Oct 25, 2013

Ke Sarawak Ke Kita

Keh keh..pinjam tajuk program wak doyok jap..
 
ini cerita bulan lepas. aku kena pergi konferen di Sarawak. Lima hari pulak tu, pertama kali tinggal anak-anak. nasib la yiyim dah besar sikit, so ayah boleh la handle. lagipun sudah2 la tu melekat je kat ibu kaaaan haha
 
 
so, ke Sarawak ke kita..
 
 
malindo air
 
ke Sarawak naik Malindo Air. First time naik flight jenama ni, biasa MAS sajork.
 
 
gula-gula kapas di awangan
 
 
nasi beriyani malindo dan butter cake memang A+. sedaaaap
 
 
sape naik Malindo Air kena depart kat KLIA lah ek jangan pergi ke LCCT pulak. Memula aku ingat kat LCCT sebab flight tambang murah katanyer., naseb check dulu kalau tak haru laaa. Malindo Air ni baru lagi. servis ok. tak delay macam baby AA. oleh kerana ini flight baru, tiada servis web check in. berjemaah la check in di kaunter ye. free access baggage 20 kg. no worries. harga pun murah. flight pun bersih dan tak terkepam (sujud syukur kihkih) 

 
arrived, yey! on the way ke hotel pullman,  kuching
 
 
pandangan dari bilik hotel. tempat aku merenung jauh mengingat anak2 kihkih
 
 
siap bawak baju anak2 sebagai peneman tidur. sehelai je sebab ini baju ami yang diturunkan kepada yiyim. jimat space di situ kihkih

 
temple di kuching
 
 
oh kena la selit satu gambar kerja, satu je la ekhhhh (chiffon top dari aafiya collection :) )
 
 
lobster gemuk yang comel yang memanggil-manggil "eat me, eat me"

 
mohon tengok gigi
 
 
menu of the day..sedap oohhh *clockwise, tiram telur dadar, udang garam kasar, baby kailan goreng, ambal kari, nasi dalam mangkuk, ikan siakap tiga rasa

 
muka sebelum makan *dalam hati merintih cepat la nak makaaan
 
malam kedua kitorang bekesempatan makan seafood kat Kampung Buntal. tu pun ada kawan yang stay di sarawak tu sajes. sebanarnya kat sana yang famous ada topspot tapi ada keluar isu kehalalan seafood di sana yang rata-rata tukang masaknya cina. so aku taknak pergi topspot tu.
 
bila tanya kawan dia bagitau kat kampung buntal sebenarnya seafood memang sedap dan terkenal di kalangan orang tempatan lah. cuma bukan tourist attraction sebaaaaab..rupanya nak ke sana sejam oi dari kuching haha. aku gelak sebab kawan aku ni takbgtau pun jauh. nasib ada geng yang boleh drive, setelah setengah jam perjalanan tak sampai2 lagi, kitorang pun macam, eh jauh ke?sekali kawan aku dengan muka sangat tidak bersalah bagitau, "memang jauh, sejam wok". daaaaa.. naseb la tak rushing, sejam pun sejam lah. sekali dah makan , ya Allah sedaaaapnye.berbaloi sangat. kitorang makan ambal kari. alah, siput buluh masak kari. tapi sedap ya rabbi!! tu dia puji melangit. memang sedap dan murah. makan untuk lima orang RM150 boleh la kannn..

hari-hari lain adalah hari bekerja. harap maklum kahkah

last day tu kitorang decide nak jalan-jalan sebelum balik ke shah alam

oleh kerana nak jimat masa, kitorang sewa kereta sekali dengan driver. senang. tiada masalah sesat. buang masa. sorang mamat hensem Chris Adam namanya sudi jadi driver kami. dia bawak alza. aku dapat rate RM190 untuk lima jam pastu dia terus hantar ke airport. oklah tu. kitorang pun bukan nak pergi banyak tempat pun, so lima jam will do lah kan? tapi itu sangkaan kami.

First Spot
Cultural Village

 
tiket masuk dewasa RM60. mahal yo
 
 
monumen

 
ada peta. takla sesat

 
opsie..muka mak jem harus la nak interframe

 
rumah ape ni dah tak ingat

 
rumah ni tinggi siot..gayat mak

 
ewah..suka ngan mural background tu. rasa2 macam nak engaged orang sarawak tolong buat mural kat dinding umah, boleh?
 
