Search This Blog

Showing posts with label MINUMAN. Show all posts
Showing posts with label MINUMAN. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

Air Nenas Koktail



Assalamualaikum. Hari ni gantung kuali... Pagi tadi Ain dan Daniel ada sukan kat sekolah...lepas tu air pulak tak de sampai tengah malam...malas bebenar nak masak..jadi meh layan Air Nenas Koktail jerk hari ni. Resepi dari Kak Nor...hmm...nyaman..sejukk tekak minum air nenas ni.....memang best..maceh Kak Nor....Mas buat semalam...jadi baru jerk abiss tadi..balik sekolah tadi..dapat buat lagi 2 gelas...lega rasanya minum air nenas ni....nyamann....

Air Nenas Koktail
Bahan :
  • 1 biji nenas ~ lebih kurang 1.2 kg
  • 5 cawan gula
  • 2.5 liter air
  • 3 helai daun pandan
  • sedikit pewarna kuning
Cara membuatnya :
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna dan masaklah hingga mendidih.
  2. Masukkan pewarna dan masak lg hingga sedikit pekat dan nenas menjadi lembut.
  3. Biarkan sejuk.
  4. Bila nak minum, masukkan sebahagian air gula nenas dan juga nenas ke dalam jug.
  5. Masukkan air masak dan ketulan ais.
  6. Rasalah kemanisan air ni mengikut selera masing2.
  7. Sedia utk dinikmati ...



Thursday, March 31, 2011

Air Teh Dangdut Lagi....



Assalamualaikum. 
Hari ni bersiaran agak lewat, fuhhh  penat gak sebab sibuk ngan macam2 hal, masak pun ala kadar jerk...
Meh layan Air Teh Dangdut  yang best ni. Kenapa nama Air Teh Dangdut, Mas pun tak tahu..kena tanya tuan resepi ..he..he....sebelum ni Mas dah buat air ni, boleh tengok kat SINI 
Ni hasil skondeng kat Myresepi....tak mo membebel lagi...meh tengok cara2 membuatnya....sape2 yang teringin, boleh la mencuba yer....

Air Teh Dangdut
Resepi Asal : sitimariam@myResepi.com
Sumber : MasDuniaku

Bahan - 1 gelas  :
2 uncang teh
3 sudu besar susu pekat
2 sudu besar susu segar - option 
air panas ikut gelas - Mas tak guna, tukar ngan susu segar




Cara membuatnya:
Rebus teh dengan setengah cawan air. 
Pastikan teh tu pekat ( rebus 1/2 cawan air + 2 uncang teh dan rebus hingga air teh tinggal 1/3 cawan )
1 cawan air panas, campur dengan susu pekat dan susu segar (susu segar panaskan ), tarik sampai berbuih - buih.




Cara Mas : 
Rebus teh dengan setengah cawan air. 
Pastikan teh tu pekat ( rebus 1/2 cawan air + 2 uncang teh dan rebus hingga air teh tinggal 1/3 cawan )
1 cawan susu segar panas, campur dengan susu pekat  dan  tarik sampai berbuih - buih.
Masukkan susu yang ditarik ke dalam gelas sekali dengan buih2 tu.
Tips : 
Untuk dapatkan buih yang banyak..pastikan bahan no 2 tu panas secukupnya....baru buih2 tu terhasil dengan banyak....kalau suam..tak banyak buih yang terhasil...
Akhir sekali baru masukkan teh yang pekat tadi kedalam susu yang ditarik tadi perlahan - lahan .
Sukatan air dan susu ikut citarasa sendiri nak manis atau tidak, sukatan air pun sama, ikut saiz gelas, lebih senang sukat dulu air mengikut gelas yang digunakan.


