Showing posts with label Amai. Show all posts
Showing posts with label Amai. Show all posts

Thursday, July 28, 2016

Perkembangan Amai melangkah 3 Tahun..

Assalamualaikum.


A. PERKEMBANGAN FIZIKAL

1. Sangat aktif, suka berlari dan melompat. Sekiranya berkemungkinan, ibubapa perlu menyusun atur rumah agar ada ruang yang membolehkan anak-anak bergerak tanpa rasa bimbang berlaku kemalangan dan kecederaan. Membawa anak ke taman permainan adalah satu langkah yang bijak. Di situ anak-anak dapat melakukan berbagai-bagai aktiviti fisikal di bawah pengawasan ibubapa.

2. Anak-anak di tahap ini belum dapat mengawal pergerakan otot-otot, sehingga mereka tidak dapat duduk diam dalam jangkamasa yang terlalu lama. Jadi, sia-sia saja kita meminta mereka duduk diam. Yang lebih baik ialah membiarkan mereka meneroka persekitaran sambil kita mengawasi mereka.

3. Sekiranya anak-anak mula menunjukkan tabiat suka memegang kemaluan anda tidak perlu risau, segera dapatkan nasihat doktor, anak anda mungkin sedang mengalami gatal ruam atau masalah kulit disekitar bahagian tersebut (di atas faktor kebersihan). Sekiranya tabiat ini berlarutan juga, jangan halang tetapi alih perhatian anak anda dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan menarik minat mereka.



B. PERKEMBANGAN MENTAL

1. Daya konsentrasi sangat pendek dan mudah merasa jemu..

2. Rasa ingin tahu anak-anak di tahap ini sangat tinggi. Ibubapa perlu mengambil kira jenis alat permainan yang hendak dibeli. Permainan yang sesuai ialah permainan yang merangsang kreativiti anak-anak selain harus menarik dan tidak mudah rosak, Ajar anak menggunakan pancaindera (mendengar, melihat, menyentuh, mencium dan merasa). Libatkan sebanyak mungkin pancaindera anak dalam aktiviti seharian mereka misalnya: mendengar bunyi binatang, membawa mereka ke taman untuk melihat berbagai jenis haiwan dan sebagainya.

3. Perbendaharaan kata mereka masih terbatas di tahap ini. Gunakanlah kata-kata yang sederhana dan konkrit, baik ketika bercerita ataupun ketika bercakap dengan anak-anak. Jangan menggunakan perkataan yang abstrak misalnya: tanggungjawab, keselamatan, kebenaran, keadilan dll. Adalah lebih baik menggunakan perkataan yang disertai dengan contoh-contoh kehidupan seharian.

4. Pemikiran anak-anak di tahap ini sebenarnya lebih cepat berkembang berbanding dengan kemampuan untuk bertutur. Sebab itulah anak-anak sering didapati tergagap-gagap ketika bercakap. Ibubapa harus peka terhadap situasi ini dengan menunjukkan perhatian dan kesabaran. Bersedia untuk menjadi pendengar tanpa tergesa-gesa ataupun memaksa anak bercakap dengan lebih cepat.

C. PERKEMBANGAN EMOSI




Menyukai suasana yang sudah dikenali dan takut pada suasana baru atau orang asing. Sekiranya anak sentiasa dibawa bergaul dengan orang sekeliling, perasaan takut lama kelamaan akan hilang.

D. PERKEMBANGAN SOSIAL

1. Sifat dependent masih tinggi, namun kadang-kadang anak juga ingin menonjolkan sifat kemandirian. Biarkan anak melakukan sesuatu yang mampu ia lakukan sendiri.

2. Egocentric. Anak-anak di tahap ini cenderung memperlakukan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya sebagai suatu benda dan bukan sebagai individu. Ia belum boleh bermain “dengan” kanak-kanak lain dalam arti kata yang sebenarnya. Oleh itu, ketika bermain dengan kanak-kanak lain, perlu ada pengawasan dari orang dewasa supaya tidak terjadi keadaan di mana anak kita akan menyakiti anak-anak lain.

