikin cakap tak boleh balik dia suruh pergi EPAU (Early Pregnancy Assessment Unit) di wad Gynea. Dan dia akan datang cek K. Sampai di EPAU, Dr di situ scan dan dapati ovary K dah membesar dan ada sedikit cecair di abdomen. Dr claim OHSS K dah masuk fasa moderate dan di nasihatkan untuk admit ward untuk di pantau. Dalam pukul 7.30am Dr. Shikin datang dan sekali lagi cek dan confirm OHSS K dah sampai tahap moderate.

31/10/2013
- K berdoa sangat dapat balik hari ni. Dengan keadaan K sekarang ni, K rasa sangat tak selesa nak stay di hospital. Alhamdulillah, petangnya K dah boleh balik. Sepanjang di hospital, K di kena masuk 4 botol drip. 1 suntikan ubat elak darah beku dan 2 kali ambil darah. Alhamdulillah, di sebbkan result darah yg ok tu lah, K dibenarkan pulang. Tp, perlu ke hospital untuk cek darah sekali lagi hari Isnin dan datang tgk keputusan ari Rabu.

1/11/2013
- Alhamdulillah. Perut kembung K dah beransur baik. Start rasa cramping on and off dan mual2 bila perut kosong, sakit breast, sakit kepala yang light dan rasa nak makan. Sometimes kaki rasa macam kejang. Hari ni K last MC.

2/11/2013 - 3/11/2013
- Masih rasa cramping on and off dan mual2 bila perut kosong, sakit breast, sakit belakang, sakit kepala yang light on & off dan rasa nak makan je. Sometimes kaki rasa macam kejang.

4/11/2013
- Ke hospital cek darah, scan abdomen. Ovari dah mengecil sedikit. Masih rasa cramping on and off dan mual2 bila perut kosong, sakit breast, sakit belakang, sakit kepala yang light on & off dan rasa nak makan je. Sometimes kaki rasa macam kejang. Sebelum balik, amik suntikan Proluton yg kedua.


5/11/2013
- Masih rasa cramping on and off dan mual2 bila perut kosong, sakit belakang, sakit kepala yang light on & off  dan rasa nak makan je. Sometimes kaki rasa macam kejang. 

6/11/2013
- Simptom2 semua masih ada tp, makin kurang. Arini review result darah and scan. ET masih tebal dan ovari dah mengecil. Alhamdulillah. Tp, masa ni dah dpt rasakan sesuatu. Seakan faham senyuman yg Dr berikan pada K.

7/11/2013 
- Sama jgk mcm semalam cuma K rasa mengantuk tengahari. Hari ni dh start kerja. Badan dah rasa ok sikit.

8/11/2013 -14/11/2013
- Simptom2 masih ada mcm sebelum2 ni. 

15/11/2013
-Last makan Duphaston. Simptom? Masih ada rasa mual2 dan light cramping. Bila sejuk kaki rasa macam sengal.

16/11/2013
- Tengahari nak solat Zohor, tgk ada brown spot. 

17/11/2013
- Masih brown spot. No more cramping. Masih rasa mual2 bila perut kosong.

18/11/2013
- Appointment keputusan. Result seperti yang di jangka. NEGATIF. Scan rahim kosong. Masih ada brown spot. Cramping2 dah hilang. 

 So, Dr assume this failure maybe because OHSS.. Ovari2 K dekat dgn rahim.. Bila ovari2 membesar ia memberi impak negatif pd rahim. FET di jadualkan secepat mungkin. Dr suruh next month.. K ckp nak hold dulu.. maybe next year.. Dr tulis planner untuk period bulan 1 start the FET cycle. Yang sedihnya, utk FET nnt K masih kena ambil suntikan Gonal-F dan HCG Shot.. tp, amount yg sgt2 minimal sbb K tak dapat nak ovulate sendiri. HUHUHU... cucuk2 lagi... Adoi....


Alhamdulillah.. K ok... Hubby pun ok.. Tiada langsung airmata  yang keluar saat tau keputusan. Both of us redha and think this the best yang Allah rencanakan buat kami..  And please jangan comment2 yang sedih ye.. hehe.. 

Friday, November 15, 2013

IVF/ICSI : The Chronology: Part1

Perjalanan K sepanjang proses IVF tak berapa manis.. Result masih belum diketahui.. Instinct K sekarang entahla.. Kadang rasa mcm ada simptom2 nak positif.. Kadang rasa mcm semua yang K rasa ni sbb kesan ubat.. Kadang rasa mcm nak period... UPT tak berani nak buat... Appointment keputusan IVF ditundakan dari 11hb ke 18hb ni..

Ok back to tajuk entry.. Ni K nak kongsi everything start hari OPU.. 


24/10/2013
- K dgn hubby gerak malam around 9pm ke KL untuk OPU esok paginya. Berhenti tido dlm kereta di hentian Ulu Bernam sebelum teruskan perjalanan ke KL. Last makan sebelum gerak dari rumah. Last minum pukul 11.30pm. Kena start puasa pukul 12 tghmalam ni.


25/10/2013
-Kitorang sampai HUKM pukul 4.45am.  Cari masjid sekitar HUKM semua pagar bertutup so, sambung tido dalam keta tepi jalan tepi pagar masjid. Sampailah pukul 5 lbih dah nak masuk subuh baru pagar buka. Kami mandi dan solat subuh di Masjid Al-Najihin. 
6.45am K dgn hubby sampai di parking HUKM. Teman hubby pergi breakfast then tunggu tercongok depan MAC. Lepas dah daftar semua bagai, pergi buat payment untuk prosedur OPU. Kos nnt K cerita entry lain. Nurse situ suruh pergi kencing semua then pukul 9.30 masuk tukar baju. Prosedur OPU akan start pukul 10. Pukul 9.50 camtu nurse datang cucuk branula, and suntik satu ubat.. pukul 10 K dipimpin ke bilik prosedur, masa ni masih sedar.. dah baring semua, datang nurse cakap nak cucuk ubat lagi, pastu siap pesan kalau ngantuk tido ye.. lepas tu terus tak tau ape jadi.. Cuma sepanjang prosedur K rasa macam K mimpi K tersedar, dan rasa sakit, tp, hakikatnya K tak rasa sakit pun...lepas tu siap pikir "aku tersedar ni mai la tambah ubat".. then, tak tau apa jadi.. Lepas tu pukul 1 lbih nurse datang kejutkan, masa ni dah duduk di katil menunggu.. Nurse cakap, alhamdulillah kita dapat 23 ovum, suami puan pergi solat, nnt pukul 3 saya datang panggil puan, puan rehat dulu.. Masa tu rasa lali lagi, tp, perasan ada drip air kat tangan..pastu tertido balik... pukul 2.45 mcm tu baru betul2 sedar, tgk tgn dah takde drip, nurse dtg jenguk and cabut branula, salin baju pastu keluar, tgk hubby duk tunggu kat luar..

