Pergi ke kandungan

Singapura

Laman separuh dilindungi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Singapore)

Republik Singapura
ريڤوبليک سيڠاڤورا
3 nama rasmi lain
    • Republic of Singapore (bahasa Inggeris)
    • 新加坡共和国 Xīnjiāpō Gònghéguó (Cina)
    • சிங்கப்பூர் குடியரசு Ciṅkappūr Kuṭiyaracu (Tamil)
Bendera Singapura
Jata Singapura
Bendera Jata
Cogan kataMajulah Singapura
Lagu kebangsaanMajulah Singapura
Lokasi Singapura
Bahasa rasmi
Bahasa KebangsaanBahasa Melayu
Kumpulan etnik
(2020)[1]
Agama
(2020)[1]
KerajaanRepublik berparlimen Kesatuan Dominan
• Presiden
Tharman Shanmugaratnam
Lawrence Wong
Badan perundanganParlimen
Kemerdekaan 
3 Jun 1959
16 September 1963
9 Ogos 1965
8 Ogos 1967
Keluasan
• Jumlah
728.6 km2 (281.3 bt2)[2] (ke-178)
Penduduk
• Perkiraan 2021
5,453,600[a] (ke-115)
7,804/km2 (20,212.3/sq mi) (ke-2)
KDNK (PPP)2021
• Jumlah
$600.063 bilion[4] (ke-38)
$102,742[4] (ke-2)
KDNK (nominal)2021
•  Jumlah
$374.394 bilion[4] (ke-38)
$64,103[4] (ke-8)
Gini (2017) 45.9[5]
sederhana
HDI (2019) 0.938[6]
sangat tinggi · ke-11
Mata wangDolar Singapura (S$)
(SGD)
Zon waktuUTC+8 (SST)
Format tarikhdd/mm/yyyy
Bekalan elektrik
sesalur
230 V–50 Hz
Arah memandukiri
Kod panggilan+65
Kod ISO 3166SG
DPT internet.sg

Singapura, secara rasminya Republik Singapura (Jawi: ريڤوبليک سيڠاڤورا) , merupakan sebuah negara pulau yang terletak di tepi hujung selatan Semenanjung Melayu, 137 kilometer (85 bt) di utara garisan Khatulistiwa, di Asia Tenggara. Ia terpisah dari Malaysia dengan Selat Johor di utara, dan Kepulauan Riau Indonesia dengan Selat Singapura di selatan. Singapura ialah pusat kewangan keempat terunggul[7] dan sebuah bandaraya global metropolitan yang memainkan peranan penting dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa. Pelabuhan Singapura ialah salah sebuah daripada lima pelabuhan tersibuk dunia.[8]

Singapura mencatat sejarah penghijrahan yang lama sekali, yang menyumbang kepada hampir 5 juta penduduk berbilang budaya yang terdiri daripada kaum Cina, Melayu, India, orang Asia lain, dan ras Caucasus.[9] 42% penduduk Singapura ialah orang asing yang bekerja atau belajar di sini. 50% pekerjaan perkhidmatan diisi oleh pekerja asing.[10][11] Singapura merupakan negara yang kedua paling padat dengan penduduk di dunia, di belakang Monaco.[12] A.T. Kearney mengungkit nama Singapura sebagai negara paling global di dunia dalam Indeks Globalisasi.[13]

Sebelum merdeka pada tahun 1965, Singapura sudah menjadi pelabuhan yang bersemangat dengan KDNK per kapita sebanyak $511, iaitu ketiga tertinggi di Asia Timur ketika itu.[14] Selepas merdeka, pelaburan langsung asing dan dorongan kerajaan ke arah pengindustrian berasaskan rancangan bekas Timbalan Perdana Menteri Dr. Goh Keng Swee membentuk sebuah ekonomi yang baru.[15]

Economist Intelligence Unit meletakkan Singapura sebagai negara yang mempunyai kualiti hidup terbaik di Asia dan kesebelas terbaik di seluruh dunia dalam senarai "Quality-Of-Life Index".[16] Singapura memiliki rizab pertukaran asing kesembilan terbesar di dunia.[17][18] Negara ini juga dilengkapi angkatan tentera yang canggih dan lengkap dari segi teknologinya.[19][20]

Asal-usul nama

Nama Singapura berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu siṃhāpura (सिंहपुर, "Kota Singa"). Oleh sebab itu, Singapura juga diberi nama timangan “Kota Singa”. Kajian menunjukkan bahawa di sini tidak pernah wujudnya singa; tetapi haiwan yang disangka sebagai singa oleh Sang Nila Utama, pengasas negeri Singapura yang memberikan nama pulau ini, mungkin sekali seekor harimau.[21][22]

Sejarah

Sebelum abad ke-19

Sir Thomas Stamford Raffles, pengasas Singapura moden

Catatan terawal mengenai petempatan di Singapura adalah dari abad ke-2 Masihi.[23] Pulau ini dikenali dengan nama Temasek (bandar laut) yang berasal dari bahasa Jawa. Dari abad ke-16 hingga awal abad ke-19, Singapura menjadi wilayah Kesultanan Johor. Pada tahun 1613, petempatan di muara Sungai Singapura dibakar hingga musnah oleh penyerang Portugis, dan dibiarkan begitu sahaja selama dua abad seterusnya.

Zaman penjajahan British

Pada 29 Januari 1819, Thomas Stamford Raffles mendarat di pulau utama Singapura. Setelah melihat potensinya sebagai pusat perdagangan strategik di Asia Tenggara, Raffles menandatangani perjanjian bersama Sultan Hussain Shah bagi pihak Syarikat Hindia Timur British pada 6 Februari 1819 untuk membangunkan bahagian selatan Singapura sebagai pos perdagangan dan petempatan British.[24]

Singapura kekal dalam penguasaan sebuah kesultanan Melayu, sehingga menjadi jajahan British pada 2 Ogos 1824, apabila John Crawfurd, Residen kedua Singapura yang secara rasminya menjadikan seluruh pulau sebagai taklukan British dengan menandatangani perjanjian dengan Sultan Hussain Shah, yang mana Sultan dan Temenggung menyerahkan Singapura kepada Syarikat Hindia Timur British. Pada tahun 1826, ia menjadi sebahagian jajahan British yang dikenali sebagai Negeri-negeri Selat. Pada tahun 1869, pulau ini didiami oleh 100,000 orang.[24]

Perang Dunia Kedua dan zaman pascaperang

Bala Tentera Diraja Jepun berarak melalui pusat bandaraya Singapura setelah British menyerah kalah.

Pada Perang Dunia Kedua, serangan Tentera Diraja Jepun terhadap Tanah Melayu, memuncak dengan Pertempuran Singapura. Pihak British ditumpaskan dalam masa enam hari, lalu menyerahkan kubu yang kononnya tak tertawan kepada Jeneral Tomoyuki Yamashita pada 15 Februari 1942. Kejadian ini disifatkan oleh Perdana Menteri British, Winston Churchill sebagai "malapetaka terburuk dan penyerahan terbesar dalam sejarah British".[25] Selepas kejatuhan Singapura, pembunuhan kaum Cina beramai-ramai oleh tentera Jepun meragut 5,000 – 25,000 nyawa.[26] Singapura dinamai semula sebagai Pulau Syonan (昭南島, Shōnantō), yang membawa maksud “pulau selatan yang diraih pada zaman Shōwa”. Singapura dikuasai oleh Jepun sehingga dirampas balik oleh British pada 12 September 1945, sebulan selepas penyerahan kalah Jepun.