3. Suka mengatakan “tidak” dan memang dalam usia ini anak bersikap “menentang”. Selain itu anak juga seringkali “menguji” persekitaran dan orang-orang di sekelilingnya. Anak-anak perlu mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh dilakukannya. Tingkah laku mereka itu pada hakikatnya merupakan suatu usaha untuk mengetahui apa yang boleh atau tidak boleh dilakukannya. Oleh karena itu ibubapa harus tegas, jika perlu, berikan hukuman yang sesuai dengan tahap umur mereka bagi kesalahan yang dilakukan supaya mereka tahu bahwa yang dilakukannya adalah salah.

E. PERKEMBANGAN ROHANI (SPIRITUAL)

1. Meniru tingkah laku orang dewasa, Sikap dan tingkah laku ibubapa harus membuat mereka memahami tentang ajaran Islam. Bermakna setiap perbuatan kita harus dikaitkan dengan ajaran Islam, seperti solat, berdo’a sebelum makan, membaca bismillah sebelum membuat sesuatu dll.

2. Anak juga berkembang dari segi rohani. Oleh itu, ibubapa perlu menolong mereka untuk menyedari tentang kewujudan Allah dalam setiap aspek kehidupan. Dengan demikian mereka akan belajar bahwa sekalipun Allah tidak dapat dilihat tapi Allah ada. Bermakna dalam setiap aktiviti kita seharian, ibubapa perlu mengaitkannya dengan kewujudan Allah.

AKTIVITI YANG SESUAI UNTUK ANAK-ANAK DI TAHAP INI




Secara fizikal, anak-anak yang berumur antara 2-3 tahun adalah anak yang suka bergerak, berlari, melompat, memanjat dan tidak boleh duduk diam untuk jangkamasa yang lama. Namun mereka cepat letih karena otot-otot belum berkembang dengan sempurna. Mereka belum dapat melakukan pekerjaan yang rumit. Ibubapa perlu menyediakan aktiviti dan permainan sederhana yang dapat anak-anak lakukan. Beberapa aktiviti yang sesuai untuk anak-anak di tahap ini ialah:

1. PERMAINAN BLOK
  Gunakanlah blok-blok kayu/plastik, dan ajaklah anak-anak untuk menyusun blok-blok tersebut menurut imajinasi mereka sendiri. Biarkan mereka membuat bentuk menurut keinginan mereka, Permainan ini selain dapat merangsang perkembangan otot-ototnya, juga dapat membantu meningkatkan daya imajinasi mereka.

2. PUZZLE

Puzzle adalah permainan yang menyusun suatu gambar atau benda yang telah dipecah dalam beberapa bahagian. Jangan menggunakan puzzle yang terlalu rumit, tapi gunalah yang sederhana yang terdiri dari 5-10 keping, sehingga anak-anak dapat menyusun
dengan mudah.

3. MELUKIS
Sediakan kertas dan crayon dan biarkan anak-anak membuat gambar dan contengan menurut imajinasi mereka, walaupun pada tahap umur ini biasanya anak-anak masih belum melukis dengan sempurna.

4. MENAMPAL

Gunakan gambar-gambar sederhana yang telah dikenali oleh anak, misalnya meminta anak menampal “mata ikan” pada tempat yang sesuai. Boleh juga diberikan beberapa keping gambar dan minta anak menampalkan mengikut keinginan mereka sendiri, misalnya gambar
seorang gembala, seekor anjing, dan 3 ekor anak lembu serta sekeping kertas hijau berbentuk padang rumput yang luas. Aktiviti ini boleh juga disertai dengan aktiviti mengira. Selesai menampal gambar ajaklah anak mengira jumlah anak lembu, anjing dsbnya.

5. MEWARNA
Sediakan kertas dengan gambar di atasnya, pensil warna, atau crayon. Mintalah anak-anak mewarnakan gambar tersebut. Walaupun mereka belum dapat mewarna dengan sempurna, tapi aktiviti ini dapat melatih kepekaan mereka terhadap warna.

Itulah di antara beberapa aktiviti yang dapat dilakukan oleh anak-anak yang berumur 2-3 tahun. Semoga idea ini dapat membantu ibubapa sedikit sebanyak dalam melayani dan merangsang perkembangan anak-anak.


Alhamdulilah...bulan 10 nanti genap lah manja ibu 3tahun..*_________*



Terima kasih sudi baca !!!


Tuesday, January 5, 2016

Ibu...Nih...Tajam..

Assalamualaikum.