Saturday, February 5, 2011

Dadih Coklat



Kali ke 2 buat Dadih Kak Nor yang sangat sedapp ni. Dulu Mas pernah buat dan boleh tengok kat SINI. Kali ni Mas guna perisa coklat jer. Sangat sedap dimakan sejuk2...nyaman jer rasanya. Boleh juga dirujuk di Myresepi. Mas buat 1/2 adunan jer dan memang dapat banyak, puas juga Mas sekeluarga makan. Maceh untuk Kak Nor atas resepi dadih yang sedapp ni.....

Dadih Coklat
Sumber :  Kak Nor
Bahan :
  • 10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan(warna merah)
  • 1 liter susu segar biasa
  • 1 liter susu segar berperisa coklat
  • 1 1/4 cawan gula (atau 17 sudu besar gula)
  • 1.2 liter air
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air
  • 1sudu teh coklat emulco

Cara membuatnya :
  1. Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih.
  2. Bahagi dua adunan agar td. Masukkan kembali 1 bahagian agar kedalam periuk dan masukkan susu segar putih. 1 bahagian lg dimasukkan kedalam periuk yg lain dan masukkan susu berperisa coklat dan coklat emulco.
  3. Masaklah kembali adunan tersebut. Gunakan api yg sederhana sj dan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak berketul. Apabila nampak tanda2 mendidih, padamkan api. Peringatan: jgn masak terlalu lama nanti dadih menjadi keras.
  4. Biarkan hingga suam baru lah ditapis sebelum dimasukkan kedalam bekas. Masukkan dadih yg berwarna putih dulu dan bila ia sejuk dan mengeras bahagian atasnya barulah dimasukkan dadih coklat. Kalau nak lebih cepat bolehlah dimasukkan kedalam peti ais seketika.
  5. Sejukkan dalam peti ais, pastu bolehlah dimakan.
  6. Sekiranya ada yg nak buat berperisa strawberry, bolehlah guna susu perisa strawberry atau pun boleh juga guna kedua2 susu fresh putih dan tambahkan pewarna merah dan strawberry emulco.
  •  Satu kaedah lagi utk menghasilkan dadih coklat bagi yg bimbang jika ikut cara2 diatas menyebabkan rasa dadihnya terlebih manis(bg hb dan anak2 saya rasa manisnya sedang elok je). Setelah diikut step pertama, masukkan 2 liter susu segar (putih) kedalam periuk (tanpa menggunakan susu segar berperisa coklat). Kemudian bahagi 2 adunan dadih dan 1 bahagian itu dimasukkan 1sb coklat emulco. (diletakkan 1sb kerana aduanan asalnya berwarna putih sdgkan jika guna susu segar perisa coklat perlu letak 1st shj )



Sunday, October 10, 2010

Banana Nescafe Shake



Ni untuk menamatkan riwayat pisang yang tinggal 2 biji tu. Mas saje letak nescafe untuk sedappkan lagi rasa shake tu. Jadi, jemput minum semua.....dapat pun segelas jer.....

Banana Nescafe Shake
Bahan :
  • 2 biji pisang berangan 
  • 1/2 gelas susu segar 
  • 1 sudu kecil  madu
  • 1 peket nescafe 3 in 1
  • kiub ais
Cara membuat :
  1. Satukan pisang yang dipotong - potong, susu segar, madu ,nescafe 3 in 1 dan kiub ais dalam blender.
  2. Kisar hingga sebati.
  3. Tuang kedalam gelas dan sedia diminum.

Thursday, August 5, 2010

Jus Apple Hijau Dan Sunquits



Assalamualaikum. Meh layan Jus Apple Hijau dan Sunquick ni...memang sedap...kalau nak makan macam tu jer rasanya tak habis sebiji, ngilu rasanya masa gigit buah tu...lagi pun rasanya kan masam sikit...lebih sedap dibuat jus....