 
#selingan: ini bukan orang sarawak. aku taknak budak ni yang buat mural
 
 
 
ada demo masak kuih tradisional. achik ni jual sekali. kuih bunga sebijik RM3. tapi aku tak beli kehkeh

 
achik ni pulak tenun kain. pastu jual. smart ah..as ussual tentu la aku tak beli haha
 
 
persembahan kebudayaan
 
setiap hari jam 11 pagi  dan 4 petang diorang ada show yang berkaitan dengan kebudayaan sarawak. menarik gak.ada perfomance yang kelakar. show ni diorang buat dalam theatre hall beraircond. pergh nyaman siot setelah sejam ko berjalan dalam panas. pecah ketiak beb.
 
aku memang sajes pergi sini sebab nak keliling sarawak kompom takder masa. so better pergi sini explore ada yang ada di sarawak kat sini je.
 
kitorang spent masa sejam je kat sini sebab rushing. aku tak sajes la bawak anak kecik ke sini. dah la panas, pastu tak stroller friendly. lojik la jugak, kata melawat jenis-jenis rumah orang sarawak dah tentu la turun naik tangga. mana ada aircond. ramai gak la aku tengok baby melalak panas.
 
ada cafe dan kedai cenderamata, harga agak mahal. baik beli kat waterfront. tapi kalau nak beli kat situ pun ok gak, ada la orang2 kat situ pendapatan.
 
Second Spot
Kubah Ria
 
haaa start kat sini kitorang dah makin kurang amik gambar sebab dah macam amazing race. mengejar masa. kubah ria ni ada dua bahagian. satu pasar basah satu lagi macam pasar raya. oleh kerana aku plan nak beli cenderamata kat waterfront, aku tuju part yang pasar basah sebab nak beli hasil laut ngan terubuk masin. better beli terubuk masin kat sini sebab ikan segar dan besar serta murah. dulu peniaga2 ni berniaga kat Satok pastu dipindahkan kat kubah ria ni lah. lagi elok la tempatnya
 
 
aku pergi yang belah kanan
 
tourist guide kitorang memang sajes beli ikan terubuk kat sini sebab lagi fresh. yang kelakar tu, datang dari jauh tapi beli ikan terubuk masin kat orang negeri sembilan kahkah. pakcik ni tentera, kena hantar bertugas merata tempat kat Malaysia. last tempat dia kena transfer kat sarawak. dia suka duduk sarawak terus stay kat situ lepas pencen. dia bantai cakap nogori. ko tau je lah kata bekas tentera, dia pakat cerita la kisah zaman merdeka. tourist guide kitorang dah gelak2. dia cakap., kalau orang tua dah start citer "pada zaman dahulu.." haa panjang la kisahnye. kitorang belasah gelak bila dalam kereta la.
 
masa kat Sarawak ni aku nak makan benor sayur midin. maklumlah, sayur ni ada kat Sarawak je tapi semua kedai makan yang aku pergi either habis tak pun takder. sakit hatinyeee
 
bila aku pergi ke pasar kat kubah ria ni ada sayur midin, aku borong oiii.. siap masuk hand luggage ye sebab takut rosak. dapat gak aku makan. sedap dan nikmat haha padahal rasa macam pucuk paku je versi rangup.
 
 
sayur midin
 

 
jantung pisang RM2 je, murah siot. tapi aku tak beli
 
Third Spot
Main Bazaar, waterfront
 
nak borong kek lapis ke  cenderahati ke kat situ lah tempatnya. aku tak snap picture langsung sebab rushing oiiiii. lain kali kalau shopping sebelum balik, kalau tak memang amazing race lah jawabnye.
 
hari sebelum tu aku dah pergi borong kek lapis kat dayang salha. kawan2 aku cakap diorang prefer kek lapis mira tapi tekak aku suka dayang salhah. pergi naik sampan. RM0.50 sen sajork. kat situ ada jugak orang jual terubuk masin tapi tak fresh macam kat kubah ria. kat sana lagi murah, gemok dan fresh.
 
tip: ada owner sampan yang minta korang bayar terus RM1.00 untuk pergi dan balik. memang la takder hal, murah je tapi time balik tak semestinya ko naik sampan yang sama. maksud aku kalau korang nak naik sampan yang sama korang kena tunggu lah. kalau sampan lain yang sampai dulu takkan nak melangut je kat tepi sungai tu, dah la panasssss. so pandai2 lah ye tapi kalau korang tak kisah, bayar je lah kan.
 