Dah keluar tu sementara tunggu untuk nak balik, 2 Dr. yg buat prosedur tu datang pada K, tnya, sakit tak? pastu senyum, K cakap, entah, tak rasa macam ada mimpi tersedar and rasa sakit.. Pastu Dr. ckp K dah meronta2 masa prosedur... haha... serius tak igt.. Dr kata, diorang dah bg high dose ubat kt K tp, maybe prosedur tu lama K dah tersedar.. K, just ckp sorry sbb K memang tak sedar K meronta.. Pastu Dr. tu just ckp tak pe pastu pesan kalau sakit makan panadol sahaja..

Masa keluar dari MAC tu nurse ada ckp K ada high risk kena OHSS, so, kalau rasa perut sgt sakit, ada muntah2 terus ke wad kecemasan HUKM tu.. K dibekalkan 1 ubat Bromocriptine untuk prevent OHSS jd teruk..

K makan aritu pukul 4 lbih.. perut dah kembung mcm belon.. lepas makan perut tersangatla bloated.. rasa nak muntah.. Kitorang tak jadi stay hotel.. Kitorang tumpang rumah kawan di Ampang.. dekat maghrib baru sampai umah dorang sbb tunggu dorang balik kerja..

26/10/2013
-Kitorang tak g mana2 just stay kat rumah, kawan kitorang tu tau kitorang wat ivf and tau K memang rasa tak sihat... K kena gastrik teruk.. perut rasa macam nak meletup..makan boleh makan 2, 3 mulut je.. tak boleh nak masuk dah sbb rasa full..K tak rasa nak "membuang" dan tak leh nak kentut.. angin dan gas berkumpul dalam badan..Malam tu K muntah.. tp, tak de benda keluar... just air pahit.. Masa ni rasa serik sgt wat IVF.. tp, sekarang dh tak rasa dh.. hehe..

27/10/2013
- Perut masih bloated. tp, dah kurang sikit... Pukul 1.30 camtu Dr Shikin gynea Ipoh K call infor telur yang disenyawakan ada 10.. Esok pukul 10@11 akan wat prosedur ET.. Dr ada tanya K ok ke tak... K ckp, K dah kurang sikit kembung dari semalam.. then, Dr ckp, ok and jumpa esok... After a while K dpt call dari embryologist MAC lak nak inform hal yg sama...

to be continue..

Friday, October 25, 2013

IVF/ICSI: OR/OPU

Salam.. K just nak share info.. K dh selesai prosedur pickup.. Alhamdulillah..kesemua telur yg berjaya pickup 23bj.. but K ada risk OHSS.. sekarang ni K kena tmbah makan 1 ubat untuk prevent OHSS tu..
Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, October 24, 2013

IVF/ICSI: Last Day Kerja before the Procedures

Short update, arini byk kerja nak di selesaikan.. Semalam K dh trigger (HCG-Pubergen 10000ui) untuk release telur at 10pm.. Arini last day, hopefully K dapat cuti dan berehat sampai 11.11.2013 tu... The main sebab K tak nak dtg kerja sbb K tak nak stress.. Tp, tak tau la cukup tak simpanan cuti K ni... MC pun tak sure berapa hari nak dpt..  K akan menjalani prosedur pickup telur esok 10am dan akan bergerak ke KL tgh malam ni.. Dlm pkul 3pg.. Maybe stay KL sampai ari transfer, Isnin.. Selasa baru balik Ipoh..  Insya'Allah... Tp, K tak tau nak stay mana... Any suggestion? hehe... byk malam jgk tu.. Atau mungkin lepas pickup, K akan balik Ipoh, then ari transfer baru ke KL balik... Kali ni both K dgn hubby dah stuck tak tau nak buat keputusan.. We'll see nnt mcmana, moga Allah SW tunjukkan jalan... :) 

Please pray for us ya kawan2...

" Ya, Allah. Ya Tuhan kami, ampuni dosa-dosa kami, dosa kedua orang tua kami, dosa kaum keluarga kami dan dosa seluruh mukmin di mukabumi ini. 
Ya Allah, Yang Maha Pemurah, dengan penuh tawakkal, kami sedang berusaha untuk mendapat keredhaan Mu untuk mengurniakan kami nikmat mengandung dan melahirkan zuriat. Sesungguhnya, kami terlalu ingin untuk merasai nikmat itu. Namun kami yakin hanya Engkau yang mengetahui apa yang baik dan apa yang tidak bagi kami. Ya Allah yang mempunyai zat memakbulkan, kami mohon agar Kau permudahkanlah urusan kami. Kuatkanlah hati kami untuk terima sebarang keputusan kelak dan berilah yang terbaik buat kami. Aamiiinnnnn... Ya Rabbal 'Alamin.. "

Wednesday, October 23, 2013

IVF/ICSI : The Documents+Result TVS CD10



1. Planner


2. TVS Report
note: yang dalam kotak merah tu result TVS day10


3. Guideline before and after OPU & ET


Monday, October 21, 2013

IVF/ICSI: Last injections for 1st batch



Alhamdulillah, K dah selesai ambil kesemua suntikan untuk 1st batch sebelum 1st follicle tracking esok. Bagi K nak suntik Gonal F tak ada masalah... dan tak sakit lagsung... jarum halus je...  tp, 1st time K cucuk Orgalutran, fuhhh.... rasa sengal dia memang tak dapat nak terima... At first jarum macam tak dapat nak lut kulit ni, mcm tumpul pun ada...  hehe... sakit dia macam tercucuk jarum kerongsang kat jari...  kena tekan kuat sikit baru dapat benamkan jarum tu..  masa release ubat, tak rasa sakit... Semalam K cucuk Orgalutran ni, tak sakit pulak... senang je nak tembus kulit... tp, arini sakit macam yang first tu... lagi susah nak lut... ape2 pun, harap2 tu last lah K kena amik Orgalutran tu.. jarum dia besar...  Boleh gitu?? Tp, kalau kena jgk, terima je la.. Sanggup K lalui demi keinginan yang satu tu..  huhu~
Esok K TVS day10.. Nerbes nerbes nerbes..

rabbi yassir wa la tu’assir ,rabbi tammim bil khayr ,aameen.

Wednesday, October 16, 2013

IVF/ICSI : 1st Visit , TVS CD2


Untuk info, kalau buat IVF di Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh
 ni, procedure Ovum Pick up (OPU)/ Oocyte Retrieval (OR) dan Embryo Transfer (ET) akan di buat di HUKM... Follicle tracking buat di sini je..

