♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Tuesday, October 25, 2011

♥♥ Bunga dalam Hati ♥♥


Assalamualaikum

Ya Allah.. lamanya tak update blog.. Alhamdulillah tiba-tiba terdetik di hati... jari jemari mula rancak menunjuk aksi.. Moga sahabat semua sihat dan sentiasa berada dalam rahmatNYA.. Alhamdulillah masih lagi mampu di uji dengan pelbagai bentuk... Alhamdulilah.. masih redha mahupun bersyukur..

Berdiam bukan kerana tak ingat... malah, makin mendalam ingatan tu.. nikmati kehidupan indah dengan sentiasa bersyukur.. Namun, kadang kala kehidupan yanga makin di himpit dengan pelbagai 'peristiwa' yang tidak masuk akal.. iya.. itulah kehidupan.. kadang kala melibatkan hati yang begitu sukar untuk di bicarakan. Kadang kala kita gembira, Malah, kadang kala kita sedih. Siapalah kita untuk menidakkan akan kehendakanNYA. 'Janji Allah itu tiada mungkir' bersabarlah.. tenanglah wahai hati, tabahlah wahai jantung, bertahanlah wahai mata..... moga Allah sentiasa memberikan ketenangan hati pada setiap pelusuk.. Amen Ya Robbal a'lamin.... 

Sekarang amat sibuk dengan kehidupan bekerjaya seperti biasa.. sibuk membuat sesuatu persiapan... juga sibuk melakukan persiapan untuk kehidupan akan datang InsyaAllah.. maka, bermacam-macam yang bergeligar di kepala. Kadang kala apabila terlalu banyak 'save' di kepala.... tak sempat pulak nak proses.. maka akan JAM!! di situ Ya Allah...... hanya DIA yang maha tahu.... Alhamdulillah... perlahan menerima dengan tenang.. dan berjaya merungkai persoalan... 

Apabila terdetik di hati... Ya Allah... semuanya hanya kerana Allah... Aku ikhlas melakukan itu dan ini.. aku ikhlas menerima itu dan ini.... makin indah senyuman dalam kehidupan Alhamdulillah... 


Semuanya kerana Allah, insyaAllah... bersaksikan hebatnya ganjaran yang menanti untuk orang-orang yang ikhlas kerana-Nya. Semoga terpilih untuk tergolong di kalangan orang-orang yang mukhlisin (orang-orang yang ikhlas).. amin ya robbal a'lamin..
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Monday, August 29, 2011

♥♥ Seikhlas kata setulus kasih.. ♥♥


Assalamualaikum

Tangan di hulur maaf di pinta
semurni hati, seikhlas kata
setulus kasih....
tiada penghujungnya....

moga semua sahabat sentiasa di rahmati OlehNYA.. makin lama.. makin malas update blog.. makin jarang di sini.... Namun, tidak mungkin lupa... Semalam insyaAllah.. mungkin malam terakhir terawikh... Di kesempatan ini, Maiza memohon maaf di atas segala-galanya.. kelemahan yang ada...



           "Salam AidilFitri moga silaturrahim kita mendapat ke redhaan Allah sentiasa"



Tuesday, August 16, 2011

♥♥ It sound very sweet ♥♥



Assalamualaikum

apa kena mengena dengan sweet.. manis.. sangat manis.. Setiap perkenalan bermula yang tidak di sangka akhirnya boleh menjadi agak rapat tapi terbatas.. cukup manis.. boleh buatkan bibir sentiasa membuahkan senyuman... tak lekang tawa sana sini.. Alhamdulillah..

Kadang kala suatu perkara yang buat kita pening untuk berfikir.. serabut untuk di simpan.. lebih baik.. jangan timbul persoalan.. berterus terang.. itu lebih mudah dan cukup berkesan.. sama-sama merasa puas.. sama-sama rasa manisnya tiap perkenalan..