Hari tue mak mentua ajak pergi kedai bunga..Dia nak beli tanah bakar dan gambut untuk tanam pokok bunga yang baru nak disemai..Mak mentua aku nih peminat bunga..Kalau korang tengok halaman rumah aku penuh dengan bunga..Rajin dia..Kalau aku nak menyiram pokok bunga pun tak ada masa tau..Menanam pokok bunga salah satu hobi mak mentua aku..

Amai paling banyak persoalan setiap kali sampai sini..Ibu nih apa??Ibu...Tajam...tajam...Selagi tak bagi jawapan selagi tue lah persoalan demi persoalan..


Amai paling excited setiap kali sampai kedai bunga apek nih..


 Ibu..tajam...tajam...sakitt Ibu...



Tengok lah muncung tue...bole ikat dengan tali tau.. !!!


Cactus salah satu tumbuhan yang paling aku suka tengok...



Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, October 22, 2015

Amai 2 Tahun

Assalamualaikum.


Hari nih genap Amai 2 tahun 22 Oktober 2015.Alhamdulilah.Allah masih panjangkan usia anakku ini.Diberikan kesihatan dan kesempurnaan yang melimpah ruah.Terima kasih ya allah meminjamkan aku kanak-kanak secomel Amai.. T_T

Rindu Amai masa baby... Tahun ini insyallah ada hadiah dari kami.Ibu dan Ayah dah planning hadiah untuk awak sayang.


Selamat Hari Lahir Kesayangan Aliya Maisarah aka Amai.Awak kesayangan Ibu dan Ayah selalu. Moga sihat ceria jadi anak yang soleh dan bijak.

Besok kita potong cake panggil cousin, aunty uncle makan sesama iyer... 



Terima kasih sudi baca !!!

Friday, October 9, 2015

Bila Anak Kemaruk Youtube

Assalamualaikum.

Amai ketagih tengok Youtube!! Macam mana nih?Risau sangat !

Jangan terkeut, kanak-kanak kini bukanlah seperti zaman dahulu yang suka bermain di luar.Jadi bagaimana untuk menangani perkara ini.


Kalau tengok ipad orang pertama dia cari gambar dekat situ ayah !!! ayah!!! kalau time makan pun panggil ayah akannn!! ayahh aakann!! lagi 2 minggu besday minah nih macam-macam dah prepare tau manje :) 


1. Tonton bersama anak.
Hal yang paling mudah yang boleh dilakukan adalah menonton video bersama anak.Ini juga menjadi waktu yang tepat untuk berdiskusi bersama anak.Tanyakan hal-hal yang ingin mereka pelajari.Jika anak masih kecil,bantulah memasukkan kata kunci yang tepat.Kegiatan ini juga akan membantu si kecil unutk memilih tontonan yang mereka pilij.Jika anak memiliki youtube kegemaran mereka kenali personaliti tersebut.

2.Tonton sendiri.
Jika anak tidak mahu ditemani ketika menonton video, anda mungkin boleh membiarkan dia menontonnya sendiri.Tanyakan nama pembuat video cari dan tonton sendiri.Apa yang boleh anda lakukan?Anda boleh memberi nasihat setelah menontonnya seperti nasihat tentang teknik bahan mahupun isi pembelajarnnya.

3. Jadilah detektif handal.
Kadang-kadang anak menonton secara diam-diam.Meskipun anda menghargai privasi anak anda harus tetap memeriksa apa yang mereka tonton.Lihat watch history atau rekomendasi video.Bila history telah dihapus anak benarkah ia menonton video untuk belajar?Atau ...jangan-jangan mereka menonton yang lain?

4.Subscribe.
Ajak anak mendaftar ke channel video kesukaannya.Dengan begitu dia tidak perlu mencari-cari lagi channel tersebut ketika ingin memonton.Dengan ini kita juga akan mendapat pemberitahuan ketika ada video baru tiba.



Manje kalau tengok youtube upin ipin kawan dia.Satu hari tak tengok tak sah.Satu hari boleh ulang 2 3 kali.Aku pun naik jemu.Kalau dah bosan upin ipin tukar cartton Robocar Poli.Itu je lah cartoon yang dia suka tengok dekat ipad.Hrmmmmmm...




Thursday, October 1, 2015

Cara Pujuk Si Kecil Yang Suka Baling Barang

Assalamualaikum.