 
dalam bot yang panas kihkih (alamak pakai tshirt event daaa)
 
 
lepas ni kitorang pergi kedai cenderahati kat area waterfront tu jugak. kat sini kena pandai pilih kedai lah. aku gigih masuk dari satu kedai ke satu kedai. orang kedekut macam aku kena la buat survey haha. kat sini aku borong kat dua kedai je sebab murah dan banyak pilihan. siap beli kain ela nak buat jubah haha. aku banyak borong kain sarung bermotifkan sarawak utnuk bisnes aku laa. tunggu lah bila dah siap nanti kihkih
 
 
kain sarung (harga ni mahal sikit aku dapat less than this) - ehsan google/ruby.my

 
kedai cenderahati - ehsan google

 
banyak la keychain sempoi mcm ni, RM10 utk 10 ketul, murah gak la
-ehsan google/lifelikethat.com

 
nak beli sumpit?haha -ehsan google/lifelikethat.com

 
 
lepas poket dah rabak, kita pun terus insaf. mari la kita bergerak ke airport. kang kalau terlepas naya je. lagipun masing2 dah letih haha.kata amazing race orang tua, sakit lutut la oiii
 
sebenarnya aku dah segan dengan tourist guide tu sebab dah terlajak masa. tapi tourist kitorang ni tak banyak bunyi, pasrah je bawak rombongan org tua ni kahkah. aku tanya dia, nak extra charge ke?kena clarify betul2 oi, taknak la makan duit orang. kang dia sumpah kitorang sesia je. alhamdulillah dia ckp tak kisah. tapi kitorang hulur gak la extra yang tak berapa sangat tu hahaha
 
samapi dekat airport kuching ha kau menggigil nak pack. memang dah prepare siap2 kotak, seal dan gunting, sekali barang terlebih banyak daaaa..orang kat kaunter tu siap tanya kitorang pakat borong kek lapis ngan ikan terubuk sebab nak berniaga kat semenanjung ke hahaha
 
boleh la gak kak oiii

 
 
check in
hasil tangkapan
 
 
oh ada sambutan la kat umah.bestnye hahaha 
 
laki aku siap buat sambutan kepulangan ibu kat rumah. amboi rindu benor la tu nak suruh wat kerja rumah hahaha

ohoiii panjangnye citer..kalau nak no hp tourist guide drop je komen k

kbye

Oct 3, 2013

Nyampes sangat tau (entry raya tertunggak)

#entry tertunggak, dah taip tapi lupa publish ape daaaa. abaikan je present tense to past tense itu

mana tak nyampes asik baca post jalan-jalan cari pasal tu kan?hehe. maafkan la mak hencik ni.

Bulan syawal pun dah nak habis. ni tengah gigih posa ganti lagi hacam mana nak posa enam?aduyai. raya tahun ni la paling sempoi dan semangat tak membara sangat. adakah faktor usia?hahaha. baju melayu husband dan anak-anak pun cari seminggu sebelum raya. tak pernah dibuat okeh. taubat dh. punya la payah nak cari warna dan saiz. dah la ramai orang yang perangai sama, cari baju raya last minute. giler ah bersesak-sesak. eee dah tak sangup. penat plak pose lagi lah. haha komplen mengalahkan budak. ok la tu citer sebelum raya which dah totally basi.

kitorang balik kampung sehari sebelum raya. haaa teror sangat. padahal kampung dekat je. saja nak feeling-feeling orang jauh. husband punya cadangan, aku on sahaja sebab tahun ni raya umah mertua. kalau raya umah aku tak dapat la der nak balik sehari sebelum raya. mau kena sembur ngan mak aku kihkih

 
hohomen turut meraikan hari raya. ini homen islam
 
aku gigih la beli biskut raya, kek raya nak bagi kat mak dan mertua sekali boleh plak tertinggal kat shah alam.aduyaiiiii...tu la sibuk fikir nak balik kampung je.skang ni gigih la makan biskut raya buat kudapan. husband aku tengok tv pun sambil kunyah biskut raya hahaha. kalau tak, mau carry forward ke raya tahun depan kihkih

oleh kerana beraya kat umah mertua, tak de la gambar-gambar raya sangat sebab malu nak amik gambar boleh taaaak?kat sana semua orang fokus menghidang makanan dan melayan orang datang. nak suruh amik gambar kami sekeluarga pun tak tercakap. sekali eh eh kakak ipar offer nak amik gambar kitorang sekeluarga, malu la pulak sebab satu umah tengok macam pelik. aduyaiiiii

 
malu mak tau, yang lain tgk je kitorg amik gambar hikhik
 
 
ini budak aaaa..
 