Alhamdulillah.. perjalanan IVF di hari pertama (on Monday, 15 Okt) consult Doc berjalan lancar..Since K 1st day period, ari Sabtu tu dah lepas tghari, jadinya Isnin tu dikira CD2...  Rasa macam special skit jadi patient IVF ni.. Semuanya jadi cepat.. Dan yang paling rasa syukur hari tu sbb Doc yg bg briefing pasal IVF dekat K, Dr Shikin tak cuti... hehehe... Memang K dgn hubby nak dia yang consult IVF ni.. Since planner dan briefing, Doc dh buat masa last visit before proceed IVF aritu, jadinya, 1st visit untuk cycle IVF ni, Doc dah tak terang procedur IVF, just straight to the point, waktu bila nak kena ambil ubat, macamana nak inject, bila nak dtg follicle tracking and bila expected day utk OPU&ET.. Actually, at first, Doc nak bagi K Puregon+Orgalutron.. Tp, stok Puregon tak sampai lagi.. Bila cek stok, yg ada Gonal F... So, Doc prescribed K Gonal F untuk stimulation & Orgalutran untuk lambatkan kematangan follicles.. Nak di jadikan cerita, boleh pulak K terlupa nak bawak cooler box.. punya nak sampai awal nak kejar parking.. hehe... Tp, nasib baik Doc ckp dia bg pinjam cooler bag spital... Alhamdulillah, Allah permudahkan... Bila perasan tak bawak cooler box tu, K dah pasang niat nak gi beli baru je... Selamat RM kitorang.. hehe...
Lepas dah settle semua, bayaran pendahuluan IVF kena bayar di HRPB ni sebanyak RM850..


Untuk rekod K,

Result TVS CD2 K, lining, 6.2 mm dan ada 19 follies besar dan kecil...

Ovari Kanan :
10.6 X 7.5 mm
8.1 X 6.0 mm
7.0X7.0 mm
6.1X6.1 mm
+ 6 small follicles

Ovari Kiri :
8.7X7.9 mm
6.5X7.6 mm
8.0X10.5 mm
+ 6 small follicles

Next TVS untuk CD10 (22 Okt, Selasa)

Jadual Ubat (10.30 am)

Ari Isnin dah start ambil injection Gonal F, 300 iu - done
Selasa, Gonal F, 300 iu - done
Rabu, Gonal F, 150 iu done
Khamis, Gonal F, 150 iu done
Jumaat, Gonal F, 150 iu done
Sabtu, Gonal F, 150 iu + Orgalutran 0.5 ml done
Ahad, Gonal F, 150 iu + Orgalutran 0.5 ml done
Isnin, Gonal F, 150 iu + Orgalutran 0.5 ml done
Selasa, TVS CD10+Gonal F, 150 iu + Orgalutran 0.5 ml done
Rabu, Orgalutran 0.5 ml + Pubergen 10,000 ui (10pm) done

Saturday, October 12, 2013

Here "SHE" Come!!

Alhamdulillah... Cik P dah pun bertamu... Not naturally, Mr Duphaston pergi 'pujuk'.. Actually, doc ask me to took it for 7 days, tp, K amik 2 hari je..  Isnin dan Selasa je K makan pastu stop, hari ni baru Cik P datang.. So, Isnin ni K akan ke O&G untuk consult dgn Doc dan amik ubat..

Wednesday, October 9, 2013

Puisi Untuk Cik P

Wahai Cik P yg budiman...
Hadirlah dikau walau sedikit
Hadirlah dikau walau sebentar
Hadirlah dikau walau bersama temanmu cik senggugut itu
Aku di sini setia menanti hadirmu
Setia menerimamu
Agar dapat ku meneruskan usahaku
Untuk menghentikanmu selama 9 bulan 10 hari

Wahai Cik P
Andai belum sampai waktunya
Janganlah dikau biarkan aku menantimu begitu lama
Kerana aku akan membina harapan lagi
Kerana aku akan perasan dan syok sendiri lagi
Kerana pasanganku jua turut akan berharap yang sama
Sungguh aku takut dengan perasaan yang sebelum ini
Perasaan yang terbunuh apabila dikau muncul setelah lama menghilang
Ku takut harapan ku mati apabila dikau muncul
Saat aku menanti jawapan teka-teki ku dengan penuh harap
Harapan kesayanganku jua akan mati
Sudah-sudah lah dikau permainkan rasa kami
Sudah-sudahlah dikau bazirkan wang kami
Wang untuk membeli stripe kecil itu

Wahai Cik P
Aku tahu aku tak rasional
Aku menyalahkanmu bila kau tidak hadir
Aku tahu perjalanan mu untuk bertemu ku
Terganggu dek Cik-cik hormon yang pening itu
Sebenarnya aku sudah jelek menyuruh Mr. Duphaston menjemput mu
Aku ingin kau hadir sendiri
Dengan rela tanpa paksaan



hahahha... ok... setakat tu je dapat nak merapu kat entry ari RABU yg sepatutnya WORDLESS ni...
jemput2 la sambung ye??

* tengah tunggu cik P yang tak mai2 lagi ni... risau jatuh time cuti ja... mcmana nak proceed IVF? huhuh~ currently K cd39, last cycle 40 hari...








Tuesday, October 1, 2013

Debaran ini..

Salam semua.. lama sgt K tinggal kan blog ni sepi.. hmmm...K masih lagi berstatus TTC.. mungkin akan ada yg terfikir sepi K ni sbb K dh berisi.. hehehe.. not yet la.. treatment pun dh ke laut.. byk sgt hal yg jadi sejak lepas raya.. plus kerja opis yg menimbun2.. dgn bos yg asyik nak kejar sijil mampu 5s nya lg..pening keapala and letih sgt... Ni baru lah rasa dpt nak bernafas sikit... & now K tgh tgu period utk proceed IVF yg terpaksa di tangguhkan 2cycle ats sebab2 di atas.. Insya'Allah ikut perkiraan K, period K akan dtg dlm mgu depan..berdebar2 jgk ni... huhu... Oh ya.. berat K currently 59kg.. makan lebih sikit naik 60kg.. everyday try utk 'membuang'.. hope dpt maintain berat ni sbb nak turunkan lg rasa mcm tak sempat dh.. hehe.. ok lah.. till then, see ya.. hugs for everyone..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, July 26, 2013

Perkara berbangkit..



Salam nuzul Quran semua... dah hari ke 17 berpuasa arini.. kurang lagi 2 minggu kita akan menyambut Aidilfitri.. dah ada preparation ke? K dah start sikit2 since dpt gaji bln lepas.. Duit raya pun dah tukar semalam... hehe.. dah selamat masuk sampul dah pun... Excited nak raya walau pun thn ni giliran raya umah mentua.. tp, raya ke2 dh balik kampung K.. hehe..

Oh ya.. K arini cd3, dah 3 ari K tinggal posa.. harap2 by cd6 K dah boleh berpuasa balik... Hm... banyak perkara yang K nak kongsi sebenarnya...
1) berat K setakat semalam 59.4kg...  since puasa 9 aritu berat naik turun... huhu~
2)K sekarang tgh kembali usaha mengeluarkann susu.. Alhamdulillah... ari ni keluar air putih susu beberapa titik.. nnt2 K buat entry pasal ni..

3)K mungkin akan tangguh treatment sehingga bulan 10... Hmm.. Ni pun K akan story panjang lebar nnt...

 Oklah... sampai kat sini dulu...