Kenapa anak suka baling barang?Amai salah seorang daripada kanak-kanak yang suka baling barang.Kadang aku boleh jadi hulk sekejap tengok telatah dia nih.Pantang nampak apa sahaja baran di hadapanya pasti dia akan cuba membalinnya.

TAPI jangan sesekali marah padanya mahupun sekat kelakuanya.Si kecil ini sedang meneroka apa yang akan dan terjadi di sekelilingnya.


Bagaimana ingin memujuk anak yang suka baling barang ini?


1. Pegang tangannya.
Sebelum si kecil melontar barang segera pegang tangan dan ambil barang yang dipegangnya. Gantikan barang yang kan dilempar dengan permainan yang lebih sesuai seperti bola plastik.Elokk alihkan perhatiannya dengan mengajak anak bermain dengan permainan yang baru anda berikan.

2.  Jangan jerit
Jika anda selalu menjerit untuk mengelakkanya melempar barang anak akan belajar bahawa melempar sesuatu boleh digunakan sebagai cara mengancam anda apabila keinginanya tidak dituruti.

3. Pandang matanya dan berkata
Si kecil pada usia ini tidak akan mendengar bebelan ibu.Sebaiknya pandang mata, pegang benda yang ingin dilemparnya dan katakan, "Ini tidak boleh dibaling, rosak nanti ".

4. Lontar bersama
Anak akan lebih cepat belajar tentang benda yang boleh dibaling apabila dia melihat objek tersebut. Sediakan barang-barang yang boleh dilemparnya.

5. Konsisten
Jangan mudah tergoda dengan rengekan anak yang gemar melempar. Jika anda sudah melarang jangan sesekali izinkannya membaling. Singkirkan barang-barang yang berbahaya yang ada berhampiranya.Katakan berulang alik.

6. Suap atau berhenti
Jika anda suka membaling makanan yang sedang dimakan, jauhkan makanan atau peralatannya setelah selesai makan.Kalau baling makanan ketika sedang makan, terus angkat pinggan dan jauhkannya.Ada baik nya ibu menyuapkan anak makan sehingga selesai.


7. Cuba masuk dunia si kecil
Kenal pasti sama ada sedang memenuhi keperluannya untuk melempar atau sedang marah.Jika dia membaling kerana marah, peluk anak sehingga dia tenang.Bila anda sudah boleh bercakap, tanya punca amarah.

8. Pujuk dan lakukan bersama
Jangan memaksa anda mengutip barang yang dilemparkannya dengan emosi marah. Lebih baik anda pujuk dan ajak. " Sayang, mari kira cari kotak merah yang kamu baling tadi. Masukkan dalam kotak semula ya "





Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, August 18, 2015

Amai Si Rambut Toncet

Assalamualaikum

Baru sekarang lah si kecik nih nak bertoncet kalau tidak memanjang melalak saja.Sikit-sikit Ibuu buka...buuu buka lambut.Dalam perkataan ada lah pelat-pelat lorat dia walaupun tak berapa jelas tapi Amai cepat faham apa yang ibu dia cakap.

Manja Ibu dah 1tahun 8bulan.Sekejap rasanya awak membesar sayang.Bulan October genap lah awak 2 tahun.Macam-macam fikiran Ibu nak beli hadiah untuk awak tau !!.


Hug and Love U Sayang !!!




Lagi satu Amai nih kalau tidak ditoncet kan nampak sangat macam bayi lelaki.Hihihi.Bertoncet nampak sikit keperempuan awak tue..Hahahahahaha.


Nampak tak bos kecik toncet nak duduk belakang.Amai dah suka duduk belakang kalau aku drive lagi-lagi banyak mainan dekat kerusi belakang kereta aku nih.Dah serupa taska pun iyer aku rasa.

 My Love !!

Anak Rimau...Auwww..Auwwww !!!


Si toncet nih sibuk buuuu...nak tekannn...buuu nak tekan...


Amai suka berkawan sebenarnya.Duduk rumah tinggal sorang main pulak dengan mak mentua aku..Hrmmm lagi lah Amai cepat bosan.Kalau ada Shidah dengan Akim datang rumah aku dengan laki aku pun tak layan.Susu dengan makan pun dengan Shidah.Dengan ibu memanjang..nanakkk...nanakkkkk.




Amai anak ayah.Kalau berjalan sekarang Ayah lambuttt...ayah lambuttt..Makna nya nak ikat rambut si kecik nih.