Jus Apple Hijau Dan Sunquits
Resepi : MasDuniaku
Bahan ( untuk segelas ) :
  • 2 biji apple hijau - buang kulit dan belah2
  • air sejuk dalam peti ais - agak2 untuk gelas
  • sedikit gula
  • 2 sudu besar oren sunquick
  • ais
Cara membuatnya :

  • Masukkan apple hijau, air sejuk dalam peti ais, gula dan oren sunquick dalam balang pengisar dan kisar halus.
  • Tuang kedalam gelas dan masukkan ais. Sedia diminum...         
                                                                                     

Monday, July 26, 2010

Sirap Laici Limau




Assalamualaikum. 
Tengahari panas2 ni memang nyaman tekak bila minum Sirap Laici Limau ni....ada 2 gelas jer tau sebab kat rumah ni tinggal 2 orang je...minum sambil makan nasi memang sedap...sambil2 tu tengok tv, memang asyik...

Sirap Laici Limau
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
laici tin - yang ada buah
air gula - secukup rasa
 limau nipis - ikut nak masam atau kurang masam
sedikit pati sirap
ais

Cara membuatnya :
Masukkan air laici dan buah laici dalam gelas, satukan air gula, air limau nipis dan pati sirap, tuang kedalam air laici dan buah laici tadi, kacau dan rasa, tambah limau atau air gula jika perlu, tambah ais, sedia diminum...


Tuesday, July 6, 2010

Dadih Coklat Dan Strawberi




Assalamualaikum.
Mari....mari...jom kita sejukkan tekak dengan Dadih Coklat Dan Strawberi. Perisa ikut suka hati nak yang mana....Nampak kat dapo Kak Hana dan terus terpikat tuk menerainya...memang sangat sedap dadih resepi Kak Nor ni.  Mas tambah susu perisa strawberi sebab Daniel suka strawberi...he..he..derhaka sikit resepi ni ye kak...dah banyak hari rancang nak buat, baru semalam sempat membuatnya...memang terbaikkkkk...
                            
Dadih Coklat Dan Strawberi
Resepi Asal : Kak Nor - Secubit Garam

Bahan :
10gm serbuk agar2 @ agar2 bertali (1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan warna merah)
1 liter @ 1000ml susu segar biasa 
1 liter @ 1000ml susu segar berperisa coklat - Mas guna lebih kurang 666ml susu segar,666ml susu coklat, 666ml susu trawberi
1 1/4 cawan gula @ 17 sudu besar gula
1.2 liter air
1 sudu teh garam
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air
1sudu teh coklat emulco - xde, tak ltk 




Cara :
Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. 
Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih.
 Bahagi dua adunan agar2 tadi ( Mas bahagi 3 adunan ). Masukkan kembali 1 bahagian agar2 kedalam periuk dan masukkan susu segar putih. 1 bahagian lagi dimasukkan kedalam periuk yg lain dan masukkan susu berperisa coklat dan coklat emulco dan 1 bahagian lagi Mas masukkan keperiuk yg lain dan tuang susu strawberi dan sentiasa dikacau agar tidak berketul. Apabila nampak tanda2 mendidih, padamkan api. Peringatan: jgn masak terlalu lama nanti dadih menjadi keras.
Biarkan hingga suam baru lah ditapis sebelum dimasukkan kedalam bekas. 
Masukkan dadih yg berwarna putih dulu dan bila ia sejuk dan mengeras bahagian atasnya barulah dimasukkan dadih coklat. Kalau nak lebih cepat bolehlah dimasukkan kedalam esbok seketika. 
 Mas letak perisa coklat dulu,kemudian putih dan last perisa strawberi  - Mas letak kat tempat beku jap untuk dadih cepat keras.Dah siap baru letak dalam peti ais macam biasa.
Sejukkan dalam peti ais, pastu bolehlah dimakan.
Jika ingin perisa lain, tukar sahaja susu segar@susu coklat kepada susu perisa lain digemari.



Tuesday, June 8, 2010

Milo Ais Blended



Minum milo ais blended sambil makan prosperity burger, sedap tau, he..he..pagi - pagi dah minum ais, sekali sekala sedap juga...

