Mandat Perancis untuk Syria dan Lubnan
Mandat Perancis untuk Syria dan Lubnan[a] (1923–1946)[1] adalah satu mandat Liga Bangsa[2] yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Pertama dan pemisahan Empayar Uthmaniyah mengenai Syria dan Lubnan. Sistem mandat sepatutnya berbeza berbanding dengan penjajahan dengan negara yang mentadbir bertindak sebagai pemegang amanah sehingga penduduk negara yang diamanahkan itu mampu berdiri sendiri. Pada ketika itu, mandat tersebut akan ditamatkan dan sebuah negara merdeka akan lahir.[3]
Semasa dua tahun selepas berakhirnya perang pada 1918 – dan mengikut Perjanjian Sykes–Picot yang ditandatangani oleh pihak Britain dan Perancis semasa perang – British mengawal kebanyakan kawasan Mesopotamia Uthmaniyah (Iraq moden) dan bahagian selatan Syria Uthmaniyah (Palestin dan Transjordan), manakala Perancis mengawal bahagian Syria Uthmaniyah yang lain, Lubnan, İskenderun (Hatay) dan kawasan lain di tenggara Turki.[2] Pada awal 1920-an, kawalan British dan Perancis di wilayah-wilayah tersebut menjadi rasmi melalui sistem mandat Liga Bahasa dan pada 29 Septemer 1923, Perancis diberikan mandat Liga Bangsa di Syria, yang termasuk juga wilayah Lubnan pada masa kini dan İskenderun.[4]
Pentadbiran wilayah di bawah Perancis telah dijalankan melalui beberapa pemerintah dan wilayah, termasuklah Persekutuan Syria, Negeri Syria dan Republik Syria, serta beberapa negeri kecil: Negeri Lubnan Besar, Negeri Alawiyah dan Negeri Jabal Duruz. Hatay diilhakkan oleh Turki pada 1939. Mandat Perancis berakhir pada 1943 apabila dua negara merdeka bergabung, Syria dan Lubnan. Angkatan Perancis meninggalkan Syria dan Lubnan sepenuhnya pada 1946.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Bahasa Perancis: Mandat français pour la Syrie et le Liban; Bahasa Arab: الانتداب الفرنسي على سوريا ولبنان al-intidāb al-fransi 'ala suriya wa-lubnān
Umum
[sunting | sunting sumber]- ^ League of Nations Official Journal, Vol 3, Ogos 1922, p. 1013
- ^ a b Myers, Denys P. (1 Januari 1921). "The Mandate System of the League of Nations". 96: 74–77. Dicapai pada 25 Januari 2017 – melalui JSTOR. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ Bentwich, Norman (1930). The Mandates System. Longmans, Green and Co. m/s. 172.
- ^ "11. French Syria (1919-1946)". UCA.edu. Dicapai pada 25 Januari 2017.
- ^ John Morrison & Adam Woog, Syria, 2nd Edition, Infobase Publishing 2009 p. 37