Thursday, July 18, 2013

Update Ramadhan

Apa khabar semua... Lama jgk K biar blog ni sepi.. busy skit...
Alhamdulillah... Dah 9 hari  kita umat Islam berpuasa... dan alhamdulillah... arini, K masih lagi berpuasa... paling penting... berat K di hari ke 9 ni adalah 59.7kg.. sebelum puasa berat K, 61.5kg... 1st day puasa, berat K naik 62.3kg.. haha.. maybe sbb malam tu termakan banyak dan sahur 1st tu, makan 2 pinggan nasi goreng... huhu...   ini timbangan petang hari... Hm... Bagi K kalau turun ke 55kg raya nnt, dh Alhamdulillah sgt.. walaupun hajat di hati nak kurang lg... huhu... target sebenarnya, nak 47kg...  sebelum start treatment balik bulan 9 nnt.. 
Apa yang K makan, buka puasa 1 senduk nasi dan banyak lauk dan sayur... minum air apa2 soya ke, oren ke.. dan minum air masak sebanyak mungkin.. dan tak makan apa2 sampai la  bgn sahur... dan sahur pun satu senduk nasi dan byk lauk dan sayur... Air lak, milo panas atau nescaffe panas 1 mug dan 1 liter air masak.. Oh ya, kadang2 tu, sahur K just makan nasi 2 sudu je.. sbb dh kenyang air.. hehe..
So, K akan teruskan diet ni.. dan insya'Allah, K akan update lagi seminggu...

Wednesday, June 19, 2013

Supplement untuk suami

Arini K nak cerita pasal supplement yg hubby K amik sepanjang TTC ni..bermula awal thn 2011, supplement pertama hubby K consume Qaseh Kanda.. lepas beberapa botol stop..Then, Hubby mula amik Speman Himalaya.. tp, start thn lepas tambah Fish Oil & Cal Mag Zinc.. lepas beberapa bulan, atas suggest dr Gynea, K tukar Cal Mag Zinc dgn Surbex Zinc.. and start mgu ni, hubby dah tukar Speman ke Tribestan.. Jadinya, skarang ni Hubby K consume Tribestan, Fish Oil & Surbex Zinc.. Harap dpt membantu usaha TTC kitorang.. aminnnn...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, June 14, 2013

Kasihnya IBU...

Biar apa jua keadaan anugerah bergelar ANAK itu, kasih IBU tak pernah kurang...

i'm so touched~



Thursday, June 13, 2013

Puasa+Low Carb+Low Sugar+More Protein+More Green

Alhamdulillah, arini K dah start puasa dan dah 4 hari tak sentuh nasi.. Rasanya, misi nak turunkan berat badan ni dah lama... bulan berganti bulan, tahun berganti tahun...Raya bertemu raya dah still tak dpt nak istiqomah.. Kali ni, K dah tak boleh tunggu lagi, K perlu turunkan berat badan K sebelum continue treatment.. Erm... IVF maybe?? huhuhu~ seram!
 Dan sepanjang perjalanan diet K ni, K rasa diet Atkins yg rasa serasi..
K nak tgk seminggu 2 ni mcmana, kalau berat turun terasa sgt perlahan..
K akan consume balik SD2 kot.. tgk lah camana.. 
oh ya, Herbalife K ada lg setengah botol, K igt nak bg mak K...
Actually, herbalife ni bagus.. cuma, K rasa mcm K tak leh nak terima Herbalife sbb rasa pekat dia tu..  Lagisatu, K bukan jenis yg suka sgt makan buah dan K memang sgt suka makan lauk & sayur/ulam..
Currently berat K, 61kg... Dah hampir2 nak menghilangkan angka 6 tu... Semoga kali ni dpt istiqomah... Insya'Allah... Aminnnn... 


Tuesday, June 11, 2013

Tahniah Encik Suami...

Alhamdulillah, dalam tak di sangka-sangka... 
Rezeki Hubby K dapat anugerah perkhidmatan cemerlang utk thn 2012.. 
Ganjarannya RM1000... 
Walaupun tak sebesar mana ganjarannya... 
tp, syukur sgt... dpt tokok tambah dana utk treatment nnt...


sesungguhnya Allah Maha Adil..
Syukur Ya Rabb

Monday, June 10, 2013

Confirm..

First of all, terima kasih atas concern semua yg jengah blog kerdil K ni.. and thanks jgk atas suggest kawan2 utk re-test UPT di ruangan komen entry sebelum ni.. Actually.. K memang pun cadang nak re-test on 17DPIUI,Sunday.. tp, belum smpat masuk ke 17DPIUI, Cik P dah datang menjengah... Sabtu around 11pm camtu dah pun sampai cik P tu...hehehe... kali ni tak da spoting spoting... terus keluar merah dan mencurah2 je.. opss... sorry.. TMI.. alhamdulillah, tak de senggugut langsung.. Maknanya, IUI #3 K, officially FAILED! K mengaku... Agak sedih kali ni... tp, K redha dgn keputusan ni...
 Dah biasa failed kan? :)
 Tp, semangat untuk terus bertreatment masih belum patah... Will fight till the end.. Insya'Allah...
So, arini K consider as CD2.. Pagi2 K dah tercongok kat klinik O&G spital Ipoh.. Seperti biasa TVS untuk check 'keadaan'  kat dalam sana.. Dalam hati masa tgh TVS tu, ada wish jgk la.. Kot2 kali ni ada DOT ke... tp, tak ade... hehehe... masa tu saja berangan, manala tau K ni bunting pelanduk ke... hahah...perasan okeh! untuk rekod, TVS arini, kt ovary kanan ada 15 follicles kecik2... paling besar 1 saiz 5.4mm camtu...dan sebelah kiri 13 follicles kecik... paling besar 4mm.. Itulah dinamakan PCOS..
sista2 kecil di kantung ovary.. :) terbaca info ni di laman web Indonesia.. 
Arini k consult dgn Dr. Ashikin.. Lepas dah selak2 fail, tanya sikit2... Dr tanya tak nak cuba IVF?
Ntah mcamana mulut K laju je jawab, NAK lepas raya.. Actually, K memang ada smbang2 dgn hubby pasal ni, hubby K yg suggest after raya... :) tp, K tgh pikir2 lgi.. rasa mcm nak buat thn depan.. tp, tu lah.. mulut ni ter.... lak.  Dr Shikin mcm terkedu dgr jawapan K... K pun terkedu.. tp, still cover la.. terlajak kata tak dpt nak undur kan? pastu dia terang pasal kos2...pasal prosedur IVF semua... ada gambar2 semua.. K tanya itu ini... dan finally, Dr Shikin bg IVF planner kat K, dalam perancangan IVF akan dibuat cycle selepas raya...
ada lagi 2 bulan lebih kurang utk prepare MENTAL & FIZIKAL...
persoalannya... mampu kah?


huhuhuhu...

Thursday, June 6, 2013

Result IUI #3

Dalam pada duk berkira2 nak buat UPT ke tak..