Milo Ais Blended
Bahan :
  • 3 sudu besar milo
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1/2 cawan air panas
  • 1/2 cawan susu segar
  • ais
Cara:
  • bancuh milo dan susu pekat manis dengan 1/2 cawan air panas kemudian masukkan susu segar.
  • tuang kedalam bekas kisar dan tuang ais ikut bekas sampai penuh, kisar hingga halus.
  • Tuang kedalam gelas, sedia diminum.


Friday, June 4, 2010

Air Tembikai Blended



Assalamualaikum. Dalam cuaca panas ni jom kita minum Air Tembikai Blanded, sejuknya tekak....family Mas kalau ada buah tembikai mesti buat ais tembikai blended, sedap tau,  tak sedar dah habis segelas .

Air Tembikai Blended
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • tembikai
  • susu pekat manis
  • susu segar
  • ais
  • sedikit air masak sejuk
Cara membuatnya :
  • Satukan semua bahan diatas kecuali air masak sejuk dan kisar hingga halus. Tuang ke dalam gelas dan boleh tambah air masak sejuk jika air tembikai kelihatan agak pekat dan sedia diminum.



Thursday, May 27, 2010

Air Teh Dangdut




Assalamualaikum. 
Meh kita minum Air Teh Dangdut tengahari ni, Mas dapat resepi dari Siti Mariam masa meronda - ronda kat Myresepi. Sebenarnya dah lama nak buat, cuma baru hari ni tergerak hati nak minum, sedap tau, tapi tak elok minum selalu..he..he..tengok respon kat Myresepi, ramai gak yang dah menerainya...memang terbaik Teh Dangdut tu....sedappp...

Air Teh Dangdut
Resepi Asal : sitimariam@myresepi.com
Sumber : MasDuniaku


Bahan - 1 gelas  :
2 uncang teh
3 sudu besar susu pekat
2 sudu besar susu segar - option 
air panas ikut gelas - Mas tak guna, tukar ngan susu segar

Cara membuatnya:
Rebus teh dengan setengah cawan air. 
Pastikan teh tu pekat ( rebus 1/2 cawan air + 2 uncang teh dan rebus hingga air teh tinggal 1/3 cawan )
1 cawan air panas, campur dengan susu pekat dan susu segar (susu segar panaskan ), tarik sampai berbuih - buih.


Cara Mas : 
Rebus teh dengan setengah cawan air. 
Pastikan teh tu pekat ( rebus 1/2 cawan air + 2 uncang teh dan rebus hingga air teh tinggal 1/3 cawan )
1 cawan susu segar panas, campur dengan susu pekat  dan  tarik sampai berbuih - buih.
Masukkan susu yang ditarik ke dalam gelas sekali dengan buih2 tu.
Tips : 
Untuk dapatkan buih yang banyak..pastikan bahan no 2 tu panas secukupnya....baru buih2 tu terhasil dengan banyak....kalau suam..tak banyak buih yang terhasil...
Akhir sekali baru masukkan teh yang pekat tadi kedalam susu yang ditarik tadi perlahan - lahan .
Sukatan air dan susu ikut citarasa sendiri nak manis atau tidak, sukatan air pun sama, ikut saiz gelas, lebih senang sukat dulu air mengikut gelas yang digunakan.



Wednesday, May 26, 2010

Air Soya Mangga




Masa lunch tadi mas buat air soya mangga, sedap tau, semua ni gara - gara tengok jalan - jalan cari makan, sedap betul tengok serina minum soya mangga..he..he..memang sedap

Air Soya Mangga
Bahan:
  • air soya
  • ais
  • mangga masak
  • air gula melaka
Cara - cara :
  1. Potong mangga panjang - panjang.
  2. Kisar air soya dan ais.
  3. Masukkan hirisan mangga kedalam cawan, tuang soya yang dikisar, tuang sedikit air gula melaka.
  4. Sedia di minum...