Today’s Quote

“Knowledge speaks, but wisdom listens.” ~ Jimi Hendrix

Hubungan dengan Allah dan Rasul

Bila direnungi…
Sejauh mana jihad utk Allah dan Rasul…
Sedalam mana kasih dan cinta kepada Allah dan Rasul…
Setinggi mana keikhlasan kerana Allah dan Rasul…
Andai seruan Allah lima kali sehari semalam diabaikan….
Dibuat endah tak endah….
Dilengah-lengahkan…
Andai kerja dunia lebih diutamakan…
Andai harta dunia sibuk dikumpulkan tanpa jerih dan letih…
Tanpa memikirkan halal dan haramnya…
Andai ni’matNya tidak disyukuri…
Andai maruah Islam tidak dipertahan…
Andai silaturahim sesama Islam dirobek sehingga berpecahbelah…
Andai kutuk mengutuk sesama Islam menjadi amalan…
Andai kesengsaraan umat Islam lain tak diambil peduli…
Andai jihad melawan nafsu tidak pernah dicuba…
Apatah lagi jihad dengan nyawa dan harta benda…
Justeru, di manakah kedudukan kita di sisi Allah dan RasulNya?

~ Khalijah AS (30/12/13 jam 5.40 pagi)

Today’s Quote

“I have often regretted my speech, never my silence.” ~ Xenocrates

Terapi EMDR untuk penyembuhan minda dan badan

Terapi EMDR (Eye Movement Desensitization and Reprocessing) adalah terapi kesihatan terkini bagi membebaskan minda dan tubuh daripada pengalaman ngeri masa lampau atau trauma.

Hasil penyelidikan terkini membuktikan bahawa terapi EMDR atau terapi menggunakan pergerakan mata ke kiri dan ke kanan adalah berkesan bagi merawat masalah emosi yang kronik, termasuklah:

* Trauma
* Keletihan
* Fobia/ketakutan
* Ketagihan
* Masalah takut/panik
* Murung
* Kekerasan

Apakah kaitan antara emosi dan penyakit?

Emosi sebenarnya tertanam di dalam sistem saraf dan akan menghasilkan memori/daya ingatan bersel yang akan menjadi punca kepada kebanyakan masalah kesihatan. Dianggarkan 95% daripada penyakit adalah disebabkan oleh memori bersel yang terperangkap di dalam sistem saraf ini. Oleh itu, terapi yang terbaik ialah menyembuhkan memori bersel yang merosakkan ini, dan ini secara tidak langsung akan juga menyembuhkan pelbagai penyakit atau kesakitan yang kronik.

Terapi EMDR ini didapati berkesan bagi menyembuhkan penyakit-penyakit yang berkait rapat dengan emosi, seperti trauma menjadi mangsa rogol, kehilangan atau kematian orang yang sangat disayangi, kemalangan ngeri, bencana alam yang dasyat seperti gempa bumi, tsunami, dsb.

Apakah terapi EMDR?

Terapi EMDR ini menggunakan kaedah pergerakan mata ke kanan dan ke kiri bagi mengaktifkan bahagian otak yang bertentangan, yang mana ini dapat merangsang sistem neurofisiologi (perhubungan minda-badan). Kaedah ini mula diperkenalkan pada tahun 1989 oleh Francina Shapiro.

Caranya ialah dengan memfokuskan mata pada pergerakan jari ke kanan dan ke kiri, sambil itu fokuskan juga kepada membuang atau meleraikan penyakit, kesakitan atau ingatan kejadian-kejadian yang lepas, yang semuanya terperangkap di dalam memori bersel.

Ikuti kaedah terapi EMDR yang boleh dilakukan sendiri seperti yang dipaparkan dalam video berikut:





Terapi EMDR ini boleh dilakukan sendiri dan ia hanya mengambil masa 5 minit.

Sumber

Today’s Quote

“I find that the harder I work, the more luck I seem to have.” ~ Thomas Jafferson

Khasiat Ikan Tongkol

Sumber: Bernama Radio24

FAKTA MENARIK!