Begitu juga bila merasa sesuatu itu perlu untuk di tegur. Tapi merasa bimbang mengecilkan hati pihak lain.. tapi perlu! cuba bersimpul.. berolah cerita.. sama-sama berfikir.. bukan dengan nada yang tegas.. itu akan mengeruhkan keadaan... lembut tiap baris kata.. walaupun hanya di alam maya...

Akhirnya

" That so sweet... tq "

psstt.... hanya Maiza saja yg faham :)

moga sahabat semua sihat ya..

Saturday, July 30, 2011

♥♥ Apabila kita dekat... DIA menerima... Kita sangat gembira ♥♥

Terima kasih abg mem ats kesudian share pic menarik
dengan Maiza.. Maiza amat hargainya..

Assalamualaikum

segala puji bagi Allah yang mencipta sekalian alam.. Syukur Alhamdulillah masih lagi di beri kesempatan menghirup udara segar.. walaupun cuaca tidak menentu yang kadang kala agak panas. Nadi berdetik, jantung berdegup mengikut irama lagu pendulum kehidupan.. yang lagi indah lagi menarik perhatian, lirikan mata yang memandang penuh rasa syukur.. senyuman yang terukir penuh rasa bahagia.. Alhamdulillah semuanya nikmat yang di kurniakan hanya dari DIA...

InsyaAllah.. kalau nampak anak bulan petang ahad bermakna 1 ramadhan hari isnin.. Allah tak sabarnya menunggu.... ^ L ^ malam esok terawih bermula... 

Alhamdulillah.. di harap ramadhan tahun ini dapat menarik nafas lega.. tenang lagi berlapang dada.. Ramadhan tahun ini lebih indah.. menyeri lagi bermakna.. lebih barakah... Jika sebelum ini tak perlu bersusah payah diet.. 1 minggu ja boleh turun 6kg! kerana pelbagai dugaan, ujian dariNYA menjadikan diri berperang kuat dengan emosi.... melanda dan terus melanda... itu cerita lama.. agak indah.. ujian yang cukup indah.. dengan kerana itu syukur atas nikmatNYA..

di pendekkan cerita.. Maiza rasa seronok dan sangat seronok.. tak tau macam mana nak gambarkan perasaan itu.. betapa seronoknya.. 'ibarat tersenyum dari pagi sampai ke malam.. tersenyum memanjang' boleh bayangkan? hehe....

Mudah-mudahan sahabat semua.. gembira dan sangat gembira.. di doakan semuanya sihat sejahtera.. sentiasa berada dalam redha Allah.. InsyaAllah Amen Ya Robb!

Pesanan JIBRIL A.S buat NABI S.A.W tika hadirnya Ramadhan, 
"Jangan tinggalkan bermohon maaf dengan 3 golongan ketika hadirnya Ramadhan : Mohonlah maaf dari kedua ibu bapamu, mohonlah maaf sesama suami isteri, mohonlah maaf daripada keluarga, sahabat handai dan mereka yang berada di sekeliling mu"

Di kesempatan ini, Maiza memohon maaf di atas segala-galanya.. kelemahan yang ada...
Barakallahufika wa Fiiamaanillah..

"Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak dan moga silaturrahim kita mendapat ke redhaan Allah sentiasa"


Sunday, June 26, 2011

♥♥ Tatkala Di rundung Gundah, Sedih, dan Perasaan Tak Menentu ♥♥


Assalamualaikum
makin hari ke hari semakin malas "update" blog.. tak ada perasaan utnuk rancak menulis, hati rasa tidak seronok sejak menjak ini.. Allah..... apakah perubahan ini menandakan sesuatu? apakah yang di rasa ini di sebabkan kadang kala terleka? orang memandang seraut wajah kita mampu tersenyum indah.. Tapi hati, adakah terus berbaki? mahu menangis sepuas hati tetapi air yang jernih itu tetap di tahan terus bertahan. Indahnya kesibukan itu.... segalanya bertukar mampu di lupakan sejenak.... Sabar... tenanglah wahai hati....