Akhirnya... K dah pun buat UPT... siap guna digital Clearblue tu... 

Sbbnya, K tak nak berjuling2 mata... tgk T line ada ke tak da.. hihihi~ 

So, keputusannya adalah...............












BUKAN








TAPI







DAN






p/s : pic credit to Google..

Hehehe.....

Wednesday, June 5, 2013

Mana lagi sakit?

Tetiba arini K terfikir sesuatu.. Mana lebih sakit? UPT negatif atau datang period? Actually, tipu la, kalau setiap kali fail treatment, K tak rasa sakit, sedih dan pedih... Cuma K sehabis baik cuba untuk terus kuat dan terima seadanya ketentuan Allah.. Ye la semuanya di luar jangkaan kita kan.. Kita berusaha tp, segalanya terletak di tangan Allah.. Sbb hanya Dia yang tau apa yg terbaik utk kita.. 
Berbalik pada isu kat atas tu... Bagi K sendiri, sebetul2nya, tgk result UPT negatif lagi sakit kecewanya dari kita di datangi period kalau tak berjaya hamil.. So, sekarang ni, K dalam delima... nak wat UPT ke tak... atau nak tunggu je period... kalau agak dh lama sgt tak period baru wat UPT... 
Tp, leh tahan ke nafsu ni?  hehe..
Entahla... kali ni, K rasa semacam ja nak wat UPT.. 
Arini dah 13DPIUI... Selalunya kalau berjaya preggy after IUI, 14DPIUI dah dpt detect +ve ke -ve.. Tu pun kalau pakai clearblue kot.. hm... nak test ke tak ye esok? Bersedia ke? Huisshhhh... konpius2..
Ikut hati sekarang ni, rasa nak buat, tp, rasa tak nak buat pun ada.. pelik2..


Gundah-gulana, 



Monday, June 3, 2013

Currently 11DPIUI..

Pejam celik pejam celik, arini dah 11 hari selepas IUI.. Kalau ikut history K sebelum2 ni, K akan period on 17DPIUI... which mean lagi 6 hari...tp, ikut kata nurse kena tunggu sampai 21DPIUI baru leh wat UPT kalau tak period.. Rasanya selepas 17DPIUI kalau tak period, K dah nak wat UPT.. boleh tak gitu? hehe... Duphaston K baru masuk kotak ke2.. ada yg terskip... last week K busy ke sana ke mari buat aset.. K rasa IUI kali ni la yang K langsung tak da peluang nak extra good care macam sebelum2 ni.. Sehari selepas IUI, K busy mencari barang2 untuk kenduri aqiqah baby Hajir.. lepas tu sibuk dgn kenduri esoknya tu, Sabtu...Ahad lak pg2 dah gerak ke Bukit Mertajam melawat bpk sedara masuk wad.. lepas balik dari spital tu, petang dah gerak balik ke Ipoh... Ari Isnin kerja... dari Isnin sampai ke ari Jumaat, K busy sgt, menyiap2 kan kerja2 dokumen aset..Ke hulu ke hilir mengusung fail... Sabtu K ke Manjung ada kenduri kawin... Semalam lak pergi kenduri kesyukuran mak sedara hubby, dekat Ipoh.. Langsung tak sempat nak pikir 2WW.. minggu ni dah nak start wat hantaran tunang adik ipar ujung bulan ni.. Semalam jgk dh siap2 beli barang deco hantaran.. 


p/s : semalam ada sepupu hubby kena hentam kat kenduri sebab dah setahun lebih kawin belum pregnant...K dgr2 je org duk sindir dia, hati ni rasa panas je.. tp, malas nak ckp apa2 sbb K tak rapat sgt dgn sepupu hubby K ni.. tp, K tgk dia, dia senyum.. senyum yang hanya TTC yang faham.. Last masa nak balik, K genggam tangan dia and ckp kat dia, "Jangan risau, rezeki kita Allah bg tak lama lagi.."  
masa tu rasa kesian sgt kat dia..sbb dia jenis tak berani nak lawan balik kata org.. K nak dia tau yang K ada untuk kongsi rasa dgn dia.. Insya'Allah lepas ni K akan cuba rapat dgn sepupu hubby K ni, dan bg dia semangat..

Friday, May 24, 2013

3rd IUI: Paling sakit!

Alhamdulillah.. semalam K telah selamat menjalani IUI kali ke3.. IUI selepas 43jam suntik trigger release telur.. IUI kali pertama Dr. lelaki yg buat.. Nurse ada gitau K, last patient yg Dr ni buat iui bln Mac aritu berjaya conceive.. ok.. K teruja jgk la.. masa tu ada rasa sedikit confidence.. tp, dlm hati K tetap igtkan diri K utk tidak menaruh harapan yg sgt tinggi.. Yelah.. bukan Dr yg tentukan rezeki kita kan? tp, Allah SWT.. IUI kali ni K rasa IUI yg paling sakit.. Sebenarnya selama ni K memang terasa yg pintu serviks K ni ada something tak kena.. akhirnya, semalam terjawab la persoalan K selama ni.. Dr maklumkan yang pintu serviks K mengadap ke atas sedikit.. dan laluan serviks jadi sukar.. dan yang K rasa sakit masa buat IUI tu sbb dia tarik pangkal rahim K ke bawah supaya dia dpt masukkan alat suntik sperm ke ruang paling dlm rahim & he really did it! K dpt rasa.. IUI selesai pukul 4.05pm dan pukul 4.30pm K dh boleh bgn dan balik rumah.. hubby K amik ubat Duphaston kt farmasi... K kena makan sehari 3 kali.. sebiji-sebiji..pkul 4.45 baru dpt balik.. sepanjang perjalanan balik, K baring je di seat belakang.. sampai rumah dlm pkul 5.30pm mandi dan solat asar semua.. pkul6.30 kitorang gerak balik kampung.. lebih kurang 3 jam perjalanan.. dan pg td K bgn nak subuh, ada stain di underware.. K pasti tu bukan period.. maybe pendarahan masa buat IUI tu baru nak keluar.. so, K solat mcm biasa.. arini masih terasa sengal2 ngilu2 tu..



Ni la katil tempat prosedur IUI dilakukan

 Peralatan yang digunakan hanya sekali.. lepas pakai terus buang..

 Ni stok Dhupaston yg K dpt.. Masuk yang ni K ada 5 kotak semuanya.. expired 2017..huhu~


Dan dalam perjalanan balik kampung semalam, tetiba baby Hajir utk pertama kalinya gigit jari ibu kaki dia.. 
Hehe.. kononnya kalau baby buat camtu sbb nak dpt adik.. eisyy.. kalau la boleh pakai statement tu... kan best!