Berikutan perang itu, kerajaan British membenarkan Singapura mengadakan pilihan raya umum pertamanya pada tahun 1955, yang dimenangi oleh calon pro-kemerdekaan, David Marshall, ketua parti Barisan Buroh yang menjadi Ketua Menteri.

Demi memenuhi tuntutan pemerintahan sendiri sepenuhnya untuk Singapura, Marshall mengetuai perwakilan ke London, tetapi ditolak oleh British. Beliau meletak jawatan sekembalinya, lalu tempatnya diambil alih oleh Lim Yew Hock, yang melakarkan dasar-dasar yang menawan hati orang British. Singapura diberi kerajaan sendiri sepenuhnya dengan perdana menteri dan jemaah menteri sendiri yang mentadbir segala hal-ehwal kerajaan kecuali pertahanan dan hubungan luar.

Pilihan raya sekali lagi diadakan pada 30 Mei 1959, kali ini pula Parti Tindakan Rakyat menang besar. Akhirnya, Singapura menjadi sebuah negeri berkerajaan sendiri dalam Komanwel pada 3 Jun 1959, dengan Lee Kuan Yew mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pertamanya.[27] Gabenor Singapura ketika itu, Sir William Allmond Codrington Goode, berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Negara pertama sehingga 3 Disember 1959, kemudian diganti oleh was Yusof bin Ishak yang tidak lama kemudian menjadi presiden pertama Singapura.

Singapura secara ekasisi mengisytiharkan kemerdekaan dari Britain pada Ogos 1963,[28] sebelum menyertai Persekutuan Malaysia pada September bersama Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak kesan pungutan suara pergabungan Singapura pada tahun 1962. Singapura dikeluarkan dari Persekutuan dua tahun selepas terjadinya konflik ideologi yang hangat antara kerajaan negeri pimpinan PAP dan kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur.

Kemerdekaan (sejak 1965)

Singapura secara rasminya mencapai kedaulatan pada 9 Ogos 1965.[29] Yusof bin Ishak mengangkat sumpah selaku Presiden, manakala Lee Kuan Yew menjadi perdana menteri pertama Republik Singapura.

Pada tahun 1990, Goh Chok Tong mengganti Lee sebagai Perdana Menteri. Sepanjang tempoh jawatannya, negaranya berdepan dengan Krisis Kewangan Asia 1997, wabak SARS 2003, dan ancaman keganasan Jemaah Islamiyah. Pada tahun 2004, Lee Hsien Loong, anak sulung Lee Kuan Yew, menjadi perdana menteri ketiga.[30]

Politik

Dewan Parlimen.

Singapura ialah sebuah republik berparlimen yang mengamalkan parlimen ekadewan berlandaskan sistem Westminster, yang mewakili pelbagai kawasan pemilihan. Perlembagaan Singapura menetapkan demokrasi berperwakilan sebagai sistem politik negara.[31] Parti Tindakan Rakyat (PETIR atau PAP) berjaya menguasai Parlimen di setiap pilihan raya sejak negara mula memerintah sendiri pada tahun 1959.[32]

Sebahagian besar kuasa ekesekutif terletak pada kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri. Jawatan Presiden Singapura yang asalnya berbentuk istiadat, diberi sedikit kuasa veto pada tahun 1991 untuk beberapa keputusan penting seperti penggunaan rizab negara dan pelantikan jawatan kehakiman. Cabang perundangan kerajaan tak lain tak bukan Parlimen.[33]

Pilihan raya parlimen di Singapura berlandaskan undian pemenang undi terbanyak untuk kawasan pemilihan perwakilan berkumpulan sejak pindaan Akta Pilihan Raya Parlimen pada tahun 1991.[34]

Ahli-Ahli Parlimen (MP) terdiri daripada ahli-ahli yang terpilih, tanpa kawasan undi dan dicalon. Majoriti MP ini dipilih menerusi Pilihan Raya Umum berasaskan sistem pemenang undi terbanyak, dan mewakili Kawasan Ahli Tunggal (Single Member Constituencies, SMC) atau Perwakilan Berkumpulan (Group Representation Constituencies, GRC).[35]

Singapura tekal menjaga maruahnya di antara negara yang paling kurang amalan rasuah di dunia oleh Transparency International.[36][37]

Sungguhpun diwarisi dari penjajahan Inggeris, dan banyak menerapkan unsur-unsur undang-undang am Inggeris, namun undang-undang Singapura nampaknya sudah menyimpang dari tradisi itu sejak merdeka. Misalnya, sistem perbicaraan juri dimansuhkan.

Antara undang-undang dan hukuman Singapura termasuk hukuman dera kehakiman dalam bentuk merotan untuk kesalahan seperti rogol, keganasan, rusuhan, salah guna dadah, perosakan harta awam, dan beberapa kesalahan imigresen.[38][39] Singapura juga mengenakan hukuman mati mandatori untuk pembunuhan darjah pertama dan pengedaran dadah.[40] Amnesty International menganggarkan bahawa Singapura mungkin mencatat “kadar hukuman mati berbanding jumlah penduduk terbesar di dunia”.[41] Pihak kerajaan bertegas bahawa Singapura selaku negara berdaulat berhak untuk menentukan sistem kehakiman sendiri dan mengenakan hukuman yang setimpal seperti yang dirasainya.[42]

Geografi

Garis bentuk Singapura, pulau-pulau dan perairan di kelilingnya pada peta tahun 2006

Singapura terdiri daripada 63 pulau, termasuk sekali tanah besar Singapura. Pulau besar dikenali ramai sebagai Pulau Singapura (Singapore Island) tetapi nama rasminya ialah Pulau Ujong. Terdapat dua sambungan buatan manusia ke negeri Johor, Malaysia, iaitu Tambak Johor-Singapura di utara, dan Laluan Kedua Tuas di barat. Pulau Jurong, Pulau Tekong, Pulau Ubin dan Sentosa merupakan pulau-pulau kecil terbesar di Singapura. Puncak semula jadi tertingginya ialah Bukit Timah pada aras 166 m (545 ka).[43]

Singapura menjalankan projek penebusgunaan tanah yang diperoleh dari bukit-bukau, dasar laut, dan negara jiran. Hasilnya, keluasan daratan Singapura membesar dari 581.5 km2 (224.5 bt2) pada 1960-an, kepada 704 km2 (271.8 bt2) pada masa kini, dan mungkin menokok 100 km2 (38.6 bt2) lagi pada tahun 2030.[44] Adakalanya, projek-projek sebegini melibatkan penggabungan pulau-pulau kecil secara penebusgunaan tanah untuk membentuk pulau yang lebih besar dan berguna, misalnya Pulau Jurong.

Iklim

Taman Botanik Singapura, sebuah taman botani sebuah 67.3-hektar (166-ekar) di Singapura yang merangkumi Taman Anggerik Negaea yang menyimpan lebih 3,000 spesies anggerik

Mengikut sistem pengelasan iklim Köppen, Singapura mengalami iklim iklim hutan hujan tropika tanpa peralihan musim yang ketara, suhu dan tekanan yang setara, kelembapan tinggi, dan curahan hujan yang lebat. Suhunya adalah di antara 22 hingga 34 °C (71.6 hingga 93.2 °F). Purata kelembapan relatifnya sekitar 90% pada waktu pagi dan 60% pada waktu petang. Ketika hujan lebat berpanjangan, kelembapan relatif sering mencapai 100%.[45] Suhu terendah dan tertinggi yang tercatat sepanjang sejarah maritim adalah 19.4 °C (66.9 °F) dan 35.8 °C (96.4 °F).