Allaahumma innii 'abduka wabnu 'abdika wabnu amatik, naashiyatii biyadik, maadlin fiyya hukmuk, 'adlun fiyya qadlaa'uk, as-aluka bikullismin huwa laka, sammaita bihi nafsaka, au anzaltahuu fii kitaabika, au 'allamtahu ahadan min khalqika, awis ta'tsarta bihii fii 'ilmil ghaibi 'indaka, an taj'alal Qur'aana rabii'a qalbii wanuura shadrii wajalaa'a huzni wa dzahaaba hammii

Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba laki-laki-Mu, dan anak hamba perempuan-Mu. Ubun-ubunku berada di tangan-Mu. Hukum-Mu berlaku pada diriku. Ketetapan-Mu adil atas diriku. Aku memohon kepada-Mu dengan segala nama yang menjadi milik-Mu, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau Engkau turunkan dalam Kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seorang dari makhluk-Mu, atau yang Engkau rahasiakan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu, agar Engkau jadikan Al-Qur'an sebagai penyejuk hatiku, cahaya bagi dadaku dan pelipur kesedihanku serta pelenyap bagi kegelisahanku." 
 

Thursday, June 9, 2011

♥♥ Masih mampu untuk tersenyum ♥♥


Assalamualaikum,

moga sahabat semua berada dalam rahmat dan perlindungan Allah.. agak lama tak beronline/ berblog, malah kurang juga menziarah sahabat semua maaf ya ~ L ^. semakin hari semakin sibuk di tambah pula kesihatan kurang menenangkan. Biasa lah kadang kala sedikit terusik dengan kesihatan yang mengganggu kondisi badan. Alhamdulillah tidak lah terlalu teruk tapi, untuk duduk lama agak sedikit sukar.. itu bererti Allah sayang dan kasih sebab itu di duga dan di uji pelbagai cara kan. Tenangkan hati terima dengan berlapang dada.. InsyaAllah mampu tersenyum lagi..... tak ada apa untuk entri kali ini.. cuma hanya ingin berkongsi sahaja.. 


Allohumma Robbannaas azhibil ba’sa isyfihi wa antasy syaafi laa syifaa’an illa syifaa’uka syifaa’an yaa yughoodiru saqoman
(Ya Allah Robb sekalian manusia, hilangkanlah kesengsaraan ini dan sembuhkanlah ia. Kerana sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan tidak ada kesembuhan melainkan hanya dari-Mu iaitu kesembuhan yang tidak  meninggalkan penyakit lagi.
Hadits lain dari Imam Muslim dari Utsman bin Abul Ash bahawa ia mengadukan rasa sakit yang di deritanya kepada Rasulullah SAW, maka beliau SAW pun bersabda: Letakkanlah tanganmu diatas  bahagian tubuh yang terasa sakit itu dan ucapkanlah “Bismillah”, lalu bacalah sebanyak tujuh kali:
A’uzu bi’izzatillahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaaziru
Aku berlindung dengan kemuliaan  dan kekuasaan Allah dari bencana penyakit yang kurasakan dan kucemaskan ini.
Kata Utsman: kulakukanlah seperti itu berkali-kali hingga Allah menghilangkan rasa sakitku. Selanjutnya akupun  senantiasa menganjurkan keluargaku untuk melakukan hal yang sama (HR Muslim)
Itulah antara lain doa yang diajarkan kepada kita ketika sakit. Pada dasarnya kesembuhan itu  hanya datang dari Allah dan hanya Allah-lah yang dapat menyembuhkan hambaNya yang sakit.

♥ tidak semua perkara perlu di ceritakan segala kepada semua.. kadang kala kita perlukan masa untuk diri sendiri.. simpan, simpul, ikat ketat semuanya.. bertenang tempuhi semua dugaan. Mekarkan senyuman.. mudah-mudahan semua ini di anggap hanya sebuah mimpi.. apabila terjaga dari tidur.. terus membuka mata.. masih mampu tersenyum manis.. terus bertahan InsyaAllah 

Tuesday, May 24, 2011

♥♥ Insan terpilih ♥♥


Gambar ini di ambil beberapa ketika sebelum kejadian tanah runtuh membabitkan anak-anak yatim dan pelajar Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat.. lihatlah wajah jernih mereka.. moga Roh mereka yang terkorban di cucuri Rahmat.. Al-Fatihah...