Tuesday, May 21, 2013

TTC Update : IUI #3

Insya'Allah... ari khamis ni K akan lalui pengalaman IUI kali ke3... sekarang ni K CD12.. So, td  TVS ada 1 follicle je yang cukup matang... Sebelah kanan, saiz 22.4mmX17.5mm dan tebal dinding rahim 6.4mm sahaja... Alhamdulillah, K arini dpt consult dgn Dr. Tham.. Gynea paling pakar di Hospital Ipoh.. hmmm.... trigger kali ni K tak diberikan Ovidrel mcm sebelum ni.. K dpt Pregnyl 5000iu..but Dr. Tham tak bg K cucuk sendiri.. K kena pergi klinik 1Malaysia yg berdekatan dgn ubat tu dan minta nurse situ tolong cucuk kan pukul 9pm ni(selasa).. Pregnyl ni kena suntik kat montot.. oucchhh... huhu~ sakit sikit kalau nak bandingkan dgn cucuk ovidrel..
Strategy Dr. Tham kali ni memandangkan uterus lining K tak berapa tebal,prosedur IUI akan dibuat waktu petang jam 4pm.. sebelum pukul 2pm kena ada di hospital..
Harapan kali ni, K memang inginkan keputusan positif... Tp, K serahkan segalanya pada ketentuan Allah swt.. Actually, K risau jgk nak mengharapkan tinggi2 utk IUI kali ni.. sbb ari K buat IUI tu, malamnya K akan gerak balik kampung K kat Kedah..Sbb Sabtu ni nak buat kenduri aqiqah Baby Hajir.. Org ckp kalau boleh avoid travelling selepas IUI.. Walaubagaimanapun, rezeki semua kuasa Allah.. kan?
Kun Fayakun.. 

Ni ubat Pregnyl tu... alas nak rotate... esokla K rotate... 

Ni notes Dr Tham tulis suh bg kat staff klinik 1 Malaysia tu... hehe... pun malas nak rotate... 




p/s: IUI kali ni 100% free.. Dibiaya sepenuhnya oleh Kerajaan.. Alhamdulillah...


Photobucket



Thursday, May 16, 2013

What should i say?

Semalam, mood K ni agak terusik sikit.. tembok kekuatan yang hampir teguh K bina untuk lawan perasaan ini, terasa ada retakan.. ecehh2... bermadah pujangga lak kan?
Actually, kwn tempat kerja lama K ada msj K, she married last year, and yes she was lucky, she doesn't have to wait long to get pregnant.. Oh.. what i'm trying to say??  Am I jeles? ya, a bit.. But it'll be ok after awhile kan? truely, i'm thankful coz none of my friend are in the same boat with me.. And i happy for her pregnancy.. That's how the TTCian person will say and feel.. 
Eh, dah apahal K dok skeaping ni... macamla betul grammar nya.. hehe... so, ni screenshot msj semalam.. 

notes: nama2 dlm msj K ubah sikit.. 


What else can I reply to her kan? 

Hey, people out there, stop asking us TCCians those questions anymore..
Please, don't hurt our feelings..
tambah sikit... cukuplah perasaan kitorang terusik dgn status2 pregnancy korang kt FB.. hehehe..

Kalaupun kami mendapat rezeki yang satu tu nanti, kami tak akan sorok dari semua orang.. Ape faedahnya  kalau di sorok2 berita gembira.. aduhai...


Photobucket

Tuesday, May 14, 2013

The Love Palace of Us (episod 2)

sambungan...


Lumrah beli rumah 2nd hand nak2 yang tak dihuni.. Macam2 la yang perlu di repair. Nasib la dalam tempoh tunggu settle suma K dpt keluarkan KWSP.. dah confirm2 itu guna untuk bayar RM12K, 10% tu.. Nak repair rumah K buat pakai duit apa agaknya? Terpaksala kitorang membuat personal loan sikit.. repair yg penting2 dulu...

Tp, berangan tetap berangan.. time tu, selagi tak dpt kunci... 
selagi tu la K akan berangan.. haha..
kadang2 tu sampai serabut kepala otak... hubby K lagi la pening nengok bininye ghope tu..hihi..  $$$$ nya tight sgt... angan2 mat jenin nya besor... ape2 pun ini sekadar perancangan... kalo ckup budget... boleh le... hehe... 

So, ni la antara senarai yg nak buat masa tu..

Wishlist:
1- Grill (RM3200)
2- Cat Luar/Dalam  (RM1500)
3- Lampu + Kipas Syiling (RM1700)
4- Dapur+Kitchen Cabinet (RM4500)
5- Awning
6- Wiring, Tambah Plug Soket (RM1300)
7- Langsir (Jahit sendiri pasang sendiri, kain: RM500 rail: RM200)
8- Rak TV
9- Garden
10- Aircond
11- Alarm
12-Tukar semua pintu dan  tombol
13- Sofa
14- Peti Ais Besar

So, antara semua ni yang warna hijau tu je yg kitorang mampu buat sebelum pindah masuk. Alhamdulillah selepas di kawtim dgn owner rumah tu, K dpt kunci awal sebelum selesai urusan jual beli ni sbb K nak renovate everything sebelum 1hb 8..

dan Alhamdulillah jgk, sehingga kini ke semua whishlist dah pun terlaksana..


so....


ini la dia Our LovePalace..



Before:

After:

Currently

sila abaikan hutan sebelah pagar K tu.. Tanah tu ada owner.. 
tp, tak jaga.. sekali dua, boleh la kitorang tolong tarahkan.. l
epas tu tak lalu dah la... igt nk pergi buat report kat Majlis Bandaraya la..


... to be continued...

Photobucket



Monday, May 13, 2013

The Love Palace of Us (episod 1)

Arini terasa nak mencatat susah senang pahit maung suka duka KAMI di rumah yang kitorang stay sekarang.. which my husband and I name it as LovePalace... Our LovePalace! Alhamdulillah... K dan hubby diberikan rezeki memiliki rumah ni pada usia 26 tahun.. Syukur pada Mu Allah..
Alkisahnya, actually, kitorang tak berhajat pun masa tu nak beli rumah... tp, memandangkan rumah yg K dan hubby sewa masa tu, tuannya nak renovate.. dan minta kami pindah sebelum hujung tahun... masa tu awal bulan 4/2011... So, target kitorang nak pindah sebellum hari raya.. Raya tak silap thn tu bulan 9 kot.. 

