Pergi ke kandungan

Nga Kor Ming

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nga Kor Ming
AP, ADUN
倪可敏
Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan
Menyandang jawatan
3 Disember 2022
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
TimbalanAiman Athirah Sabu (Disember 2023-kini)
Akmal Nasrullah Mohd Nasir (Disember 2022-Disember 2023)
Didahului oleh Reezal Merican Naina Merican
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Teluk Intan
Menyandang jawatan
16 Julai 2018
Didahului oleh Mah Siew Keong
Majoriti15,169 (PRU-15)
11,179 (PRU-14)
 Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Kepayang
Menyandang jawatan
20 Disember 2022
Didahului oleh Ko Chung Sen
Majoriti9,491 (PRU-15)
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului oleh Loke Chee Yan
Digantikan oleh Ko Chung Sen
Majoriti4,604 (PRU-13)
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 13 Julai 2020
Berkhidmat with Mohd Rashid Hasnon
RajaSultan Muhammad V
Al-Sultan Abdullah
Perdana MenteriMahathir Mohamad
Didahului oleh Ronald Kiandee
Ismail Mohamed Said
Digantikan oleh Azalina Othman Said
 Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Aulong
Dalam jawatan
3 Julai 2018 – 17 Oktober 2022
Didahului oleh Leow Thye Yih
Digantikan oleh Teh Kok Lim
Majoriti12,064 (PRU-14)
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Taiping
Dalam jawatan
2008–2018
Didahului oleh M. Kayveas
Digantikan oleh Teh Kok Lim
Majoriti11,745 (PRU-13)
11,298 (PRU-12)
Ahli Dewan Negeri Perak untuk Pantai Remis
Dalam jawatan
1999–2013
Didahului oleh Wong Chong Sang
Digantikan oleh Wong May Ing
Majoriti5,076 (PRU-12)
2,303 (PRU-11)
2,447 (PRU-10)
Maklumat peribadi
Lahir
David Nga Kor Ming

(1972-11-11) 11 November 1972 (umur 52)
Kota Bharu, Kelantan
Parti politik Parti Tindakan Demokratik
PasanganWong Seow Ching
Anak3
PekerjaanAhli Politik
Bidang pengkhususanPeguam Bertauliah

Yang Berhormat Tuan David Nga Kor Ming (lahir 11 November 1972) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Ahli Parlimen Teluk Intan dan ADUN Kepayang.

Pernah dinobat sebagai pendebat terbaik dalam pertandingan debat antara universiti peringkat kebangsaan, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini mula aktif berpolitik sebaik sahaja melangkah ke dunia pekerjaan.

Kerjaya politiknya bermula pada 1999, setelah memutuskan untuk bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Pantai Remis pada Pilihan Raya Umum Ke-11.

Pada PRU12 (2008), beliau sekali lagi mempertaruhkan kerjaya politiknya dengan bertanding di Parlimen Taiping.

Kehadirannya diterima baik masyarakat Taiping apabila beliau sekali lagi memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya berikutnya. Bagaimanapun beliau beralih ke Teluk Intan pada PRU14 (2018).

Sebelum menceburi politik, beliau merupakan seorang Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Perak[1][2][3][4]
Tahun Kerusi Undi Peratus undian Lawan Undi Peratus undian Buang undi Majoriti Keluar
1999 N32 Pantai Remis Nga Kor Ming (DAP) 9,896 55.86% Wong Chong Sang (MCA) 7,449 42.05% 17,716 2,447 64.09%
2004 N37 Pantai Remis Nga Kor Ming (DAP) 9,703 55.02% Wong Chong Sang (MCA) 7,400 41.96% 17,635 2,303 66.18%
2008 Nga Kor Ming (DAP) 12,188 61.83% Ooi Jing Ting (MCA) 7,112 36.08% 19,712 5.076 70.37%
2013 N29 Kepayang Nga Kor Ming (DAP) 10,948 62.32% Chang Kok Aun (MCA) 6.344 36,12% 17,566 4,604 79.50%
2018 N18 Aulong Nga Kor Ming (DAP) 18,123 56.40% Soo Kay Ping (Gerakan) 6,059 18.90% 24,182 12,064 75.24%
Parlimen Malaysia[1][2][3][4]
Tahun Kerusi Undi Peratus undian Lawan Undi Peratus undian Buang undi Majoriti Keluar
2008 P60 Taiping, Perak Nga Kor Ming (DAP) 28,098 59.63% M. Kayveas (PPP) 16,800 35.65% 47,123 11,298 71.52%
2013 Nga Kor Ming (DAP) 37,275 58.32% Tan Lian Hoe (Gerakan) 25,530 39.94% 63,913 11,745 81.80%
2018 P76 Teluk Intan, Perak Nga Kor Ming (DAP) 29,170 54.57% Mah Siew Keong (Gerakan) 17,991 34.13% 54,601 11,179 82.10%
Ahmad Ramadzan Ahmad Daud (PAS) 6,494 12.10%

Kos masjid tinggi

[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Disember 2009, Datuk Ibrahim Ali selaku presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyifatkan Nga Kor Ming sebagai biadab apabila mengungkit kos tinggi membabitkan pembinaan masjid di seluruh negara. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyatakan ia akan membangkitkan sentiman antara orang Islam dan bukan Islam dan mengapi-apikan kebencian antara kaum. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz menyatakan tindakan ini tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan. Dalam perlembagaan, wang hanya disalurkan kepada pembangunan agama Islam. Kerajaan juga memberi peruntukan kepada pusat ibadat lain nampaknya tidak dihargai.[5]

Di Dewan Rakyat , Nga kor Ming meminta penjelasan kos RM748.26 juta bagi membina 611 masjid dalam tempoh lapan tahun (2000-2008). Dr Mohd Hatta Ramli(PAS), Datuk Johari Abdul (PKR), Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Titiwangsa) dan Khalid Samad (Shah Alam) mempertahankan Nga Kor Ming. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mejelaskan bahawa peruntukan RM748.26 juta untuk membina masjid manakala RM9 juta atau 1.2 peratus sahaja untuk pusat ibadat lain.

Yang dipertua Perkasa Pahang, Dr Zubir Harun membuat laporan polis kerana merasakan kenyataan Nga itu menghina agama Islam, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta berbaur hasutan yang boleh mencetuskan pergaduhan agama.[6]Bberapa NGO membuat bantahan di hadapan Masjid Daerah Seberang Perai Utara di Teluk Air Tawar, Seberang Perai,Pulau Pinang. Antaranya ialah Pertubuhan Gabungan Suci Asli Malaysia (GSAM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA).Parti politik yang hadi ialah Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tasek Gelugor. Harakah melaporkan hanya 26 orang sahaja yang hadir.[7]

  1. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Melayu). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  2. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the Pilihan raya 2004.
  3. ^ a b "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Melayu). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ a b "Malaysia General Election 2018". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-17. Dicapai pada 11 May 2018. Results for Pilihan raya 2018.
  5. ^ Isu bina masjid: Kor Ming dibidas
  6. ^ PAS tidak sepakat isu dana bina masjid
  7. ^ "Demo bantah Nga Kor Meng tiada sambutan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-14. Dicapai pada 2009-12-13.