Tahniah dan syabas! kepada Doc dan semua yg terlibat dalam misi bantuan/penyelamat hanya Allah saja dapat membalas jasa kalian semua...


doc, pagi tadi Maiza baca paper.. tengok photo mangsa tanah runtuh.. Maiza dah nangis.. masa doc handle kes tu.. cmna ya.. doc nangis?

....tak nangis....kalo nangis.....nanti my staff pon nangis..... keje tak leh jalan....tapi memang sedih dan sayu... 
dah jadi tugas dan tanggungjawab....bantu setakat mampu....
[Doc Mohd Shah Mahmood Pakar Forensik, Ketua Jabatan Forensik HKL]

pagi-pagi lagi di office.. baca berita harian online.. sangat terharu dan tersentuh bila melihat gambar mangsa yang terlibat. Ya Allah besarnya dugaan.. tak tertahan menitis air mata... Semoga keluarga mangsa yang terlibat tabah hadapi dugaan. Dari DIA kita datang.. kepada DIA juga kita mengadap. 


......and I thought I am strong enough....

ALLAH.....

Thursday, May 19, 2011

♥♥ Berseloroh ♥♥



Di beri 2 pilihan... pilih destinasi mana yg anda suka.. 
hah! pilih?
destinasi yang di tawarkan ermm boleh tahan.. ok.. agaknya keliru yang mana satu nak pilih.... atau terus jadi terkedu? diamkan dulu.....
meeting... dapat pujian dari pihak atasan.. Seronok ~~♥♥♥♥~~
[hasil meningkat : hebatnya Jabatan Hasil dan Kewangan] Alhamdulillah.... 
tapi kenapa yang menerima "BONUS"
segelintirnya sahaja..... mengeluh~~~~
kemudian, dengar cakap soh seh soh seh sana sini.. mula tak puas hati.. pelbagai persoalan di timbulkan
kenapa "mereka" sahaja yang menerima
kenapa tidak "kami" sama merasa..... 
ermm...... [ada betulnya]


Seorang Ketua bahagian yang rapat dengan staff nya... tak pernah menganggap staff nya.. "orang bawahan" akan rasa, betapa tak seronoknya suasana begitu....
Dia akan cuba cari jalan supaya semuanya dapat merasa...
sekurang-kurangnya sedikit penghargaan...
bukannya nak kena tempah tiket untuk sebuah flight pun...
cukup 1-2 buah bas ekspress yang boleh membawa mereka ke destinasi dalam Malaysia
alah.... berapalah sangat............


Seorang ketua juga.. perlu fikir yang mana, staff belum bertaraf jawatan tetap samada kontrak, sambilan, sementara dan sebagainya... tetapkan taraf jawatan mereka
Mereka begitu bekerja keras.......


dan janganlah fikir "biarlah aku dan konco aku terima bonus"
Sedihnya......
sungguh tak suka!

Sunday, May 15, 2011

♥♥ Mengadu ♥♥


Tadi rasa tak tenang.. rasa nak marah kat orang ja.. kalau online mesti mood tak bagus.. rasanya lagi tenang di sini.. so, invisible diam rasa lebih menenangkan.. tak mau la sebab hal sikit buat hati bertambah sakit? kan tak pasal orang lain pula kena marah.. ishh tak patut.. tenangkan hati fikir yang baik-baik pada semua orang. Bila fikir negative itu yang berserabut tu.. ambil pendekatan lupakan semua.. biar la.. jangan fikir tak elok la..

Allah... istifar banyak-banyak.. dekatkan diri padanya InsyaAllah.. 
sambil berkali-kali berkata dalam hati "Allah sentiasa bersama dan tidak pernah mengecewakan selama-lamanya" Allah tahu.. Allah tahu.. sambil memujuk hati...

