Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label freePalestine. Show all posts
Showing posts with label freePalestine. Show all posts

Thursday, October 9, 2025

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

kembali ke segmen throwback.

masa nie anak 4 semua kecik-kecik lagi.
abang Mu'az pun comel je lagi.
sekarang, kaki abang Mu'az pun dah lagi besar dari ibu. hahaha

2 beradik nie, masa kecik nampak nak sama je.
abang Mueez dengan dedek.

bila lepas potong rambut je, dua dua akal makin panjang.
ligat e otak dia bergerak.. hahaha
lepas satu, satu dia buat.
agaknya otak tu dah tak rasa terkepung dengan rambut kot.. hahaha

till then, see ya.

#ada baca dekat FB tadi, sumber2 yang dipercayai, secara rasminya gencatan senjata di Palestin dah dicapai. semoga Isnotreal tu tak buat kacau macam sebelum2 nie, tapi, memang tak boleh dipercayai pun. masa kita pun makin suntuk. apa pun nak mula, kita mulakan dari sekarang, yang lompong2 perlu dipenuhkan, yang tertinggal perlu diqada.peringatan untuk diri sendiri juga.

Friday, October 3, 2025

.: OT DAY - GODDIES BAG :.

Assalamualaikum.

sambungan sambutan OT Day dekat SINI.
petang tu lepas rehat, join la seminar.
buat tambah-tambah hours untuk masukkan dekat kursus..
penjawat awam kena attend kursus 7 hari setahun, kira salah satu KPI untuk tahun semasa lah.

tajuk seminar - Parenting Style dan Screen time.

Adalah Linda snap sikit² slide and share dekat sini ya.
Penceramah adalah founder Nuha Kids Care Center.

jenis-jenis parenting style

perkembangan emosi kanak-kanak terbentuk dari umur 1.5-4 tahun.

kalau anak tantrum, ada 3 stage yang kena tahu.
1- apa jadi sebelum tu?
2- perangai dia masa tantrum.
3- apa solution kita.

kena tahu 3 basic rules nie, baru boleh kawal tantrum anak, dan insyaAllah dapat mengurangkan tantrum tu.

anak-anak pun ada jenis-jenis nya ya.
dan selalunya jenis anak-anak nie dipengaruhi dengan parenting style kita.

tu yang selalu sedih, kalau anak "kurang baik" dari anak orang lain.
maknanya ku lah yang gagal, sebelum anak ku gagal.
tapi, jom kita move on, insya-Allah masih belum terlambat, usaha, doa, tawakal.

beg goodies masa daftar seminar

meriah isi dalam dia.
terima kasih ya

siap ada tampal label dekat belakang kotak

dan linda tak dapat nak tunggu seminar sampai habis.
sebab dah ada yang call nak ambil barang dekat asrama.

ini lah barang nya.
nak ambil kerusi, bawa ke aras 7, wad Nefrologi.

jenuh nak menolak, dah macam anak gajah.
dah la lif kargo rosak.
bantai je lah lif penumpang.
tapi kan, lif kargo tu baru je tukar, asyik la rosak juga.
takde kualiti, ataupun heavy penggunaan.
tapi yelah, nama pun hospital, memang lah lif tu keutamaan.
memang dah tahu akan ada heavy penggunaan nya.
sabar je lah.
tu yang kadang-kadang doktor nie, nak naik wad guna tangga je mudah.
sebab cepat, tapi pishang weyh nak naik tangga sampai aras 10.. hahaha.

till then, see ya.

#semoga berkat hari Jumaat, segala doa kita akan diperkenan Allah, linda tahu mesti semua doakan kesejahteraan peserta GSF, dengan rasminya, malam tadi kesemua peserta dari Malaysia telah menjadi tahanan Issewel. semoga dipermudah segala urusan mereka dan dibebaskan dalam keadaan selamat..aamin.
kita jangan berhenti bersoladiriti, insya-Allah.

Thursday, October 2, 2025

.: STAND 4 SUMUD :.