Bulan Mei dan Jun paling panas sekali, manakala November dan Disember membentuk musim monsun tengkujuh.[46] Dari bulan Ogos hingga Oktober, Singapura kerap mengalami jerebu kesan kebakaran hutan di negara jiran Indonesia, adakalanya cukup teruk untuk mengancam amaran kesihatan awam. Jangka waktu siang di Singapura lebih kurang sekata sepanjang tahun kerana kedudukan negara yang dekat dengan Khatulistiwa.

Kira-kira 23% kawasan darat Singapura terdiri daripada kawasan simpanan hutan dan alam semula jadi.[47] Proses pembandaran telah menghapuskan kebanyakan kawasan hutan hujan, sehingga tinggal Hutan Simpanan Bukit Timah sebagai satu-satunya hutan asal di negara. Di Singapura terdapat sebilangan taman alam, seperti Taman Botanik Singapura.

Ekonomi

Pelabuhan Singapura, yang paling sibuk di dunia, berlatar belakang latar langit Singapura

Singapura mengamalkan ekonomi pasaran yang cukup maju, yang selama ini berkisar pada perdagangan entrepôt yang luas. Di samping Hong Kong, Korea Selatan dan Taiwan, Singapura ialah salah satu daripada Empat Harimau Asia. Ekonominya amat bergantung pada eksport dan perhalusan barang import, terutamanya dalam bidang perkilangan, yang membentuk 26% KDNK Singapura pada tahun 2005[48], tetapi tidak dilupakan juga sumbangan besar dari sektor elektronik, penapisan petroleum, kimia, kejuruteraan mekanik dan sains bio-perubatan. Pada tahun 2006, Singapura menghasilkan kira-kira 10% keluaran wafer faundri sedunia.[49] Singapura juga bertuah dengan salah sebuah pelabuhan tersibuk di dunia dan pusat perdagangan tukaran asing keempat terbesar di dunia, di belakang London, New York dan Tokyo.[50] Singapura dinilai oleh Bank Dunia sebagai pusat logistik terunggul di dunia.[51]

Singapura diletakkan dalam senarai sepuluh ekonomi paling terbuka,[52] kompetitif[53] dan inovatif[54][55] di dunia. Dinilai sebagai ekonomi yang paling mesra perniagaan di dunia,[56][57] Singapura menyambut beratus-ribu ekspatriat dari luar negara yang bekerja dalam syarikat multinasional, di samping mengambil kerja beratus-ribu lagi buruh kasar asing.

Pemandangan Teras Pusat Bandar yang menjadi Kawasan Niaga Terpadu Singapura

Singapura memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (Goods and Services Tax, GST) dengan kadar permulaan 3% pada 1 April 1994, untuk menambah S$1.6 bilion (US$1b, €800m) lagi kepada dana kerajaan, sekaligus menstabilkan kewangan kerajaan.[58] Kadar GST yang boleh dicukai dinaikkan ke 4% pada tahun 2003, 5% pada tahun 2004, dan 7% pada 1 Julai 2007.[59]

Pengangkutan

Pelabuhan Singapura dengan pulau Sentosa di latar belakang

Singapura ialah sebuah hab pengangkutan antarabangsa utama di Asia yang letaknya di persilangan laluan perdagangan laut dan udara.

Pelabuhan Singapura yang diurus oleh pengendali pelabuhan, PSA International dan Jurong Port, merupakan pelabuhan kedua tersibuk di dunia pada tahun 2005, dari segi jumlah berat hantaran pada 1.15 bilion tan kasar, dan dari segi lalu lintas berkontena pada 23.2 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU). Selain itu, Pelabuhan Singapura adalah yang tersibuk di dunia bagi lalu lintas pemunggahan, dan juga pusat pengisian semula bahan api kapal terbesar di dunia.[60]

Kereta api yang dikendalikan oleh SMRT Corporation
Bas yang dikendalikan oleh SBS Transit


Singapura merupakan hab penerbangan untuk rantau Asia Tenggara dan sebuah perhentian di laluan Kanggaru di antara Australasia dan Eropah. Lapangan Terbang Changi Singapura mempunyai serangkaian 80 sistem penerbangan yang menghubungkan Singapura dengan 200 bandaraya di 68 negara. Ia pernah dinilai sebagai salah sebuah lapangan terbang antarabangsa terbaik di dunia oleh majalah-majalah pelancongan antarabangsa, termasuk dinobatkan sebagai lapangan terbang terbaik buat julung kalinya pada tahun 2006 oleh Skytrax.[61] Kini, lapangan terbang ini ada tiga terminal penumpang, dan sebuah penumpang bajet yang memberi kemudahan kepada Tiger Airways dan Cebu Pacific. Sistem penerbangan negara ialah Singapore Airlines (SIA). Lapangan Terbang Changi diswastakan pada tahun 2009 dan kini milik mutlak Changi Airport Group.

Prasarana pengangkutan domestik menyediakan sistem jalan raya yang menyeluruh di seluruh pulau, termasuk satu rangkaian lebuh raya ekspres. Sistem jalan raya awam dipermudah oleh perkhidmatan bas negara dan sebilangan syarikat pengendali teksi berlesen.

Sistem tren alihan massa utama negara, iaitu Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Mass Rapid Transit, MRT) beroperasi sejak tahun 1987. Sistem MRT ini dilengkapkan lagi dengan Sistem Rel Ringan (Light Rail Transit, LRT) untuk memperluas capaian kepada kawasan perumahan. Sistem EZ-Link yang dilancarkan pada tahun 2001 membolehkan kad pintar tanpa sentuh berfungsi sebagai tiket nilai simpanan untuk digunakan dalam sistem pengangkutan awam di Singapura.

Pelancongan

Merlion, lambang kebangsaan Singapura

Singapura ialah sebuah destinasi popular yang menyumbang kepada perkembangan industri Singapura. Jumlah kedatangan pelawat adalah 10.2 juta pada tahun 2007.[62] Untuk menarik lebih ramai lagi pelancong, kerajaan memutuskan untuk menarik balik larangan berjudi dan membenarkan pembinaan dua tempat penginapan kasino yang dibangunkan di Marina South dan Sentosa pada tahun 2005.[63] Untuk menyaingi bandaraya-bandaraya serantau seperti Bangkok, Hong Kong, Tokyo dan Shanghai, kerajaan telah mengumumkan bahawa kawasan bandaraya diberi perubahan untuk menjadi sebuah tempat yang mengujakan dengan mencerahkan lagi bangunan awam dan perdagangan.[64] Makanan juga dijadikan tarikan utama kepada pelancong dengan Singapore Food Festival yang diadakan setiap bulan Julai untuk meraikan masakan Singapura.

Singapura turut mempromosikan diri sebagai pusat pelancongan perubatan; kira-kira 200,000 warga asing menerima jagaan perubatan di sini setiap tahun. Perkhidmatan perubatan Singapura berazam untuk memberikan khidmat kepada sejuta orang pesakit menjelang tahun 2012 untuk menjana pendapatan AS$ 3 bilion.[65] Kerajaan menyatakan bahawa ini boleh membuka kira-kira 13,000 peluang pekerjaan baru dalam industri kesihatan.

