Showing posts with label AGAR-AGAR. Show all posts
Showing posts with label AGAR-AGAR. Show all posts

05 December 2012

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

Terpandang agar-agar santan dari Nadz (ovenkecil) memang teruja gitu..!
Tanpa berlengah lagi terus ke dapur mengodak agar-agar santan gula melaka ini, terima kasih kepada Nadz di atas sumbangan resepi yang memang terbaik ini.

Selalunya bila buat agar-agar santan ni.. ada aje yang tak berapa nak puas hati tapi kali ni memang puas hati sangat-sangat..!

 

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA
Sumber : Nadz (ovenkecil.blogspot.com)

Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
  • 1 liter air (4 cawan)
  • 1 ketul gula melaka (lebih kurang 250 gm)
  • Sedikit gula pasir sekiranya perlu - akak tambah gula merah
  • 200-250 ml santan pekat (1 cawan) 
  • 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
  • Secubit garam
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan
 

Cara-cara
  1. Masak 1 liter air bersama gula melaka dan simpulan daun pandan hingga gula larut dan tapis. 
  2. Masak air gula yang telah ditapis bersama serbuk agar-agar hingga larut.
  3. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam. 
  4. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana.  Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Tutup api
  5. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air, tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras dan sejukkan dalam peti sejuk.

19 February 2012

PUDING MARBLE


Hari ini kita menjamu selera dengan puding pula ya..!

Puding kali ini bertukar warna kita cuba warna hijau & coklat pulak, biar nampak terang gitu..
Sebenarnya puding ni dibuat sempena majlis pertunangan sepupu di kampung minggu lepas selebihnya di bubuh dalam acuan kecil2 sebegini. 


Sebenarnya ini adalah dari resepi puding marble/pelangi cuma di pelbagaikan warnanya saje.. mengikut citarasa & kretiviti masing2.


Di sini di letakan lagi resepi puding ni yang di ambil dari rumah Pn. Azita tapi ada sedikit penambahan, sorry ya Ita...

PUDING MARBLE/PELANGI

Bahan-bahannya
10g serbuk agar-agar
200g gula (Ita letak 160g) - akak pun
650ml air (akak gun 800ml)
1 biji telur
60g mentega
½ tin susu cair
1 sb kastad
1sb serbuk koko - (bancuh dgn sedikit air panas)
½ sk vanila
sedikit pewarna lain yang digemari

Caranya
Satukan serbuk agar2 & gula hingga mendidih
Pukul telur sebentar dan masukan susu cair & kastad - dikacau rata dan tuangkan dlm agar2 tadi - sambil dikacau lagi
kemudian masukan mentega dan di kacau lagi - tutup api..
Bahagikan kpd bebrapa warna yang digemari dan tuangkan ke dalam acuan/loyang di gemari secara berselang-seli sehingga habis
(salah satunya campurkan dgn serbuk koko yg telah dibancuh tadi)
Sejukan sebentar dan simpan dalam peti sejuk


25 August 2010

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

Ronda2 kat rumah Hana trnmpk pulak agar2 santan ni, nengok caranya cam senang gitu, pulak tu mmg suke sgt agar2 ni. Balik umah tengok brg2 pun smuanya ada jadi mngodehlah juga. Tapi agar2 kita x cntik sgtlah.. x tahu ler apa silapnya. Santan dia seciput jer..
Ini mesti trsilap kacau ni ... sbb tu santan dia berterabur semacam..!
Kaler dia pun cam pucat jer..!
Kita ltk jugalah resepinya kat sini, Hana.., akak tumpang copy tau, TQ..!

**********************************************
AGAR2 SANTAN GULA MELAKA
Bahan-bahan
10g serbuk agar-agar
1/2 cawan gula merah
1/4 cawan gula putih
1150 ml air
120ml air campur 1 paket santan serbuk(Akak guna jenama KARA)
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara
Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis)
bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
Kecilkan api
kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
Tuang kedalam acuan yang anda suka
Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk!

02 December 2009

AGAR-AGAR KOKO/MILO

Hari ini tersangatlah busy dgn keje2 yg tak habis2 kat office ni! Jadi nak brN3 pun tak menyempat rasanya. Time2 lunch pun ada keje..., geramnya! Tapi nak buat cam ne kan? Dah namanya koje! Apa pun kita layan dulu agar2 koko/milo ni ok! Boleh dibuat koko atau pun milo, kedua-duanya pong sedap.
Sebenarnya mengodeh agar2 ni semalam, sebab anak dara tu si amalina, kawan2 dia nak dtg bertandang kat rumah. Fikir punya fikir apa bendalah nak dibuat sebagai juadah mereka. Jadinya sebelum gi koje, pepagi godeh2 jelah agar2 yg senang & simple ni, goreng mee dan sebiji kek simple juga. Tapi keknya tayang esok2 ok sbb tak sempat rasanya ni, main selit2 aje ni!

Ini hasil resepi sendiri2.., main congak2 sendiri aje sukatannya tapi alhamdulillah! menjadi nampaknya.
AGAR-AGAR KOKO/MILO
BAHAN2
1pkt serbuk agar-agar (10g)
1000ml air
1 cwn gula pasir
1 tin susu cair
1sb susu pekat
1sb koko/milo (*dibancuh dgn susu pekat & sdikit air panas)
1sb coklat emulco (optional)
CARANYA
Agar2, gula dan air di didihkan terlebih dulu.
Masukkan susu cair (sambil dikacau) dan serbuk koko/milo (yg telah dibancuh tadi)
kacau hingga rata. Agak2 nak mendidih sikit terus matikan api & angkat.
Boleh juga dimasukkan coklat emulco dan dikacau rata.
Tuangkan dlm loyang atau acuan yg digemari. Setelah agak sejuk sikit simpan dlm peti sejuk.