Showing posts with label MajlisJDT. Show all posts
Showing posts with label MajlisJDT. Show all posts

Friday, June 12, 2015

Tema JDT Paling Meriah

Assalamualaikum.

Hahahahah demam JDT sampai sekarang tak hilang lah weiiihhh..Masa kak uda kahwin biasa lah kalau dah nama pengantin mesti lah ada tema colour.

Tema JDT pilihan keluarga aku untuk kak uda kahwin, kak long dengan abang ngah yang pilih.Kalau diikutkan hati aku nak pilih tema colour merah putih.Wahhh cek mek Kelate gitu.Tapi undian untuk pemilihan tema colour banyak yang mengundi JDT.Kalah aku disitu.Diorang nih memang tau.Saja aja nak bahan aku dekat group.

Lagipun kak long dengan abang ngah ia fanatik dengan bola JDT.Aku bese-bese saja dengan bola ini.Paling tidak pun aku tengok dekat televisyen je.Diorang nih sampai ke padang stadium tue.Aku penyokong negeri lain tau (dirahsiakan nanti ada kena bom kat group WatSupp).lalalalalalala.

Meh layan gambar-gambar tema JDT aku yang wala nih..

Yang ini orang kuat majlis.Paling sibuk melayan tetamu, mulut paling bising masa majlis tue tapi kak long aku sangat tabah dan baik hati.Walaupun penat still comell lagik.Hehehehehe.Tema colour JDT pun dia yang pilih untuk majlis kali ini.


Kak Long lah tempat aku mengadu segala pahit dan manis sejak arwah mak tak ada.Sentap sekejap.Kalau arwah mak ada mesti dia lah orang yang pertama happy tengok anak-anak berkumpul.

Terima kasih jugak kak long susah payah menyediakan headband yang cantik sangat.Sempat jugak kak long buat untuk dayang-dayang kampung cam kami nih.


Yang gambar bertiga nih adik aku no 8.Dia tinggal kat Bangi.Sesekali bila ada majlis mahupun kenduri baru lah kumpul sesama dekat kampung.Aku masa kecik-kecik suka gadoh dengan adik aku nih.


Bersama Abang Ngah.Orang kuat majlis jugak masa ini.Gambar berempat aku paling sedih sekali setiap kali tengok dekat hp.Gambar ini lah paling aku sentap.Teringat arwah mak.Mata masuk habuk pulak tiba-tiba :(


Bersama-sama dayang-dayang yang comel.Kak ngah,Nasuha,Suhaila Dan Nadia.Comel diorang kan.


Jangan tak sangka laki aku join sekali bergambar dengan pengantin tau.Hihihi

Enjoyyy  !!!


Buli pengantin sekejap eh..hahhahahhahha



 Bersama suamiku yang kepenatan merewang.


Manje ibu tak sihat masa tue.Dia datang pun ikut mak mentua aku.Kesian pulak tak dapat main sesama cousin makcik  masa majlis tue.Datang sekejap sangat.Lepas ambil gula-gula terus tak nak dengan aku.Badan dia tak sihat masa nih.Habis majlis aku terus bawa dia pergi klinik.Demam rupanya.Patut lah merengek je.

I love u manje Amai.


Alhamdulilah majlis berjalan dengan baik dari pagi menikah sampai lah ke malam.Syukur selamat semuanya.Cuma dalam majlis bila ada kekurangan maka semangat pun kurang.Tapi aku kena kuat dan tabah mengharungi segala kesedihan dengan tiada BONDA.Rindu nya padanya hanya Allah yang mengetahui.Hari-hari aku merindui.

Alfatihah untuk BONDA



Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, June 4, 2015

Selamat Melayari Bahtera Perkahwinan Kak Udaku

Assalamualaikum.

31.05.2015 Ahad lalu kakak aku nombor 3 selamat bernikah dengan pasangan nya iaitu Haji Bakri.Majlis dengan meriah walaupun serdehana.Tahniah Kak Uda.

Jemputan pun hanya 500 orang termasuk orang kampung, saudara mara jiran tetangga sahabat handai.Syukur alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar

Happy sangat kakak aku nih.Berseri-seri muka dia kan.Lagipun akak aku nih tak pernah nampak dia makeup.Ini lah pertama kali dia makeup over.Ramai makcik-makcik aku cakap muka aku aku nombor 3 sama macam aku.Aku rasa iyer kot.


Tahniah Kak Uda.Moga bahagia dengan Abg Haji.


Bersama Mak Andam.Tudung kuning tu lah kawan aku masa sekolah.Now job dia Andaman Nanies sepenuh masa.Cantik dia makeup.Orang Batu Pahat nak makeup dengan kawan aku nih bole lah cari Nanie iyer.


Tok Kadi yang menikahkan aku dulu iaitu Haji Maklom.Orang Parit Mahang, Senggarang.Kelakar tau Haji Maklom nih.Lama tazkirah dia baca depan haji tue.


Haji berdebar-debar dah masa nak dinikahkan.Dup..dupp..dappp..dappp.


Si pengantin bersama adik ipar.Tak menangis setitik pun akak aku nih.Syabas !Time aku dah melalak tau disaat nak jadi isteri orang.Sedihhh weiiii.Kalau ada arwah mak mesti dia happy tengok akak aku nih.




Selamat sudah.Sah korang jadi suami isteri.Amin.


Seisi sain menyain dokumen.


 Gambar bersama makcik dan pakcik belah arwah mak.


Pengantin diapit oleh Kak Long dan Abang Ngah.

Terima kasih semua yang menjayakan majlis perkahwinan kakak aku nih.Sayang korang.Walaupun majlis sederhana tapi dia punye meriah jangan cerita lah.Seronok dapat berkumpul dengan sauadra mara itu yang meriah dan happy !!


Terima kasih sudi baca !