Assalamualaikum.

Malam tadi, tengok video PU Rahmat, dah sampai ke RedZone.
Berdebar weyh.

Pagi² bangun tidur, terus capai telefon.
Allahuakbar, sebak rasanya, sebab dah confirm ada rakyat Malaysia yang sertai delegasi telah ditahan oleh issweel tu.

Abang Mueez - ibu ada sunset.
Ibu - mana datang sunset pagi² nie, sunrise lah.
Abang Mueez - ooo, nasi matahari la ye?
Ibu - nasi tu RICE, nie naik, bangkit RISE.

Sama² lah kita bangkit.
Seruan ke seluruh dunia.
#stand4sumud.

Setakat waktu ini, 12 peserta dari Malaysia sah ditahan Issweel tu.

Qunut Nazilah, solat Hajat,bacaan Yassin.
Semoga dipermudah segala urusan mereka..

Tak lupa juga, gelombang ketiga Sumud yang akan bergerak dari Itali, membawa pakar² perubatan, perundangan.
Semoga urusan mereka berjalan lancar.

Ini je yang Linda mampu untuk membantu mereka, rakyat² Palestin yang tertindas.
Semoga mereka semua dalam lindungan Allah...aamin.

Till then, see ya.
 

Wednesday, October 1, 2025

.: OCCUPATIONAL THERAPY DAY :.

Assalamualaikum.

27 Oktober - Occupational Therapy Day.

Tapi, dekat Hosp dah sambut hari nie,ada pelbagai reruai yang disediakan.
Yang paling menarik minat tu, tentulah yang menjual makanan.

Sambil-sambil tu, ada tempat untuk photobooth untuk ambil gambar sebagai kenangan.

OT Day
Satu dengan kak Zu.
Lawa nya, buat photobooth pengantin pun lawa nie.
Warna purple tu memang menarik perhatian.

OT Day 1
Ada cermin.
Jom lah kita wefie.

Hari nie, pakai tudung tak matching² plak ngan uniform.
Dah jemu pula asyik pakai yang senada je.kikiki.

Antara makanan yang dibeli.

OT Day 2
Tapai ubi, sedap makan sejuk².
Just nice je, tak manis sangat.
Ubi pun lembut.

OT Day 3
Tapai pulut, sedap juga.
Tapi, agak manis. Memang tak boleh sekali ngap lah.
Simpan dalam peti, makan esok pula.

OT Day 4
Eh, nie bekal bawa dari rumah.
Maggi goreng, masak pagi.
Bawa bekal makan untuk lunch.
Alhamdulillah.

Petang ada seminar juga, nanti Linda share lain.
Tak sempat nak edit gambar.

Di kesempatan ini, jangan berhenti berdoa untuk delegasi GSF kita.
Mereka telah memasuki zon merah, lagi sedikit untuk sampai ke Gaza.
Semoga setiap detik dilindungi oleh Allah, selamat sampai ke Gaza untuk bantuan kemanusiaan dan selamat pulang ke pangkuan keluarga masing²..aamin.

Allahuakbar 
Allahuakbar 
Allahuakbar 

Till then, see ya.

Tuesday, September 30, 2025

.: KEDATANGAN PENUH :.

Assalamualaikum.

berkat hari2 pergi sekolah tanpa gagal..kikiki

tahniah abang Mu'az.

patotlah semalam dok tunggu, tak sampai-sampai pun dekat rumah.
da lewat...selalu 6.50pm dah sampai, nie dekat 7.05pm baru sampai.

dapat la kupon RM5.
boleh guna dekat kantin dan koop sekolah je.
ok lah tu, alhamdulillah.

zaman kita dulu2 takde pun reward kedatangan penuh..kikiki
kalau ada, memang muka linda je lah, sebab beguk pun pergi sekolah.
ingat lagi masa tu, bernila habis, sebab beguk kan.
kawan2 pun tanya, kenapa dagu tu warna biru.. hahaha

jangan lupa doakan kesejahteraan dan keselamatan delegasi GSF kita.
semoga sentiasa dalam lindungan Allah..aamin

till then, see ya.

