Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

16 April 2011

sticky chicken pulak kali ni.. yaa.. tetap melekit macam dulu

sepatutnya chun nak buat durian cheesecake. dah lama teropong kat rumah-rumah otai. durian dah siap beli kat pasar malam. sanggup tak makan gara-gara tunggu nak buat ciskek. cheese pun dah dikeluarkan dari esbok. santan pun dah ada. bila doh prepare bahan,  rupanya telur tak beli.. arghhhhhhhhhh... korang tak tensen la kalau macam tu. hangin wehh.. selalu memang stok telur penuh dalam esbok tu. nak keluar pun malas ni. errr.. pakcik kedai tak buat delivery ka???

terus takda mood nak masak. tapi perot lapo lak.  pikir apa nak makan, cuti-cuti ni keja nak cari makanan yang boleh dimasak dengan senang saja. sepatutnya time-time cuti la pulun masak bermacam jenis, test resepi ka, tapi bila malas datang tu, bak kata orang utara, sekupang pun tak guna.


ni kali ke berapa ntah buat sticky chicken nih. cuma kali ni guna semua part ayam jer. tak macam dulu, cuma guna chicken wings. mahal bebenor ler chicken wings sekarang yer. tak sanggup den nak perabih duit banyak-banyak. jimat sikit kalau guna ayam sekor tu.

dan yang paling best, makan bawang putih tu. bila dah jadi caramel sticky macam ni, garlic pun dah jadi power. err.. no wonder i tak minat vampire. waima damon salvatore sekalipun. even though he look yummeh.  i just luv garlic..muehehehehe 

ni den kopipes dari myresepi, dari mutiarazura
bahan-bahan

  • 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
  • 1 sudu besar halia dicincang
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/4 cawan (60ml) madu 
  • chun tambah beberapa titik sos seasoning maggi

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
  2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
  3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!
* selalu chun tambah air 1 cawan untuk bagi semua ayam tu empuk semasa step no 2. biarkan hingga air kering.

    19 February 2011

    sticky chicken wings : sayap ayam melekat lekit

    resepi ni chun google dah lama. siap simpan dekat desktop. takut lupa dah payah la pula nak cari dah. bila tengok ramuannya, semua kebetulan ada dalam stok. jadi perlu cari sayap ayam saja. sangat tak suka bila makan di pizza hut, chicken deli wings tu selalu rasa tak sama. kadang kering rentung ayam tu.

    bila dah jumpa resepi mudah dan memang popular pun kat my resepi nih, rugilah kalau tak buat kan? nak ratah pun menarik nih. chun makan dengan mee udon yang digoreng dengan kicap dan sawi. tak perlu nak panggang atas bara api atau dalam oven.

    resepi  dari mutiarazura @ my resepi.
    bersedialah untuk melihat resepi baru ini semasa bbq hari raya nanti wahai adikku, nuon :-p


    chun kopipes saja. thanks for the lovely recipe ya :)

    bahan-bahan
    • 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
    • 2 sudu besar minyak masak
    • 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
    • 1 sudu besar halia dicincang
    • 1 sudu besar sos ikan
    • 1 sudu besar kicap
    • 1 sudu besar sos cili
    • 1/4 cawan (60ml) madu 
    • chun tambah beberapa titik sos seasoning maggi

    Cara-cara

    1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
    2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
    3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!


    29 December 2010

    ayam paprik mudah

    baru setahun ni rasanya cek chun kenal daun salam thai (thai basil leaf). punya aroma yang sunggoh mengasyikkan. selalu nampak dijual di pasar malam, seringgit secekak. diikatnya dengan getah. nak makan macam ulam, tak gamak rasanya. bau wanginya tu kuat sangat. kalau masukkan dalam masakan barulah tekak boleh terima. paling best masukkan daun ni dalam laksa siam. huh. masyuk la. makan bertambah punya.

    sebenarnya takde idea nak masak apa. ini kes hentam saja la labu. janji nampak ala-ala paprik. selalu paprik ada serai dan daun limau purut, my version tarak ini benda. nama pun mudah kan :p

    bahan-bahan
    • 2 bahagian ribs - suka bahagian ayam ni sebab ada isi dan tulang.
    • 1 tomato - belah baji
    • 1/2 karot - hiris nipis-nipis 
    • 3 camb sos cili pencecah keropok lekor - yap, nak mudah kan? :p, kalau takde, guna la cili kering yang di blender
    • 1 camb sos tiram
    • 1 camb sos seasoning maggi
    • garam
    • lada hitam
    • beberapa helai daun salam
    • 2 bawang putih - dadu
    • 2 camb minyak masak
    1.  panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kuning. 
    2. masukkan sos pencecah, kacau hingga garing dan masukkan ayam. goreng hingga hampir masak. masukkan sedikit air. 
    3. letak semua bahan perasa. masak selama 5 minit dan masukkan daun salam. kacau sebentar.

