Showing posts with label NASI. Show all posts
Showing posts with label NASI. Show all posts

28 December 2012

NASI HALIA KUNING

Masak Nasi Halia Kuning ni.. masa nak menghantar kakak (Amalina) balik ke Kolej (Cuti Krismas) tempohari.
Ketika itu tak sempat nak masak lauk-lauk yang lain sebab nak cepat (pagi-pagi lagi dah nak bertolak dari JB ke Tangkak) jadi lauknya hanya ayam masak merah jer..

Untuk ubah selera selain daripada pelbagai jenis nasi yang lain nasi halia kuning ini juga sedap..., plan asalnya nak buat juga pencuk nenas/timun dah beli pun bahan2nya tapi sayangnya tak sempatlah pulak. Jadi makanlah apa yang sempat jer..
Sekurangnya dapatlah juga si kakak makan dengan rakan-rakan sebiliknya. 
 
Sedap juga kalau masak lauk daging/ayam beryani sebagai lawannya..
Bagi yang nak mencuba boleh tengok resepinya di bawah ya.. yang mana akak copy dari dapur Ummi.


NASI HALIA KUNING
sumber : Ummi@home sweet home

Bahan-bahan
  • 2 cawan beras basmathi - basuh dan toskan
  • 1/2 sudu besar halia - dihiris memanjang
  • 1/4 sudu besar bawang putih - dicincang
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
  • 6 cawan air/secukupnya untuk memasak nasi
  • 2 - 3 helai daun pandan (*ni akak saja letak, kasi wangi)
Cara-Cara:-
  1. Dalam periuk elektrik, cairkan mentega. Kemudian tumiskan halia dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan beras dan kiub pati ayam yang telah dihancurkan terlebih dulu diikuti dengan air secukupnya. Kacau sebentar.
  3. Tambahkan serbuk kunyit/pewarna kuning dan kacau rata.
  4. Kemudian angkat periuk dan letak dalam rice cooker dan biarkan nasi masak. Balik2kan sebaik saja nasi kering dan biarkan nasi masak.
  5. Hidangkan bersama ayam masak merah, acar nenas dan keropok.


     

14 December 2011

NASI HUJAN PANAS DI TEPIAN TASEK



Semalam sibuk di dapur menyiapkan tempahan nasi Hujan Panas, lauk ayam masak merah & pencuk nenas/timun juga sebiji kek coklat moist & apam polkadot utk jamuan makan2 ditepian tasek di Bukit Layang2 di Pasir Gudang bersempena jamuan akhir tahun/jamuan merdeka SPM kelas 5 Delima (Amalina & rakan2nya..)

Jadi sibuk melayan kerenah mereka menghantar ke tepian tasek tersebut bersama makanan2 yg ditempah. Memang nmpk seronok makan2 di tepian tasek yg damai lagi indah persis di tiup bayu sepoi2 di petang hari...!
Nasib baik tak hujan hari tu.. biasanya kat JB ni time ni asyik hujan sesaje...


Tenangnya air tasek di petang hari...


sambil mulut mengunyah Nasi hujan panas dari serojakitchen, heee...


Juga sebiji kek coklat moist siap lagi ada sekor angry bird tertepek, dahlah kek tu crouded dgn gula2 yg berwarna-warni, ini semua keje si Amalinalah.., almaklum budak tengah happy dah merdeka habis periksa SPM.. Enjoy habislah tu..!


Ini dia menu makanan2 yg mereka bawa petang semalam, meriah gitu...

Seronok sungguh mereka macam berkelah sakan gitu.., riuh-rendah macam rewang kenduri kawin..! budak-budak 5 Delima yg enjoy lagi gila2 remaja...!

Tengah seronok menjamu selera...

Sedap ke tu.. Adib & Faiz..??? sampai makan tak sempat toleh kiri-kanan lagi..?

Senyum2 mak limah...!

Sempat lagi adegan suap-menyuap, nak manjalah konon tu..!
mintak suap dgn guru kelas mereka..., melayan pulak cikgu tu ya..! maklum tahun akhirlah katakan.. next year dah tak jumpa lagi.. sedihnya..! hu..hu...

