Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts
Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts

Monday, October 10, 2016

Balik Kampung

Kali ni balik kampung dengan ETS lagi….gagah jugak la bawak 2 budak ni naik ets…berangkut bagai….seperti biasa, naik komuter Kuang dan dari Rawang baru naik ets ke Ipoh..
Kasi budak berdua ni duduk…mamanya berdiri tak apa….
excited!!tengah tunggu ets ni..kami naik pukul 3:30pm dari rawang…ngam-ngam sampai Ipoh, papa dah balik kerja…senang la sikit..
Janagn harap la budak berdua ni nak tido dalam tren ni….seronok sangat!

Jom layan gambar sepanjang kat kampung...



Danish,Adam,Azuin,Haiqal

Azuin & Mia

Saturday, September 3, 2016

Balik Kampung (30Aug-2Sept)

30.08.2016 (Selasa)
Tetiba je buat keputusan nak balik Taiping…petang tu baru beli tiket ETS..nasib baik online je…dapat la tiket malam untuk ke Ipoh..ETS pukul 9:40 malam naik di Rawang…parking kereta kat stesen Kuang dan nasib baik ngam2 ada komuter ke Rawang..sebab kami sampai kat Kuang agak lewat dalam pukul 9:10 pm...
dalam ETS…

31.08.2016 (Rabu)
lepak kat Ipoh je dulu….
sian kids sebab mama tak bawa baju mandi…ad-hoc punya pasal….kami lepak kat Impiana Hotel..
kat lobi hotel..

Tengahari tu jugak kami balik rumah Opah & Tok Yah…tapi bertiga je sebab esoknya mr may masih kerja…nasib baik tiket bas memang sentiasa ada..sejam sekali ke Kamunting...
Naik Perak Transit..Pengalaman Adam yang pertama naik bas..naik je terus senyum dan nak duduk kerusi sorang je…sian mama….bas kami naik pukul 2:30pm dan sampai dalam pukul 3:30pm…

Sampai je rumah terus nak main…opah dah simpan mainan kena bukak balik kotak ni….



01.09.2016 (Khamis)

Makan Nasi Lemak Cik Ros yang sedap..kalau balik sini mesti mak belikan nasi lemak ni…
Selepas tu kami balik ke kampung sekejap tengok dusun tokyah…
NI la pondok tokyah kat dusun…lengkap TV, katil bagai…boleh tido sini jugak...
kat dusun tokyah ni ada durina, rambutan, pokok pisang, langsat..
pengalaman pertama Adam naik moto..layankan jela cucu-cucu ni


main doktor-doktor pulak...
Petang tu pulak, ateh bawak p Ecopark Sprtizer kat Ayer Kuning…tapi dah petang sangat dan baru lepas hujan…lain kali la datang awal sikit….

Selamat Hari Merdeka Ke 59

02.09.2016 (Jumaat)
Dah nak balik rumah dah..cuti memang sekejap jela…nak kena balik Ipoh dulu sebab mr may akan ambil kat Ipoh dan kami akan gerak balik naik ETS pulak
TokYah & Opah hantar kat Stesen Bas Kamunting..dah lama tak naik bas kat sini…
Bas pukul 3:30pm..dan tak lama pun nak sampai Ipoh, Terminal Aman Jaya..dalam sejam je…
Pukul 4:30petang dah sampai..tapi memang takut jugak naik bas sebab memang laju betul..risau jugak
Azuin & Adam lena sungguh…baru j naik tak sampai 10 minit dah hanyut…penat main la tu..
Trip kali ni Azuin & Adam suka sebab dapat naik ETS & Bas…ni dalam komuter dari Rawang ke Kuang…
sayang Azuin!!


Tuesday, May 5, 2015

Balik Kampung

Kalau cakap pasal balik kampung..memang la seronok...kalau bagitau Azuin awal-awal nak baik kampung...dia asyik dok tanya je bila..nak kira hari la tu....

Kami balik kampung minggu lepas...cuti hari buruh...kali ni memang cuti panjang....so dpat la berhari-hai kat kampung....
Lena sungguh kakak & adik tido....kami gerak awal jugak..dalam pukul 2:30 pagi...tu yang terlentok lagi dua-beradik ni...gerak awal nak elak jem...tapi tak terelak gak sebab sangkut jugak dengan jem...balik kali ni macam balik raya...R&R pun penuh...susah nak masuk....kami keluar Slim River je semata-mata nak ke toilet...selepas tu masuk tol balik....nak harap R&R memang penuh la...

Sampai rumah dalam pukul 8 lebih jugak...sempat la nak beli apa patut sebab hari tu kami nak buat nasi daging...ni request dari Fatihah nak belajar masak nasi daging la...
Seronok tengok anak-anak happy...mana taknya...adam & awin dah mintak opah belikan mainan....Adam tak ada mainan pun cuma tumpang mainan Awin...dok tolak troli...

awin dengan ateh...

kat Taman Tasik Taiping ni....

Hari Sabt petang baru balik rumah maktok pulak...kat rumah maktok pun dok main sakan....
Tengok Adam tu..tudung saji pun boleh jadi tempat mainan....tak pernah jumpa macam ni....

Jom layan lagi gambar balik kampung kali ni...




Main playground kat rumah maktok...