family aku pun satu hal, mentang-mentang la turn aku beraya umah mertua, diorang bakar-bakar perasaan aku dengan hantar senarai menu di pagi raya. ada udang galah menanti tetamu, tak ke sakit hati ko mendengornyeeeeeeee. terpaksa la aku buat muka seposen cakap ngan husband nak balik umah mak kejaaaaap je nak makan udang hahahaha. tu la padahnye umah parent dekat, terus start kereta balik umah mak jap dan yang penting husband aku ikot sekali kihkih. nak makan udang galah jugaaaaak ooh. gambar tiada sebab sampai umah terus mencekik. mak mertua aku cari kitorang hilang haha. pandai sangat husband aku pun hilang tak bagitau mak dia. ape daaaa

 
yey balik umah atok, kejap je sebab nak makan udang. nasib la umah mak dekat haha
 
raya kedua baru balik beraya ke sekinchan. uiihh bestnye. macam jahat sangat bunyinye. bukan tak tak best beraya umah mertua tapi diorang duduk rumah terima tetamu je, kalau parent aku balik umah opah la, g umah sedara mara beraya, baru la syok dan feeling raya. anak-anak aku pun ada peluang kutip duit raya hehe. terharu aku bila adik-adik sanggup tunggu aku balik nak amik gambar beraya cuma yang aku hangin tu sebab nak amik gambar raya pukul 10 malam. orang dah penaaat ler. choi sangat. tapi oleh sebab mak ayah aku sporting tukar baju raya, kita layankan je laaaa


 
*muka masing-masing takleh blah hikhik

Jul 19, 2013

Jalan-Jalan Cari Pasal: Cherating

Hello, hello milo hihi eh eh bulan posa daaa
 
maaf, baru nak update kisah jenjalan sebelum ini. Better late than never kan?eceh ayat penyedap hati.
 
Lepas jenjalan kat Kemaman kami terus sambung cuti-cuti Malaysia di Cherating. Biasa lalu je kat Cherating ni, tak pernah stay. tengok laut je. kali ni nak stay semalam dan tengok laut puas-puas.
 
 
Baru lepas check in, sekali bilik tak siap lagi daaaa..maklumlah cuti sekolah.orang ramai la pulak bercuti. so, kita layan laut dulu. seronoknye pantai betul-betul depan hotel. tapi pergh panasssss...*ye neraka lagi panas jadi bertahan la ye

 
kelas ucu, kemain santai lagi

 
cubaan ayah ajak yiyim melepak. eee tak payah harap la budak ni nak stay still. tu menggelupur nak berlari. budak-budak kecik ni banyak tenaga lah. tak reti penat. dapat plak mak bapak yang dah berusia memang tak nyempat la nak kejar anak. asik sakit pinggang, sakit lutut *hahaha
 
*ehsan holiday villa
 
oh syoknye layan angin sepoi-sepoi bahasa melayu...

 
amie dengan hp hello kitty, cute kan?eh maksud aku hp tu la cute.

 
bakal angkasawan negara hahaha. test pelampung untuk yiyim, pastu tak pakai pun ape daaaaa
Di sana kami menginap di Hotel Holiday Villa. Jenuh google tengok review orang. bukan apa, dah la mak encik jarang cuti-cuti Malaysia, tak nak lak duduk di hotel yang mengecewakan. sekali dah check in tak ada la hebat mana. tak leh la nak salah kan gambar kat website, dah tentulah pihak hotel bubuh gambar hotel baru. sekali masuk, usang weh. kayu dah reput. yang paling tak menahan tu, peti ais dah roboh. kedekut betul pihak hotel nak buat maintainance. aku dah cuak weh mana aku nak sumbat keropok lekor berbungkus-bungkus aku beli. jenuh susun dan sumbat, dapat gak masuk dalam peti ais yang uzur tu. ala aku lupa la nak ambil gambar. berbulu punya pasal la katakan.

 
abang bagi taklimat pada adik panduan menggunakan pelampung yang betul. syabas abang ami! lol
 
ini la rupa villa yang kami sewa. boleh laaaaa. ah gambar ni ambil dari blog aziyan. sebab as ussual la aku lupa ambil gambar, hati dah bergelora nak mandi laut. tunggu ko laut!!
 