Acara memotong kek oleh cikgu kelas 5 Delima, kelakarnya boleh tertinggal nak bawak pisau
itu yg bantai potong kek guna sudu pun jadilah.., janji potong ya cikgu..! heee...

Modeling 5 Delima yg sentiasa berangan sakan...! yg konon2 nya bertemakan bunga2 setaman..


Si kenit Ain pun ikut juga..! malu2 lah konon tu..!


Siap ada penyampaian sijil lagi tapi sijil suka-suka aje.. mengenai karakter & perangai masing2 di dalam kelas selama 2 tahun bersama.

Kenangan indah bersama di alam persekolahan berakhir di sini jua...! huuu..hu...
Riaksi-riaksi bebudak habis periksa...!
Moga mereka semua berjaya mendapat keputusan SPM yg cemerlang dan berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi..! Aminnnn...



27 February 2011

NASI AYAM FLORA...

Oleh kerana hujung minggu ini free sikit maka dapatlah masak special sikit utk family, tapi special ke tu..???
Bagi akak speciallah sangat sebab walau pun nasi ayam ni taklah serumit mana membuatnya namun tuan rumah ni jarang benar membuatnya.., setahun sekali pun payah kot..! heee..
Bila sesekali buat memang berselera dan tak culup2 dibuatnya... Jom kita makan nasi ayam...

Bukan main berselera dan bertambah-tambah lagi mr hb makan.., maklum org rumahnya rajin sangat itu yang payah nak jumpa nasi ayam kat rumah ni..
Seronok nengok mr hb makan, rasanya kalau kat kedai mahu 3 set kot..? haa...dashatnya suamiku makan..!
kalau kat kedai, 1 set nasi ayam lebih kurang RM4.50, bila dah 3 set atau 3 pinggan jadi kali kan ajelah ya..! ampunnnnnnnnn...
(Itu untungnya kalau masak sendiri kan..?)


Resepinya ikut kepala sendiri main campak2 dan tumis2 bagai.. main lebur semacam aje..
Tapi tak apalah ya..akak cuba letak juga resepinya mengikut apa yg akak buat ni..

******************************************

NASI AYAM FLORA
Resepi: Kak am (serojakitchen.blogspot.com)


Bahan-bahan (yg ni lebih kurang sama dgn nasi ayam kat rumah Hana-Jepun)
jadi tumpang mengopy sikit2 ya Hana..

  • 4 cawan beras basmathi - rendam 20min dan toskan
  • 6 cawan air - sukatan air bergantung jenis beras basmathi
  • 2 buku kiub pati ayam knor
  • Rempah tumis - Kayu manis, bunga lawang, pelaga
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 2 sudu besar butter/minyak
Caranya
Panaskan butter dlm rice cooker, masukkan rempah tumis, daun pandan - kacau sebentar dan masukan 6 cawan air bersama 2 buku kiub pati ayam dan masukan beras tersebut. Biarkan nasi masak spt biasa


Untuk Sup
1 bji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia
*semua bahan di atas diblender

Rempah tumis - Kayu manis, bunga lawang, pelaga
Daun bawang & daun sadri

Caranya
Tumiskan rempah tumis dgn sedikit minyak dan masukkan bahan yg diblender dan tumis hingga naik bau
masukkan air secukupnya dan masukan ayam, garam & perasa biarkan mendidih

Bahan2 utk ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap lemak manis
  • minyak secukupnya utk menggoreng
  • secubit garam
Utk ayamnya
Ambil ayam dari rebusan sup tadi dan toskan sebentar, kemudian tuangkan sedikit kicap lemak manis & sos tiram dan digaul rata
kemudian panaska minyak dan goreng ayam tersebut sehingga garing sedikit dan diangkat

UTK SOS
  • 3-4 batang lada merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 2 sudu besar sos chili
  • 1 sudu besar gula
>>blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api.

Bahan2 Lain
1-2 tangkai salad
1 biji timun - dipotong nipis
1-2 biji tomato
.