Alhamdulillah makin ok.. rupa-rupanya.. bila kita invisible.. tenangkan hati baik-baik.. semuanya dapat di kawal.. berlapang dada...

dan tak dapat di lupakan.. yang membuat hati bertambah tenang bila terbaca akan ini..

‎"Wahai sahabat apakah rahsia yang menyebabkan Rasulullah s.a.w menyebut nama mu 
sebagai ahli syurga?"


Maka sahabat tersebut menjawab,
“Tiada apa yang istimewa yang saya lakukan dalam hidup saya melainkan saya selalu memaafkan kesalahan orang lain terhadap saya sebelum tidur’.


dan ini.....

Sesiapa yang mengucap kalimah LAILAHAILLAH MUHAMMADURRASULULLAH beberapa kali, maka diampunkanlah segala dosanya biarpun persis buih dilautan [dosa kecil].

Alhamdulillah...... tenang rasa.. 

♥♥ Katakan Wahai Bunga ♥♥

T.kasih atas kesudian tag Maiza gambar yg cantik, ada yg perlu di edit yg tidak
terutama kepada [boleh klik --> Docabg mem ,  abg z siapa lagi ya.. dan juga semua :)
[gambar yg di tag akan di semat serta di perindahkan di sini kelak]

Dalam kehidupan ini kita tidak dapat selalu melakukan hal yang besar. Tetapi kita dapat melakukan banyak hal kecil dengan cinta yang besar.

Katakan wahai bunga, satu ungkapan yang mampu mengekspresikan cinta kasih sayang dalam kehidupan dan persahabatan. Kalimah yang indah dan mudah di cerna, tetapi juga sentuhan yang hadir di sebalik kalimat indah.

Kita di lahirkan di dunia mempunyai dua telinga di kiri dan kanan supaya kita dapat mendengar dari 2 sisi berbeza juga berupaya mengumpul pujian dan mampu memilih yang mana benar dan mana salah. 

Kita di kurniakan dengan otak yang sempurna di dalam tengkorak kepala.. sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita namun kita tetap kaya. Apa yang ada di fikiran kita adalah jauh lebih berharga. 

mempunyai dua mata juga dua telinga tapi kita hanya di beri satu mulut yang mampu mengubah segalanya samada baik atau buruk. 

