Keluar Sekejap

Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan

Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami. For collaboration and sponsorship, contact commercial@ksmedia.my

  1. 6 DAYS AGO

    EP174 | Tragedi Berdarah SMK Bandar Utama, eKYC & Had Umur Digital, Isu Arak, Sidang ASEAN-47

    Episod 174 KeluarSekejap bermula dengan refleksi mengenai perkembangan di Gaza dan dunia Arab sebelum beralih kepada isu dalam negara yang merisaukan, tragedi pembunuhan pelajar SMK Bandar Utama Damansara, Yap Shing Xuen (16), yang mencetuskan gesaan besar terhadap pembaharuan keselamatan sekolah dan intervensi awal di peringkat kaunseling serta disiplin pelajar.Perbincangan turut menyentuh penggunaan media sosial di kalangan remaja, termasuk cadangan mengehadkan akses kepada individu bawah umur 13 tahun dan pengenalan pengesahan identiti pengguna (eKYC) bagi mengekang penyebaran kandungan berbahaya. Satu langkah yang dibangkitkan oleh Menteri Komunikasi susulan kebimbangan terhadap pengaruh dalam talian.Perbincangan berkembang kepada isu hidangan alkohol, susulan majlis makan malam alumni di sebuah sekolah di Ipoh yang membenarkan arak dihidangkan dalam kawasan sekolah serta isu penyediaan alkohol dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS). Episod ini diakhiri dengan tumpuan kepada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, di mana Malaysia sebagai tuan rumah diharap dapat menonjolkan kepimpinan serantau, memacu perbincangan tentang keamanan, tenaga dan ekonomi digital, serta memastikan ASEAN kekal neutral dan berprinsip di tengah ketegangan kuasa besar.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my

    1h 17m
  2. 14 OCT

    EP173 | Pengalaman ZRA Ke Palestin, Pelan Damai Trump, Belanjawan 2026

    Audio Siar Keluar Sekejap Episod 173 yang menampilkan Zainal Rashid Ahmad (ZRA) telah membincangkan pengalaman beliau ke Palestin pada 2005, 2008 dan baru-baru ini setelah menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) — misi kemanusiaan antarabangsa membawa bantuan ke Gaza melalui laut. Keluar Sekejap turut membincangkan tentang perjanjian gencatan senjata dan pelan damai Trump, serta masa depan Palestin.Keluar Sekejap juga berkesempatan mengulas belanjawan 2026 yang telah dibentangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 10 Oktober, Jumaat lalu.Larian Keluarga Malaysia 2025 kembali diadakan pada 15 November 2025 (Sabtu) di Padang Merbok, Kuala Lumpur dengan tema ‘Berlari sambil menyumbang’. Terdapat tiga kategori yang anda boleh sertai iaitu 3KM, 5KM & 10KM dengan diskaun 20 peratus untuk pendengar setia KS (kod – KSLKM20). Tarikh tutup pendaftaran pada 30 Oktober 2025. Banyak juga hadiah cabutan bertuah disediakan seperti Sebuah Perodua Axia tajaan Hajoon Sdn Bhd, Sebuah motosikal Honda RS-X tajaan Perodua serta Sebuah skuter elektrik, Felo M One tajaan Good Buy E Vehicles Sdn Bhd! Berikut merupakan pautan https://budget2026.agmoai.com/ yang SH sebut mengenai podcast AI yang diperibadikan khas untuk anda untuk Belanjawan 2026 . Pilih persona anda — pelajar, pemilik perniagaan, pekerja, penjawat awam, pesara, pekerja gig, petani, suri rumah — atau cipta sendiri ringkasan audio Belanjawan 2026 yang sesuai dengan kehidupan anda.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.myTIMESTAMP EP17300:00 Intro5:30 HSN 10:00 Belanjawan 202642:56 Pengalaman ZRA ke Palestin 2005, 2008 & GSF52:34 Mood Masyarakat Barat 55:16 Permainan Elit Politik Barat atau Gerakan Kebangkitan Rakyat?1:02:59 Kritikan terhadap GSF1:14:13 Sambutan ke Trump di Malaysia1:17:11 Two-state solution 1:23:34 Bentuk Negara Palestin Yang Realistik & Pelan Damai Trump1:46:43 Palestin Merdeka

    1h 52m
  3. 5 SEPT

    EP6 #KenaSoal | Krisis Indonesia, Penganjuran F1, Perpaduan Nasional, Pemikiran Kritis Era Ai

    Episod 6 KenaSoal menampilkan KJ diganding bersama hos jemputan Zaidel Baharudin dalam membincangkan beberapa isu besar serantau dan perkembangan terkini nasional. Episod ini membincangkan rusuhan politik di Indonesia, isu ketelusan pengisytiharan harta, serta persoalan sama ada F1 patut kembali ke Sepang. Sempena bulan kemerdekaan, episod ini turut mengupas makna sebenar patriotisme dan perpaduan rakyat Malaysia.00:00 Intro05:46 Rusuhan Indonesia@backpacker travelog: Apakah pelajaran yang kita boleh ambil dari rusuhan di Indonesia?@zaidrais: Ulasan mengenai kemelut politik di Indonesia; punca utama dan what they shud do.@iskandar frdaus: Opinion on rumah Indonesian minister kena storm/loot.@faiq azhs: Apa langkah awal Malaysia tidak meniadi rusuhan seperti di Indonesia?@nashriqjumati: Apa yang terjadi di Indonesia? zalboxer 79: Apa pendapat KS terhadapdemonstrasi di IndonesiaQusyairie (Brunei): Regarding Indonesia's escalating protests - if govt labels protests as radical/treason, does it calm or worsen? In democracy, is violence against demonstrators justified?28:39 F1 Malaysia@nabeehanazim: F1 di Malaysia berbaloi atau tidak? Menguntungkan atau tidak?@afiqxafiq: Do you think Sepang will be back for F1?37:44 Identiti Patriotik Malaysia@dzariff.jaafar: Are we less tolerant to one another? Lack of civic mindedness as a society.@aimanzakwanzms: Apa indikator semangat patriotik rakyat Malaysia? KS rasa rakyat Malaysia sudah semakin kurang patriotik? Apa penyelesaian praktikal jangka pendek KS untuk perpaduan negara?50:47 Pemikiran Kritis Era AI@al.shafiq22: How did you develop critical thinking? And for current Al development, may it help?01:01:06 Short Q's@amir. amanullah: New season started... MU? Newcastle? Apa prediction KJ & SH?@faisal.yusoff: Lagu Merdeka sepanjang zaman pilihan KS?

    1h 2m
4.6
out of 5
570 Ratings

About

Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami. For collaboration and sponsorship, contact commercial@ksmedia.my

You Might Also Like