♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Tuesday, February 9, 2010

~*~ Sedih dah buat salah ~*~

Untuk pertama kalinya

sepanjang bertugas di tempat baru

maiza dah buat salah

Ya Allah

kenapa la maiza nie

tak fokus ka?

tak bertanggungjawab ka?

tak boleh nak handle kerja ka?

tak bersistematik ka?

pening juga memikir

begini....

kelmarin maiza kena kira mengira

biasa la.. nama pun akaun...

tapi banyak sangat.. berbeza di hari biasa

bos ckp "maiza cepat2 sikit nanti big boss nak dah"

maiza dpt tugas tue hmpir 11.00 pagi

big bos nak jam 12.00 before lunch

kelam kelibut juga takut tak sempat

di tekan.. cepat sikit.. cepat sikit..

bos dok tanya dah tue....

ok.. tengah buat nie sabar sat...

seperti perancangan semua sattle pada masa di tetapkan

Alhamdulillah....

masuk office pagi ke esokkan

pengiraan semua ok... Alhamdulillah lagi

semua dah di hantar ke bank "ckp sorang bos nie"

ok lega lagi... tak lama lepas tue.. saja nak check sekali lg

ehh!! duit ada lg...

Ya Allah.. maiza tak masukkan semuanya..

ada sikit lg... maiza tnya pada second bos

tak apa ka??

tak apa.. setakat nie bank tak call lg..

seharian di office memang risau sangat2..

ish.. mcm mana la hari nie...

moga semuanya berjalan lancar

ish.. risau memang risau.. takut memang takut..

takut kena panggil soal dengan big bos huhuhu..

Ya Allah risaunya....

minta2 la semuanya ok...

ish... macam mana la boleh lupa

Ya Allah...

tak apa sabar..

Tabah lalui semuanya

dari seorang sahabat.. terima kasih

barangsiapa sedang menikmati dunia, di situlah aku pernah merasakan pahit getirnya kehidupan. bagiku dunia adalah tipu daya dan penuh berisi kedustaan, bagaikan fatamorgana di tengah padang sahara. dunia tidak ubah bagai bangkai2 busuk yang hanya anjing kelaparan yang mahu mendekatinya. jika engkau menjauhi dunia, kelak engkau terselamat dari kekotorannya. tapi, jika engkau dekati dunia, maka engkau diserang oleh anjing2nya..~imam Syafi'ie~ 'Tanda orang beradat, elok perangai sempurna sifat' 'Tanda orang beriman, perangai elok bicaranya sopan' 'Tanda orang berilmu, cakapnya tidak menyingkap malu' 'Tanda orang terpuji, bercakap tidak mengeji' 'Berbicara tidak memfitnah, menyanggah tidak menyumpah'


MaizaC’Joe

Saturday, February 6, 2010

~*~ Jadi terbaik?? ~*~

" Jadilah yang paling baik dari dua orang manusia.” - Al-Hadits -

Kebanyakan salah dalam mengertikan makna menjadi paling baik dalam hidup ini. Apakah itu dalam hubungan antara dua orang atau lebih dalam kaitannya.

Ramai yang berusaha menjadi paling baik dibandingkan dengan orang lain dengan cara mengalahkan orang lain, merendahkannya atau menyingkirkannya. Banyak juga yang berusaha menjadi lebih baik dibanding orang lain dengan ukuran penampilan luar atau ukuran duniawi semata.

Ada juga orang yang berusaha menjadi paling baik dibandingkan orang lain dengan ukuran lebih tinggi dalam kedudukan atau pangkat. Mereka berusaha lebih tinggi dibanding lainnya dalam hal kehormatan, kesombongan, populariti, keegoan pribadi, dll.

Kalau menghayati makna sesungguhnya dari hadits tersebut,

sesungguhnya bukan hal seperti ini yang menjadi makna terdalam. ” Jadilah yang paling baik dari dua orang manusia” yang dimaksudkan adalah lebih baik dibanding orang lain dalam hal mengutamakan kepentingan orang lain. Menjadi lebih baik dibanding orang lain dalam hal memberikan manfaat bagi orang lain. Lebih baik dalam menjaga kerendahan hati, dalam berbagi kebaikan, dalam kejujuran, menolong orang lain, mengembangkan sikap empati, dalam cinta kasih dan kesetiaan.

Kalau kita sebagai seorang anak, berusahalah menjadi paling baik dengan tidak melupakan pengorbanan ibu bapa, Jika menjadi seorang kakak atau abang, jadilah kakak atau abang yang penuh rasa tanggungjawab terhadap adik-adik, Jika menjadi seorang kawan atau sahabat, jadilah seorang sahabat yang jujur, menghormati serta yang terbaik. Jika menjadi seorang isteri atau suami ataupun kekasih, jadilah isteri atau suami ataupun kekasih yang sesama setia, bertanggungjawab, mempercayai serta menghaormati antaranya. Kesemuanya merangkumi kebaikan kesetiaan, kepercayaan juga tanggungjawab antaranya....