Mata wang

Mata wang Singapura ialah dolar Singapura yang dilambangkan oleh S$ atau singkatan ISO-nya, SGD. Bank pusatnya ialah Penguasa Kewangan Singapura (Monetary Authority of Singapore) yang bertanggungjawab mengeluarkan mata wang. Singapura menubuhkan Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang pada tahun 1967[66] untuk mengeluarkan wang syiling dan kertas pertamanya.[67] Dolar Singapura boleh ditukar setara dengan ringgit Malaysia sehingga tahunl 1973[67], tetapi masih mengekalkan kesalingbolehtukaran dengan dolar Brunei hingga kini.[67][68] Pada 27 Jun 2007, sempena ulang tahun ke-40 perjanjian mata wang dengan Brunei, wang kertas peringatan S$20 dilancarkan; muka belakangnya seiras dengan wang kertas B$20 yang dilancarkan serentak dengan wang kertas Singapura itu.[68]

Hubungan luar

Singapura menjalin hubungan diplomatik dengan 175 negara,[69] namun tidak membuka suruhanjaya tinggi atau kedutaan di kebanyakan negara tersebut. Ia menganggotai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Negara-negara Komanwel, ASEAN dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali. Atas sebab-sebab geografi yang nyata, hubungan dengan Malaysia dan Indonesia adalah penting sekali, tetapi politik dalam negara-negara tersebut boleh mengganggu hubungan tersebut.

Singapura juga menikmati hubungan erat dengan kebanyakan negara Eropah, seperti Perancis, Jerman dan United Kingdom. Singapura dan UK berkongsi pertalian menerusi Perjanjian Pertahanan Lima Negara bersama Malaysia, Australia dan New Zealand. Hubungan baik dengan Amerika Syarikat juga dikekalkan kerana negara besar itu dilihat sebagai kuasa penstabil yang mengimbang balas kuasa-kuasa serantau.

Singapura menyokong konsep regionalisme Asia Tenggara serta memainkan peranan besar selaku salah sebuah anggota perintis Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Ia juga menganggotai forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang membuka Sekretariat di Singapura. Singapura juga berhubungan erat dengan Brunei dan mengendali kemudahan latihan Angkatan Darat di situ.

Singapura adalah antara negara terawal yang menjalin hubungan rasmi dengan Republik Rakyat China setelah negara tersebut membuka pintunya pada tahun 1978.[70][71] Kota singa ini mengiktiraf dasar Satu China yang dikuat kuasa oleh RRC dan menjalin hubungan perdagangan meluas bersama negara itu, biarpun pada masa yang sama menjalin hubungan dengan Republik China di Taiwan.

Tentera

RSS Formidable
F-15SG milik Angkatan Udara Singapura

Sungguhpun saiznya kecil, namun Singapura bermegah dengan salah sebuah angkatan tentera yang tercanggih di Asia Tenggara. Kementerian Pertahanan (MINDEF) bertanggungjawab menyelia Angkatan Bersenjata Singapura yang terdiri daripada Tentera Singapura, Angkatan Laut Republik Singapura, dan Angkatan Udara Republik Singapura, di samping beberapa kompeni sukarelawan persendirian yang memainkan peranan pembantu.

Angkatan bersenjata Singapura berperanan utama sebagai alat pencegahan penceroboh serta menyediakan bantuan kemanusiaan kepada negara lain. Singapura juga menjalin pakatan pertahanan bersama beberapa negara lain, khususnya Perjanjian Pertahanan Lima Negara. Singapura juga membuka tempat latihan yang menyeluruh di luar negara, di Amerika Syarikat, Australia, Republik China (Taiwan), New Zealand, Perancis, Thailand, Brunei, India dan Afrika Selatan. Sejak tahun 1980, konsep dan strategi "Pertahanan Mutlak" (Total Defence) telah dilaksanakan dalam segala aspek keselamatan, bertujuan memperkuat Singapura untuk menghadapi segala jenis ancaman.

Undang-undang Singapura mewajibkan setiap warganegara lelaki dan penduduk tetap (generasi kedua) Singapura yang tegap dan sihat untuk menjalani Khidmat Negara (National Service) selama dua tahun sekurang-kurangnya, sebaik sahaja mencecah usia 18 tahun atau menghabiskan pengajiannya (yang mana sahaja dahulu), tetapi boleh diberi pelepasan atas sebab-sebab perubatan atau lain-lain. Selepas berkhidmat selama dua tahun, setiap warga lelaki dianggap sedia beroperasi, dan juga wajib menunaikan tanggungjawab sebagai perajurit simpanan sehingga usia 40 tahun (50 tahun untuk pegawai bertauliah). Warga yang sihat dari segi perubatan juga mesti menjalani Ujian Kecekapan Fizikal Individu (Individual Physical Proficiency Test, IPPT) setiap tahun dalam program latihan mereka. Lebih 350,000 orang lelaki berkhidmat sebagai perajurit yang sedia beroperasi yang ditugaskan kepada unit tempur simpanan, dan 72,500 orang lagi membentuk kor khidmat negara dan biasa.

Kejadian pengganasan dan perang luar biasa yang makin menjadi-jadi telah menekankan lagi aspek pertahanan bukan tentera. Kontinjen Gurkha dalam Pasukan Polis Singapura, juga merupakan sebuah angkatan pencegah keganasan. Pada tahun 1991, kejadian rampasan kapal terbang Penerbangan Singapore Airlines 117 berkesudahan dengan serbuan oleh Angkatan Operasi Khas Singapura (Special Operation Forces, SOF), diikuti kematian keempat-empat perampas tanpa kecederaan mana-mana penumpang atau anggota SOF. Antara yang merisaukan keselamatan negara ialah Jemaah Islamiyah, sebuah kumpulan militan Islamiah yang pernah cuba menyerang Suruhanjaya Tinggi Australia tetapi dipatahkan jua pada tahun 2001.

Sumber pertahanan Singapura pernah digunakan dalam misi bantuan kemanusiaan antarabangsa, termasuk tugasan pengamanan PBB di 11 negara lain.[72] Pada September 2005, Angkatan Udara Republik Singapura menghantar tiga buah helikopter CH-47 Chinook ke Louisiana untuk membantu operasi bantuan Taufan Katrina. Ekoran kejadian tsunami Asia 2004, SAF menghantar kereta kebal dan helikopter untuk membantu operasi bantuan kepada negara-negara yang terjejas.

Demografi

Kependudukan

Kependudukan Singapura mencatat peratusan warga luar negara keenam tertinggi di dunia. Kira-kira 42% penduduk Singapura ialah warga asing dan warga asing mengisi 50% sektor perkhidmatan negara ini.[10][11] Kebanyakan warga asing berasal dari China, Malaysia, Filipina, Amerika Utara, Timur Tengah, Eropah, Australia, Bangladesh dan India. Negara ini juga adalah yang kedua paling padat dengan penduduk di belakang Monaco.[12] Menurut statistik kerajaan, jumlah penduduk Singapura pada tahun 2009 adalah 4.99 juta, yang mana 3.2 juta adalah warganegara Singapura yang sebetulnya.[73] Majoriti penduduk Singapura terdiri daripada kaum Cina iaitu 74.2% jumlah penduduk, diikuti Melayu 13.4%, India 9.2%, dan Serani, Arab dan lain-lain 3.2%.

