Haaa.. lepas seminggu baru call. Last week dok busy exam. Semalam baru call itupun sekejap, macam just say hello.. hai 😁. Hari ni call semula lama sikit.. itupun nak minta sedikit info. Juga dok bagitau risau pasal result exam esok yang akan diterima.
Tak apalah Wafi... terima je lah apa yang dapat. Usaha, doa dan tawakkal pada Allah.
Ni gambar² yang Wafi share beberapa minggu lepas.
Jamuan Laksamana 2025
22/10/2025
Gambar-gambar sebelum masuk dewan makan.
Dah nama pun rumah biru... setiap tahun asyiklah beli pakaian biru. Untuk jamuan ni, 3 kali ibu belikan blouse... ada yang terkecil, ada yang tak kena gaya... yang paling biasa ni lah Wafi nak pakai. Baju ni simple tapi bila dah digayakan cantik pula. Ibu beli kat Shopee je sebab Wafi tak boleh nak beli sendiri. Skirt tu kakak dia punya.
Mak Adam F2 dari Selangor, initiate buat satu grup untuk parents berkongsi rezeki. Collect duit untuk tambahkan menu dan bagi souvenir untuk anak-anak dan guru.
Beliau juga datang ke sekolah untuk pastikan kerja-kerja terlaksana bersama beberapa orang parents yang duduk di sekitar SP. Alhamdulillah atas bantuan parents yang super awesome ni.
Sekolah sediakan menu western (chicken chop dan spagheti) jadi parents tambah menu lain seperti sate, pizza, green tea, cup cake dan fruit cocktail.
Kalau ikut setiap batch 120 orang dan ada 4 rumah. Sepatutnya 30 orang setiap rumah tapi sekarang form 3 tak sampai pun 120 orang.
Update 23/11/25 : jumpa picture ni dalam IG sciencekedah. Rupanya Wafi ada buat persembahan. hurmmm.... takde nya dia nak beritahu pun. Nantilah balik ibu siasat betul² apa yang dibuatnya tu😅
Majlis Anugerah HEM & Akademik (MAHKOTA) 2025
25/10/2025
Merupakan satu majlis yang dilaksanakan untuk merai dan memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang telah berjaya menempa kejayaan cemerlang sehingga berjaya mengharumkan nama sekolah. Majlis ini juga bertujuan untuk menghargai penat lelah dan penglibatan ahli rumah sepanjang tahun dalam usaha menyemarakkan semangat rumah di asrama. Selain itu, majlis ini juga turut menghargai pencapaian murid-murid yang telah mencapai kejayaan dalam bidang kokurikulum di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Tahun ni Johan Anugerah MAHKOTA dianugerahkan kepada Rumah Bendahara.
Rumah Laksamana jatuh di tangga ketiga.
Tahun ini MAHKOTA diadakan di dewan makan sekolah berbanding sebelum ni yang diadakan di luar sekolah.
Ingatkan dah habis kisah jamuan makan tahun ini.
Ingatkan dah habis kisah jamuan makan tahun ini.
Rupanya ada lagi... Wafi baru je call bagitau ada jamuan batch pula. Kali ni mereka nak buat diluar.. tak berapa dengar tadi nama tempat tu.
Satu kepala RM40 tapi disebabkan agak mahal untuk pelajar, mereka bayar RM20 sahaja. Lepastu mereka cuba dapatkan sponsor dari parents.
Tu yang Wafi tanya boleh tak ibu sponsor.
Insyaallah.. boleh je.. adalah nanti tu rezeki anak-anak Batch Cosvictor.
Alhamdulillah...nak habis dah setahun..
ReplyDeleteCepat pula masa berjalan huhu
DeleteTeringat masa mula-mula Wafi daftar sekolah di Kedah.... semoga semua catatan ibu akan menjadi kenangan apabila Wafi dewasa nanti.
ReplyDeleteItulah pun tujuannya kak... kadang tak sangka macamana dia boleh survive jalani hidup kat asrama. Alhamdulillah berjaya harungi cabaran. Semoga terus sustain.
DeleteHarap2 rizal exam wafi dapat cemerlang.
ReplyDeleteHarapnya begitulah wak... ibu hanya mampu doakan yang terbaik buatnya.
DeleteKalau ada group ibu2 yang bantu di sekolah ni memang terbaik la.
ReplyDeleteHaah... bila ada yang initiate, yang lain boleh support.
DeleteTak lama lagi masuk tingkatan baru pulak. Cepat masa berlalu.
ReplyDeleteNaik F4 plak.. aishh.. lagi setahun lepas tu SPM pulak.
Deletemeriah majlisnya..nasibaik ada gmbr wafi walaupun sekeping ye
ReplyDeleteDapatlah nengok baju yang dia bagi link untuk belikan.. cuma blouse n skirt saiz ter besar... pandai dah tu adjust sendiri.
DeleteCantik manis Wafi. Sepadan warna biru gelap dan putih. Besar majlisnya ramai pelajar tingkatan bergabung. Alhamdulillah ada yang memberi sumbangan dan ibu pun turut serta.
ReplyDeleteTiap tahun kaler sama... ni sekarang dah pandai mix n match.
DeleteKalau jamuan kat luar sekolah lagi seronok mereka... bolehlah melaram lebih😅
Alalala cantik betul si comel Wafi ni..terserlah dah keremajaan dia...suka warna biru yang wafi pakai tu
ReplyDeleteMesti dia senyum baca ni 😊
DeleteCantiiiiiiik wafi di sini 😍. Bajupun sesuai. Selalu sukaaa tiap lihat wafi memakai tudung shawl macam itu, terlihat anggun. Saya tak bisa rapi kalah pakai shawl 😅😅
ReplyDeleteBudak² muda ni banyaklah style shawl mereka. Entah lilit sana sini😅
Deletetahniah wafi survived setahun duduk asrama!
ReplyDeleteHehehe... Alhamdulillah🥰
Delete