21 February 2011

NASI LEMAK DI TENGAHARI...

Adakalnya pening juga nak memikirkan apalah yg nak dimasak hari2 ya..!
Puas fikir punya fikir ambik jln mudah jadi hari ini masak nasi lemak ajelah..
Senang sikit kerja dan taklah bnyk sangat kerenahnya..
Pulak tu, bebudak kat rumah ini memang antu nasi lemak jadi kalau masak nasi lemak kenalah
masak lebih2.. sebab dia org ni suka makan berulang-ulang tapi tak jemu2 pulak tu..


Nasi lemak semua org dah biasa & dah tahu jadi tak perlulah letak resepinya ya..
senang sikit kerja..! heeeee...

Jemput.. makan nasi lemak simple jer ni..!
Janji bebudak balik sekolah kenyang sudahlah.. selesai tugas mama dia kan..


29 December 2010

ORDER SETERUSNYA..!

Salam buat semua..!
Rasanya 3..4 hari juga blog ni tak berusik dan tak di update. Minggu ini sibuk menguruskan keperluan sekolah anak2 yg ada saki-bakinya yg mana masih tak disettlekan disamping itu sibuk juga menghantar anak ke kem2 tertentu. Hari itu bujang si Iman manakala sabtu lepas menghantar si kakak (Amalina) pulak ke kem Easy Match (Add Matc) tapi 4 hari aje.., alhamdulillah... dah selesai pun. Minggu lepas juga busy dengan majlis perkahwinan sedara-mara yg wajib dihadiri.

Selain itu sibuk juga dgn order2 yg diterima, yg mana staff kat sekolah mr hb bertugas sibuk mengadakan meeting guru2 al-maklum sekolah pun dah nak dibuka tak lama lagi.
Jadi pihak sekolah meminta akak masakan nasi lemak. Mulanya mcm tak confident aje nak terima tapi disebabkan mereka perlukan juga sebab cuti2 sekolah ni, kantin pun tutup jadi terpaksalah buatkan juga tapi tak tahulah bimbang juga...
Order utk hari Isnin lepas (27/12/2010) sebnyk 85 pack nasi lemak telur. (lupa nak snap)
Jenuh juga nk menyiapkan sebanyak itu, maklumlah orang tak biasa sangatlah katakan..
Utk hari ini pula (29/12/2010) 30 pack nasi lemak ayam goreng berempah spt dibawah dan 60 biji apam beras. (pun x sempat nak snap)

Sebahagian daripada tempahan nasi lemak utk pagi ini
Utk hari ini juga tempahan dari Pn Rahmah 100 blueberry cistat.
Apa pun t/kasih bnyk kpd pihak sekolah terutama kpd cikgu2nya iaitu Pn Azizah & Pn Rahmah diatas tempahan2 tersebut.




01 December 2010

NASI HUJAN PANAS & DAGING KANDAR

Hari ini nak memudahkan keje kat dapor dan menu utk keluarga, masak ajelah Nasi Hujan panas & daging kandar. W/pun kat J.B. ni kekadang ptg2 aje hujan lebat selebatnya namun tn rumah suke pulak nak masak nasi hujan panas aje... Tapi kata org tua2 dulu, paling takut atau bimbang kalau bebudak main time hujan2 panas, tak elok, kena sakit nanti kata mereka. Tapi kalau nasi hujan panas no problem.. elok aje masuk kat tekak..! heeee...

Anak2 kat rumah pun tak tahu lagi yg mama dia org masak nasi hujan panas ni, sbb pepagi tadi masing2 sambung tidor lagi. Tengoklah kejap lagi, kalu perut masing2 dah berbunyi pandai ler ke dapor mencari makan. Tapi anak2 ni pelik sikit kalau kita masak yg lain2 sikit. Surelah nanti bila dia org buka rice cooker tu, nengok aje nasi dia kaler2, mesti dia org jakun & tertanya-tanya, nasi apa ni..??? Tak caye jap lagi mesti dia org call punya..! hee..he...