Maka bermulalah episod2 mencari rumah sewa baru... merata2 kitorang cari rumah sewa yang berpatutan dgn keadaan dan lokasi rumah... Tp, semuanya hampa.. Rumah kosong banyak tp, tak tau ownernya... Yang dpt call owner, rumah dah ada org booking la... sewa mahal.. dan keadaan rumah yang tak berapa ok.. Budget K dgn hubby K untuk "bayarkan rumah orang AKA menyewa" hihi~  adalah paling tinggi RM350 dan jarak ke tempat kerja tak melebihi 30minit perjalanan sehala.. 
Satu hari tu, kitorang suarakanlah pada mak hubby.. Susah sgt nak cari rumah sewa.. 
Sudahnya, my MIL suruh je kitorang beli 1 rumah kat perumahan MIL tu.. ala sebelah lorong je dgn umah my MIL..  Masa tu kitorang langsung tak terlintas nak membeli rumah, ye la, masing2 baru 2,3 thn kerja..takut gaji tak lepas dgn komitmen nnt.. 
Pikir punya pikir, K dgn hubby pun terus call dan tanya owner rumah tu berapa harga.. Dia letak RM120K.. Masa my MIL beli baru thn 2005 harga RM105K.. so, dia untung dlm RM15k.. (yang terbaru adik ipar beli rumah yang sama awal thn aritu, harga dia RM160k dan ada satu lagi rumah yang  sama tp dah direnovatekan everything sampailah ke pagar, nak di jual, harganya RM230k) kiranya harga masa K dgn hubby beli tu kira ok lagi la kan? 
K dgn hubby pun sedia la dokumen2 yang diperlukan utk membuat loan dgn bank.. (kitorang tak nak guna loan keja gomen takut lambat proses).. Sudahnya beberapa bank yang kami pergi, lepas kira2 gaji kami semua, hanya 1 bank je yang lepas, which is BSN.. Thanks tu En Zu AZne yang bertungkus lumus menolong kitorang that time.. 
Akhirnya, kitorang dpt loan beli rumah tu sebanyak jumlah 90% dari nilai rumah, iaitu RM108K.. 
10% sendiri punya duit... Alhamdulillah.. Terima Kasih Allah SWT..


...to be continue...

Photobucket

Sunday, May 12, 2013

Aku Nak Pakai BAJU Tu Nanti!!


Arini K pegi ambil baju2 yang K tempah last month.. 1 baju utk di pakai time kenduri aqiqah Baby Hajir ujung bln ni... dan 1 lg untuk pakai masa adik ipar nak bertunang ujung bulan depan... Hehe.. Lumrah org pompuan kan? asal ada occasions apa2.. mesti nak tempah baju baru... Actually, K bukan la jenis asal ada kenduri nak tepah baju baru.. 2 baju ni pun baju yg pertama K tempah thn ni... Maybe nak bawak baju ni utk raya ke3 dan ke4 nnt.. Ok berbalik pada tajuk entry.. K Actually tempah baju2 tu dgn cara bagi baju contoh.. kira tak ukur badan la... 
K suh tailor tu ikut ukuran baju lama K yang mana time tu berat K 55kg.. 
Baju kurung moden, siap plit2 bagai... tp nasib jgk time tu pakai still longgar2 la.. not too body fit la..
 td, K cuba sarung ke badan K, macam nangka da... hubby K siap tegur, apsal kecik?? K senyum je la..  haha.. giler betul rasa.. Bila igt2 balik, K rasa ni keputusan berani mati sgt... konon nak jadikan self-motivator la untuk struggle diet kali ni.. buatnya kantoi.. Tak tau la apa yg bakal jd nnt.. hehe..
Yg untuk majlis tunang adik ipar K tu, K tak risau sgt sbb ada masa sebulan lebih lagi..yg utk kenduri Aqiqah ujung bln ni.. K sgt2 risau... mau tak nya, now berat K 62kg maknanya 7kg la perlu diturunkan kalau nak selesa pakai baju tu nnt..smpat ke? ni dh tgh bulan.. adoi...! Harap HERBALIFE dpt membantu..




p/s: Arini CD3, Insya'Allah K akan buat IUI kali ke3 cycle ni (prosedurnya maybe around 22hb atau 23hb)...K tengah berangan2.. Kalaulah Allah SWT makbulkan doa2 kami sekeluarga bln ni, K berjaya conceive utk percubaan kali ni.. Baju untuk majlis tunang bln depan tu pun tak dpt la nak pakai kan.... hihihi~ Tak pe.. kurela pakai baju lama andai itu takdir Mu ya Rabb.. :)

Photobucket

Friday, May 10, 2013

New cycle begins..


Untuk rekod K, currently arini K dah CD1, maka last cycle K adalah 34hari.. Cik P datang bersama senggugut yang sgt sgt gila... huhu... Rasa nak tido je ni.. tp, jpg ada taklimat la pulak.. terpaksa la tahankan sampai pukul 5 ptg ni.. esok K will start consume Clomid & 20 Mei ni, K akan ke hospital untuk scan folikel CD11.. Harap2 semuanya dipermudahkan.. Wahai folikel2 ku respon lah dgn baik ye?kalau boleh K nak on CD13 (22/5) K dah boleh proceed IUI prosedur... 24/5 tu kan cuti hari Wesak..
eh, nnt K sambung... dah nak masuk taklimat...


Photobucket

Wednesday, May 8, 2013

Herbalife+Puasa+TTC Update.

Lamanya la K tak jenguk blog K dan blog kawan2.. Internet kat rumah K problem.. til now pun belum lg OK.. dekat opis pulak busy sgt.. ni baru lega sikit.. Kerja2 tertangguh dah selesai.. Alhamdulillah...
Ok.. untuk rekod K, semalam K dgn rasminya cuba Herbalife F1&F3... K minum pagi pukul 8 sekali dan tghari pukul 2 sekali.. Pagi K blend dgn susu kambing HR+kurma.. Tengahari lak K blend dgn buah epal..malam k makan 2 sudu nasi+sup sayur+ikan kembong sebelum pukul 8mlm dan minum air 1.5 L sepanjang hari.. 
Arini K tak sempat minum sbb terlepas waktu sahur.. hehe.. Actually K cadang nak puasa Isnin-Jumaat setiap minggu.. sampaila bulan puasa.. Insya'Allah...Teringin nak selim melim raya ni.. tp, teringin jgk nak raya 'bawak perut'.. :) hihi~ Progress berat K pg semalam, maintain je.. tak de penurunan lagi.. since yg turun 1 kilo tu.. Sbb K kantoi makan... haha.. yaa...i love FOODS... So, tunggu hujung bulan ni K update progress berat badan K mcmana.. mengkagumkan atau tak.. huhu~ harap2 struggle K membuahkan hasil...
 Untuk perjalanan TTC K, sekarang ni K dah CD33.. Cramping perut nak period dah terasa since Sabtu aritu.. tp, belum keluar2 lagi periodnya.. hehe.. Actually K ada ambil Clomid cycle ni, tp, K tak pergi cek pun CD10 and so on.. sbb ada halangan yang tak dpt dielakkan... So, sekarang ni K tgh tgu period nak ambil clomid balik.. K nak proceed IUI #3, Insya'Allah.. K dah pun berbincang dgn hubby pasal perjalanan TTC kitorang ni.. Pasal bila nak buat IVF kalau tak berjaya conceive jgk.. My hubby ckp kalau nak buat, maybe next year.. (mungkin itu jwpan utk istikharah K..) 
Bila K ckp thn depan umur masing2 dah 30.. Muka hubby K dh kerut2.. Pastu K pun kira balik... alahai... salah kira la.. thn ni K 28, thn depan 29... belum 30 la.. hehe.. sorry, info untuk last entry ari tu salah... Anyway, thanks ye kawan2 semua yang bg feedback untuk entry tu.. semuanya sedikit sebanyak membantu K dlm membuat keputusan ni..
Ok, itu je K nak update kali ni... see ya!!


p/s: Tengah planning nak celebrate Birthday hubby K 17hb ni mcmana.. huhu~ nak bg hadiah apa ni?