    12 October 2010

    ayam kicap va va vumm

    masakan paling chun suka. hari tu masa ronda kat blog ummi, nampak ayam sos hitam berampai nya. mengancam sungggoh rupa masakan ummi. tapi ayam kicap chun ni memang sempoi dan simple habis. nak buat pon senang. rasanya semua orang pon tau buat kan? sayur-sayur tambahan tu cuma bergantung pada apa yang ada dalam peti sejuk saja.
    bahan-bahan
    • 5 ketul ayam - suka potong kecil-kecil dan goreng garing
    • 1 inci halia - julienne
    • sedikit air asam jawa - chun guna adabi paste
    • 1 batang leek - potong serong, panjang-panjang
    • 1 tomato - potong baji
    • sedikit daun sup - potong 1 inci panjang
    • 2 bawang besar - potong bulat, tebal
    • kicap secukupnya
    • garam, lada hitam, serbuk ikan bilis
    1. goreng halia dan bawang besar, masukkan kicap dan sedikit air. kacau rata dan masukkan pes asam jawa.
    2. masukkan semua perasa dan kemudian ayam.
    3. masukkan semua sayuran yang digunakan.
    * leek kaya dengan anti oksidan yang dapat mengurangkan level kolestrol dan darah tinggi sekaligus mengurangkan risiko sakit jantung. boleh di simpan di dalam peti sejuk hampir sebulan - sumber: Woman Weekly

    29 September 2010

    puyuh goreng berempah

    lama tak makan burung puyuh ni. baru-baru ni, abah bli di pasar malam. 6 ekor rm10. mahal ke murah harga camni? tapi kalau puyuh yang dah siap masak, mau dekat rm4 seekor kan. bila dah buat sekor-sekor macam ni, nampak buruk la pulak..hehehe tapi bila dimakan tetap power.

    bahan-bahan
    • 6 ekor puyuh
    • 2 bawang besar
    • 3 bawang putih
    • 2cm halia
    • 2 batang serai
    • 2camb rempah kari daging
    • tepung goreng ayam - tak kisah apa brand pon
    1. semua bahan diblender halus dan diperap bersama puyuh. lagi lama lagi bagus. simpan jer dalam peti sejuk.
    2. sebelum menggoreng, taburkan tepung goreng ayam. kacau rata.
    * chun tak guna garam sebab tepung goreng sudah masin. brand yang digunakan ialah Bistari.

    21 September 2010

    dumpling ayam

    kebanyakkan resepi chun banyak yg cut short nyer bahan dan juga cara memasak. oleh sebab kekangan kerja, masa tu sangatlah berharga. kena baget masa cukup-cukup. tapi rasanya semua orang macam tu kan. kalau boleh nak masak benda yang senang dan cepat disediakan.

    dumpling ni memang selalu chun buat. bergantung pada bahan yang ada. selalunya guna isi udang atau isi ayam. semua dicincang halus dan di gaul bersama minyak bijan - selalunya 2-3 titik sahaja, halia yang dicincang, garam, gula, black pepper, water chestnut, di cincang - 2-3 biji dah memadai dan daun bawang atau daun sup. kacau rata dan biarkan selama sejam baru masukkan dalam kulit wantan.

    wantan yang dah siap boleh di kukus, goreng atau di buat sup. sup pon senang saja, cuma rebus tulang ayam dan masukkan perasa. rasanya semua orang punya cara tersendiri untuk menjadikan sup mereka sedap. ada yang letak lobak merah, seleri dan halia. bergantung kepada cara anda sendiri. dumpling yang sudah masak tak boleh dibiarkan didalam sup. nanti kembang dan menjadi lembik. seeloknya rebus secukupnya dan lebihannya di simpan didalam peti sejuk.

    27 August 2010

    ayam goreng bawang

    resepi ni kawan chun, cekna yang bagi. selalu dia buat untuk HB dia. ayam goreng ni memang stail mamak la. senang je cara nak buatnya. tapi nak dapat yang perfect banyak la trial n error kan. macam-macam cara dia buat, akhirnya menjadi jugak. ye lah..kalau dah sayang ngan cik laki :)

    bahan-bahan
    • 500gm ayam - nak potong kecil-kecil pon ok
    • garam
    • kunyit
    • 5 bawang besar - potong bulat setebal 1.2cm
    • sedikit daun kari
    • 2 camb serbuk kari daging
    • minyak untuk mengoreng
    1. ayam diperap dengan garam dan kunyit. goreng hingga hampir masak.
    2. masukkan bawang dan goreng dengan api perlahan.
    3. tinggalkan sedikit minyak untuk menumis rempah kari, ayam dan bawang diletakkan ditepi kuali.
    4. masukkan serbuk kari dan kacau dalam 3 minit. masukkan daun kari. campurkan semua bahan sekali dalam 2 minit dan toskan.

