14 August 2020

Bento Haza



Alhamdulillah.. 
Masih ade kesempatan utk sediakan bento/bekal utk anak2 ke sekolah.

Spagetti carbonara
Nasi goreng daging
Alhamdulillah mak & mertua berkorban tahun ni..


Bubur nasi & serunding daging kering

Mee goreng



Pasta cheese



Nasi lemak hijau
....

Semua nye simple2 bento ajek.
Ada jugak order dengan cikgu sehari sebelum kelas. Cikgu2 pon sgt ambil berat tentang makan anak2 murid. New norm anak2 xboleh berada di kantin waktu rehat. Semua kena makan dalam kelas..

24 July 2020

22.07.2020



Alhamdulillah..
Dah 3 hari sesi Sekolah Kebangsaan bermula dengan new norm. Saya pon dah start balik bento untuk anak2. Abang2 sekolah menengah pon start bawak bekal.

Saya masak tapi simple2 la.. bangun pon 5 minit sebelum 6am😂




Spegeti carbonara & kek pisang.




Macaroni sosej & ayam goreng.


Nasi goreng telor mata & pisang.

Alhamdulillah anak2 xbanyak kerenah. 
Semoga anak2 kite sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. 

15 July 2020

PKPP school start back


15July2020

Assalammualaikum..

Lama xjengah blog.. 
Hari ni anak2 dah kembali ke sekolah.
Bercampur baur perasaan. Takot ade.. semoga baik2 sahaja.. ikot SOP insyaAllah..


Anak sulung & ke2. Sekolah yg sama. Waktu belajar pon dah bertukar. Hati2 ke sekolah ye. 

02 March 2020

Again bento😂


Assalammualaikum..
.
Bento untuk anak2 sepanjang minggu2 yg lepas.
Walaupon simple.. mak xpandai nak deko2 😂 tapi... mak percaya yg air tangan ibu tu ialah cinta tanpa syarat kan☄️



Burger ayam
Buah2


Sandwich cheese egg
Apple with raisins


Nasi lemak pink💕


Sandwich tuna
Biscuit mini oreo


Nasi goreng telor mata dgn kicap.
Mini orange


Spiral pasta 
Buah2 + raisins


Roti piza dengan sosej


Bihun goreng
Biscuit sapu spread coklat


Waffle with black cherry spread
Chocolate muffin


Maccheroni goreng
Mini cookies
 

Nasi goreng telor dadar
Mini chocolate cookies


Wanpaku sando sandwich
Manggo


Pancake with blueberries + black cherry spread

Selalunye bento yg saya buat ni, diorg habiskan.. happy mak, happy their tummy, 🤭

Sampai sini dulu...



Love
Ibu💕

22 November 2017

2 month young



11.11.2017

Alhamdulillah.. baby Aisyah dah 2 bulan.
Mak masih terkial2 ikot rentak mood bby Aisyah.


Mcm ank2 yg lain, saya amik immunization bby kat Klinik Dr Zaini.. Berat 4.7kg fully breastfeed. Alhamdulillah xdek demam lps injection.

Aisyah dah start berjaga malam. Menangis2 pulak tu. Bertambah pulak dengan nose block hari tu. Mak dah lama study tentang Young Living Essential Oil tu..

Akhirnye mak terjebaksss. Mak suka EO ni. Dulu2 masa baru kawen, mak gigih sblm tdo pasang lilin utk oil burner tu.. mak minat bau Teddy kat kedai Lovely Lace tu.. Hehehe then upgrade pulak guna diffuser elektrik bentuk daun kaler hijau tu.


Sekarang suka sangat bby Aisyah tido bertemankan YLEO R.C yg mana fungsinye tolong clearkan salur pernafasan, sinus & pertahanan badan so ia membantu merehatkan otot dada. Org yg mendengkur bagus sgt R.C ni. Saya tgh praktiskan tiap malam bukan utk Aisyah aje tapi utk ayah dia sekali. Aduh setahun dua ni husband dah start dengkur. Dia ade sinus problem.

Mak hanya tawakkal.. berusaha utk keluarga. Bukan semua anak sama karekter kan. Kalau anak2 lain senang bwk jenjalan time bby mcm ni, berlainan sgt dengan Aisyah. Haihhh la anak. Masuk kete start la dia merengek. Masuk mall lagi la.. hahahha kecik lagi kot.

