Kelebihan Zikrullah
Hadis Nabi SAW yang maksudnya: “Mahukah kamu semua aku tunjukkan amalan yang lebih baik dan lebih suci di sisi Tuhan-mu dan yang lebih tinggi kedudukannya? Lebih baik bagi kamu berbanding menginfakkan emas dan perak? Lebih baik dari kamu bertempur dengan musuh, kamu memancung mereka dan mereka memancung kamu?” para sahabat menjawab: “Bahkan wahai Rasulullah,” baginda bersabda: “Zikrullah Taala.”
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tirmizi (3377), Ibn Majah (3790), Ahmad (5/195), al-Tobrani di dalam al-Dua’ (1872), al-Hakim (1/496), al-Baihaqi di dalam al-Da’awaat (20).
Kelebihan berada dalam Majlis Zikir:
Daripada Abu Hurairah r.a.: Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT para malaikat selalu mengelilingi bumi. Para malaikat sentiasa memerhatikan majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malaikat naik ke langit. Baginda bersabda lagi: “Allah SWT bertanya para malaikat sedangkan Allah mengetahui pergerakan mereka dengan firman-Nya: Dari mana kamu datang? Mereka menjawab: Kami datang dari tempat hamba-hamba-Mu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu. Allah SWT berfirman: Apakah yang mereka pohonkan? Para Malaikat menjawab: Mereka memohon Syurga dari-Mu. Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku? Para Malaikat menjawab: Belum, wahai Tuhan. Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat Syurga-Ku? Para Malaikat berkata lagi: Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan. Allah berfirman: Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa? Para Malaikat menjawab: Dari Neraka-Mu, wahai Tuhan. Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat NerakaKu? Para malaikat menjawab: Belum. Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat Neraka-Ku. Para Malaikat terus berkata lagi: Mereka juga memohon keampunan-Mu. Allah berfirman: Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan. Para Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu. Baginda bersabda: Allah berfirman: Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan” ~ Hadis Sahih Muslim (4854)
Mari sama-sama kita amalkan zikir-zikir dan doa-doa berikut:
Asma Ul Husna
Qasidah Ya hanana ~ Habib Syech
Qasidah Mahalul Qiam ~ al Mawlid (Syeikh Nuruddin & InTeam)
Qasidah – Ahmad Ya Habibi ~ Darul Murtadza
Doa – Shaikh Hani Ar-Rifai
Al-Ma’tsurat: Do’a & Dzikir Pagi Hari
Astaghfirullah Rabbal Baroya ~ Munif (Hijjaz)
Zikir Lailahailallah ~ Ustaz Asri Ibrahim
Zikir Ya Latiff
Zikir Munajat
Zikir Asma ul Husna 99 Nama Allah
Zikir Hasbi Rabbi ~ Hijjaz
Zikir lazim ~ Munif (Hijjaz)
Zikir Subhanallah ~ Ustaz Asri Ibrahim
Zikir Penenang Hati ~ Munif (Hijjaz)
Zikir Ya Hayyu Ya Qayyum – Ustaz Amal
Zikir Sifat 20
terima kasih atas in4 yg diberikan…
cukup bermakna…
saya dh lama nk cari semua zikir ini…
Alhamdulillah… mari sama-sama kita amalkan.
♥ this blog…
Alhamdulillah…
terbaik…ape kate kongsikan mahalul qiyam,kumpulan al-mawlid…bacaan maulid…dan teksnya…lama saya cari teks tp xtau mcm mane nak cari…..
Insya Allah…
Terbaik dan terima kasih banyak-banyak..Allah saja dapat membalasnya insya Allah
Sama-sama… Aamiin.
terima kasih atas perkongsian video2 ini. moga ia memberi manfaat kpd smua. insya-Allah
Sama2
alhamdulilah akhirnya dapat juga ana zikir dan doa ni…
assalammualaikum…
Waalaikum salam,
Alhamdulillah.
tq…. memberi sumber pencarian untuk zikir…
as-salam tuan tanah. mohon kongsi pda kwn2 lain dan muatturun
Waalaikum salam
Silakan kongsi…