Kapal tempur pra-dreadnought
Kapal tempur pre-dreadnought adalah kapal tempur samudera yang dibina antara pertengahan tahun hingga akhir 1880an dan 1905, sebelum pelancaran HMS Dreadnought.[1] Pre-dreadnought menggantikan kapal tempur ironclad tahun 1870an dan 1880an. Dibina daripada keluli, dan dilindungi oleh perisai besi yang keras, kapal tempur pre-dreadnought membawa kumpulan meriam utama yang sangat berat di barbette (terbuka atau dengan perumah senjata berperisai) yang disokong oleh satu atau lebih kumpulan meriam kedua yang lebih ringan. Ia dikuasakan oleh enjin wap peluapan berganda yang berasaskan arang batu.
Berbeza dengan perkembangan suram kapal perang ironclad dalam dekad-dekad yang lalu, tahun 1890an menyaksikan tentera laut di seluruh dunia mula membina kapal tempur kepada reka bentuk yang sama kerana berpuluh-puluh kapal pada dasarnya mengikut rekaan kelas Majestic British.[2] Kesamaan dalam penampilan kapal tempur pada tahun 1890an telah digariskan oleh peningkatan jumlah kapal yang sedang dibina. Kuasa tentera laut baharu seperti Jerman, Jepun, Amerika Syarikat, dan – yang tidak begitu kuat– Itali dan Austria-Hungary, mula menubuhkan armada pre-dreadnought mereka, manakala tentera laut Britain, Perancis, dan Rusia berkembang untuk menghadapi ancaman baru ini. Pertembungan muktamad armada pre-dreadnought adalah antara Tentera Laut Imperial Rusia dan Tentera Laut Imperial Jepun semasa Pertempuran Tsushima pada 27 Mei 1905.[3]
Kapal tempur ini tiba-tiba diusangkan oleh kemunculan HMS Dreadnought pada tahun 1906. Dreadnought mengikuti trend reka bentuk kapal tempur yang lebih berat, meriam jarak jauh dengan pemasangan struktur senjata "all-big-gun" sepuluh meriam 12-inci. Enjin turbin stim yang inovatif juga menjadikannya lebih pantas.[4] Pre-dreadnought yang sedia ada telah diatasi dengan jelas, dan kapal tempur baru dan lebih berkuasa telah dikenali pada waktu itu sebagai dreadnought manakala kapal yang telah dibina sebelum itu dinamakan pre-dreadnought.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Sumber
[sunting | sunting sumber]- Beeler, John, Birth of the Battleship: British Capital Ship Design 1870–1881. Caxton, London, 2003. ISBN 1-84067-534-9
- Burt, R. A., British Battleships 1889–1904 Annapolis, MD: Naval Institute Press, 1988. ISBN 0-87021-061-0.
- Chesneau, Roger and Kolesnik, Eugene M. (eds.) Conway's All the World's Fighting Ships 1860–1905. Greenwich, UK: Conway Maritime Press. 1979. ISBN 0-8317-0302-4.
- Chesneau, Roger (ed). Conway's All the World's Fighting Ships 1922–1946. London: Conway, 1980. ISBN 0-85177-146-7.
- Forczyk, Robert. Russian Battleship vs Japanese Battleship; Yellow Sea 1904–05. Osprey, 2009. ISBN 978-1-84603-330-8
- Gardiner, Robert and Lambert, Andrew Steam, Steel and Shellfire: The Steam Warship, 1815–1905. Conways, London, 2001, ISBN 0-7858-1413-2
- Roberts, J. "The Pre-Dreadnought Age" in Gardiner Steam, Steel and Shellfire.
- Campbell, J. "Naval Armaments and Armour" in Gardiner Steam, Steel and Shellfire.
- Griffiths, D. "Warship Machinery" in Gardiner, Steam, Steel and Shellfire.
- Gardiner, Robert. The Eclipse of the Big Gun: The Warship 1906–45. Conways, London, 1992. ISBN 0-85177-607-8
- Sumrall, R. The Battleship and Battlecruiser in Gardiner Eclipse of the Big Gun.
- Hill, Robert War at Sea in the Ironclad Age. Cassell, London, 2000. ISBN 0-304-35273-X
- Jentschura Jung & Mickel, Warships of the Imperial Japanese Navy 1869–1946, ISBN 0-85368-151-1
- Keegan, J. The First World War. Pimlico, London, 1999. ISBN 0-7126-6645-1.
- Kennedy, Paul M. The Rise and Fall of British Naval Mastery. Macmillan, London, 1983. ISBN 0-333-35094-4.
- Lenton, H.T. German Warships of the Second World War. London:Macdonald and Jane's, 1975. ISBN 0-356-04661-3.
- Massie, Robert K. Dreadnought: Britain, Germany and the Coming of the Great War. Pimlico, London, 2004. ISBN 978-1-84413-528-8
- Massie, Robert K. Castles of Steel: Britain, Germany and the Winning of the Great War at Sea. Pimlico, London, 2005. ISBN 1-84413-411-3
- Sondhaus, Lawrence. Naval Warfare 1815–1914. Routledge, London, 2001. ISBN 0-415-21478-5
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kapal tempur pra-dreadnought |