14 November 2017

Panda mataku



Lately ni kan, baby Aisyah menangis malam la.. 
Aduhai.. X tido kami laki bini. Saya jadi mengantuk siang hari tapi xleh nak tido. Sudahnye jadi sakit kepala. Aisyah dah banyak akal sekarang, bila tengok dia tido saya pon lari lah masuk toilet nak mandi, 5min lps tu sure dia menjerit nangis mcm kena cubit tu. Huwaaaa😢

Berzikir sudah, menyanyi sudah, pasang sleping song sudah, tepok2 montot sudah.. calm nye sekejap. Lepas tu start balik. Mengempeng sambil merengus2 pulak.

Hahaha anak ibu yg sorang ni kan...



Tengok mata dia dah bengkak. Ni style mak dia kalau nangis walau sekejap, bengkak nye kemain, hihihi

Saya ade baca sikit kat google, nak try Essensial Oil.  Kot2 baby Aisyah nak spa2 mcm tu ke? Terbaru banyak pulak lalu lalang kat wall FB tentang Young Living. Takpe ye Aisyah kita berusaha. Nanti ibu carikan ye.


Ibu pon ade corak leopard kat tudung mcm sleepsuit Aisyah hehehe.

Sampai sini dulu ye.

09 November 2017

Masak paling senang


Semalam saya sempat ke Tesco beli barang, ternampak labu. Sebenarnye jarang makan labu2 ni sebab kami jenis perut berangin😄



Labu masak lemak

Bahan2

Labu separuh biji
Sawi bunga*
Bawang besar sebiji dihiris*
Cili merah 2 biji dihiris*
Udang kering sikit
Lada hitam tumbuk kasar sikit
Serai 2 batang dititik
Daun kunyit dicarik2*
Santan*
Air

Cara

Rebus semua bahan kecuali yg bertanda * hingga labu lembut.
Kemudian masukkan bahan *. Bila santan dah menggelegak masak, tutup api & boleh terus di hidang..



Ayam grill (dlm oven)

Paling mudah cara saya yg xberapa nak rajin ni. Cuci ayam & tos air. Sapukan garlic spread, garam, black pepper pada ayam. Taburkan mixed herbs. Perap dlm setengah jam mcm tu.

Oven panaskan terlebih dahulu. Mcm oven kat rumah ni, saya guna suhu 230c bakar selama 1jam 10min. Memang jadi rangup terus kulit ayam tu. 🤣



Saya masih xberapa nak catch up pe’el puteri sorang ni. Ada mase menangis xberhenti tengah2 malam sampai kena pasang surah ruqyah kat phone baru boleh lena. Bukan selalu la.. 

Semoga anak2 mak sentiasa dilindingi oleh Allah Taala..

01 November 2017

Balik kampung






Kami nak balik ke kampung Tapah Road weekend ni. Ini kali pertama baby Aisyah balik. Sebab opah & atok dah 2x datang ke sini sejak Aisyah lahir. Xdek la rase bersalah sangat dgn rutine bulanan kami yg akan balik kg walaupon sekali sebulan. Lately ni, weekend ajek husband bz dgn rumah Jeram sana.. 




Porch kami xsiap lagi.



Alhamdulillah hampir 80% siap. Cuma jubin/mozek kat dapor xsiap pasang lagi. Lain2 ruang lantai simennye dah settle walaupon belum sepenuhnye. Husband kata belum taruh timber floor lagi, saya pon xtau ape benda tu. Diorg skrg bz buat porch dgn pagar.




Semoga Allah swt permudahkan rezeki untuk kami tinggal di rumah ini.. amin ya Allah..





Belanja gambar bby Aisyah sekeping.. 

05 October 2017

Rotavirus


Assalammualaikum..

Ape khabar semua.. 

Teringat anak saya Kimie warded hampir seminggu di sebabkan ROTAVIRUS. Dia start muntah2 hari Ahad, hari yg sama mase saya leaking air ketuban. Ingat kan ‘pembawakkan’ sebab Kimie mmg ‘penolakkan adik’ sgt2 sejak awal saya preggy. Gitu.. hihihi

Husband bwk sy ke hosp dulu sblm balik settlekan Kimie. Sementara husband dgn sy di hosp, adik ipar bongsu (kebetulan dtg ke rumah weekend tu) bwkkan Kimie ke klinik sbb muntah byk kali. Xmakan, xminum.. Hanya dia sorang yg kena.. alhamdulillah anak2 lain xkena jangkitan.


Hari Isnin saya keluar hospital dengan bby, tgk dia kat rumah makin lembik.. Komplen sakit perut, cirit birit, muntah. Perut jadi mengeras..
Husband terus bwk ke KPJ Shah Alam malam tu. Admitted.
Check +ve utk rotavirus. Huhuhu kesian anak ibu.