    06 August 2010

    sup ayam sempoi

    so, orang saket patot makan apa? semua benda tak lalu dan rasa pahit mulut saja. kena makan sebab nak makan ubat. rabu lepas rasa rajin terlebih maka bangunlah dan masak sup ayam. hari sabtu sampai kamis, cuma boleh makan roti bakar saja untuk lunch and dinner.

    bila nak masak sup, merata chun cari kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih. tak jumpa. rasanya dah ter buang nih. selalu memang ada stok. pakai hentam saja la labu. janji jadi sup ayam. benda rebus-rebus ni senang sikit.

    bahan-bahan yg ada dalam rumah:

    3 ketul paha ayam. potong halus halus
    3 ulas bawang putih - jangan potong
    2 ulas bawang besar - potong baji
    1 daun bay

    semua bahan ni di rebus sekali. buang lemak-lemak yang terapung semasa sup mendidih. masukkan bahan perasa. sebab malas nak masak moi atau nasi, chun letak beberapa pasta ni di dalam sup dan masak dalam 1o minit.

    11 April 2010

    ayam panggang tok milah

    haaa... ni la ayam femes my parent juai kat pasaq ramadan tiap2 tahun. panggang sekor2. ni sebb anak dia dah teringin nak makan, maka dia pon buat la bumbu rencah tu semua. banyak gak dapat. dah memang mak chun jenih tak leh wat sikit2.. :)

    rempah tu chun simpan bekukan dalam fridge. nak makan baru ambik n perap ngan ayam semalaman. besoknya bakaq dalam oven dalam 30 minit api atas bawah.

    nak bagi exact resepi pon tak bleh..sebb mak pon bagi kat chun resepi jenis agak2 jer. sekali dia masak ada la dalam 80 ekor ayam. n rempah2 ni saja ada dekat 1 besen besar bila dah siap. tis year tatau la dia nak wat lagi ke tak ayam panggang nih. umor dah meningkat, asyik saket jer. dok umah jer la yer mak yer :)

    ada la beberapa kawan yg dah rasa ayam n nasi merah mak. bila time ramadan jer, semua pakat tanya. .ari ni berniaga tak..hehehe.. adoiyai.. anak dia kat pulau nih.. mak lak niaga ngan abah n adik2 kat kepala batas. ari2 sempena ramadan. kalo rajin, jengok2 la sama. keje chun bungkuih ayam tu jer. abah tukang potong.

    ntah mana letak dah gambaq2 tu semua. nostalgia sungguh. penat tu biasa la. kematu kaki tangan. bayangkan pagi buta dah kena bangun tolong. menu nasi tomato, nasi ayam, daging masak kicap, ayam masak merah, acar timun. kejer orang laki ikat kuah2 nsi ayam - sup, sos cili, sos kicap dalam plastik kecil. pastu nak cuci ayam lagik. tapi mak dah upah kawan2 dia sama, kalo tak, pengsan!!!

    antara benda yg ada dalam ni
    bawang besar
    serai
    halia
    kulit kayu manis
    bunga lawang
    bunga cengkih
    jintan manis/putih
    gula batu
    kunyit


    05 February 2010

    ayam masak patpek

    gelak besaq masa mula chun n d geng dengaq nama patpek nih. Sheila la bawak rempah ni dari perlis. mak dia bli kat siam kot. rempah ni versatile gak. leh masak dengan ayam, daging dan juga buat kuah laksa siam.

    Shiela pernah bawak d finished product. rempah ni masak dengan ayam dan rebong. perhhh..hingga menjilat kaki..hehehe.. memag sedap betoi masakan siam nih. lepas tu dalam bulan lepas, cik Ani plak bawak. ayam masak dengan rebong dan terong belanda@ terong pipit. power jugak sehh.. patot la cik Aaa sayang kat bini dia nihh..pandai masak sunggoh. :)

    lepas tu semua pakat dok suroh Sheila bawak mai rempah tu juai kat skul. makcik tu macam biasa la..
    takpa.. ambik free dah ler.. baguih dak nih :D chun try masak ayam dengan terong pipit. pastu letak kacang panjang sket.

    500gm ayam - potong kecil 3 ulas bawang besaq - blender dengan sedikit belacan daun limau purut kacang panjang serai - dititik 2 asam keping santan

    1. tumis bawang, masukkan rempah. kacau sebentar.

    2. masukkan daun limau purut, serai, dan asam keping. masak hingga naik minyak. 3. masukkan ayam, kacau. masukkan santan dan sayur.
    4. masakan ini enak jika kuahnya agak kering.

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...