Thursday, September 25, 2025

.: PRAY FOR GSF :.

Assalamualaikum.


Mungkin ada yang terlepas pandang. Inilah masanya perhatian kita diberikan ke samudera Mediterranean.
  
Doa dan harapan sedang diluruhkan ke lautan, mengiringi 53 flotilla yang berlayar. Tinggal 7 hari sahaja lagi sebelum mereka berdepan tembok sekatan.

Jika anda rasa ini perkara biasa-biasa, fikirkan semula. Misi ini penting kerana ia menunjukkan  solidariti rakyat dunia terhadap kezaliman berpanjangan.
.
Lautan sunyi, drone berlegar di langit. Amaran telah pun dikeluarkan.

Dan di sebalik ombak itu… ada anak kecil menunggu susu yang tak pernah sampai, ada petugas kesihatan yang tertekan hampa kerana tiada ubatan di rak, ada yang cedera menahan sakit tanpa rawatan.

Mereka tidak punya pilihan.
Kitalah yang harus bersuara.
.

Jika anda nampak post ini kongsikan, kirimkan doa, dan komen 🍉🍉🍉 banyak-banyak supaya ia tidak tenggelam.

#PublicHealthMalaysia
#fblifestyle


Sunday, August 31, 2025

.: ARAH SELATAN :.

Assalamualaikum..

Salam Kemerdekaan ke 68 buat semua.
Semoga rakyat P turut menikmati erti kemerdekaan..aamin.
Doakan juga dipermudah dan dilancarkan segala urusan gerakan SumudNusantara. Semoga semua yang menyertai, selamat pergi dan pulang, Aamin.

Geng² blogger buat apa hari Merdeka nie?
Ada yang join perbarisan ke?
Linda selalu tengok perbarisan je, tapi live dekat TV.
Tapi hari nie,tengok live dalam kereta.
Ada tempat untuk dituju.

Berhenti makan kejap dekat RnR Seremban.
Pertama kali masuk sini selepas RnR siap.

Anak bujang berdua.

Linda beli cucur udang. Sedap juga.
Anak² dengan suami semua makan nasi lemak.

Luas RnR nie.
Parking banyak, kedai² jual makanan pun banyak.
Angin kuat , tak pasti lah angin dari luar (RnR jenis open) atau kipas yang besar tu.
Walaupun pagi, tapi pengunjung pun ramai juga dah.
Alhamdulillah, highway tak jam.
Smooth je perjalanan.

Ada hiasan merdeka juga.
Macam dekat blog kak Faizah hari tu.
Mungkin ada pertandingan antara RnR kot.

Zoom sikit.

Eh, Linda nak ke mana sebenarnya?
Nanti Linda share ya.
IncikSuami ajak, kita ikut je.
Jangan banyak tanya. 🤭🤭

Till then, see ya.

Monday, October 7, 2024

. : SETAHUN BADAI 7 OKTOBER :.

Assalamualaikum 

Setahun Badai 7 Oktober

Pada jam-jam ini setahun yang lalu, pahlawan Palestin bersedia untuk melancarkan Taufan yang akan mengubah perjalanan sejarah selama-lamanya, mengukuhkan perjuangan Palestin dalam kesedaran global, di jalan pulang menuju Al-Quds.

https://t.me/stand4muslim


حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wanikman nasir

Artinya: Cukuplah bagi kami Allah, sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami

FROM RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE 🍉🍉

Till then, see ya


Friday, September 27, 2024

.: ROTI KOSONG BANJIR :.

Assalamualaikum

pagi nie breakfast dekat kedai mamak sebelum masuk kerja

roti kosong banjir sekeping
sedapnya lama tak makan banjir banjir gini

jom sama-sama memperbanyakkan selawat 


semoga dengan keberkatan di hari Jumaat nie, Allah permudahkan urusan kita semua serta rakyat Palestin serta Lubnan ...Aamin

till then, see ya



 

Monday, September 2, 2024

.: WELCOME SEPTEMBER :.