Tetapi, kehidupan yang macam-macam seringkali menemukan satu titik noktah yang kadang memeningkan, mengecewakan, ketidakfahaman, kejujuran, kesetiaan sudah di leraikan. Ingin menjadi seorang yang kuat lumrah kehidupan, bertanggungjawab.. sudah tentu kepercayaan saling hormati. Tapi inilah dia kehidupan yang di sebaliknya...


Maiza

Kehidupan atau sebaliknya

Lebih mudah menjadi diri sendiri

mahukan terbaik

kuat meneruskan perjalanan yg di tentukan

sesungguhnya syukurnya aku

hanya padamu Ya Allah


MaizaC’Joe


Thursday, February 4, 2010

~*~ Seorang pun tak terjaga ~*~

entri kali ini, maiza ingin mengambil sedikit masa untuk membincangkan satu topik mengenai isu lelaki atau wanita yang tidak cukup dengan seorang pasangan (itu yang belum berumah tangga) yang sudah berumah tangga (Poligami) untuk wanita yang sudah berkahwin tapi ada perhubungan tak manis ( nak di letakkan sebagai apa?? )

Maiza tidak pasti samada ianya lumrah manusia atau sikap seseorang individu itu sendiri yang inginkan kekasih, pasangan atau isteri lebih daripada satu. Mempunyai seorang pun tidak terjaga. Inikan pula mahu lebih daripada satu. Memang cari nahas la jawabnya.

Kenapa sesetengah orang.. di ulang.. sesetengah orang, bukan semua perlukan kekasih atau isteri lebih daripada seorang? Adakah ianya sebagai ‘backup’ ataupun sebagai satu tanda yang menunjukkan kita ini seorang yang juara? Makin ramai gadis di keliling pinggang, makin macho dan hebatlah seseorang itu. Adakah itu yang diinginkan? Maiza sendiri tidak pasti apakah yang sebenarnya yang mereka fikirkan.

Kenapa maiza boleh terfikir postingkan n3 sebegini?? sebabnya maiza geram sangat kat seorang bos nie.. (nama di rahsiakan.. tak pasal2 kena saman pl nanti) dia dah ada isteri cantik, baik, peramah, berkedudukan, jawatan tinggi, dah ada anak.... lelaki perempuan semua ada... entah la, maiza tak tau nak cari di mana kekurangan pada diri isteri dia.. memang manusia tidak sempurna, tapi di mata maiza dia begitu sempurna. Kenapa?? kenapa? kenapa? masih cari orang lain.... masyaAllah.. isteri dia memang baik. Maiza tau la sebabnya pernah berurusan dengan isteri dia.. yang paling geram ada perhubungan dengan staff sendiri.. Ya Allah.. maiza selalu dengar dari mulut orang lain. Jadi, maiza malas nak masuk campur. Tapi kali nie dengan tak sengaja terjumpa, macam nak pergi ketuk ja 2 orang tue..

Mampu menanggung nafkah zahir dan batin isteri serta bakal isteri.

Begitupun, Abu al-'Aynayn dalam bukual-Ziwaj wa al-Talaq fi al-Islam berpandangan bahawa sebarang penambahan boleh diberikan kepada satu isteri dalam soal pemberian nafkah dengan dipersetujui oleh semua isteri. Ia tidak boleh diamalkan jika boleh membawa kepada perselisihan dan tidak puas hati di antara isteri.

Berlaku adil kepada isteri.

keadilan daripada pelbagai segi tanpa wujud pilih kasih antara mereka. Ia juga bermaksud meletakkan sesuatu itu sesuai pada tempatnya. Ini termasuk komunikasi, perbuatan, tutur kata, dan akhlak yang baik, juga membabitkan beberapa aspek iaitu nafkah, palaian, penempatan, giliran bermalam dan musafir.

Suami bagaimanapun tetap dilarang menunjukkan secara jelas perbezaan kasih sayang.

Apabila berpoligami, suami juga perlu adil dalam menyediakan tempat tinggal untuk isterinya. Sebaik-baiknya hendaklah diasingkan bagi mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan cemburu di kalangan isteri.

Suami juga wajib menentukan kadar giliran bermalam yang adil antara isterinya tanpa mengira samaada isterinya isteri muda, isteri tua atau sebagainya

Suami menanggung dosa sekiranya memberikan giliran lebih banyak kepada seorang isteri berbanding isteri yang lain.

Kelonggaran diberikan pada malam awal perkahwinan dengan isteri baru tanpa perlu diganti semula kepada isteri tua.

Imam Syafie pula berpendapat, suami wajib membuat undian antara isteri sekiranya beliau menginginkan seorang daripada mereka menemaninya bermusafir seperti ke luar daerah. Dalam hal ini, suami tidak wajib menggantikan giliran bermalam kepada isteri yang sepatutnya mendapat hak pada masa musafirnya. Wallahu'alam

Perlu berkemampuan dari pelbagai aspek

kalau tak ada.. jangan dok fikir

Kalau dah ada anak tue.. yang penting jangan lupa anak!!


Maiza
walaupun sukar menerima
Soal Jodoh hanya Allah yang tahu
Jika itu sudah di tentukan
Jika itu sudah di putuskan
Terima dan redha


MaizaC’Joe