April 2007
Penampilan
April 2007 ialah bulan keempat untuk tahun 2007. Ia bermula pada hari Ahad dan berakhir selepas 30 hari pada hari Isnin.
Portal:Hal semasa
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 27 April - Pusingan pertama pemilihan presiden Turki dijalankan, namun kemudian dibatalkan oleh mahkamah.
- 26 April - Pertabalan Yang di-Pertuan Agong: Sultan Mizan Zainal Abidin ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 di Istana Negara.
- 25 April - Sebuah planet luar suria yang seakan-akan bumi, Gliese 581 c, ditemui di buruj Libra dan mungkin mampu menyokong hidupan.
- 18 April - Perang Iraq: Sekurang-kurangnya 183 orang terbunuh dalam pengeboman terburuk di Baghdad sejak "operasi keselamatan" bermula dua bulan lalu.
- 16 April - Satu siri tembakan yang membunuh 33 orang dan mencederakan 29 yang lain terjadi di Virginia Polytechnic Institute and State University di Blacksburg, Virginia, A.S.
- 12 April - Perang Iraq: Satu letupan di kafeteria Perhimpunan Kebangsaan Iraq membunuh lapan orang termasuk seorang ahli parlimen.
- 10 April - Analisis spektroskop HD 209458 b (gambar), sebuah planet luar suria di buruj Pegasus, memberikan bukti pertama kehadiran wap air atmosfera di luar Sistem Suria.
- 4 April - Lima belas anggota Royal Navy yang dituduh menceroboh masuk ke perairan Iran dibebaskan selepas ditahan selama dua minggu.