Pada tahun 2009, jumlah kadar kesuburan Singapura adalah 1.22 anak per wanita (1.08 Cina, 1.14 India, 1.82 Melayu)[74], ternyata jauh di bawah paras 2.10 yang diperlukan untuk menyilih penduduk secukupnya.[73][75] Pada tahun 2008, 39,826 bayi dilahirkan di sini, berbanding sekitar 37,600 pada tahun 2005, namun bilangan itu tidak memadai untuk menampung pertumbuhan penduduk. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan menggalakkan warga asing berhijrah ke Singapura. Keramaian penghijrah asing ini telah memastikan jumlah penduduk Singapura tidak merosot.[76]

Agama

Agama di Singapura
Agama Peratus
Buddha
  
42.5%
Islam
  
29.9%
Tiada
  
15.8%
Kristian
  
15.6%
Taoisme
  
9.5%
Hindu
  
6%
Lain-lain
  
0.8%

Agama Buddha paling ramai penganutnya di Singapura, iaitu 42.5% [77] penduduk negara yang mengaku sebagai penganutnya dalam banci terkini. Biara dan pusat Dharma dari ketiga-tiga aliran Buddha (Theravada, Mahayana dan Vajrayana) mudah terdapat di Singapura. Kebanyakan penganut Buddha di Singapura berketurunan Cina dan mengikut aliran Mahayana..[78]

Pendidikan

Bangunan Pentadbiran Universiti Teknologi Nanyang, satu daripada lima universiti awam di Singapura

Sistem persekolahan Singapura terdiri daripada enam tahun sekolah rendah, lima tahun sekolah menengah, dan peringkat pengajian tinggi, tetapi tidak mengamalkan sistem persekolahan vernakular. Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan semua sekolah di Singapura.

Para pelajar menghadiri sekolah rendah selama enam tahun mulai usia tujuh tahun, sehingga berakhir dengan peperiksaan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE). Sekolah rendah mengajar empat mata pelajaran teras, iaitu Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Ibunda (Mandarin, Melayu dan Tamil). Semua mata pelajaran diajar dan diperiksa dalam bahasa Inggeris kecuali Bahasa Ibunda yang diajar dan diuji dalam bahasa masing-masing. Biarpun "Bahasa Ibunda" secara umumnya memaksudkan bahasa pertama, namun dalam sistem pendidikan Singapura, istilah tersebut memaksudkan bahasa kedua atau tambahan kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa pertamanya. Sekolah rendah awam tidak mengenakan yuran persekolahan, tetapi mungkin ada yuran tambahan nominal untuk kemudahan sekolah.[79]

Selepas sekolah rendah, pelajar biasanya menghadiri sekolah menengah selama empat hingga lima tahun. Terdapat pelbagai subjek yang ditawarkan di sekolah menengah, termasuk bahasa Inggeris, bahasa ibunda, geografi, sejarah, matematik asas, matematik tambahan, kimia, fizik, biologi, bahasa Perancis dan bahasa Jepun.

Seseorang pelajar lazimnya mengambil tujuh atau lapan mata pelajaran, tetapi tidak kurang juga yang mengambil lebih daripada lapan. Sekali lagi, semua mata pelajaran dalam sekolah menengah diajar dan diuji dalam bahasa Inggeris, kecuali bahasa ibunda iaitu dalam bahasa Melayu, Mandarin atau Tamil. Pada akhir sekolah menengah, para pelajar mengambil peperiksaan Singapore-Cambridge GCE 'O' Level, yang mana keputusannya menentukan jenis laluan pendidikan pasca menengah yang boleh dikejar oleh mereka.[80] Yuran sekolah di kebanyakan sekolah menengah awam adalah nominal, iaitu sekitar S$5 selepas subsidi.[81] Namun, terdapat beberapa sekolah menengah swasta yang mengenakan yuran beratus dolar sebulan.

Bukan semua pelajar menghadiri sekolah menengah. Ramai juga yang menghadiri institusi pendidikan vokasional seperti Institut Pendidikan Teknikal (ITE) di mana mereka mengejar sijil vokasional. Ada juga yang menghadiri Sekolah Sukan Singapura atau sekolah yang ada “Integrated Programme”, di mana mereka memintasi peperiksaan Singapore-Cambridge GCE 'O' Level sepenuhnya.

Selepas peperiksaan O Level yang diambil sekitar usia 16 tahun, para pelajar biasanya berdaftar dalam Kolej Rendah (Junior College), Institut Terpusat (Centralised Institute) atau Politeknik. Program dalam Kolej Rendah atau Institut Terpusat berkesudahan dengan peperiksaan GCE A Level selepas dua atau tiga tahun.

Terdapat lima politeknik di Singapura, iaitu Politeknik Singapura, Politeknik Ngee Ann, Politeknik Temasek, Politeknik Nanyang dan Politeknik Republik. Politeknik di Singapura ini tidak menawarkan ijazah, sebaliknya pelajar politeknik mengejar diploma dalam tempoh pelajaran tiga tahun.

Terdapat lima buah universiti awam di Singapura: Universiti Kebangsaan Singapura, Universiti Teknologi Nanyang, Universiti Pengurusan Singapura, Universiti Teknologi dan Rekabentuk Singapura dan Institut Teknologi Singapura. Kerajaan telah membina banyak lagi universiti awam pada puluhan tahun lalu dengan harapan menyediakan peluang pendidikan tinggi kepada 30% setiap kohort.[82][83] Kursus politeknik dan universiti dikendali dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.

Banyak sekali universiti luar negara yang membuka kampus di Singapura. Antaranya ialah INSEAD, Sekolah Perniagaan Chicago, Universiti New York, Universiti Las Vegas, Technische Universität München, ESSEC dan lain-lain lagi.[83]

Bahasa

Bancian populasi tahun 2010
Bahasa % penutur bahasa pertama
Cina
  
49.9%
Inggeris
  
32.3%
Melayu
  
12.2%
Tamil
  
3.3%

Kerajaan Singapura mengiktiraf empat bahasa rasmi, iaitu Inggeris, Melayu, Cina (Mandarin), dan Tamil.[84]

Bahasa Inggeris adalah yang paling dominan di Singapura,[85][86] tidak seperti negara jirannya di Malaysia dan Indonesia yang dikuasai oleh bahasa Melayu.[87] Bahasa Inggeris di Singapura ada pelbagai ragamnya, baik bahasa Inggeris piawai mahupun bahasa kriol berasaskan Inggeris yang dikenali sebagai “Singlish”. Di kalangan rakyat Singapura, bahasa Inggeris paling ramai penuturnya, diikuti oleh bahasa Mandarin, Melayu dan Tamil.[88] Ejaan dan perbendaharaan kata yang diterima guna berasaskan bahasa Inggeris British,[89] tetapi ada sedikit kelainan, seperti kegunaan pants (dari Amerika, “seluar panjang”) yang jauh mengatasi trousers (dari British).[90] Penggunaan bahasa Inggeris begitu meluas di Singapura selepas tahun 1965, sejak pelaksanaan bahasa itu sebagai bahasa perantara utama dalam sistem pendidikan Singapura.[91] Di sekolah, anak-anak diwajibkan mempelajari bahasa Inggeris dan satu daripada tiga bahasa rasmi lain sebagai bahasa ibunda.[92]

Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan atas sebab sejarah dan simbolik,[93] dan menjadi bahasa pertuturan utama masyarakat Melayu Singapura. Bahasa Melayu digunakan dalam lagu kebangsaan, "Majulah Singapura"[94], pencetakan duit syiling dan perintah tentera. Namun demikian, kira-kira 85% rakyat Singapura tidak berbahasa Melayu.[88]

Penggunaan Bahasa Mandarin juga meluas di Singapura, hasil kempen dan usaha awam tajaan kerajaan untuk menyokong penerimaan bahasa Mandarin sebagai ganti untuk loghat-loghat Cina yang lain.[95]

Bahasa Tamil pula dipertuturkan oleh kira-kira 60% masyarakat India Singapura, atau 5% seluruh rakyat Singapura. Bahasa-bahasa India yang lain seperti Malayalam, Telugu dan Hindi turut digunakan oleh segelintir penduduk India di Singapura.