Ramai kawan-kawan dok tanya aku bila sampai kedua.Hahahahaha.Nanti lah dulu tunggu Amai besar sikit bagi puas-puas sayang Amai nih nanti dah jadi kakak senang sikit Ibu.

Insyallah semoga Allah pertunaikan..




Terima kasih sudi baca !!! 



Saturday, March 8, 2014

Amai 4 bulan

Salam,

Sekian lamanya tak menulis.Ini lah jadinya.banyak sangat idea nak menulis,tiba2 lupe plak..hihi

Alhamduliah..cepat masa berputar dan masa berlalu.baby dya dah mencapai empat bulan lebih.Situasi dah berubah-ubah.Yang paling ketara bila nak menonton tibi semuanya dah tolak ketepi.Balik kerja urusan baby dulu baru lah urusan kerja rumah.Nasib baik ada mak mentua bole tolong masak setiap hari.hehe..masa terlalui mencemburui dya sekarang tau.Walaupun letih tapi dya bahagia dengan kehadiran si comel nih tau :)


mummy bertambah jatuh cintan beribu2 bila sudah menunjukkan reaksi senyuman yang menawan
hihi

pengarang jantung mummy amai nih :)
 
amai dah pandai bermain dengam objek sendiri.

Amai pun dah pandai mengangkatkan kepala dan bahunya seberapa tinggi dan menggunakan lengannya untuk mengampu dan menahan.Bila berpusing dari baring telungkup kepada telentang maka tidur lah amai dengan lenanya.Kadang kala sampai 1 jam dya biarkan dia tidur cam tue tau


 Nota : lain kali update pic baby amai lagik iyer..oleh kerana tak tulis..jadi blur plak..hihihi

Saturday, November 23, 2013

Alhamdulilah... Amai dah sebulan pun..

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulilah tuhan mengurniakan baby perempuan yang sihat dan sempurna..Dah sebulan lebih Amai telah melihat dunia..Rasanya cepat sangat 9bulan berlalu..Windu this moment :)

Perkembangan Amai dah kuat menyusu sekarang nih.dia dah kerap 2 jam nak nenen.hihi.Masa baru2 nak tido tak lena Cik kiah oi..tapi sekarang dah bole lelap..baru2 jek kekok sikit.Kalau nak nenen dia hisap nenen sikit jek..Bila dah besar sikit situasi dah ok ..dh pandai dya menguruskan Amai.. 

Sekarang kena praktis sebab dya dah nak naik keje tak lama lagik.. Kalau tidak confirm tido tak cukup.hihi.Sekarang Amai cuma berjaga pukul 3 dan 5 pagi time tue dia nak nenen dan tukar pampers.Kadang kala Amai kembung..time tu lah merengek sampai pagi bunyi lah eeek..hookk..eeek..hook..Kalau menangis tak berhenti..gamat lah umah.Baiknya Amai nih menjerit time nak nenen jek.time mandi..main sorang..dia senyap..Nasib baik kerenah tak banyak..harap4 kekal lah sampai kamu besar iyer sayang..

Moga anak mummy jadi anak yang baik iyer..tak lama lagik mummy dah naik kerja..kamu tinggal lah dengan daddy sementara waktu nih..

Minggu depan Amai kena injection untuk sebulan..mummy plak yang bedebar2..kesian kamu kena cucuk sayang..






Monday, November 11, 2013

21days berpantang berlalu sudah..


Assalamualaikum...

Hari demi hari nak update blog tak sempat..betul kata orang..bila dah ada orang baru dalam kehidupan semuanya berubah..Nasib baik si kecik ni lena tido.bole lah layan blog..Windu nak menulis..

Dya berpantang di rumah mak mentua..Mak dya tak berapa sihat nak jaga makan minum dya..tapi bila orang lain yang jaga..rasa janggal.why?semuanya kena control.Kalau dengan mak sendiri bole ngada2 gedik..semuanya bole..tapi beza dengan mak mentua semuanya di jaga rapi dari segi makan,minum,mandi,pakaian,berurut..dya nak ke tak nak kena lah ikut..Badan nak guna lama sayang oiii..

Dari segi mandi..pelbagai daun mak mentua bubuh daun jambu,serai wangi,daun mengkudu,limau purut,pandan wangi,daun lengkuas,buah lemon..Ni dya mandi selama seminggu..syok giler..Satu bilik air bau lemon...besh !