 
tu villa suite. yang mahal hauk-hauk punya
 
ni namanya warm up. mandi kat kolam depan bilik dulu. ni pelampung masa yiyim baby, tapi dia nak pakai gak pelampung ni instead of yang biru baru beli tu. nasib la tahan. elok plak tak tenggelam.

 
amboi, sukanya amie.
 
 
ewahhhh. amacam, berseni tak gambar aku ambil? *puiiii
 
 
budak takut laut kahkahkah. jom gelakkan dia
kami lepak laut jap je sebab dah petang sangat. tak elok la duk kat laut petang-petang ngan budak. kang haaaa..malas citer hehehe 
 
ada kisah sikit kat hotel ni. masa check in tu ramai orang. jadi tak terlayan la orang kat kaunter tu. diorang janji nak bagi kupon sarapan aku petang sikit. sampai petang tak nampak pulak batang hidung orang hantar. tak per lagi. sekali aku nak call tanya, rupanya villa tu tak ada telefon ko. eee nyampah sangat. dah la receiption counter jauh. aku tenang lagi. takper, nanti nak dinner kita lalu depan kaunter. boleh la tanya.
 
sekali otw nak dinner aku tanya orang kaunter, dia kata nanti dia bagi. aku terus hmmm..dari tengah hari sampai ke malam yang kau susah sangat nak bagi ni apahal. aku malas la nak amik esok pagi sebab tempat makan jauh dari kaunter. terus aku tanya budak tu siapa nama dia. belum sempat dia jawab aku dah baca name tag dia. "oh Aizat ya. Aizat, saya nak keluar makan, saya nak kupon saya dah ready bila saya balik nanti, ok". ha mendapat lah kau aizat. nak tau, terus weh dia keluarkan kupon kosong tulis no bilik aku. terus dapat. hmmmm....
 
gambar dinner tiada sebab restoren pilihan tutup, back up restoren menghampakan. orang ramai service lambat. aku takde hal sebab faham orang ramai. makan so so je lah. adik satu rombongan keluarga ni tunggu makanan sampai sejam setengah (lebih). aku tau sebab diorang sampai dulu dari kami. aku tunggu sejam, dah abis makan, diorang punya makanan tak sampai lagi. terus makcik dalam group tu tepuk meja, berdiri, tengking mamat ambil order. haaaaa takoooot. dalam masa 5 minit makan terus sampai. alhmadulillah la makcik eh.

 
ye, ada raksasa kecil nak ambil makanan aku.
breakfast ok.walaupun tak banyak pilihan tapi sedap. itu la yang penting. kalau banyak tapi tak sedap nak buat apa. wafel dia terbaik woookkk
 
cepat makan weh kang dah panas tak leh nak terjun laut. maklumla mak encik tak tahan panas hahahaha *puiii 

 
steady lah amie

 
ni budak penakut ombak. berbulu betul aku. macam mana nak mandi laut. pujuk yiyim je setengah jam. eeee yiyim ni kan. macam mana ibu nak mandi laut nihhhh

 
ada hati nak jadi raksasa, ombak pun takut hahaha. ee jahatnye la mak kan. aku pujuk je. takde la marah. budak tengah takut nak marah pun tak guna. salah mak bapak la tak selalu ajak anak mandi laut. ha kan dah meroyan bila nampak ombak. alahai yiyim...

 
amie gak sempoi. ye lah amie dah besar. marah betul ami kalau aku panggil dia baby. ami ni abang. tapi kalau aku suruh tolong buat kerja rumah, terus tukar status "ami ni kecik lagi mana boleh buat kerja". eee mengada sangat 

 
ahad tu check out terus kami buat lawatan sambil belajar ke sunctuary penyu
 
dekat je dengan hotel. jadi marilah jadikan cuti-cuti malaysia ni bermanfaat kepada anak-anak ibu. ececeeeehhh
 
 
pengantin lama opsieee

 
baby penyu, comel sangat
 
 
telur penyu menetas.ewwwwww

 
indie band hahaha
 
masuk tempat ni tak kena bayar cuma pihak pengurusan minta pengunjung beri sumbangan. ape lagi, agak-agak lah hehe. barangan cenderamata pun ada. boleh buat kenang-kenangan gitu.
 
lepas tu, kami pun pulang ke Shah Alam.
 
sekian, karangan cuti sekolah saya.
 
tq.kbai