Di dalam diri hanya satu hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita akan sebuah penghargaan dan pemberian cinta di harapkan wujud dari hati terdalam. Belajar untuk mencintai juga menikmati betapa kita di cintai tapi jangan pernah mengharap orang lain mencintai diri seperti kita mencintai diri kita. Jauh di sudut hati tidak mampu untuk menahan segala.. Pedulikan sekeliling yang mana mencalar juga mengguris hati kecil ini.. maafkan segala perbuatan yang di lakukan pada diri.. terima redha dengan berlapang dada....
Dua mata di wajah, tidak mampu melihat ke belakang.. tapi pandanglah semua itu ke depan.. pandanglah masa depan.
~~~~♥♥♥♥~~~~

Saturday, May 7, 2011

♥♥ Dedikasi buat Bonda Tercinta ♥♥



Setiap irama tubuhmu kau selalu menyapa
Ketika kepenatan yang tak pernah terbisikkan kau sentiasa tersenyum
Setiap kerinduan itu tak pernah ingin lepas dariku
Usiaku kini telah berubah
Aku bukan lagi gadis kecil
Aku makin dewasa
Kaulah yang telah membentuk jiwa ini
Kaulah yang telah mengelola emosi ini
Kaulah yang selalu memberiku segalanya dengan nasihatmu kala malam telah
larut dan gerbang mimpi siap menghampiriku
Kala yang lain terlelap
Ku tahu kau tak pernah terlena
fikiran, hati, jiwa, dan emosi 
Kau selalu berpacu dengan waktu
Kala wadah kosa kataku hanya bagai titisan air mata
Kaulah yang memenuhinya hingga menjadi sebuah lautan
Kaulah bintang berkilau ku
Yang tak akan pernah terlupakan oleh rangkaian huruf cahaya 
Andai aku mampu, bonda…
Kan kubalas segenap cinta dan kasihmu
Andai aku mampu, bonda…
Kan kupersembahkan seindah kilauan padamu, 
sehangat dakapanmu, setulus kasihmu, dan
seluas nasihatmu
Kutahu, bonda…
Tanganmu tak pernah lepas berharap untukku 
dalam setiap doa' yang kau panjatkan
Ku tahu bonda…
Senyummu selalu menyapa dalam setiap kata cinta yang keluar dari lisanmu
Ku tahu bonda…
Mata hatimu selalu terjaga dalam setiap derapku

Ya Allah….
Ku tadahkan tanganku berharap kau membahagiakannya sepertiku kini
Ya Rabbi…,
Ku mohon berilah bonda mimpi yang selalu indah
Ya Rabbul Izzati…,
Ku berharap padaMu anugerahkan bonda kucupan hangat
Seperti yang selalu ia berikan padaku saat aku terbangun di pagi hari
Ya Illahi…,
Sejahterakanlah bonda
Bonda, pelangi dan matahariku…
Hari ini ku aturkan dengan tulus padamu…

Buat Bonda Insan TerCinta…
Walaupun kau selembut-lembutnya insan tetapi kau tegas.. wajahmu selembu tidak mampu di gambarkan.. kau tetap berusaha mendidik anak-anakmu sehingga berjaya dan berakhlak dengan akhlak islami. Mungkin kejayaan anak-anakmu semua ini adalah kasih sayang ALLAH padamu. Kesabaranmu menjaga kami tiada tandingannya. Maafkan kami wahai bonda.. jika ada salah silap dari kami bertiga. Ampunkan kami bonda tercinta.. atas didikan Mu.. Kami menjadi orang yang berfikir sendiri kebaikan dari kata-kata dan perbuatanmu. Itu kelebihanmu. 
Kehidupan ini begitu lengkap dengan hadirmu
SYUKUR YA Allah yang mendatangkan bonda menemaniku
Ku fikir ia tanda kasih-NYA yang mendodoi kalbu
Sukar ku tafsirkan tetapi itulah yang berlaku
Ku lihat kau amat sederhana
Nasihat-nasihatmu memanah jiwaku
Kadangkala berjujuran air mata membaca bicaramu
Terasa terjaga dari lena alpa dengan suaramu

Hari ini adalah hari mu
Di setiap seusai solat ku berdoa
Agar Allah sentiasa melimpahkan kasihNYA tak kunjung putus
Buatmu bonda
moga sentiasa dalam Redha ALLAH
YA ALLAH
Sujudku tidak pernah putus
Yang memberikanku dikau wahai bonda
Selamat hari Ibu
Semoga Allah mencintaimu
Melebihi luas cintaku
Kepadamu "MAK"

~~~♥♥♥♥~~~

Friday, May 6, 2011

♥♥ Getaran kasih sayang ♥♥



Assalamualaikum,
moga semua sihat dan sentiasa berada dalam redha Allah..

Mei bulan yang penuh dengan kasih sayang. Ini kerana bulan ini setiap tahun adanya sambutan Hari Ibu iaitu Insan yang begitu bermakna dalam hidup kita. Hidup ini di kelilingi oleh aneka warna.. penuh "Getaran Kasih Sayang" Alhamdulillah beruntungnya kita punyai Ibu Bapa, adik beradik juga sahabat akrab yang sentiasa di sisi. Untuk entri kali ini, ingin sekali berbicara akan "Cinta dan Kasih Sayang" sesama kita..


Pernahkah menatap orang-orang terdekat ketika saat dia sedang tidur?
Kalau belum, cubalah sekali untuk menatap wajah mereka saat mereka sedang tidur.
Saat itu, yang nampak adalah ekspresi paling suci dan paling jujur dari seseorang.

Perhatikanlah ayah Mak ketika sedang tidur.
Sedarilah, badannya yang dulu tegap dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,
betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya,
betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.


Sekarang, beralihlah.

