bergedil untuk dingap bersama soto masa open house itu hari. sebab tuan rumah jenis suka mudah saja, dalamnya tiada ayam atau daging. semata-mata kentang, bawang goreng dan daun sup.
beli kentang sekilo, kupas dan rebus hingga empuk. kemudian aku lenyek sampai halus mulus dan campurkan dengan setengah cawan bawang goreng dan sedikit daun sup yang telah dihiris halus. masukkan serbuk Knor Pasti Sedap, serbuk lada hitam dan gaul rata. serbuk Knor dah masin, so no need any salt. bulat-bulat kan sebesar yang korang suka.
dah siap, aku simpan dulu dalam peti sejuk sebab nak guna besok harinya. menjimatkan masa buat cara gini. takda la nak kena bangun awal nak siapkan semua benda. tau jer la kalau buat soto tu. kena buat kuah sup, begedil, sambal kicap. goreng suhun dan tauhu lagi.
the next day, pecahkan 2 biji telur dan kacau sekejap. celup kentang dan goreng hingga masak.
Showing posts with label goreng-goreng. Show all posts
Showing posts with label goreng-goreng. Show all posts
17 October 2011
24 May 2011
cucur udang dan zucchini
bila jalan-jalan di bahagian sayur di jusco, chun terpandang zucchini ni. hajat hati nak buat salad. lama benar dah nak try stuffed zucchini flower macam jamie oliver buat. masuk cheese filling dalam bunga, celup tepung pastu deep fry. mesti mengancam kan? cuma tak pernah la nampak zucchini flower tu kat supermarket lagi. yang ada cuma zucchini ni jer.
mula tu berhajat nak buat salad. guna simple salad dressing saja. kendian teringat yang nigella lawson pernah parut dan buat cucoq dengan zucchini ni. so, what the heck, try jer la. kena plak petang tu ada geng datang melepak, boleh gak makan ramai-ramai.
bahan-bahan
| zucchini, chun panggil timun omputih :p |
| selain zucchini, tambah juga grated carrot |
- 300gm tepung gandum
- 100gm udang putih
- 1 cawan zucchini diparut
- 1 cawan carrot diparut
- garam
- daun bawang - potong 1 inci panjang
- 1/2 cawan air panas
- masuk semua bahan dalam mangkuk.
- tuang air panas dan selebihnya air biasa dan kacau hingga mendapat konsitensi yang sepatutnya.
- goreng hingga kekuningan.
- sedap dicicah dengan sos cili atau kalau rajin, buatla kuah kacang.
14 March 2011
tauhu lembut goreng ranggup
tauhu ni chun tengok dalam rancangan kylie kwang - simply magic dekat AFC channel di astro tuh. dia tunjuk guna tauhu lembut yang dibungkus dalam kotak empat segi tu. boleh dibeli di pasaraya dengan harga seringgit saja. potong dadu dan gaul dengan tepung jagung dan goreng terendam.
tauhu yang chun guna pula jenis yang lembut tapi bukan dalam kotak. ni dibeli dikedai runcit saja. sepotong 50sen. putih bersih warnanya. potong dadu dan gaulkan dengan tepung jagung yang telah dicampur dengan satu camca teh serbuk jintan manis dan secubit garam. goreng hingga kekuningan.
untuk sos cicah pula, chun blender 2 biji cili merah, 2 ulas bawang putih, 1 cili padi dan sedikit karot. masak atas api sederhana selama 5 minit. masukkan cuka dan segenggam gula. pastikan ada rasa masam, manis dan pedas. akhir sekali, masukkan air tepung jagung untuk pekatkan kuah.

26 November 2010
nugget ayam yummy
bersempena dengan ramainya orang berkumpul di rumah chun bersempena aidil adha dan perkahwinan cik Mun, maka terhidang la nuget ayam di atas. ayamnya dibeli di tesco. yang paling tak tahan tu, kalau hari-hari biasa, sangat payah la nak jumpa daging ayam segar yang telah di deboned kan di bahagian paha. tetiba bila tiba musim haji, depa jual la pula. iskkkk.. tetiba tau.
dan harganya. mak aiiii.. dekat seploh hengget sekilo. kalau nak banding dengan harga ayam biasa yang mereka war-warkan dalam 6.++ sahaja. kenapa tiba-tiba emo ni cek chun? mana tak nya, bila time nak beli ayam 6 hengget, tetiba takde stok la pula. sian my daddy. tunggu punya lama. orang tesco kata, kejap lagi stok baru sampai. dekat dua jam tunggu apa pon tarak. last-last dia ambil isi ayam ni la. yang sepatutnya kita guna buat chicken chop.
chun potong kecil-kecil dan salut dengan tepung goreng Bistari saja. di cicah pula dengan mayonis dibawah ni. resepinya dapat dari incik mat gebu, semasa chun komen pasai pasta olio beliau yang menggunakan capers.
mayonis ala mat gebu

- capers - dipotong halus
- mayonis - pilih yang berkualiti untuk dapatkan rasa yang umpph
- fresh black pepper
- semua bahan di gaul rata.
08 November 2010
pernah makan ni?
mesti pernah tengok kan benda alah ni. ada pedas, ada masam sikit dan paling penting rangup sangat. mula-mula beli dulu, kentangnya sangat lembik. tak elok pon goreng nya. sebab ramai yang menunggu tu yang buat chun pun tertarik. lepas tu chun banned gerai tersebut.
selepas beberapa bulan, gerai pon dah bertambah popular, kuali pon dah cantik, elok untuk mengoreng kentang ni banyak-banyak. chun pun cuba untuk kali kedua. wahhh.. sangat sedap. rapuh tu yang tak tahan. krup krap krup krap mengunyah. cuma sos cili dan mayonis dan sos bbq tu yang kurang menarik. chun rasa dia guna brand murah. dimana nak dapat ni? dekat pasar malam berdekatan je. satu rm2.