Assalamualaikum


sekejap je masa berlalu..
dah masuk bulan September

abang Muáz tak sabar nak buat IC
bulan dia lah bulan nie
share dengan Linda...hihihi

semoga yang baik-baik je untuk kita semua

semoga dipermudahkan urusan saudara kita di Palestin,Aamin
al-fatihah untuk para syuhada kita

"from river to the sea, Palestine will be free"

Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar

till then, see ya




 

Friday, May 31, 2024

.: KAKI SEMBANG :.

Assalamualaikum

hari Jumaat terakhir di bulan Mei
sekejap je dah berlalu 5 bulan di tahun 2024
Bumi Palestine masih di serang oleh zionis tak guna tu..
hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan umat islam Palestine



semoga kita istiqamah, hanya bercakap bila perlu
takot lagi banyak cakap, lagi banyak yang tak betul nya
semoga sama-sama kita mendapat manfaat nya..Aamin

till then, see ya

 

Sunday, March 10, 2024

. : RAMADHAN 1435H :.

Assalamualaikum 

Naseb baik sempat tengok pengumuman puasa.. 
Linda ingat pukul 8.30 malam.. 
Pukul 8 malam dah umum.. 


Saja ajak kids sama2 tengok pengumuman puasa.. 
Baru lah best.. 
Teringat zaman kecik2, memang dok tunggu depan tv.. 
Tapi, sekejap je rasenya pengumuman nie, masa kecik2 dulu rasa macam lama je. 

Maka..
Esok boleh lagi breakfast ya.. 
Hari selasa jangan buat2 makan pulak.. 

Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan, Palestine akan bebas.. 
Allahuakbar 
Allahuakbar 
Allahuakbar 

Till then, see ya



 

Friday, March 1, 2024

.: ZIKRULLAH :.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, bertemu kita di hari Jumaat
hari dah 20 Syabaan, maknanya dalam 10 hari lagi kita akan menyambut Ramadhan
semoga direzekikan kepada kita semua untuk menyambut Bulan Ramadhan ini dengan penuh kegembiraan..
tapi, terluka juga hati bila fikir tentang umat Palestin yang masih diuji...Allahuakbar

Terima kasih juga pada Jordan yang telah buat sesi airdrop makanan kepada mereka
ya Allah, maafkan aku dan sahabat2ku kerna tak dapat membantu, kecuali dengan doa

hari nie linda nak share sikit nama2 yang dipanggil bagi zikrullah ni
comel sangat, tu yg teruja..jumpa dekat FB
kdg2 linda pun terlupa, biasa lah manusia biasa kan











insya-allah, mudah mudahan hari kita diberkati...aamin

till then, see ya

 

Friday, February 23, 2024

. : 100 SUNNAH NABI SAW :.

Assalamualaikum 

Salam Jumaat untuk semua warga blogger.. 
Terus teruslah basahlah lidah dengan zikir dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.. 
Semoga kita semua tergolong dalam golongan manusia yang beramal soleh.. 

Hari nie Linda nak share sikit 100 Sunnah Nabi Muhammad SAW.. 
Buat panduan kita bersama... Insya-Allah 



*kredit to facebook owner*

Tak dapat semua.. 
Sedikit pun kita buat ya... Insya-Allah 

From river to the Sea, 
PALESTINE 🍉 will be FREE

Till then, see ya

P. S - jangan lupa al-kahfi ya, Insya-Allah jadi pendinding kita.. Aamin

 

Friday, February 16, 2024

.: NEGERI SYAM :.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, bertemu lagi di hari Jumaat yang Barakah ini
day 47/366

semoga kita tak putus-putus berdoa untuk umat islam di Palestin
Linda tak sanggup nak baca dan tengok

negeri Syam negeri yang diberkati

jangan alpa dan lalai
masa kita sudah di hujung
Allahuakbar

till then, see ya