Kenapa peratusan pencapaian kejayaan untuk semua peperiksaan utama (UPSR, PMR dan SPM) amat cemerlang di negeri Kelantan dan Terengganu?

Satu kajian tak rasmi dijalankan, ternyata bahawa penduduk di dua buah negeri itu menjadikan ikan sebagai makanan utama dan ikan Tongkol (Ikan dalam hidangan Nasi Dagang) adalah ikan utama yang menjadi sajian di sana.

Ikan Tongkol adalah spesis ikan yang mengandungi zat dan kandungan kebaikan yang sama dengan ikan Salmon, mempunyai protein OMEGA yang tinggi dan amat bagus untuk pertumbuhan minda. Ikan Tongkol juga mampu mengaktifkan sel-sel otak terutama kanak-kanak, membantu mereka untuk berfikiran kreatif dan baik untuk tubuh dan mata.

Selain rasanya yang lazat dan bergizi, ikan Tongkol juga memiliki manfaat lain seperti mampu merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah, dan melambatkan proses penuaan serta baik bagi penderita reumatik dan anemia.

Bagi mereka yang mengalami kurang sel darah merah dan kulit yang kusam, boleh amalkan pengambilan ikan Tongkol secara sihat iaitu dengan hanya merebus ikan ini dengan beberapa batang serai dan garam..juga boleh dimakan bersama nasi/ bubur nasi.

tongkol

Today’s Quote

“Never use a dwarf to measure the depth of the water.”  ~  Indian proverb

Hindari Sifat Riak

Riak ialah sifat menunjuk-nunjukkan kelebihan dan kebaikan dirinya kepada orang lain.

Sabda Nabi SAW: (ertinya) “Allah tidak akan menerima amalan yang ada di dalamnya riak walau sebesar biji sawi.” (HR Ibn Jarir al-Tabari – Hadis Mursal)

Riak boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
1. Riak tulen iaitu untuk mendapatkan manfaat dunia dengan amalan akhirat.
2. Riak yang kabur iaitu untuk mendapatkan manfaat dunia dan juga manfaat dari amalan akhirat itu.
Kedua-dua jenis riak tersebut menggugurkan pahala.

Cintakan kemegahan dan nama dengan tujuan agar nama baik dan terpuji bagi dirinya itu tersebar luas. Sifat ini adalah tercela dan memutuskan jalan kepada Allah, kecuali bagi orang yang telah dijadikan terkenal dan masyhur oleh Allah untuk menyebarkan agama-Nya. Tidak ada orang yang akan bersih dari sifat cintakan kemegahan ini kecuali golongan as-siddiqin.

Nabi SAW bersabda: (ertinya) “Seseorang itu sudah cukup dikira sebagai jahat bila ia terkenal kerana agamanya atau dunianya, kecuali orang yang dipelihara oleh Allah.” (HR at-Tibrani dan al-Baihaqi)

Abu Yazid al-Bustami berkata: “Aku terus menerus dan bersungguh-sungguh beribadat kepada Allah selama tiga puluh tahun, maka aku nampak seorang berkata kepadaku: “Ya Abi Yazid! Khazanah-Nya penuh dengan ibadat, jika engkau mahu sampai kepada-Nya maka wajiblah engkau merasakan benar-benar hina dan sentiasa memerlukan-Nya.”

Al-Mutawalli berkata; “Orang yang fakir (yang merasa sentiasa perlukan Allah) di dunia ini adalah seperti orang yang berada di dalam tandas, jika ditutup pintunya ia dapat qada’ hajat dan keluar dari tandas itu dalam keadaan tertutup (berpakaian) dan tidak ada sesiapa yang dapat melihat auratnya. Jika pintu tandas itu dibuka, maka terbukalah auratnya, buruklah namanya dan semua orang yang melihatnya melaknatnya.”

Tegasnya, bila hati seorang salik itu telah cenderung kepada cintakan pangkat dan kepimpinan maka terputuslah ia dari jalan Allah itu. Wallahu a’lam.

