Showing posts with label Activity. Show all posts
Showing posts with label Activity. Show all posts

Sunday, September 4, 2016

Omega Walk - Walk Towards a Healthier Heart

3 September 2016 - Omega Walk @ Taman Tasik Perdana. 

Kami join lagi Omega Walk..kali ni terbuka untuk public..Bulan May join untuk Nestle Supermeet dan...sebenarnya pendaftaran dah tutup masa nak join tu…nasib baik, kami warga Nestle dapat email dan masih boleh masuk…tapi kena notify semula bagitau nak masuk la..selepas tu dapat kod utuk registration….Kali ni daftar untuk saya & husband je…sebab terbuka untuk 12 tahun ke atas…tapi masih boleh bawa kanak-kanak sebab ada pelbagai aktiviti yang disediakan….
Kit Collection untuk Omega Walk…
ramainya orang..lautan merah semua…zumba pun ada…memang layan habis
sambil berjalan sempat lagi berwefie….
Apasal tu Elman Adam...
Heart..dah siap jalan baru bolej collect goodies bag dan enjoy our breakfast...


ada jugak booth games untuk main…layan...


kat belakang tu orang dok sibuk zumba..
memancing pulak..setiao games dapat small token from Nestle…so, boleh cuba semua games kalau nak collect all the tokens...


muka penat semua berkerut….kesian…Event habis dalam pukul 11 pagi…tak dapat pun lucky draw…tak ada nasib….




Monday, November 4, 2013

Aktiviti dengan Jiran Tetangga


Sabtu lepas sempat bergembira dan lepas geram main bowling kat e@curve....geng-geng jiran tetangga kitorang sangat aktif…

Tapi sayangnya saya tak dapat la nak join main sebab dah tak larat dah…sebenarnya main ni kira couple husband & wife….tapi sebab saya tak dapat main, mr may terpaksa la couple dengan orang lain…wife dia pun mengandung gak…kira satu-satunya geng lelaki la….saya jadi penyokong jela…hehe

Azuin memang sangat seronok…dok berjalan dan bermain sakan….tido pun masa nak balik…tu kira dah penat sangat dah la tu….

Dan, mr may & partner dapat no 2….sebenarnya main seronok-seronok je…masa ni la nak kenal jiran tetangga……

Jom layan gambar petang sabtu tu….














Dapat no 2:)



Friday, August 23, 2013

Melawat Zoo Taiping

Cuti raya yang lepas, kami sempat bawa azuin p zoo…zoo taiping….dah lama nak p tapi asyik dok tangguh je..tangguh sampai azuin besar sikit…sekarang azuin dah pandai dan tengah nak kenal haiwan..so, memang elok la kami bawa ke tempat yang sepatutnya..boleh tengok real….tapi rasanya kalau zoo negara lagi bes la…mungkin sebab zoo Taiping ni banyak lagi ‘renovation’ yang sedang buat….kami naik tram je keliling zoo..jalan sikit je..sebab dah tak larat….
Tiket RM 8 sorang sebab tunjuk myKad..myKad mestilah warga Taiping ye…kalau tak, harga dah lain…Azuin  free je..so, total harga tiker RM16…
Ni kat luar je, berhadapan kaunter tiket….


kami naik tram...free je...kalau kat zoo negara nak naik tram kena beli tiket....

nak tunjuk tiket je...
ni lepas naik tram, kami pun jalan kat area sini je...tak larat nak jelajah semua...
azuin suka tengok haiwan-haiwan ni..dah kenal sikit-sikit...mana taknya selalu dok godek-godek ipad papa...dah macam-macam papa download untuk azuin...
kalau dah jumpa playground ni...mesti kena berhenti jap..kalau tak, azuin tak nak bergerak...padahal, kalau kat taska tu...hari-hari main playground...




Dah nak balik...azuin ok sibuk dengan jagung dia...suka sangat makan cup corn...


Lepas berpenat jalan kat zoo, kami pun lepak kat Bismillah Cendol…sedap dapat makan kat sini…kami order cendok kacang, pasembur dan laksa…sedap!! Teringin punya pasal la ni..



Monday, July 29, 2013

Belum shopping raya….

Belum sempat nak shopping bagai untuk hari raya…terpaksa on-hold ke hujung minggu ni sebab minggu lepas mr may sibuk dengan study dia….tak nak la kacau sebab kalau nak bershopping tu mesti penat…kalau penat mesti dah tak ada mood nak study….Hopefully hari Sabtu&Ahad ni sempat la cari baju raya kami…

So, memandangkan cuti tu siang tak kemana (Cuma keluar iftar je)….siang tu sempat la buat kuih raya sikit….Hari Jumaat cuti Nuzul tu sempat la buat kuih suji..dapat sebalang je….Sabtu cuti biskut raya sebab dok mengemas rumah….ahad dapat buat oat chocholate chips….yang ni saya buat dua adunan….dapat la banyak sikit untuk bawak balik kampung….tinggal nak buat buat biskut nestum dan nak tambah biskut suji je lagi.....lepas tu tutup oven……..cadangnya nak bawak balik kampung 3 jenis biskut raya untuk kedua-dua rumah….

