♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Monday, October 29, 2012

Mana pergi CINTA semalam?



Hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati. Terimalah semua sebagai sebahagian dari perjalanan hidup ini. Dengan kebesaran hati dan jiwa, dirimu akan menemukan apa rahsia di balik titian kehidupan yang telah dijalani. Hingga kelak akan engkau rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat sendiri.. -Abu Aufa-

Entah mengapa sejak kebelakangan ini hati tidak boleh terasa sikit mudah sangat tersentuh.. mula lah menangis.. keadaan begini terjadi terutama bila hendak tido.. terfikir itu ini.. jadi itu jadi ini.. perkataan yang terkeluar dari insan di sayangi " SAMPAI BILA NAK JADI MCM NI " semuanya hebat bermain di telinga ini dan lagi dasyat dalam fikiran.. MasyaAllah.. jangan di anggap dugaan anggap lah suatu anugerah...

Sebenarnya dalam keadaan kita punya pilihan tapi kadang kala pilihan yang di buat tidak di sangka terjadi.. kalau boleh dalam hidup ini mahu saja mengelak jangan sampai hati tersentuh. Tapi, siapa kita hendak menidakkan TAKDIR ALLAH.. 

Kadangkala terasa lelah dengan kehidupan yang sering di himpit pelbagai warna.. tapi, warna itukan mengidahkan lagi.. lama kelamaan rasa makin di abaikan.. rasa rindu mencengkam hati... entah di rindu... entahkan tidak... untuk menuju lorong yang indah.. jalannya penuh berliku sebenarnya..  

Wamakaru WamakaraAllah... WaAllahu Khairul Maakiriinnn...

"Mereka merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik perancang"

Ya ALLAH...
Peliharalah lintasan Hati ini agar aku redha..
Peliharalah bicara ini sebaik-baiknya..
Peliharalah diri ini agar aku mampu untuk terus bersabar

Bertahanlah... ALLAH ada....


Friday, October 12, 2012

Penawar


Tuhan temukan daku penawar
Apabila berdarah  terluka di tusuk duri
Jantung menjadi hancur
Fungsi tubuh menjadi longlai
Namun, jasad gagah bertahan
Hati sangat setia... jagalah dia


Mencari bulan di langit..
Bintang panggil bulan sayang..
Dingin sejuknya angin suara kan sumbang
Siapa yang nak pandang?

Hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati. Terimalah semua sebagai sebahagian dari perjalanan hidup ini. Dengan kebesaran hati dan jiwa, dirimu akan menemukan apa rahsia di balik titian kehidupan yang telah dijalani. Hingga kelak akan engkau rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat sendiri.. -Abu Aufa-

Sunday, October 7, 2012

Merah Jambu




Dalam hidup ini 
perkara menggembirakan apabila kehendak di penuhi
kesanggupan di taati
kesetiaan kukuh di hati
apabila kita saling dalam ingatan
tahu percaya
berkorban
semuanya sangat indah
kadang kala tidak pasti benarkah kuat?
Jawapannya kena kuat
mudah-mudahan Allah membimbing hati



Penantian itu pengukur kesabaran
dan akhirnya tercipta lagi sebuah cerita 
"MERAH JAMBU"
Indah, terkelu.... selamat.. rancak terbuai
itu suatu rasa
Ungkapan kenangan Terima Kasih mampu di ungkap
awak penting dalam hati saya
percayalah!!