Lihatlah wajah mereka
kulitnya mulai berkedut dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh
kini kasar kerana tempaan hidup yang sukar.
Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang,
dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.


Cubalah menatap wajah orang-orang tercinta itu :
Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya....
Rasakanlah kuasa cinta yang mengalir perlahan disaat menatap wajah bersih yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat
betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.
Pengorbanan yang kadang tertutup oleh silap faham yang kecil
Entah kenapa selalu sahaja nampak besar.

Secara ajaibnya, Allah mengatur agar pengorbanan itu
agar boleh dilihat melalui wajah-wajah jujur mereka semasa sedang tidur.
Pengorbanan yang kadang melelahkan namun enggan mereka ungkapkan.
Dan ekspresi wajah ketika tidur pun mengungkap segalanya.
Tanpa kata, tanpa suara dia berkata :
“betapa lelahnya aku hari ini”.
Dan penyebab lelah itu?
Untuk siapa dia berlelah-lelah? Tak lain adalah kita.
Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan yang muncul  jika mengingati itu semua.

Thursday, April 28, 2011

♥♥ Sindrome Terlupa/ Pelupa... Cuai? ♥♥

gambar hiasan :)

Assalamualaikum


Moga semua sihat dan sentiasa ceria :)
Hari ni adalah "antara" ;) hari yang paling panik sedunia.. sepanjang hidup ni. Pagi tadi keluar nak pergi kerja sebelum tu berhenti stesyen minyak dulu lepas tu mula gerak la otw pergi office. Masa drive tu dah cakap dalam hati "eh.. napa la keta ni tak masuk gear pun tak kan la sbb tak panas enjin dulu sebelum nak gerak?" bermonolog sendirian... "eh.. tak mungkin lah..." dan tu terus tekan pedal minyak dengan harapan masuk ke gear 2? hehe.. laju juga la tekan pedal minyak tu..dah tu... "eh.. napa ni.. tak ok pun.. bunyi kuat pelik semacam ja..." apa lagi..... terus bagi isyarat "signal ke kiri.. kena berhenti la.." bila berhenti tu...

gambar hiasan :)

Ya Allah... alamak! Ya Allah....
bau hangit huhu... pastu berasap.. Ya Allah napa ni.. ada la kereta potong dari tepi tunjuk isyarat kat sebelah belakang.. dengan muka blur.. buat heran pulak tu huhu.. dari dalam kereta Maiza tengok tak berasap pun enjin? ingat memang dah sedia nak kena larikan brg berharga.. larikan diri.. sbbnya.. kebarangkalian "MELETUP" takut la terjadi... Ya Allah....

sebelum tu terus matikan enjin.. "eh.. enjin tak berasap pun.." jadi terus matikan hasrat nak lari.. duduk dalam kereta diam-diam terus call ayah..
"Ayah... kereta orang berasap! cepat ayah.. orang berhenti tepi jalan"
ayah... "berasap? pasai pa?"
Maiza.. "pancit kot... eh.. tak tau.."

tak lama tu ayah sampai... "tak pancit pun.. brake jammed kot..."
muka blur depan ayah... tukar kereta pinjam kereta ayah dulu..
Maiza.. "ayah mcm mn kereta ok ka? Ayah bawa balik kereta ok ja... 
Maiza... aik! hehehe

release handbrake dak?
err.... dah... laaa.... ehh... 
dah 4 orang termasuk ayah tanya hal sama...
tiba-tiba Maiza confused? hihi
sampai ja kat rumah... dengar ayah cakap....
"pagi-pagi baru nak isi minyak.. lepas tu kalot.. handbrake pun tak lepas.. tekan minyak sampai berasap!"
"eh..... ya ka... orang tak bawa turun handbrake ayah?..."
"ayah bawa tadi cmna... ok dak?"
ayah..... "kita bawa p sana sini tak pa pun......"

ooooo..... kalau macam tu.. comfirm! cuai... mujur lagi.....
ingatan untuk diri.... lain kali drive jangan fikir hal lain... huhu....