Dari segi pakaian cam bese lah..berstokin siang malam,berbengkung pun sama..Panas weii!Param Dan pilis cam bese WAJIB pakai setiap hari..dya pakai param dan pilis 2 minggu jek..pas tu tak Ada displin dah..(jangan ikut tau..nyesal nanti).

Bab makan lagi lah pantang mak mentua dya..wlupun pantang makan sangat3 lah menyelerakan sangat..Mak mentua cook is the besh ! Lazat ! Lauk ni lah ari2 sampai lah ke ari ni..Terima kasih mak sudi jaga dya sampai ais pantang..waktu pagi dya akan minum milo,vico dan hocliks je..biskut dan roti makan bila waktu lapar..yang lain dya memang tak ada sentuh..Yang penting kena rajin makan nasi dan tambah lobak putih untuk menambah susu badan ..sure air nenen melimpah ruah :')









Tuesday, November 5, 2013

Selamat Melahirkan Bayi Perempuan..Alhamdulilah..


 Asalammuailaikum      
                                                                                                                               
 Setelah 9 bulan me bawa perot ke sana ke mari..Maka lahir lah bayi perempuan sulong kami..pada 22/10/2013..Pada malam Isnin dya dah mula rasa sakit dalam jam 12am-2am..Masa tu en.somi siap
gelak3..curi3 pandang tgk dya sakit tipu atau betul.But dya rasa true nak bersalin coz masa kencing dah keluar tanda lendir merah.Dya pun teringat bila baca blog kawan2.. Tu lah sinstom yang pertama jika nak bersalin.Sakit dah mula kerap dan kerap..Baca surah Nabi Yunus sambil menahan."iyer ke aku nak bersalin nih..nebes,takut semua ada.Tapi en.somi lah penguat segalanya..Malam tu dya siap tido sambil menahan sakit.Dan keesokan harinya jam 6:30am bangun..nak solat subuh tapi sakit makin kerap dan kerap..tgk muka en.somi tido lena..tak apa lah aku masih bertahan lagik ni..kang pergi awal hospital diorang pun tak bole buat apa..Jam 8:00 kejut en.somi "b yah dah nak salin lah ni..dah makin sakit.." terus bangun siap mandi.Baju Dan keperluan baby dah siap awal3.

Mother in law sempat rebus telur setengah masak walhal dah sakit dah time tue..Mintak maaf dgn mother n father in law,halal kan makan minum.dosa yang tak disedari.Balik umah mak sekejap,mintak maaf banyak3..kesian tgk mak demam.."dalam hati tak dapat nak rasa mak sendiri jaga aku nampaknya.."cium mak pun dah rasa sedih..

Bila dah Mohon maaf semua..dengan en.somi pun dya Mohon maaf..Sedih,takut pun ada..tapi en.somi macam tak peduli je masa dya Mohon maaf..bukan apa..en.somi takut dia yang touching lebih..emosi x tak terkawal...kang dia plak yang emo..hihihihi..

Sampai Hospital Nora Ismail jam lebih kurang 9lebih..Terus pergi dewan bersalin.Pergi check bukaan dah 4cm masa tue..Kawan baik masa satu  kilang yang check dya time tue.dah jadi senior rupanya kat sini.lega sikit.."ko beranak dalam hari ni..tengahri kot ko dah selamat"dalam hati iyer ke aku nak bersalin ni"?Kawan dya cakap tak perlu takut dan bimbang..baca selawat semuanya ok..Lepas ambik darah Kawan dya masuk kan dya di wad 9..Sebab Dewan bersalin ramai orang..dya masuk wad 9 tak sampai setengah jam dah rasa Sakit..nak terberanak rasanya..Bila cakap dengan sister.terus dia masuk kan ke Dewan bersalin..masa tu feel malu..buka semua bawah dah tak heran..yang penting dya  dah nak bersalin..Sakit macam nak mati..

Dya masuk dewan bersalin lebih kurang 11:45am..Sakit Nya Allah taala yang tahu..Bila en.somi datang ke kamar bersalin..lega sikit rasa sakit tue..sebab dia je lah kekuatan dya ketika tue..Bagi semangat..Dan kata3 yang bole rasa Cepat nak bersalin..

Tepat pada 1:34pm 22/10/2013 lahir lah puteri sulong kami..seberat 2.7kg..