*
*
*
*
*
*
*
07 September 2010
cucoq kodok
rasanya semua orang tau buat ni. cuma chun tambah kelapa kering brand Nona dalamnya. selepas pisang dan sedikit gula dah kena lenyek, masukkan tepung dan kelapa kering ni. jangan letak tepung banyak sangat, nanti keras. kacau sebati dan goreng dengan minyak banyak.
01 September 2010
roti tuna gulung
roti ni buat chun gelek dengan gelas ja. dekat rumah kampung memang takda roling pin semua :) improvise yer. ambik je apa yang ada kat dapor tu. letak inti, gulung dan lekat dengan telur. patutnya lekat dengan bancuhan tepung gandum, tapi yang tu pon takda :))
- 1 tin kecil tuna dalam air
- 2 biji bawang besar - potong dadu
- sedikit cili kering dan bawang besar - blender
- sos tiram
- garam
- gula
- tumis bahan blender sampai naik minyak.
- masukkan tuna dan bawang.
- kacau hingga bawang layu, masukkan semua perasa. sejukkan sebelum di gulung dalam roti.
- celup dalam bancuhan tepung goreng serbaguna. chun guna brand Bistari. goreng dengan minyak banyak hingga kekuningan.
16 August 2010
wantan goreng
500gm isi udang
3 biji sengkuang cina - water chestnut
sedikit halia
2 titik minyak bijan
sedikit lada hitam
garam
gula
1 camb sos tiram
1. udang, halia dan sengkuang di cincang halus.
2. campurkan semua bahan dan gaul rata.
3. letakkan sesudu inti diatas kulit wantan, sapu air di keliling kulit dan tutup.
p/s kalau nak tengok cara membentuk kulit wantan, boleh cari di you tube :)
29 July 2010
cendawan goreng tepung lagi dan lagi
masakan goreng-goreng ni memang la faberet sapa-sapa pon. masalah nya bila dah makan banyak-banyak, tau la apa jadi. kolesterol pon banyak. makanlah secara sederhana dan di ambil sebulan sekali sudah.
tepung goreng ini chun beli di sekolah. kawan bawak jual. sekilo rm7. cara nak masak pon senang. kalau nak goreng ayam, cukuplah dengan gaul dengan tepung ini, kemudian goreng hingga masak. tak perlu letak telur atau garam dahulu. chun try bancuh tepung ni dan celup cendawan. hasilnya tak mengecewakan. apa-apa sayuran pon boleh di gunakan seperti membuat tempura juga.
tepung perlu dibancuh cair seperti tepung goreng pisang. sayuran hendaklah di gaul dengan tepung gandum dahulu baru dicelup dalam adunan tepung ini. cubaan pertama ini menggunakan minyak zaitun. mungkin sebab itu warnanya agak kemerahan. cendawan ini sangat besar kerana baru saja dipetik dari ladang. chun beli di pasar malam, cuma rm3, sangat berbaloi-baloi.
udang ini juga di buat dengan cara yang sama.
bila balik kampung, chun goreng untuk keluarga ratah-ratah. warna pon agak lain kan. ini menggunakan minyak masak biasa.
adik lelaki yang tingkatan 1 tu pula tunjuk kemahiran dia memasak. habis sosej di gorengnya. kami makan sosej ni dengan roti. lepas dinner malam tuh. takyah dok pikir nak masak apa dah :)
tepung perlu dibancuh cair seperti tepung goreng pisang. sayuran hendaklah di gaul dengan tepung gandum dahulu baru dicelup dalam adunan tepung ini. cubaan pertama ini menggunakan minyak zaitun. mungkin sebab itu warnanya agak kemerahan. cendawan ini sangat besar kerana baru saja dipetik dari ladang. chun beli di pasar malam, cuma rm3, sangat berbaloi-baloi.
15 July 2010
cendawan goreng tepung
11 April 2010
crabstik rangup
menu ni dapat masa dok jalan2 kat blog orang kelmarin.. dah lupa la tuan tanah nyer.. sori la. tuan dia masak campur ngn kunyit, garam n serbuk cili. chun lak boh rempah ayam panggang tuh. pastu letak garam sket. sebelum tu crabstik filament ni kena la hiris nipis2 camni dulu. bukak jer lapisan2 tuh. bubuh rempah dan trus goreng. leh simpan wat kudapan or mam ngan nasi..
Subscribe to:
Posts (Atom)