Nasib baik azuin pun bagi kerjasama masa buat biskut tu…..azuin pun tolong sekali…..seronok kalau letak bahan-bahan dalam ‘mixer’ tu…..tapi kena ikut dia la…mana boleh biar dia buat sendiri….yang paling best azuin suka dok timbang barang..habis penimbang mama dikerjakan….diketuk-ketuk bagai….



Part membakar pulak, saya bakar dalam bilik yang kat bawah tu….sebab tak buat build in oven pun kat kitchen cabinet tu….sebab oven kan dah ada…nak bakar kat daput raa macam sempit pulak….so, letak dalam bilik la….senang..masa bakar tu, tutup pintu..bahaya kalau azuin masuk….panas tu….nanti dah setel buat kuih oven tu bakal disimpan dalam stor….azuin pun jadi tukang rasa gak…kalau dia nak makan banyak dan jap-jap mintak nak biskut tu maksudnya sedap la…..haha….

Monday, July 8, 2013

Jual Barang Pulak

Semalam, tamatlah riwayat tv Haeir 21”saya….tv yang banyak berjasa kepada saya dan keluarga kecil kami...tv ni la saya guna since kat Penang….lepas housemate keluar, barulah p cari tv baru…beli yang murah je..tak salah beli tv ni awal tahun 2009…beli kat Giant, Bayan Baru je….memang la gedabak tv ni tapi ni la yang murah yang mampu saya beli…RM260 tak salah harga tv ni…..

Lepas tu, angkut lagi tv ni p kl selepas dapat kerja kat sini….dan tv ni jugak la yang kami guna dari awal kahwin sampai la pindah ke rumah baru….tengok world cup 2010 pun dengan tv ni…..

Memula tu ingat nak jadikan tv kedua dan letak dalam bilik…tapi memandangkan saiz yang gedabak dan memakan ruang, kami pun cadang jualkan aja la…nak bagi kat family pun dorang dah ada tv masing-masing…canggih lagi…so, dari dok tunggu dan simpan baik dijualkan je…

Disebabkan semalam memang hantar ika kat TBS, Bandar tasik Selatan, teruslah kami lajak ke Bandar Permaisuri..area rumah lama kami yang best tu….cari kedai BST (buy-sell-trade)….memang dalam kepala tak fikir pun berapa dapat kalau jual ni…sebab tak tau nak letak harga….tapi harga mestilah bawah RM100kan….

Kat kedai tu memang banyak yang boleh dijual..tapi jual barang yang masih elok la..sebab dorang akan jual balik barangan tu…macam kedai barangan terpakai la….

Lepas dok ting tong ting tong, tv ni selamat dijual dengan harga RM60 je…memula kami nak jual dalam RM80…tapi Syukur lah..RM60 pun ok jugak..rezeki jugak tu…bukan apa, memula tv tu pun macam tak nak hidup je..mungkin sebab dah lama tak bukak dan dok bergoyang bagai masa pindah, naik lori la…nasib baik tv ok dah masih boleh digunakan…..

Lepas tu kami terus dok berkira-kira apa lagi yang boleh dijual…hmmmm, nak kena selongkar stor la..rasanya banyak lagi benda yang tak guna dan masih 

Tuesday, July 2, 2013

Aktiviti Minggu Lepas

Memang mengejut punya rancangan…hari Jumaat masa kat office tu mr may ada bagi cadangan nak stay kat tengah kl macam tu…nak melepak la macam tu..sambil-sambil tu boleh bawak azuin jalan-jalan gak….

Walaupun boleh je nak balik hari tapi rasa macam penat pulak….kat office tu mulalah mencari hotel yang available….memang susah gak la nak cari yang kosong dengan harga yang kami nak…yang mahal tu ada la..tapi macam tak berbaloi la pulak……tapi kat office terhad la sikit nak google sebab kerja pun banyak..kira sambil-sambil je la…lepas tu kat rumah baru cari semula….agoda, booking.com, thru hotel memang banyak yang dah penuh….nasib baik terjumpa satu bilik gak thru AsiaRoom….

Alkisahnya, kami menginap la di Grand Continental, dekat dengan Jalan Sultan Ismail gak….yang penting tempat tu dekat dengan Jalan TAR, Sogo, Kampung Baru, LRT, Monorail dan pemandangan KL yang menarik dapat kami tengok (macam tak pernah tengok je kan…hahaha)….

