Pergi ke kandungan

Kokarde

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sehelai topi Phrygia disematkan kokarde yang bulat di tengah

Kokarde (disebut [ko.kar.dĕ] pinjaman bahasa Belanda serapan lanjut Perancis cocarde terbitan kata coq "ayam jantan",[1] bahasa Inggeris: cockade) merupakan hiasan simpulan reben atau bahan seumpama yang dipakaikan sebagai hiasan pada topi.

Pemakaian kokarde dimulakan di Eropah khusus untuk golongan tentera menandakan kesetiaan terhadap penguasa yang mengetuai tentera kerajaan atau pangkat diri lagi-lagi dalam keadaan berpakaian seragam semasa berperang pada abad-abad ke-18 dan 19, ia hanya mula diterapkan sebagai suatu hiasan kenegaraan dalam kalangan patriot setiaraja Willem V penguasa Belanda.[2] Kelazimannya tersebar di negara-negara Eropah lain selepas diperkenalkan dalam Revolusi Perancis[2][3] terutamanya dimulakan atas cadangan wartawan Camille Desmoulins di Paris yang menggesa orang ramai memakai suatu lambang mewakili rakyat jelata Perancis sambil mengangkat senjata berdendam menyanggah kerajaan atas pemecatan Jacques Necker pada 12 Julai 1789.[4]

Apabila Perancis mula membina bala tentera udaranya sendiri awal abad 20-an, pesawat-pesawat angkatan tentera ini menerapkan rekaan simpulan kokarde negara sendiri pada badan pesawat, peletakan ini turut ditiru negara-negara lain semasa meletusnya Perang Dunia Pertama sehingga akhirnya dilazimkan sebagai lambang pengenalan pasukan udara masing-masing.

Galeri contoh

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ van der Sijs, Nicoline (2010). "kokarde". Nederlandse woorden wereldwijd. Den Haag: SDU Uitgevers. ISBN 9789012582148.
  2. ^ a b Maxwell, A. (2014). Patriots Against Fashion: Clothing and Nationalism in Europe’s Age of Revolutions. Palgrave Macmillan UK. ISBN 9781137277145. Dicapai pada 5 Mac 2017.
  3. ^ Newman, S.P. (2010). Parades and the Politics of the Street: Festive Culture in the Early American Republic. University of Pennsylvania Press, Incorporated. m/s. 161. ISBN 9780812200478. Dicapai pada 5 Mac 2017.
  4. ^ Vovelle, Michel (2011). La Révolution française (1789-1799). Armand Colin. m/s. 117.
  5. ^ L. Vivien (1843), Histoire générale de la Révolution française, de l'Empire, etc. [1789-1840]. 1, m/s. 67. Paris: Pourrat Frères,