Dia on iv drip. Antibiotik.
Buat xray , CT scan semua. Perut makin kembung & sakit. 
Saya yg kat rumah ni tak tentu hala rasanye.. Saya nak pergi tengok tapi baru sehari dua berpantang.. 


Merening perut dia. Mata sunken dah.. 
huhuhu. Asyik merengek. Pergin tiba2 sampai husband pakaikan dia pampers. Tak pernah dia sakit teruk macam ni. Sepanjang seminggu kat hosp tu, husband yg temankan dia. 



Apa itu ROTAVIRUS

Ini adalah jangkitan usus yang biasa berlaku pada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 3 tahun. Gejala-gejala jangkitan ini ialah cirit-birit, muntah dan demam. Kekurangan cecair badan disebabkan cirit birit dan muntah ini boleh membawa maut jika gantian cecair tidak diberi dengan segera.

Myhealth.gov.my


Tapi kan.. tapi kan... lepas discharge dr hosp, dia punye sayang kat baby Aisyah punya la.. pantang nampak asyik nak cium. Mula2 keluar ward mak mmg xkasi dia dekat kat bby lagi. Takut kan.. alhamdulillah dia dah sihat sepenuhnya..

06 December 2016

Tekwando




السلام عليكم & Hi...

Selasa dah hari ni. Pejam celik, pejam celik, dah masuk minggu ke 2 cuti akhir tahun budak2 sekolah kan.. Anak2 saya duk kat rumah je dengan saya. Tahun ni xhantar diorg balik kg mcm tahun2 lepas. Eizlan naik tahun 1 2017 ni. Syllabus Tahun 1 utk 2017 pun dah lain. Harap2 sangat anak2 ni boleh buat terutama tomato saya tu. 
So, di sebabkan itu Tcher Zue amik inisiatif utk adakan kelas linus selama 3 minggu sepanjang cuti sekolah ni. Terima kasih banyak2 Tcher, jasa kalian semua sgt2 xterbalas dek kami.



Entah kenapa gambar ni myakitkan mata. Hahaha maybe warna nye kot. Wajib masak hari2.
Lagi2 duduk kat rumah diorg cepat jek lapar.
Selalu lunch kami merangkap dinner jugak.

Sayur campur goreng
Asam pedas daging
Pekasam ikan tenggiri (yg ni ikan fresh, beli dengan my fren) 
Lemak pedas siput sedut 
Ulam petai.



Sepanjang cuti sekolah jugak, kelas tekwando diorg tetap berjalan tiap hari Ahad. Xdek cuti2.
Mungkin klu cuti pon, Hari Krismas je nnt kot.
Gambar hari pertama diorg ke kelas tekwando September lepas.



My baby dlm proses memujuk maknye.
Dia nak join tekwando tapi ayah & maknye kata tunggu beso sikit...
Hihihi



Alhamdulillah baru dapat tali pinggang kuning last week.
Hahaha lambat daftar, lambat la dapat tukar2 belt kan.




09 November 2016

Masih 6 anak




السلام عليكم & Hi... 

Wahhh.. Tajuk post sangat eksyen gayenya.. Kikiki
Bergurau2 di petang hari, macam tu.
Sejak Dec 2012 saya memelihara anak2 syurga arwah adik.
Sayang saya kat diorg tak pernah kurang sama rata keenam2 semua.



Kami berlapan.
Gambar Uwan xdek dlm ni. Kat rumah kami ber9. Meriah sangat. 
Saya tak biasa bila 2 gugurl ni tak dek kat rumah (bila balik kg ayahnye) Gundah jadinye...
Terpaksa akur diorg masih ade bapa.
Ni gambar raya kami tahun ni 2016. Tema hijau turqoise.
Aduh boleh sama pulak ngan warna dinding MIL. Sigh!



Raya Aidilfitri 2012.
Tahun di mana tidak lagi saya beraya dengan abah, tiada lagi adik tersayang..
Semoga kekal anak2 saya berenam ni..
Semoga Allah S.W.T mendengar doa2 hambaNYA ini...



Kakak Marissa dah darjah 3
Yasmin darjah 2.
Mereka mendengar kata tapi degil tu memang ade lah kan.. Sama lah anak2 lelaki saya tu. Hihihi



Diorang dengan abang Irfan. Irfan darjah 5. Tall & dark. Nasib hensem kat mata ibu.. Wakakaka



Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi.
Semoga roh mereka sentiasa di sisiNYA.

Sampai sini dulu.
Semoga saya kembali rajin masuk blog sendiri.







 sudi clicks?? :D

 

Copyright © mommyHaza Story. Designed by Whitey Mommy