Photobucket

Thursday, April 25, 2013

TTC : When should us try IVF?


Sejak 2, 3 hari ni... hati ni mcm kuat berkata2 nak proceed IVF.. 
Tp, persoalannya tidak terlalu awal ke untuk kitorang cuba IVF?
Next cycle supposely dlm perancangan, kami nak proceed our 3rd IUI..
Bulan 7 dah nak puasa.. Bulan 8, Raya... 
Thn depan kitorang berdua husband and wife ni dah masuk angka 3.
Umumnya untuk kes K ni, tak penah conceive naturally, 2 IUIs done but failed. 
Both of us having minor problem. 
Should I proceed IVF seawal tahun ketiga @ keempat perkahwinan?
or should us just wait?

Insya'Allah, K akan buat 'Istikharah' bila hati ni dah tenang sikit.
Cuma really need some advise from u guys. 
Thanks in advance!
Y(^__^)Y


p/s: Nnt rajin K buat review trip Langkawi aritu. Skang ni MALAS lg... heheh...


Photobucket

Tuesday, April 16, 2013

Perancangan Ke Langkawi

Seperti yang sedia maklum..K akan bercuti2 bersama family kt Langkawi sempena penamaan calon  cuti birthday Sultan Perak.. Insya'Allah, kami akan berkonvoi 6 biji kereta ke Kuala Perlis tengah malam Khamis.. oh ya...Esok K last kerja... 
Selasa depan baru K akan masuk pejabat balik..huhuhu...**sila jeles**
Bagi K and family.. Kitorang rasa trip ni perlu rancang sebaik2nya sbb masing2 teruja nak ke Pulau Lagenda ni.. Ramai yang 1st timer, so, kalau boleh tak nak terlepas untuk meneroka apa aja yang ada di Langkawi nun... 
Budget?? Ok, untuk budget, kitorang kutip RM140/adult & RM100/Kid (3y above, baby percuma).. Total untuk 17 dewasa +3 kids+ 2 babies adalah RM 2680.. kutipan ni untuk bayaran wajib iaitu untuk bayar Homestay, Tiket Ferry, Boat Island Hoping, Van Sewa dan duit Minyak (3hari 2malam).. 

haa... ni la aturcara yang K buat tu... actually, ni just perancangan... 
tp, the real happen nnt K akan review lepas balik nnt... 

(sila klik gambar utk lebih jelas)


love,

Photobucket

Friday, April 12, 2013

Berperang dengan NAFSU..

aikk?? dah kenapa tetiba nak ckp pasal NAFSU ni? huhu~  jangan... jangan... jangan salah faham K? actually, K nak cerita pasai nafsu makan K ni... KALI NI K KENA AND WAJIB DIET...
ermmm.... susah jgk perut nak terima 2, 3 hari ni.. tp, alhamdulillah.. masih dpt tahan nafsu untuk makan jajan dan seangkatan dgnnya.. (K ni hantu jajan).. K memang target nak pulun sikit bulan ni.. K dah start minum air kosong banyak dlm sehari.. dan kencing lebih 10 kali sehari.. semalam Alhamdulillah dlm 3liter ++ jgk la air kosong yg K minum...
Sebenarnya K ni kategori org yg suka makan.. nampak je makanan yang menyelerakan, nafsu makan K ni membuak2 ke tahap kritikal... Dahsyat kan?
Sekarang ni, di peringkat awal... instead of sehari makan sepinggan nasi+lauk+sayur, sekarang sehari 1 senduk nasi+lauk+sayur sehari.. selebihnya K minum air kosong dan buah2an.. K akui... sbenarnya hari2 K lawan rasa nak mengunyah.. nak makan... Ntahla... kali ni rasa susah sgt  nak tahan makan... actually, nak makan bukan sebab lapar.. tp, keinginan nak makan itu ini tu yg tak tahan... 

Photobucket

Wednesday, April 10, 2013

CD45 = CD1? TTC Update!


hai... currently, K di CD4 for new cycle.. Natural cycle without any medicine and supplement adalah selama 44hari dan hari ke45 K di datangi Cik P K...What i've plan for this new cycle? Actually, kalau boleh, K nak proceed IUI #3.. Tp, bila di kira2 balik, the day which estimated will be the day of IUI procedur, is on the day that i'll depart from Ipoh to Kuala Perlis.. Kan K nak pegi Langkawi... :) Auccchhh... hahaha... tak boleh tak boleh... K tak boleh buat IUI cycle ni... So, K tetap ambil Clomid bulan ni, sbb masa CD2 tu, tak teringat nak kira tarikh IUI, malamnya dah makan, so, continue je la till CD6..then,  CD10, K will go for TVS.. just to know how big is my follicle... but, K mungkin tak nak ambil inject Ovidrel.. will discuss with my Gynea later.. Nak berOPK je sampai jumpa O... Tengoklah macamana nnt..   
K juga dalam perancangan nak start ambil HERBALIFE.. After K study and get review beberapa tetimoni org terdekat depan mata K dan juga dari internet plus dari rakan blogger Yani aka BatikPink menguatkan lagi semangat K nak ambil shake ni.. Insya'Allah...


Photobucket

Wednesday, April 3, 2013

WORDLESS WEDNESDAY : RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU DAN WARNA


 [BERKESAN APABILA DI AWAL WAKTU DAN AURA BERJEMAAH TEMPAT AZAN DILAUNGKAN SAHAJA]


RUJUK/SUMBER fACebOOk : SINI



Photobucket

Monday, April 1, 2013

CD38..

hai.. nampaknya Cik P dh balik ke perangai asal bulan ni... huhuhu~ Ntah berapa lama nak merajuk tak tahu lah... Sehingga ke hari ni, tak ada langsung tanda2 or rasa2 mcm nak dtg... Doktor pesan kalau sebulan setengah tak dtg Cik P tu, K cek UPT, kalau -ve, K kena makan Duphaston untuk 'panggil' Cik P.. then, akan proceed next IUI...  K ni kalau boleh tak nak la paksa Cik P tu dtg kalau dia tak sudi dtg.. tp, selagi Cik P tak dtg, susah pulak hati K di buatnya... huhu~ K bulan ni sgt malas makan apa2 supplement.. tekak ni rasa cam dah tak lalu nak terima apa2.. tp, selera makan tak tau nak ckp la...  Berat K dah cecah 63kg??  Alamak??  Angka paling tinggi dl hidup K..
alamak... alamak.. alamak... PERLU laku kan sesuatu...  
Photobucket

1st pregnancy vs 2nd pregnancy

Salam semua.. Alhamdulillah, kandungan K dah memasuki 2nd trimester nearly 14weeks.. Byk perbezaan 1st & 2nd.. 1st pregnancy which is no...