Hari Sabtu tu keluar rumah pun dah pukul 8.30am….hajatnya nak breakfast kat Village Park Damansara lagi…..dah lambat sebenarnya kami sampai sana dan memang tersangatlah ramai orang kat situ….nasib kami baik…senang dapat ‘parking’, senang dapat meja…takyah nak tunggu lama…
Menu saya kali nasi lemak rendang ayam….nak rasa rendang pulak….hmm, rendang memang sedap, Cuma macam tak berapa nak sesuai makan dengan nasi lemak…sebab mana nak rasa rendang lagi, nak rasa sambal lagi..tapi azuin memang layan makan kat situ….
Azuin siap buat tangan lagi..tanda sedap….azuin kongsi nasi dengan papa sebab papa order nasi lemak ayam goreng..ayam goreng memang kesukaan azuin!!
Dengan mama pulak…..sabor je tangkap gambar dengan mama taknak tengok camera pulak!!!
Lepas tu baru kami gerak ke Sogo….check-in kan lambat lagi..pukul 2 baru boleh…jadi, boleh la beronggeng kat Sogo dan Jalan TAR dulu..target nak beli baju raya siap-siap….dapat beli baju mr may dan kasut saya je….memula tu memang la dok pilih baju untuk azuin…ada la beberapa pasang jugak..tapi dok tengok kat kaunter nak bayar tu punya lah panjang, terus letak balik baju-baju tu….tak kuasa nak bertaur panjang….tersangatlah ramai ornag kat Sogo….kalau setakat beratur panjang biasa-biasa ok la…ni terlalu luar biasa……

Tapi terubat gak hati….sebab ada Erra Fazira datang Sogo…sempat la saya snap dan ambil video si Jelita ni….memang cantik…muka kurus dan runcing je….sebenarnya kalau nak bergamba dengan Erra kena beli barang kat Floor 5 ni…tapi, saya tak beli pun…tak apa la..dapat tangkap gambar dan tengok Erra pun dah cukup!!
Dalam 1.30pm baru kami gerak keluar Sogo….Terus p hotel check-in…lepas solat dan rest sekejap, dalam pukul 3pm macam tu kami keluar lagi….keluar makan kat Nasi Kandar Yaseem….saja je nak cuba sebab Iwan cakap sedap…Jalan kaki je dari hotel sebab keadaan jem yang agak teruk…..Hmmm, makan kat sini ok la…tapi bukan kategori kedai yang akan kami singgah lagi la…hehuhehu….

Dah alang-alang kat situ, dan memang dekat dah dengan monorail Medan Tuanku….terus ‘plan’ bawak azuin naik train….ni kali kedua azuin naik train…dulu naik, azuin kecik lagi…taktau apa pun..sekarang ni teruja bila ajak naik train….mana taknya, kalau dok belajar kat Ipad papa tu memang dok kenal banyak kenderaan la…..

Masa dok beli tiket tu tetiba terserempak dengan kawan masa kitorang masa kerja kat Venture dulu, Faz dan family…lama sungguh tak jumpa….yelah, saya pun dah 3 tahun lebih dah tinggalkan Venture…dah la terkejut jumpa kat situ..tak sempat nak borak lama-lama…..

Kami naik Monorail dari Medan Tuanku ke KL Central….lepas tu patah balik ke Chow Kit….seronok tengok azuin dapat naik train…..
Aktiviti petang kat hotel je….layan azuin mandi swimming pool….malam pulak rest kat bilik sebab mr may layan bola je (TRW lwn JDT)…..memula ingat nak pekena nasi lemak city garden kat kampung baru tapi dah kenyang sangat pulak…..azuin pun tido awal gak…tu yang lepak bilik jela…


Ni pulak masa breakfast….azuin layan makan tembikai….sedapnyeeeee….

Lepas makan, naik bilik terus tukar baju, mandi kat swimming pool lagi…..swimming pool kat sini cantik sebab berlatar-belakangkan klcc….kalau malam menarik la….

Tengahari lepas check-out, kami layan nasi ayam kampung Haji Hasssan kat Velodrom, Cheras….dah lama tak pekena nasi ni..dulu masa dok kat permaisuri selalu la jugak makan kat sini…sekarang ni memang susah la sikit….

Lepas tu apa lagi, kami gerak balik la…sempat la jugak singgah Fella Design….Fella Design ada warehouse sale sekarang ni 28/6/13-7/7/13……sofa memang cantik la..siapa yang minat sofa boleh la usha sini….kami cuma beli kitchen mat je….dapat murah….

Tu la sedikit sebanyak aktiviti hujung minggu kami….bila la pulak mr may nak bawak p PD ni….nak lepak kat tepi laut pulak la…..