Showing posts with label drinks. Show all posts
Showing posts with label drinks. Show all posts

30 June 2011

strawberry lassi

lassi ni cek kenal di restoran mamak Kapitan tu. kalau terasa nak minum, memang di kedai ni lah yang dituju. yang peliknya tak pernah pulak nak order kat mamak Kayu ker Nasmir ker. last-last terpengaruh dengan cik ton yang suka blend buah dengan yogurt. why not make your own lassi? bukannya payah pun. so, why not i try.

mula-mula beli lah tub yogurt yang besar dabak tu. dalam rm5.50 macam tu. boleh buat 2-3kali. kalau beli yogurt cup yang paling small tu, sohih la segelas je dapatnya. oleh sebab nak blend dengan buah, wajiblah ambik yogurt perisa asli. kalau nak rasa hebak lagi, guna yang dah siap berperisa. lagi umphhh..

kendian, kupaslah buahan yang digunakan. untuk resepi ni, chun guna sebekas kecil stoberi beli kat tesco. dalam rm6.00. masukkan setengah isi yogurt dan semua storberi dalam blender. masukkan 2 cawan air, sedikit gula, dan 1 cawan ketulan ais yang dah dipecahkan kecik-kecik. kang hancur lak blender. whizzz semua benda tu berulang kali untuk make sure the fruit semua hancur berkecai. dah boleh hidangkan. sonangkan?

20 May 2011

mango lassi

 orang utara panggil pelam or mempelam. sekarang musim pelam la. pi merata jalan pun, nampak pelam bergantungan di pokok tu. masa ni la semua pakat pulun menyicah sampai tak ingat. kalau kat rumah, resepinya senang saja. blender 3 cili kering dengan 2 cm belacan sampai hancur, masukkan 5 camb gula dan tuangkan kicap kipas udang yang manis tu. duduk kat beranda, pakat menyicah sambil potpet sembang. sesekali lepak sambil bertanya khabar over the pelam. syiok woo..

kalau yang masak ranum tu, selalu makan macam tu saja. kalau rajin boleh la tanak pulut dan tuang santan sikit. makan dengan pelam masak ni. perhhh... tak henggat!!!

yang ni pulak kalau teringin nak minum air pelam. selalu blender dengan air macam tu jer. tapi sejak pi kedai mamak Kapitan tu, manjang dok teringat kat lassi. thanks to cik ton for the pelam. chun guna sebiji jer nih. lemak bersari. kalau kat kedai mamak tu, jangan harap la depa nak letak sampai sebijik. ceroi semacam jer lassi tu. tapi still mengancam.

bahan-bahan

  • 1 biji mangga masak ranum
  • 3 camb gula
  • 200g yogurt asli
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan ais batu yang dipecah kecil
  1. mangga dikupas kulit dan dipotong kecil. 
  2. masukkan semua bahan dalam blender dan whizz sampai halus. 
  3. masukkan dalam gelas dan seterusnya ke dalam tekak masing-masing.


14 November 2010

jus avocado

 
jus ni dibuat oleh cik fadzlyaton dan cik zah. buah avocado datang dari jauh. di beli di Bandung sana. minggu lepas masing-masing ikut rombongan cik kiah ke sana. seronok tengok depa beli barang. besar sunggoh avocado dari sana. montok-montok gitu. 

bahan-bahan
  • 3 biji avocado
  • 3 cawan air
  • sedikit susu pekat
  • coklat masakan yang dicairkan
  1. blender semua bahan kecuali coklat. 
  2. tuang coklat cair di sekeliling gelas. masukkan air avocado dan ais. hidangkan sejuk. 
CC: kalau minum banyak cepat rasa muak. segelas dah cukup

02 September 2010

air jagong

air jagung ni chun ambil dari buku resepi tesco. buku ni dapat free jika beli barang melebihi rm80. mudah saja nak buat air jagong ni. kebetulan semua bahan dah ada dalam stok kat rumah tu.

bahan-bahan
  • 1 tin jagong krim
  • 1/2 tin susu cair
  • air gula secukup rasa
  • 1 cawan air soda
  • air
  1. campur je semua bahan di dalam jag dan tambah ais banyak-banyak.
  2. chun campur sedikit sirap perasa jagung yang kebetulan dah memang ada dalam fridge.

air asam boi


air ni mak yang buat bila tengok stok limau kasturi yang melampau banyaknya dalam peti sejuk. cuma perahkan limau dan campur dengan air, asam boi merah dan putih dan air gula. kulit limau yang dah diperah di campur sekali dalam air ni. tambah je ais banyak-banyak.

21 August 2010

teh pudina

buka puasa dengan air teh memang sempoi ahh. kena lak panas-panas. ehh...macam tak caya ja chun type macam ni.. sebenarnya doktot tak bagi minum ais la..huhuhu. batok tak lega-lega lagi ni. nak bagi sempoi lagi, sila letak beberapa daun pudina bersama uncang teh dan masukkan air panas hingga penuh teko. sila biarkan beberapa minit supaya lidah tak melecoq nooo...

kalau petang-petang tak posa, kita pekena ayaq teh dengan bengkang ni la. yang putih tu namanya bengkang susu, yang hijau lak bengkang gandum. 3 ketoi ni singgit ja. beli di pasar ramadhan simpang 4, alor star. memang berbaloi beli. sedap sunggoh yang bengkang susu itu.

16 August 2010

air soya

air soya sedap ini chun dapat di tepi jalan di Sungai Limau, Yan. gerai kecil saja tapi ada signboard yang agak besar AMIN SOYA :) selalu nampak ramai orang berhenti di tepi jalan tu. so, one fine day, chun pon try la beli. memang berbaloi pon berhenti.

air soya nya pekat. tak manis sangat dan ada dua jenis gula. gula putih dan gula merah. tau fu fah pon ada. semua di jual seringgit sebungkus. adik-adik yang jual tu pon ramah, senyum manjang.

air betik special

air betik ni selalunya akan dibuat semasa ramadhan sahaja. abah dan mak cukup suka air ni. bahan-bahan nya cukup senang. cuma perlukan

1 biji betik saiz kecil
sedikit gula
1/2 tin susu cair
1/2 botol 1.5l air soda

1. betik dikupas dan di mesin bersama gula hingga hancur.
2. masukkan ke dalam jag, letak susu cair dan air soda. kacau sebati dan hidangkan bersama ais ketul banyak-banyak :)
verdict : senang, mudah, sedap, enak

25 August 2009

air rambutan


Tengok berlambak rambutan n pulasan abah den bawak balik..simpan dalam fridge pon wat penuh peti jerk.. dok pikir nak wat aper..las2 my mom kupas, hiris-hiris n buang dia nyer biji.. wat le air rambutan..

masak jer air sama gula.. bergantung pada kemanisan yang anda suka..bila dah mendidih baru masukkan hirisan rambutan tuh.. masak dalam 5 minit..angkat dan sejukkan.. nak minum baru letak ais banyak2..perhhhh... syiokkkkk!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...