Disebabkan dah terlewat tadi jadi kelang-kabut maka nak snap gambar pun lebih kurang aje.. mana yg sempat ajelah.. so tak baper jelas sangat pun..

********************************

NASI MINYAK HUJAN PANAS
(Sumber : myresepi - makyong)

Bahan-bahan ( 5 orang )
4 cawan beras basmati
5 cawan air
2 kiub ayam - (x letak)
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau

[bahan tumis]
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi - (guna mentega jer..)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

[bahan hias]
bawang goreng
kismis

Cara-cara
Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
Masukkan beras dan gaul rata.
Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
Masaklah nasi sehingga masak
Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

25 November 2010

NASI LEMAK.. buah bidara....

Assalamualaikum..! Sarapan apa pagi ni ya..?
Sebagai menu sarapan pagi ni merangkap menu lunch juga (2 in 1) sempena cuti2 sekolah ni kita masak nasi lemak aje. Senang sikit koje.. sarapan & lunch sekali... bedal nasi lemak aje buat bebudak yg dok cuti2 kat rumah tu ha..!

Tapi bebudak kat rumah ni, kalau nasi lemak memang berantu.. kena masak lebih sikit sbb dia org ni memang suke makan berulang-ulang x kira masa. Itu yg senang keje mama dia..! Tambahan pula mama dia org ni memang kureng sikit nasi lemak ni sbb tu jarang masak nasi lemak tapi kalau masak alamat x stop ler bebudak tu makan maklum dok melepak aje kat rumah tu.. rileks habis ler tu..
Nasi lemak ni pun simple jer.., buat sambal tumis telur campak sekali ikan bilis goreng, senang.. sekali harung..!
Kali ini try resipi Kak Fida @myresepi, harum & wangi aromanya..!
**********************************

NASI LEMAK
(sumber : kak fida myresepi)
Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )

500 g beras
santan secukupnya - drpd 1 biji kelapa
2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
2 hiris halia *
2 helai daun pandan - disimpul
2 batang serai - dititik
garam secukup rasa

Lauk sampingan yg dimakan bersama nasi lemak :-
sambal tumis
ikan goreng, ayam goreng, ikan bilis goreng
telur dadar, telur rebus, telur mata lembu
timun yg dihiris
kacang tanah goreng

Cara-cara
Kisar bahan2 yg bertanda *.
Beras dicuci bersih dan masukkan ke dlm periuk nasi (saya guna periuk eletrik) bersama bahan2 kisar,daun pandan dan serai.
Tuang secukup santan dan garam secukup rasa ke dlm periuk nasi tadi dan gaul hingga rata. Masak nasi hingga hampir kering dan serih nasi perlahan2 hingga rata dan masak terus hingga nasi benar2 masak.
Siap dihidangkan bersama lauk2 sampingan ikut selera masing2.

30 August 2010

NASI SERAI

Menu semalam masak 'NASI SERAI' & goreng karipap aje..! Siap masak nasi serai time nak masak sambal tumis udang tetiba perut memulas semacam (kena gastrik), dah x bleh buat apa2.., terpaksa stop buat keje, bimbang juga berbuka nanti x dpt masak lauknya. Terpaksa rehat dulu menahan sakit, nasib baik ler dh dekat2 pukul 6.30 gitu dpt kurang sikit jadi selamatlah.. dptlah kiranya masak lauk nasi serai ni & geng2nya sekali. Kalau x kesian le bebudak ni berbuka nanti cam ner..!


Keje org sakit cam ni ler... goreng karipap pun dah macam2 kaler gitu..!

********************************************

NASI SERAI
5 cup(rice cooker) Beras Basmathi (Air sama dgn sukatan beras)
2 biji bawang besar (dimayang bulat)
4-5 biji bawang putih* (* dimayang juga)
1" halia(dimayang)
1 kiub ayam KNORR (optional)
200ml santan (santan KARA)
(nak guna susu cair pun boleh)
3 btg serai (diblender tapis airnya) - nak lebih pun boleh
2 btg serai (dititik utk masuk dlm nasi)
3 helai daun pandan
2 sb minyak sapi/minyak masak
Rempah tumis (1 btg kayu manis & bunga lawang)
Garam secukupnya

CARANYA
Cuci beras, rendam dlm 20minit dan di toskan,
Panaskan minyak/mnyk sapi, tumis rempah tumis & daun pandan dan kedua-dua bawang sehingga layu, kemudian masukan bahan yg telah diblender, tumis hingga naik baunya.