Budaya

Disebabkan kepelbagaian penduduk dan latar belakang penghijrahan, budaya Singapura sering diperikan sebagai campuran budaya, iaitu British, Melayu, Cina, India dan Peranakan. Warga asing membentuk 42% penduduk Singapura[10][11] dan memainkan peranan besar dalam mempengaruhi budaya Singapura.

Masakan

Masakan Singapura merupakan satu contoh kepelbagaian dan pembauran kebudayaan negara yang meminjam pengaruh dari British, Cina, India, Melayu, dan Indonesia. Sajian Singapura biasanya terdiri daripada sate, nasi lemak, ketam cili dan nasi ayam Hainan.

Media

MediaCorp, syarikat media milik negara, mengendali ketujuh-tujuh saluran televisyen terestrial percuma tempatan, dan juga 14 saluran radio. Semua stesen radio dan televisyen merupakan entiti milik kerajaan. Stesen-stesen radionya dikendali oleh MediaCorp kecuali empat buah yang dikendali oleh SAFRA Radio dan SPH UnionWorks. Perkhidmatan televisyen berbayar kabel dan IPTV dimiliki oleh StarHub dan SingTel. Adalah salah di sisi undang-undang untuk memiliki penerima cakera satelit persendirian yang mampu menerima kandungan televisyen yang tak tertapis.

Media cetak Singapura merangkumi sejumlah 16 surat khabar dan beberapa judul majalah yang berada di pasaran. Akhbar harian diterbitkan dalam bahasa Inggeris, Cina, Melayu dan Tamil. Media cetak dikuasai oleh Singapore Press Holdings (SPH), penerbit berkaitan kerajaan yang terkenal sebagai pengeluar akhbar bahasa Inggeris harian terbesar, The Straits Times. SPH menerbitkan hampir semua suratkhabar harian tempatan, termasuk akhbar harian dwibahasa, My Paper yang diwar-warkan sebagai akhbar pertama di dunia yang memberikan liputan sama rata dalam bahasa Inggeris dan Cina. Kebanyakan akhbar ini ada versi Internetnya, tak kira The Straits Times, Business Times, mahupun Today (tabloid percuma dalam bahasa Inggeris terbitan MediaCorp).

Kesenian

Sejak 1990-an, kerajaan berusaha mempromosikan Singapura sebagai pusat kesenian dan kebudayaan, terutamanya seni persembahan, serta mentransformasikan negara menjadi 'pintu kosmopolitan antara Timur dan Barat'.[96] Antara hasil-hasil usaha tersebut termasuk pembinaan Esplanade, sebuah pusat seni persembahan berkelas tinggi yang dibuka pada 12 Oktober 2002.[97] Selain itu, Singapore Arts Festival merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Kebudayaan Kebangsaan. Bidang komedi berdiri juga semakin berkembang dengan adanya acara “open mic” mingguan.[98] Singapura menjadi tuan rumah Pertandingan Balet Antarabangsa Genee 2009, sebuah kejohanan balet klasikal berprestij yang dipromosikan oleh Royal Academy of Dance, sebuah lembaga tarian antarabangsa yang bertapak di London, UK.[99]

Sukan dan rekreasi

Stadium Nasional Singapura

Penduduk Singapura paling menggemari sukan-sukan seperti bola sepak, bola keranjang, kriket, renang, berlayar, ping pong dan badminton.

Kebanyakan besar penduduk Singapura tinggal dalam kawasan perumahan awam yang dilengkapi kemudahan seperti kolam renang awam, gelanggang bola keranjang terbuka dan kompleks sukan tertutup yang berdekatan. Seperti yang diharapkan di sesebuah pulau, sukan air memang diminati ramai, seperti berlayar, berkayak dan luncur air. Selam skuba juga menjadi rekreasi utama, terutamanya di sekitar Pulau Hantu di selatan tanah besar yang terkenal kerana kekayaan terumbu karangnya.

Para atlit Singapura beraksi di pelbagai temasya sukan serantau dan antarabangsa dalam sukan-sukan seperti pingpong, badminton, boling, berlayar, silat, renang dan polo air. Atlet-atlet seperti Fandi Ahmad, Ang Peng Siong, Li Jiawei dan Ronald Susilo menjadi amat terkenal di negara ini.

Singapura ada liga bola sepak tersendiri, iaitu S-League yang diasaskan pada tahun 1996, kini merangkumi 12 kelab dengan 3 pasukan luar negara.

Pasukan Singapore Slingers menyertai Liga Bola Keranjang Kebangsaan Australia mulai tahun 2006 hingga 2008. Merekalah salah sebuah pasukan perintis yang memulakan pertandingan Liga Bola Keranjang ASEAN pada Oktober 2009.

Mulai tahun 2008, Singapura mula menganjurkan satu pusingan Kejohanan Dunia Formula Satu. Perlumbaan ini diadakan di Litar Jalan Teluk Marina di kawasan Teluk Marina dan melakar sejarah sebagai perlumbaan waktu malam pertama dalam litar F1[100] dan juga litar jalanan pertama di Asia.[101]

Pada 21 Februari 2008, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mengumumkan[102] bahawa Singapura meraih hak untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Belia Musim Panas yang pertama, mengetepikan cabaran Moscow dengan undian 53 lawan 44.[103]