Sumber: Buku Membentuk Jiwa Sufi

Today’s Quote

“Two wrongs don’t make a right.”  ~  English proverb

8 Habit biasa menyebabkan kerosakan ginjal

Umum mengetahui bahawa ginjal atau buah pinggang adalah organ yang sangat penting kerana ia berfungsi menapis bahan buangan badan dari darah melalui proses penghasilan air kencing. Tanpa ginjal yang berfungsi, seseorang itu akan mempunyai darah yang beracun atau darah kotor, di mana akhirnya boleh menyebabkan maut. Darah perlu dibersihkan melalui haemodialisis sekiranya ginjal tidak lagi berfungsi. Oleh itu, kesihatan ginjal perlu diambil perhatian serius sebelum ia menjadi rosak.

Terdapat 8 habit atau tabiat biasa yang boleh merosakkan ginjal yang perlu dihindari, iaitu:

1. Tidak cukup minum air

Ini merupakan penyebab utama kepada kerosakan ginjal/buah pinggang. Fungsi utama ginjal ialah mengeluarkan bahan buangan metabolik dari badan dan mengawal atur keseimbangan eritrosit (sel darah merah). Jika tidak cukup air, aliran darah renal akan berkurangan dan akan menyebabkan pengumpulan toksin (racun) di dalam darah.

2. Membiarkan pundi kencing penuh dalam tempoh yang lama atau menahan kencing terlalu lama

Ramai yang mempunyai habit menahan kencing sehingga pundi kencing menjadi penuh terlalu lama. Ini akan menyebabkan komplikasi saluran kencing, seperti :

a. Hipertrofi otot yang boleh menyebabkan pembentukan divertikula.
b. Hidronefrosis (peningkatan tekanan air kencing di dalam ginjal) yang boleh menyebabkan kerosakan renal/ginjal.
c. Kencing tidak lawas kerana air kencing yang tidak berhenti.

3. Pengambilan sodium berlebihan

Salah satu fungsi ginjal juga ialah memetabolismakan sodium (garam). Sebahagian garam yang kita ambil dalam makanan perlu dikumuhkan melalui ginjal. Jika terlalu banyak garam yang dimakan, ginjal akan bekerja keras untuk membuang garam tersebut, yang akhirnya akan menyebabkan stres jangka panjang kepada ginjal.

4. Pengambilan kafein yang terlalu banyak

Banyak minuman, seperti kopi, minuman bergas dan soda, mengandungi kafein. Kafein boleh meningkatkan tekanan darah dan ini akan menyebabkan tekanan kepada ginjal yang boleh merosakkannya. Orang sihat boleh minum air berkafein sebanyak 2-4 gelas sehari tanpa ada kesan buruk.

5. Penggunaan ubat tahan sakit secara berlebihan

Habit yang kurang baik ialah mengambil ubat tahan sakit secara berlebihan, walaupun hanya sakit sedikit sahaja. Kebanyakan ubat tahan sakit menunjukkan kesan sampingan yang serius dan boleh merosakkan organ-organ lain, seperti ginjal. Hasil kajian menunjukkan pengambilan ubat tahan sakit dalam tempoh yang lama boleh mengurangkan aliran darah di ginjal dan menyebabkan fungsi ginjal semakin merosot.

6. Makan protein terlalu banyak

Makan daging merah dan makanan kaya protein secara berlebihan didapati boleh merosakkan ginjal, terutama bagi mereka yang ada masalah kesihatan ginjal, kerana protein yang terlampau banyak akan meningkatkan beban metabolik ke atas ginjal

7. Tidak mendapat rehat secukupnya jika mendapat batuk atau selesema

Kajian menunjukkan kerosakan ginjal sering dikaitkan dengan badan yang tidak mendapat rehat secukupnya, terutamanya apabila mendapat batuk atau selesema semasa cuaca yang tidak menentu. Ini kerana orang yang berpenyakit ginjal lebih sensitif kepada perubahan cuaca.

8. Pengambilan terlalu banyak minuman beralkohol

Minuman beralkohol boleh menyebabkan kerosakan ginjal kerana alkohol mengandungi toksin yang membuatkan ginjal stres dan boleh merosakkannya.

kidney failure

Sumber