Dlm rice cooker, masukan bahan yg ditumis tadi, air (yg telah disukat = sukatan beras), kiub ayam, santan/susu cair & sedikit garam.
campakkan 2 btg serai yg dititik tadi, tutup rice cooker, biar sehingga mendidih
Setelah mendidih airnya, masukan beras yg telah ditoskan tadi dan tutup rice cooker biar sehingga nasi masak.
*********************************
(Apabila masak aromanya sungguh wangi sehingga menusuk hidung.)
Hidangan : Nasi serai ditabur dgn bwg goreng

Nasi serai lebih kurang macam nasi lemak cuma dia lebih wangi dgn aroma serai.
Lauknya spt: sambal tumis udang/ikan bilis, telur rebus, ikan bilis goreng & hirisan timun.
Boleh juga dimakan dgn lauk2 lain jika suka.

12 March 2010

NASI BRYANI UDANG & DALCA SAYUR

Adakalanya feninggg2... jugak memikirkan nak masak apalah..! Stok yg ada cuma udang, nak gi pasar cam malas pulak jadi bantai ajelah apa yg ada. Maka terjadilah NASI BRYANI UDANG & DALCA SAYUR utk lunch budak2 & bapak budak hari ini. Hentam sajelah..!
Dalca Sayur ni pun ikut apa yg ada dlm esbok.., kasi lebur semuanya campakkan juga beberapa ekor udang sebagai rencah. Balik skolah nanti mesti bebudak tu menanya, lauk ni aje ke..??? Ayam masak merah x de ke..? Bla..Bla.. popet2...!
Nasib baik mama dia org kat office kalau x lagilah bnyk songel semuanya..!

Resepi ni curi2 copy dari rumah MAT GEBU, halalkan ya cik mat...! nak ltk kat sini pulak. (jadi pencuri kejap..)
Nama pun Bryani maka sudah semestinya sedap..! Betul x cik mat? W/pun simple dan x de lauk bagai2 namun ianya tetap sedap & mnyelerakan..! cewah.. (kasi promote sikit..!)
Cuma cikmat punya udang besaq2..., udang galah lagi.., tapi udang kita cenonet jer..!
**********************************************

NASI BRYANI UDANG
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
8 - 10 ekor udang saiz besar, dibersihkan (mat guna udang galah) - udang kita cenonet je..!
*1/2 camca teh serbuk kunyit
*Sedikit garam*(*digaul rata)
3 tangkai daun ketumbar
750 ml air
250 ml susu cair
1/2 cawan lobak merah yang didadu
1 camca besar minyak masak
3 camca besar minyak sapi
1 helai daun pandan, disimpul
Garam secukup rasa dan secubit gula
BAHAN TUMIS :-)
2 biji bawang merah, dihiris
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihirs
2 cm halia, dititik
1 btg kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 camca besar rempah beriani (mat tak letak, tapi tetap sedapp!!) - akak pun x ltk
BAHAN LAIN :-)
1/3 cawan kismis, goreng sedikit - (akak x ltk)
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dan minyak sapi dalam periuk, masuk bahan tumis dan daun padan, tumis hingga harum dan bawang layu. Masukkan tomato, daun ketumbar, lobak merah dan udang, gaul rata dan goreng udang hingga kemerahan.
Masukkan beras yang ditoskan tadi, gaul rata dan masak sekejap. Alihkan beras dan rempah ke dalam rice cooker, tuang air dan susu cair. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, kacau rata.
Masak nasi seperti biasa. Bila kering, tabur kismis dan sedikit bawang goreng. Biar nasi tanak betul2. Gemburkan, tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama acar. Nak makan dengan dalca pun ok....