Lihat juga

Rujukan

Petikan
  1. ^ a b "Census 2020" (PDF). Singapore Department of Statistics. Dicapai pada 16 June 2021.
  2. ^ "Environment". Base. Dicapai pada 19 Julai 2021.
  3. ^ "Population and Population Structure". Singstat. Department of Statistics Singapore. Dicapai pada 5 Ogos 2018.
  4. ^ a b c d "World Economic Outlook Database, Oktober 2019". IMF.org. International Monetary Fund. Dicapai pada 21 June 2020.
  5. ^ "DISTRIBUTION OF FAMILY INCOME – GINI INDEX". Central Intelligence Agency. Dicapai pada 25 Januari 2019.
  6. ^ Human Development Report 2020 The Next Frontier: Human Development and the Anthropocene (PDF). United Nations Development Programme. 15 Disember 2020. m/s. 343–346. ISBN 978-92-1-126442-5. Dicapai pada 16 December 2020.
  7. ^ "Global Financial Centres 7", City of London, Mac 2010.
  8. ^ Kelly, Rachel (10 Januari 2008). "Singapore retains busiest world port title". Channel News Asia. Singapura. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-03. Dicapai pada 2010-11-09.
  9. ^ "Statistics location=Singapura - Latest Data". Singstat.gov.sg. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-26. Dicapai pada 23 Ogos 2010. Missing pipe in: |title= (bantuan)
  10. ^ a b c "Trends in international migrant stock: The 2008 revision", United Nations, Department of Economic and Social Affairs, Population Division (2009).
  11. ^ a b c "Population Trends 2009", Singapore Department of Statistics. ISSN 1793-2424
  12. ^ a b Senarai negara mengikut kepadatan penduduk.
  13. ^ "Measuring Globalization", Foreign Policy, no date.
  14. ^ GDP (per capita) (1968) by country, NationMaster.com.
  15. ^ Murphy, Craig (2006). The United Nations Development Programme: A Better Way?. Cambridge University Press. m/s. 101. ISBN 9780521864695.
  16. ^ "The Economist Intelligence Unit's quality-of-life index", 2005.
  17. ^ Official Foreign Reserves, Monetary Authority of Singapore.
  18. ^ Top 10 countries with Largest Foreign Exchange Reserves Diarkibkan 2011-11-08 di Wayback Machine, Shine, 8 September 2009.
  19. ^ Moss, Trefor (18 Januari 2010). "Buying an advantage". Jane's Defence Review.
  20. ^ Mohamad Faisol Keling; Md. Shukri Shuib; Mohd Na'eim Ajis (2009). "The Impact of Singapore's Military Development on Malaysia's Security". Journal of Politics and Law. Canadian Center of Science and Education. 2 (2). ISSN 1913-9047.
  21. ^ "Studying In Singapore". Search Singapore. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-21. Dicapai pada 14 April 2006.
  22. ^ "Sang Nila Utama" (PDF). 24hr Art. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2006-08-19. Dicapai pada 14 April 2006.
  23. ^ "Country Studies". U.S. Library of Congress. Dicapai pada 1 Mei 2007.
  24. ^ a b "Founding of Modern Singapore". Ministry of Information, Communications and the Arts, Singapore. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-08. Dicapai pada 9 November 2010.
  25. ^ "BBC On This Day – 15 Februari 1942: Singapore forced to surrender". BBC. 15 Februari 1942. Dicapai pada 1 Mei 2007.
  26. ^ "Singapore". Library of Congress Country Studies
  27. ^ "Headliners; Retiring, Semi". The New York Times. 2 Disember 1990. Dicapai pada 27 Disember 2008.
  28. ^ Guide Me Singapore. "A Brief History of Singapore". m/s. 1. Dicapai pada 2010-05-18.
  29. ^ "Road to Independence". U.S. Library of Congress. Dicapai pada 14 April 2006.
  30. ^ "Country profile: Singapore". BBC News. 15 Julai 2009. Dicapai pada 22 April 2010.
  31. ^ "CIA – The World Factbook – Singapore". U.S. Central Intelligence Agency. Dicapai pada 22 April 2010.
  32. ^ "Country Report: Singapore". Freedom House. Dicapai pada 22 April 2010.
  33. ^ "Parliament of Singapore website". Parliament.gov.sg. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-08. Dicapai pada 23 Ogos 2010.
  34. ^ Parliamentary Elections Act (Cap. 218, 2001 Rev. Ed.)
  35. ^ "Members of Parliament". Parliament.gov.sg. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-08. Dicapai pada 23 Ogos 2010.
  36. ^ "Transparency International – Corruption Perceptions Index 2006". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-06-19. Dicapai pada 22 April 2010.
  37. ^ "Corruption Perceptions Index 2009". Transparency International. 2009. Dicapai pada 1 Jun 2010.
  38. ^ "Judicial caning in Singapore, Malaysia and Brunei". World Corporal Punishment Research. 2008.
  39. ^ Kuntz, Tom (26 Jun 1994). "Ideas & Trends; Beyond Singapore: Corporal Punishment, A to Z". The New York Times.
  40. ^ "Singapore country specific information". Bureau of Consular Affairs, U.S. Department of State. 19 Mac 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-12-30. Dicapai pada 2010-11-09.
  41. ^ "Singapore: The death penalty: A hidden toll of executions". Amnesty International USA.
  42. ^ "The Singapore Government's Response To Amnesty International's Report "Singapore – The Death Penalty: A Hidden Toll Of Executions"" (Siaran akhbar). Ministry of Home Affairs, Singapore. 30 Januari 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-25. Dicapai pada 22 April 2010.
  43. ^ "Heritage Trails: Bukit Timah Hill". Heritage trails. Dicapai pada 22 April 2010.
  44. ^ "Towards Environmental Sustainability, State of the Environment 2005 Report (PDF)" (PDF). Ministry of the Environment and Water Resources, Singapore. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-23. Dicapai pada 22 April 2010.
  45. ^ "Climate of Singapore". National Environment Agency, Singapore. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-06. Dicapai pada 14 April 2006.
  46. ^ "Singapore National Environment Agency Weather Statistics". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-10. Dicapai pada 22 April 2010.
  47. ^ "Earthtrends country profile" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2005-06-01. Dicapai pada 2010-11-09.
  48. ^ "Gross Domestic Product by Industry" (PDF). Singapore Department of Statistics. 2007. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-08-01. Dicapai pada 22 April 2010.
  49. ^ "Xilinx Underscores Commitment To Asia Pacific Market At Official Opening Of New Regional Headquarters Building In Singapore" (Siaran akhbar). Xilinx. 14 September 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-29. Dicapai pada 22 April 2010.
  50. ^ "MAS Annual Report 2005/2006". Penguasa Kewangan Singapura.
  51. ^ "Straits Times (7 November 2007) – Singapore ranked No. 1 logistics hub by World Bank". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-02. Dicapai pada 2010-11-10.
  52. ^ Li, Dickson (30 Januari 2010). "S'pore most open economy". Straitstimes.com. Dicapai pada 23 Ogos 2010.
  53. ^ http://www.weforum.org/pdf/GCR09/GCR20092010fullrankings.pdf
  54. ^ "The European Chamber of Commerce, Singapore". Eurocham.org.sg. 5 Mac 2010. Dicapai pada 23 Ogos 2010.
  55. ^ "Channel NewsAsia - Hong Kong ranked Asia's most innovative economy survey". channelnewsasia.com. 5 Mac 2010. Dicapai pada 23 Ogos 2010.
  56. ^ Wong Choon Mei (6 September 2006). "Singapore the most business-friendly economy in the world: World Bank". Channel NewsAsia. Singapura. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-15. Dicapai pada 22 April 2010. According to a World Bank-IFC report, Singapore beats previous winner New Zealand for the top spot in the 2005/2006 rankings while the United States came in third
  57. ^ "Singapore top paradise for business: World Bank". AsiaOne. Singapura. Agence France Presse. 26 September 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-07. Dicapai pada 22 April 2010. For the second year running, Singapore tops the aggregate rankings on the ease of doing business in 2006 to 2007, the World Bank said in releasing its 'Doing Business 2008' report.
  58. ^ "FY 1996 Budget, Revenue And Tax Changes". Ministry of Finance. Dicapai pada 1 Mei 2006.
  59. ^ "GST rate to rise to 7% from 1 Julai". Channel NewsAsia. Singapura. 15 Februari 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-26. Dicapai pada 22 April 2010.
  60. ^ "Singapore remains world's busiest port". China View. Xinhuanet. 12 Januari 2006. Dicapai pada 22 April 2010.
  61. ^ "2006 Airport of the Year result". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-12-31. Dicapai pada 1 Jun 2006.
  62. ^ Year Book of Statistics, Singapore. Singapore Tourism Board.
  63. ^ "Proposal to develop Integrated Resorts – Ministerial Statement by Prime Minister Lee Hsien Loong on 18 April 2005" (PDF) (Siaran akhbar). Kementerian Perdagangan dan Perusahaan Singapura. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2007-11-27. Dicapai pada 22 April 2010.
  64. ^ "URA News Releases: Let Bright Ideas Light Up Singapore". Urban Renewal Authority. Dicapai pada 22 April 2010.
  65. ^ Dogra, Sapna. "Medical tourism boom takes Singapore by storm". India: Express Healthcare Management. Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-10-26. Dicapai pada 22 April 2010.
  66. ^ Low Siang Kok, Director (Quality), Board of Commissioners of Currency, Singapore (22 Jun 2002). "Chapter 6: Singapore Electronic Legal Tender (SELT) – A Proposed Concept". The Future of Money / Organisation for Economic Co-operation and Development (PDF). Paris: OECD Publications. m/s. 147. ISBN 92-64-19672-2. Dicapai pada 28 Disember 2007. The Board of Commissioners of Currency, Singapore (BCCS) was established on 7 April 1967 by the enactment of the Currency Act (Chapter 69). It has the sole right to issue currency notes and coins as legal tender in Singapore.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  67. ^ a b c "The Currency History of Singapore" (Siaran akhbar). Monetary Authority of Singapore. 9 April 2007. Dicapai pada 22 April 2010. On 12 Jun 1967, the currency union which had been operating for 29 years came to an end, and the three participating countries, Malaysia, Singapore and Brunei each issued its own currency.
  68. ^ a b "Commemorating the 40th Anniversary the Currency Interchangeability Agreement" (Siaran akhbar). Monetary Authority of Singapore. 27 Jun 2007. Dicapai pada 22 April 2010. Brunei Darussalam and Singapore today celebrate the 40th Anniversary of the Currency Interchangeability Agreement
  69. ^ "Singapore Missions Worldwide". Ministry of Foreign Affairs, Singapore. 31 Mac 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-21. Dicapai pada 2010-11-10.
  70. ^ "Opening "window of opportunity" for China-Singapore cooperation - People's Daily Online". English.peopledaily.com.cn. 20 November 2007. Dicapai pada 1 November 2010.
  71. ^ "Major cosying up between China and Singapore". Shanghaiist. 20 November 2007. Dicapai pada 1 November 2010.
  72. ^ "About Us: Defence Pllicy". Ministry of Defence. Dicapai pada 1 Mei 2006.
  73. ^ a b "Singapore Statistic" (PDF). Singapore Statistic. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-10-07. Dicapai pada 28 September 2009.
  74. ^ "Singapore releases 2010 population in Brief Report". govmonitor.com. Atlanta, USA. 22 Jun 2010. Dicapai pada 23 Jun 2010.
  75. ^ "CIA – Singapore". Dicapai pada 22 April 2010.
  76. ^ Julia Ng (7 Februari 2007). "Singapore's birth trend outlook remains dismal". Channel NewsAsia. Dicapai pada 22 April 2010.
  77. ^ CIA - The World Factbook
  78. ^ "State reforms Buddhism in Singapore". Books.google.co.uk. Dicapai pada 1 November 2010.
  79. ^ "Ministry of Education, Singapore: Education System: Primary Education: Curriculum". Moe.gov.sg. Dicapai pada 1 November 2010.
  80. ^ "Ministry of Education, Singapore: Education System: Secondary Education: Special/Express Courses Curriculum". Moe.gov.sg. Dicapai pada 1 November 2010.
  81. ^ "Ministry of Education, Singapore: Education System: Secondary Education". Moe.gov.sg. Dicapai pada 2 November 2010.
  82. ^ Hoe Yeen Nie (18 Disember 2007). "More tertiary options in 2008 and beyond". Channel News Asia. Dicapai pada 22 April 2010.
  83. ^ a b "Ministry of Education, Singapore: Education System, Post-Secondary". Moe.gov.sg. 1 April 1992. Dicapai pada 2 November 2010.
  84. ^ "Republic of Singapore Independence Act, 1997 revised edition".
  85. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama pmo.gov.sg
  86. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama news.gov.sg
  87. ^ Gupta, A.F. Fischer, K. (penyunting). "Epistemic modalities and the discourse particles of Singapore" (DOC). Approaches to Discourse Particles. Amsterdam: Elsevier: 244–263. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  88. ^ a b Literacy and language, Singapore Census of Population, 2000. Singapore Department of Statistics (Disember 2000).
  89. ^ "What are some commonly misspelled English words? | ASK!". Blogs.nlb.gov.sg. 18 April 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-03. Dicapai pada 23 Ogos 2010.
  90. ^ "My Shorts Will Go On" Diarkibkan 2009-11-24 di WebCite, Stomp (Straits Times Interactive). Retrieved 2006-08-22.
  91. ^ "Speech By Mr S. Iswaran, Senior Minister of State, Ministry of Trade and Industry and Ministry of Education". 19 April 2010.
  92. ^ "Contact Singapore - Language". Contactsingapore.sg. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-21. Dicapai pada 23 Ogos 2010.
  93. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama sgindepact
  94. ^ Singapore Arms and Flag and National Anthem Act (Cap. 296, 1985 Rev. Ed.)
  95. ^ "Speak Mandarin Campaign". Mandarin.org.sg. Dicapai pada 23 Ogos 2010.
  96. ^ "Renaissance City Report: Culture and the Arts in Renaissance Singapore ([[Ministry of Information, Communications and the Arts]])" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2006-05-24. Dicapai pada 1 Mei 2006. URL–wikilink conflict (bantuan)
  97. ^ "Virtual Tourist: Reviews of Esplanade (Theatres by the Bay)". Dicapai pada 28 Mac 2006.
  98. ^ Chee, Frankie. "Stand-up is back", The Straits Times, 12 Julai 2009.
  99. ^ "Royal Academy of Dance • Updates". Rad.sg. 12 September 2009. Dicapai pada 23 Ogos 2010.
  100. ^ "News – Singapore confirms 2008 night race" (Siaran akhbar). Formula1.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-13. Dicapai pada 18 Mei 2007.
  101. ^ "SingTel to sponsor first Singapore Grand Prix" (Siaran akhbar). Formula1.com. 16 November 2007. Dicapai pada 10 Disember 2007.
  102. ^ "Youth Olympic Games 2010 (Singapore)" (Siaran akhbar). Dicapai pada 15 Mac 2008.
  103. ^ "Singapore won bid to host the inaugural 2010 Summer Youth Olympics" (Siaran akhbar). Dicapai pada 22 April 2010.
Bibliografi
  • Hill, Michael (1995). Kwen Fee Lian (penyunting). The Politics of Nation Building and Citizenship in Singapore. Routledge. ISBN 0-415-12025-X.
  • King, Rodney (2008). The Singapore Miracle, Myth and Reality. Insight Press. ISBN 0-9775567-0-0.
  • Mauzy, Diane K.; Milne, R.S. (2002). Singapore Politics: Under the People's Action Party. Routledge. ISBN 0415246539.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  • Tan, Kenneth Paul (2007). Renaissance Singapore? Economy, Culture, and Politics. NUS Press. ISBN 9789971693770.
  • Lee Kuan Yew (2000). From Third World To First: The Singapore Story: 1965–2000. New York: HarperCollins. ISBN 0-06-019776-5
  • Worthington, Ross (2002). Governance in Singapore. Routledge/Curzon. ISBN 0-7007-1474-X.
  • "Census of Population (2000)" (PDF). Singapore Department of Statistics. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-09-19. Dicapai pada 11 Januari 2000. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  • "Key Facts & Figures". Ministry of Transport, Singapore. Dicapai pada 11 Januari 2003.
  • "Nation's History". Singapore Infomap. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-21. Dicapai pada 11 Januari 2004.
  • "MOE-PRIME". Programme For Rebuilding and IMproving Existing schools (PRIME). Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-23. Dicapai pada 15 Mei 2007.
  • "Eight More Schools to Benefit from Upgrading" (Siaran akhbar). Ministry of Education. 14 Februari 2007. Dicapai pada 15 Mei 2007.
  • Templat:Singapore Tutors

Pautan luar

Kerajaan کراجاءن
Maklumat am
Pelancongan


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan