Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Apa motif Marina Mahathir sertai himpunan bersama penganut Kristian?

Umum mengetahui siapa Marina Mahathir, salah seorang daripada individu yang memperjuangkan LGBT dan dalam masa yang sama beliau juga adalah salah seorang daripada yang berkait rapat dengan pergerakan Islam Liberal, Sister in Islam(SIS).

Apa motif beliau bersama sama individu lain menyertai perhimpunan bagi menunjukkan solidariti bersama penganut kristian di perkarangan sebuah gereja di Klang semalam? Apakah beliau mahu mencetuskan satu lagi kontroversi atau sengaja mahu mencari publisiti murahan dan dalam masa yang sama mengeluarkan kenyataan yang mengecam tindakan JAIS.

Sebagai seorang Muslim beliau sepatutnya berada bersama sama Muslimin dan Muslimat lain dalam mempertahankan kalimah Allah agar tidak digunakan oleh kristian. Yang mana pengarang penerbitan the herald, lawrence Andrew dengan angkuh membuat kenyataan menegaskan orang kristian akan terus menggunakan kalimah Allah. Kenyataan tersebut ternyata telah memperlekehkan titah KDYMM Sultan Selangor serta keputusan Mahkamah.

Sebagai seorang Muslim dan anak kepada mantan Perdana Menteri Malaysia yang banyak memperjuangkan Islam dan membela nasib bangsa, tindakan beliau itu telah menimbulkan seribu satu persoalan pada rakyat Malaysia khusunya yang beragama Islam. Dimana letak akidah beliau dan adakah beliau bersetuju dengan pengunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam.

Wira Perkasa Malaysia dengan sekeras kerasnya mengutuk tindakan Marina Mahathir itu.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Pas Hanya Pelakon Tambahan..


DAP - Orang Melayu Bangsa 50sen..





Pemilihan CEC DAP Ada Pengundi Hantu...!!!


CEC DAP tipu lagi? Ahli dipecat tapi boleh mengundi?

DAP didesak supaya memberikan penjelasan kepada rakyat tentang status bekas ADUN Teratai Jenice Lee yang dahulunya dipecat dari DAP ekoran bertanding sebagai calon bebas dalam PRU 13.

Setelah dipecat Jenice Lee berkempen untuk memastikan DAP bersih dari saka-saka Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Tan Kok Wai. Hasil kempen Jenice, tokong Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang telah merudum undi-undi mereka dalam pemilihan semula CEC DAP

Persoalannya...

Bagaimana seorang yang telah dipecat dari parti kerana bertanding sebagai calon bebas dahulu boleh mengundi sebagai ahli parti?

Adakah Jenice Lee masih ahli DAP? Adakah pemecatannya dahulu tidak sah?

Boleh pulak dia mengundi?
Apakah wayang sandiwara yang cuba dimainkan DAP kali ni?

Rakan blogger MYMASSA memberikan penjelasan panjang lebar mengenai persoalan mengapa bekas ADUN Teratai, Janice Lee yang dipecat dari parti akibat bertanding sebagai calon bebas, boleh mengundi semula pada pemilihan CEC DAP kali ini ?

Ada pendapat mengatakan bahawa pemecatan bekas ADUN Teratai pada 22 April 2013 sebagai tidak sah memandangkan pemilihan CEC yang berlangsung pada Disember 2012 juga telah terbatal setelah DAP sendiri tidak mengikut Undang-undang Tubuh parti itu.

Dari aspek teknikal, memang benar Janice Lee masih lagi menjadi ahli DAP dan layak mengundi setelah diberi peluang.

Bagaimana pula dari sudut Undang-undang Tubuh DAP, Perlembagaan DAP ...selanjutnya di GWM

Karpal Singh Tak Sedar Diri...!!!!


Pakatan khawarij kerap kali mengagungkan 'Undi Popular' dan mereka mempertikaikan kemenangan Barisan Nasional berdasar 'Undi Popular' pada PRU13 lepas.

Malangnya strategi sampah mereka akhirnya memakan diri. Semalam merupakan pemilihan semula CEC DAP dan berikut merupakan 20 CEC yang dipilih berserta jumlah undi terkini:

1. Liew Chin Tong – 1,438 unti
2. Lim Kit Siang – 1436 undi
3. Karpal Singh – 1,421 undi
4. Gobind Singh – 1,409 undi
5. Lim Guan Eng – 1,304 undi
6. Chong Cheng Jin – 1,294 undi
7. Anthony Loke – 1,263 undi
8. Chow Kon Yeow – 1,203 undi
9. Fong Kui Lin – 1,193 undi
10. Teng Chang Khim – 1,164 undi
11. Tony Pua – 1,158 undi
12. Zairil Khir Johari – 1,132 undi
13. Teresa Kok – 1,127 undi
14. Chong Eng – 1,111 undi
15. M Kula Segaran – 1,088 undi
16. Tan Kok Wai – 1,088 undi
17. Teo Nie Ching – 1,081 undi
18. Boo Cheng Hau – 961 undi
19. Nga Kor Ming – 956 undi
20. Ngeh Koo Ham – 809 undi

Sejurus selepas pemilihan semalam, satu senarai jawatan tertinggi DAP Pusat penggal 2012/2015 telah dibentangkan, dan dilantik tanpa bantahan:

Pengerusi: Karpal Singh

Timbalan Pengerusi: Tan Kok Wai

Naib Pengerusi (lima jawatan):

1) Chow Kon Yeow
2) Dr Senator Ariffin SM Omar
3) Chong Chieng Jen
4) M. Kulasegaran
5) Teresa Kok

Setiausaha Agung: Lim Guan Eng

Penolong Setiausaha Agung (tiga jawatan):

1) Chong Eng
2) Ngeh Koo Ham
3) Dr P. Ramasamy

Bendahari Kebangsaan: Fong Kui Lun

Penolong Bendahari Kebangsaan: Nga Kor Ming

Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Anthony Loke Siew Fook

Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan:

1) Vincent Wu Him Ven
2) Thomas Su Keong Siong

Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Tony Pua Kiam Wee

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan:

1) Teo Nie Ching
2) Zairil Khir Johari

Setiausaha Antarabangsa: V. Sivakumar

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan: Liew Chin Tong

Penolong Pengarah Pendidikan Politik: Dr Boo Cheng Hau

Penasihat parti seumur hidup: Dr Chen Man Hin

Ketua Ahli Parlimen DAP: Lim Kit Siang

Jawatankuasa Disiplin: Tan Kok Wai Wai

Biro Kebudayaan: P.Gunasekaran

Biro Buruh: A.Sivanesan

Sepuluh anggota CEC dilantik:

1. Dr Tan Seng Giaw
2. Dr P. Ramasamy
3. Senator Dr Ariffin SM Omar
4. Vincent Wu
5. Jimmy Wong Sze Phin
6. Dr John Brian Anthony
7. Dr Edwin Bosi
8. Leong Ngah Ngah
9. V. Sivakumar
10. Thomas Su Keong Siong

Jika berdasarkan keputusan undi dan formula sampah 'Undi Popular' Pakatan Khawarij, Karpal Singh tidak layak menjadi pengerusi DAP lagi. Namun kuasa kroni DAP mengatasi segalanya. Bermula dari jawatan pengerusi, timbalan pengerusi hingga naib adalah individu yang pro kepada Dinasti Lim. Strategi sampah mereka tidak menjadi pada kali ini dan terpaksa menelan semula tahi yang mereka telah taburkan sebelum ini.

Karpal Singh pula dengan tidak bermaruahnya menerima jawatan pengerusi DAP dengan hanya mendapat undi ketiga terbanyak ketika pemilihan semula DAP semalam. Lalu, atas dasar apa formula sampah 'Undi Popular' Pakatan Khawarij diwujudkan? Benarlah mereka sebenarnya hanya sampah! Sebastianphiu

Ambiga Pengotor...!!!!


Esok persidangan CEC DAP. CEC yang akan sekali lagi dapat kita lihat pembohongan Lim anak beranak dalam mengekalkan kuasa mereka. DAP mengambil pihak luar negara bagi memantau CEC mereka yang mana merupakan satu tindakan yang jelas untuk melakukan penipuan kepada perwakilan DAP yang ada.

Soal nya sekarang dimana kedudukan BERSIH yang diketuai Ambiga? Jika sewaktu PRU 13 lalu Ambiga dengan angkatan BERSIH nya meletakkan pemantau bersih disetiap pusat pembuangan undi seluruh Malaysia kenapa pada CEC DAP kali ini BERSIH tidak memantau? Kenapa BERSIH tidak turut sama dalam CEC DAP bagi memantau peengundian yang dijalankan DAP?

Ambiga seharusnya didesak untuk memantau CEC DAP yang telah terbukti bahawa sebelum ini Lim anak beranak melakukan penipuan undi dalam mengekalkan kuasa mereka.

Ambiga berSHIT.

DAP 'panas punggung', sudah mula kempen CEC

Sesetengah pemimpin DAP yang bakal bertanding pada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) mula 'panas punggung' kerana kempen sudah bermula.

Kelmarin, satu sesi dialog antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan ahli CEC lain serta perwakilan di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan diadakan di Hotel One World.

Walaupun pada asalnya kehadiran dijangka lebih 500 perwakilan, apa yang mengejutkan hanya kurang 100 orang hadir.

Seorang pemimpin parti yang enggan dikenali berkata, sesi dialog itu sebenarnya platform untuk pemimpin 'tertentu' meraih undi dan sokongan.

"DAP mengambil serius terhadap pemilihan semula CEC. Ramai penyokong dan ahli keliru dengan apa yang berlaku ketika ini.

"Sesi dialog ini dijangka diadakan di seluruh negara bagi menjelaskan kedudukan DAP, selain memberi gambaran bahawa Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah bertindak tidak adil terhadap parti ini," katanya di sini.

DAP pada 15 Ogos lalu akhirnya akur untuk mengadakan pemilihan semula CEC selepas pemilihan tahun lalu itu didakwa wujud penyelewengan kerana parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 perwakilan yang merupakan ahli sah untuk mengundi.

Keputusan mengadakan pemilihan semula itu dibuat tujuh bulan selepas pemilihan CEC 15 Disember lepas, yang diikuti siasatan ROS kemudiannya membuat ketetapan tidak memberi pengiktirafan kepada para pemegang jawatan CEC parti itu melalui notis yang dikeluarkan pada 17 April lalu.

Sabtu lepas, Pengerusi DAP, Karpal Singh menyatakan pemilihan semula CEC parti itu pada November depan akan mengekalkan senarai calon CEC serta perwakilan yang sama seperti Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, DAP yang menganjurkan sesi dialog bersama Guan Eng itu didakwa bertindak 'pilih kasih' dengan memilih golongan tertentu sahaja untuk hadir ke program tersebut yang turut dihadiri oleh kesemua barisan CEC.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee mendakwa, sebanyak sembilan cawangan di bawah kelolaan beliau tidak dijemput.

"Saya sendiri hanya tahu tentang sesi dialog ini selepas diberitahu orang, kami tidak tahu-menahu tentang perkara ini. Mengapa sembilan cawangan kami tidak dijemput? Tidak perlulah bersikap pilih kasih seperti ini.

"Sembilan cawangan sekitar Teratai ini masih aktif, mengapa kami tidak dijemput? Adakah kerana kami tidak menyokong kumpulan 'tertentu'," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Kepentingan Diri Keutamaan Dalam DAP..!!!


DAP yang mempunyai 'barisan peguam hebat' dalam kalangan pemimpinnya seharusnya lebih memahami peraturan dan bukan bertindak di luar bidang kuasa ketika menguruskan perjalanan parti.

Bekas Ketua DAP Cawangan Jalan Bagan Luar, G. Asoghan berkata, ekoran tindakan sesetengah pemimpinnya mempunyai kepentingan peribadi menyebabkan parti terjerumus ke dalam kancah memalukan apabila terpaksa mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

"Selama ini, pemimpin-pemimpin DAP seringkali melaungkan kononnya parti itu sebagai telus dan memperjuangkan kebenaran tetapi penyelewengan yang berlaku ketika pemilihan CEC tahun lalu membuktikan sebaliknya.

"Sehubungan itu, saya berharap parti dapat membuat jemputan secara telus kepada delegasi yang layak dan berhak mengundi dalam pemilihan semula CEC yang akan diadakan November ini.

"Kali ini, pastikan tiada perwakilan 'haram' yang didakwa diberi kuasa untuk mengundi. Saya hairan bagaimana perkara sebegini boleh berlaku kerana mereka ada peguam hebat dan berpengalaman," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini untuk membuat semakan mengenai tarikh sebutan kesnya mencabar DAP yang memecatnya daripada parti itu pada Jun lepas.

Menurut Asoghan, kesnya akan mula didengar pada 21 September ini dan beliau akan diwakili peguam V. Amereson.

Mengulas lanjut, Asoghan sekali lagi menegaskan, beliau masih ahli parti yang sah kerana jawatankuasa disiplin parti yang memecatnya terdiri daripada individu-individu yang memegang jawatan secara 'haram' kerana CEC lalu tidak sah.

"Sebenarnya saya masih sayangkan perjuangan DAP tetapi sangat berharap supaya pemimpin-pemimpin tertentu dalam parti mengubah sikap mereka," katanya. UTUSAN

Guan Eng Tidak Mengaku Kesalahan Sendiri...!!!!



Dakwa Guan Eng, DAP tidak teragak-agak mencabar arahan ROS melalui semakan kehakiman jika Perdana Menteri memberi jaminan bahawa ROS tidak akan membatalkan pendaftaran DAP sekiranya perkara terbabit dibawa ke mahkamah.

Keengganan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengakui kesilapan berhubung kontroversi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) terus dikecam pelbagai pihak yang menyifatkan beliau sebagai 'pemimpin ego dan hipokrit'.

Kalangan mereka juga menempelak dan mempersoalkan tindakan Guan Eng kerana mengheret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke dalam isu dakwaan penyelewengan pemilihan jawatankuasa parti tersebut.

Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong mendakwa, sikap Guan Eng yang tidak mengaku kesilapan, sebaliknya meletakkan kesalahan itu kepada pihak lain adalah perkara biasa bagi pemimpin sebuah parti yang kononnya 'memperjuangkan' ketelusan dan demokrasi itu.

''Kalau dia (Guan Eng) nak 'heret' Perdana Menteri dalam isu ini (kontroversi CEC), kenapa tidak Perdana Menteri terus mengarahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan sahaja pendaftaran DAP?

''Inilah perangai Guan Eng, dia tidak akan mengaku segala kesalahan dan akan kata ini konspirasi politik. Kita lihat sudah banyak kali dia menyalahkan UMNO atau Barisan Nasional (BN) dan perangai sedemikian sama dengan rakan sekutunya yang menyalahkan pihak lain,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas 'drama' terbaharu Guan Eng yang masih tidak mengaku kesilapan berhubung kontroversi CEC dengan mengheret Najib apabila bertindak mencabar Perdana Menteri agar memberi jaminan 'keselamatan'.

Tindakan itu bertentangan dengan sikap 'gentlemen' Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengumumkan DAP akan mengadakan pemilihan semula CEC seperti arahan ROS setelah siasatan mendapati pemegang-pemegang jawatan dalam pemilihan Disember lalu tidak sah.

Lum Yong berkata, Guan Eng selama ini hanya 'bermain' politik dan cukup ketara apabila mendakwa ROS akan mengeluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran DAP semasa penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

''Sehingga kini ROS tidak bertindak sedemikian. Tindakan Guan Eng ini dilihat sebagai gimik politik semata-mata dan kita nak tanya, apa tindakan beliau jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiba-tiba kata keputusan pilihan raya umum lalu berlaku kesilapan teknikal?

Mengulas perkara sama, Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, sikap angkuh Guan Eng dalam berdepan dengan isu CEC bukan suatu perkara yang memeranjatkan.

''Ego Guan Eng makin meningkat selepas dua kali berjaya memegang Pulau Pinang dalam pilihan raya umum. Apa yang diputuskan ROS adalah berasaskan maklumat dan Karpal sendiri dapat menerimanya.

''Inilah Guan Eng, sikap pemimpin sebegini bukanlah contoh terbaik kepada negara. Amat malang mereka yang bernaung di bawah kepimpinan begini,'' ujarnya.

Dalam pada itu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan tindakan Guan Eng mengaitkan nama Najib dalam isu berkenaan sebagai merepek.

Malah, beliau mendakwa Guan Eng telah melakukan pelbagai pembohongan termasuk turut menjadikannya mangsa dalam isu perhimpunan haram Bersih 3.0 tahun lalu.

''Ini gaya Guan Eng yang telah banyak membuat pembohongan demi pembohongan. Daripada isu kononnya menolong seorang gadis bawah umur, kemasukan pelaburan asing ke Pulau Pinang sehingga kontroversi CEC, dia sudah banyak berbohong.

''Dalam isu CEC, nak heret Perdana Menteri pula, nak cabar keputusan ROS melalui semakan kehakiman. DAP sebelum ini banyak pertikai mahkamah, polis dan SPR tetapi kini nak guna mahkamah pula? Merepek,'' katanya.

Dalam pada itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah mengingatkan Guan Eng bahawa isu kepincangan pemilihan CEC DAP bukannya datang daripada ahli UMNO atau BN atau pihak lain tetapi disuarakan oleh akar umbi DAP sendiri.

''Kalau desakan mengadakan pemilihan semula CEC datang daripada pihak lain, sudah pasti itu ada perancangan tertentu tetapi ini desakan ahli DAP. Tetapi, kebiasaannya Guan Eng akan meletak segala kesilapan kepada orang lain termasuk UMNO dan BN sedangkan mereka ini tiada kena-mengena dengan DAP", katanya. UTUSAN

DAP Akur Dengan ROS.


Setelah mendapat tekanan daripada pelbagai pihak termasuk ahli akar umbi serta segelintir pemimpin parti, DAP akhirnya akur dengan arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Tindakan DAP itu secara tidak langsung mengakui siasatan dan ketetapan ROS pada 17 April lalu bahawa pemegang-pemegang jawatan yang dibentuk oleh CEC pada 15 Disember lepas adalah tidak sah.

Keputusan drastik DAP itu dibuat dalam mesyuarat CEC di Jalan Pudu di sini malam tadi, selang sehari selepas mesyuarat tergempar Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) membincangkan isu yang sama Isnin lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, parti itu membuat keputusan mengadakan pemilihan semula CEC bagi menyelamatkan DAP daripada dibatalkan pendaftaran.

Keputusan itu dibuat tujuh bulan selepas pemilihan CEC 15 Disember lepas, yang diikuti siasatan ROS yang kemudian membuat ketetapan tidak memberi pengiktirafan kepada para pemegang jawatan CEC parti itu melalui notis yang dikeluarkan pada 17 April lalu.

Sehubungan itu, Karpal berkata, parti itu akan mengadakan mesyuarat khas Khamis ini bagi membincangkan persediaan mengadakan pemilihan semula CEC.
“Kami telah mengadakan mesyuarat CEC malam tadi dan sebulat suara bersetuju untuk mengadakan pemilihan semula demi kepentingan jangka panjang parti,” katanya.
Tambah Karpal, DAP terpaksa mengalah walaupun merasakan arahan ROS tidak mengikut lunas undang-undang.

“Setiausaha Agung, Lim Guan Eng telah beberapa kali ‘merayu’ kepada ROS untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan kemelut yang melanda parti namun usaha tersebut sia-sia.

“Setelah mengambil kira semua aspek, kami dengan berat hati membuat keputusan untuk akur dengan arahan ROS,” tegasnya.

Isu pemilihan CEC DAP tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 perwakilan yang merupakan ahli sah untuk mengundi dalam pemilihan tersebut.

Keputusan pemilihan itu yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih.

Bagaimanapun selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebagai ahli CEC.

Insiden itu membawa kepada peletakan jawatan Pengarah Pilihan Raya DAP, Pooi Weng Keong selain beberapa ahli parti membuat aduan kepada ROS berikutan bimbang terdapat unsur-unsur manipulasi dalam keputusan tersebut.

Pada bulan Jun lalu, Ketua DAP Cawangan Bagan Luar, G. Asogan memfailkan kes di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk mengetepikan surat pemecatan kepada beliau dengan alasan CEC tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan berkenaan.-Utusan

Lim Kit Siang Dan Lim Guan Eng Cuba Mempengaruhi ROS..!!!


DAP telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk 'berunding' dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi mengelak  parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

 DAP terus cuba mengelak daripada melaksanakan pemilihan tersebut seperti diarahkan ROS sebelum ini.

Guan Eng masih mahu berdolak dalih dalam isu CEC ini seperti tidak tahu apa yang berlaku.

"Kita hanya mahu dua penjelasan tentang sebab-sebab mengapa dan apa kuasa di bawah Akta Pertubuhan untuk ROS mengarahkan DAP mengadakan pilihan raya semula CEC.

"DAP sanggup mengadakan semula CEC dengan syarat kita diberikan penjelasan berhubung cara yang munasabah, sah berserta fakta," kata Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Guan Eng enggan memberi sebarang komen kepada pihak media media yang menunggu di situ selepas mesyuarat berkenaan berakhir. Mesyuarat itu berlangsung di ibu pejabat mereka di Jalan Pudu,

Walau pun Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng bersikap besar kepala mereka jangan menganggap DAP kebal dari undang-undang apabila sengaja ingkar dengan arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan semula parti itu.

Dalam kenyataan Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim dalam Utusan mengatakan kedua anak-beranak itu seolah-olah mencabar kewibawaan ROS dengan cubaan melanggar undang-undang yang tertakluk di bawah pertubuhan tersebut.

Mereka sengaja mahu memanjangkan isu ini dan berasa diri seperti 'tokong' apabila dengan sewenang-wenangnya boleh mencabar pihak berkuasa.

"Kit Siang sengaja memanjangkan isu ini dengan mencadangkan siasatan awam manakala Guan Eng memberikan dua syarat kepada ROS. Mereka ingat mereka siapa?

"Mereka berdua pernah membuat drama tangisan untuk menarik undi simpati daripada umum. Apabila ada pihak mendedahkan isi kandungan ROS, terus mendiamkan diri, bahkan semasa bertemu dengan pendaftar, tidak pula cuba menyelesaikan isu tersebut, justeru tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka berdua," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Agenda Sulit DAP Dan PAP Semakin Tercapai...!!!!


Agenda Sulit DAP dan PAP Semakin Tercapai ... ORANG MELAYU MASIH BUTA MURAKKAB


Berapa ramai ORANG MELAYU yang masih tidak mampu membaca dan menganalisis 'TSUNAMI CINA' dari perspektif yang lebih mendalam dan secara khusus setelah diumumkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13.

Baca dan fahami terlebih dahulu analisis-analisis ini :

ANALISIS 1
ANALISIS 2
ANALISIS 3
ANALISIS 4

Secara PUKUL RATA, 95% hingga 97% kaum Cina MENOLAK Barisan Nasional dengan memilih Pakatan Haram yang diketuai DAP.

Kita boleh andaikan secara PUKUL RATA juga, perkara yang sama BAKAL BERLAKU untuk Pilihan Raya Umum ke-14 ... 95% hingga 97% kaum Cina PILIH Pakatan Haram.

Amaran 'TSUNAMI CINA' bukan sekadar amaran BANGSA KIASU ini mahu menguasai Malaysia. Agenda lebih halus dan sulit puak-puak KIASU negara ini dengan puak-puak KIASU negara jiran telah lama berlaku dan berjalan lancar.

Dalam BAHASA KASAR, agenda sulit 'underground' di antara DAP dan PAP disusun dengan begitu rapi dalam MENGURANGKAN MASALAH yang sedang menimpa Singapura.

MASALAH BESAR yang sedang menimpa SINGAPORK adalah TIADA LAGI tanah untuk dibangunkan bagi perumahan, TRAFIK JAM yang cukup teruk, PENYELENGARAAN air dan elektrik yang cukup membebankan, sektor PELANCONGAN yang semakin merudum, INFLASI, kos sara hidup MELAMBUNG TINGGI.

Dan masalah yang paling merunsingkan pentadbiran PAP ... OVERPOPULATION. Kadar pertumbuhan penduduk yang semakin meningkat.



Seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan kadar pertumbuhan penduduk di Singapura ...

Tahun 2012 sahaja memperlihatkan PERTAMBAHAN 612,757 orang di negara ULTRA KIASU ini atau peningkatan 12.9 % secara MENDADAK. Mustahil kaum wanita SINGAPORK melahirkan 1678 bayi setiap hari ? Atau 69 bayi dilahirkan setiap satu jam ?

Walhal secara purata pertambahan penduduk adalah sekitar 50,000 orang atau 1.06 peratus bagi tempoh 10 tahun ( Tahun 2000 hingga Tahun 2011 ).

Berapa ramai 'pendatang haram' DILAHIRKAN di negara ini ? Atau lebih spesifik lagi, berapa ramai 'pendatang haram kiasu' yang DIIMPOT oleh pentadbiran PAP di SINGAPORK ?

To cap it all, this is only bound to get worse as the government is bent on pushing population up to seven million by 2030. It was around 3.5 million about 20 years ago and it is now almost six million. A doubling of the population in less than 40 years (1990 to 2030) can only be dubbed inane, insane! - SGPOLITICS.NET



Ramai penganalisis MENGKRITIK tindakan Lee Kuan Yew membawa masuk 'pendatang haram kiasu' secara konsisten sejak lapan tahun yang lalu dan tahun 2012 menyaksikan penganalisis mula MENGHENTAM pentadbiran PAP yang disfatkan sebagai GILA mengimpot 'pendatang haram kiasu', walaupun alasan yang diberikan adalah pertambahan pekerja asing.

612,757 pekerja asing dalam tahun 2012 ? ... Penganalisis melaporkan kebanyakan 'pendatang haram kiasu' banyak DIIMPOT dari Taiwan dan China. Dan hampir 60% 'pendatang haram kiasu' diberikan TARAF MASTAUTIN melalui pintu belakang.

Overpopulation Index tells us that we are the NUMBER ONE OVER-POPULATED country in the world. The Index surveys the degree to which “a country can support itself from its own renewable resources.” - SGPOLITICS.NET

Jadi bagaimana SINGAPORK mahu menyelesaikan masalah OVERPOLULATION ini ?


Berapa ramai ORANG MELAYU yang dipaksa dan terpaksa BERHIJRAH secara terhormat dari SINGAPORK melalui "White Paper on Population" hasil polisi pentadbiran PAP ini.

Walhal 'pendatang haram kiasu' dan kaum KULIT PUTIH berhijrah ke SINGAPORK, dalam anggaran 30,000, setiap tahun ... diberikan TARAF MASTAUTIN. Orang Melayu SiNGAPORK ? ... dihalau secara terhormat.

Sejarah TIDAK PERNAH BERBOHONG ...

Selepas keluarnya SINGAPORK dari Malaysia, di Bedok dan Geylang ... Kawasan penempatan yang DIDOMINASI oleh ORANG MELAYU ini, secara beransur-ansur pentadbiran PAP menghalau ORANG MELAYU secara terhormat. Dasar Penempatan Baru yang diperkenalkan BANGSA KIASU ini hanya membenarkan satu per empat ORANg MELAYU tinggal di flat-flat yang dibangunkan.

Dan strategi yang boleh dianggap HAMPIR TERCAPAI adalah 'secret handshake between DAP and PAP'.

Kerana itulah DAP cukup yakin PAKATAN HARAM mampu menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu. Anwar Ibrahim dianggap sebagai PENYAMBUNG ZURIAT cita-cita bangsat ini.

Andaikan jika PAKATAN HARAM telah menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu ... Berapa ramai 'pendatang haram kiasu' SINGAPORK ini dibawa masuk ke negara ini.

Dengan permulaan ...

'Pendatang haram kiasu' diberikan TARAF MASTAUTIN di Malaysia sehinggalah diberikan TARAF WARGANEGARA atau TARAF KERAKYATAN sebagai hadiah besar DAP kepada PAP.

Apa yang bakal berlaku jika secara beransur-ansur 612,757 penduduk SINGAPORK ini diserapkan ke dalam negara, dan kesemuanya adalah ORANG CINA ? Bagaimana dengan PERTAMBAHAN UNDI KAUM INI ? Orang Melayu ?

Kuan Yew SENYUM, Guan Eng KETAWA ... MELAYU JUGAK...  GWM

Hala Tuju Kaum Cina Pasca PRU-13: Akhbar Cina Salahkan DAP


PRU-13 memperlihatkan kesumat kaum Cina yang tidak pernah padam kerana terpaksa menerima pemerintahan kerajaan Melayu. Jelas, mereka berada di sini bukan atas kehendak mereka tetapi ‘terpaksa’ kerana nenek moyang mereka telah mengambil keputusan untuk terus tinggal di negara bertuah ini. Semua orang sedia maklum bahawa kaum Cina secara azalinya adalah kaum yang mempunyai sifat perkauman tegar selain kiasu atau chauvinis iaitu tidak mungkin mengaku salah, atau mengaku kalah.

Di sinilah letaknya perbezaan antara sifat nasionalis dengan sifat assobiyah iaitu dalam mengakui kesalahan yang dilakukan oleh pihaknya.

Seorang nasionalis akan mempertahan dan membela kaumnya tetapi tetap bersikap adil dan tidak menindas atau membenci kaum lain. Tetapi, seorang yang mepunyai sifat assobiyah atau perkauman akan mendiamkan kesalahan rakan-rakan sendiri serta membenci sesiapa sahaja yang bukan dari kalangan mereka.

Secara dasarnya, tiada siapa dapat menafikan yang kaum Cina merupakan kaum yang paling berjaya di Malaysia. Oleh itu, laungan bahawa mereka tertindas dan kerajaan Melayu rasis, dengan sendirinya tidak masuk akal. Bagaimana mereka boleh menyatakan diri mereka tertindas jika di masa yang sama mendabik dada bongkak sebagai kaum yang paling kaya? Adakah orang kaya, mewah malah mampu mengugut dan menekan orang lain, dikatakan sebagai golongan yang tertindas?

Justeru, perjuangan kaum Cina untuk ‘keluar dari penindasan’ melalui PR merupakan satu penipuan terhadap semua termasuk diri sendiri.

‘Idea’ bahawa mereka ditindas dicetuskan oleh puak-puak ekstremis Cina seperti Dong Zong dan juga DAP. Kedua-dua pihak ini tidak boleh menafikannya kerana ia sudah jelas terbukti dari ceramah-ceramah dan kenyataan-kenyataan mereka di mana-mana yang sering menuduh ‘kaum Cina dianaktirikan’ kerajaan.

Idea ini kemudian disebar dan disemarakkan oleh akhbar-akhbar Cina. Melalui sekolah-sekolah vernakular, kaum ini kini berjaya membentuk generasi yang berpegang kuat kepada ‘idea’ ini. Oleh itu, generasi inilah yang kita lihat memegang bendera Malaysia secara terbalik dan yang berhimpun di Stadium Kelana Jaya malam semalam.

Nampaknya, apa yang kaum Cina inginkan iaitu menunjuk kekuatan dan memberi tekanan kepada kerajaan melalui PRU-13 telah pun berjaya. Harapan mereka, ia akan menakutkan kerajaan dan orang Melayu serta semua pihak akan semakin menghormati mereka. Harapan mereka juga agar kerajaan akan semakin tunduk kepada mereka.

Namun, sepertimana Lim Kit Siang tersilap hitung akan tindak-balas kaum Melayu dalam Tragedi 13 Mei, begitu jugalah dalam PRU-13 ini. Kaum Melayu tidak tunduk, tetapi kembali bangkit mencabar mereka. Kit Siang gagal mengingatkan kaumnya bahawa sabar Melayu ada hadnya, baik Melayu juga ada hadnya walaupun secara luaran, ia kelihatan seperti tidak terhad.

Kaum Cina adalah minoriti, itu hakikat yang tidak boleh dinafi.

Sebagai pendokong demokrasi, seperti yang dilaungkan, maka kaum Cina wajib menerima hakikat bahawa suara majoriti adalah lebih utama dari suara mereka. Oleh itu, mereka seharusnya bersyukur kerana walaupun hanya minoriti, suara kaum mereka cukup luas, malah terlalu luas sehingga tidak terkawal.

Bagaimanapun, dengan penolakan padu dari kaum mereka terhadap kerajaan dalam PRU ini, iaitu sehingga 97%, ia sebenarnya hanya melemahkan lagi kaum Cina, dan bukannya menguatkan lagi suara mereka.

Namun, mereka bernasib baik kerana sifat Melayu itu bukanlah kejam dan bukanlah bodoh seperti kaum Cina yang berpegang kepada sifat perkauman membuta tuli. Menafikan terus suara kaum Cina hanya mengundang bencana, tetapi dalam pada itu, kita tidak boleh menafikan bahawa suara mereka kini hanya tinggal 3% sahaja.

Apa yang kerajaan amat terkilan dengan keputusan PRU kali ialah hakikat bahawa kaum Cina tidak pernah setia kepada negara ini. Mereka juga tidak pernah ikhlas kepada Barisan Nasional. Semua yang mereka lakukan, kebaikan yang mereka tunjukkan hanyalah untuk kepentingan diri. Mereka menipu, memanipulasi serta menikam belakang kerajaan yang begitu banyak bertolak ansur dan mengalah dengan mereka selama ini. Mereka tidak langsung berkongsi aspirasi muhibbah, 1Malaysia, dengan sebenar-benarnya walaupun sering memaksa orang lain berbuat demikian.

Malangnya, sehingga ke hari ini juga, kaum Cina masih lagi tidak melihat masalah ini sebagai masalah ‘keikhlasan’ dan ‘pengkhianatan’ mereka kepada BN, kerajaan atau negara. Oleh itu, masih ada suara-suara Cina yang menyuruh kerajaan terus mengalah dan mendengar kata mereka konon untuk mendapatkan kembali sokongan mereka.

Masalahnya, mereka sudah menerima lebih dari sepatutnya yang diterima oleh minoriti negara lain. Dan kerajaan tidak boleh terus menerus tunduk semata-mata untuk menjaga sensitiviti mereka. Selama ini, akhbar Utusan Melayu sering diserang sebagai rasis. UMNO dituduh rasis. Perkasa dicop sebagai rasis. Semuanya hanya kerana sering mengingatkan mereka bahawa mereka sudah cukup segala-galanya.

Yang rasis adalah mereka yang berdegil ingin memisahkan dan melebarkan jurang antara kaum melalui sekolah vernakular, UEC dan macam-macam lagi. Dan mereka itu tidak lain tidak bukan adalah akhbar-akhbar Cina, Dong Zong dan juga DAP.

Kini, setelah menyedari bahawa ‘tsunami’ PRU-13 mereka tidak mampu menumbangkan kerajaan Melayu, malah melemahkan lagi suara kaum Cina, maka mereka mula berpandang-pandang sesama sendiri dan tertanya-tanya, “apa seterusnya?”

Maka, semalam, akhbar-akhbar Cina pun menyalahkan DAP atas apa yang berlaku. Mereka menyindir bahawa roket kini terhempas kerana DAP terlalu bermain dengan emosi. Akhbar-akhbar Cina seolah-olah ingin menepis kemarahan Dato’ Seri Najib atas tindakan mereka yang sering mengapi-apikan perkauman tetapi di masa yang sama menyalahkan Utusan.

Pesan kita, tidak perlulah akhbar Cina menyalahkan DAP atau sesiapa kerana kita cukup tahu bahawa akhbar Cina, DAP mahupun Dong Zong dan juga sebahagian besar MCA dan Gerakan bergerak sebagai satu entiti iaitu; ‘Cina’.

Kaum ini tidak mungkin menjadi nasionalis dan tidak mungkin dapat mengubah pemikiran mereka selagi mereka dididik dan dipupuk di rumah dan di sekolah-sekolah vernakular serta disogok pula oleh media-media mereka dengan sentimen dan aspirasi keCinaan. Justeru, apa jua yang mereka lakukan dan fikirkan adalah atas dasar kepentingan kaum mereka semata-mata, bukan negara dan tentu sekali tidak melibatkan masyarakat dari kaum lain.

Dan inilah hakikat yang kerajaan perlu pegang kuat-kuat sebelum menggariskan hala tuju pemerintahan negara pasca PRU-13.

Bukti Kit Siang Ada di Kuala Lumpur Pada 13 Mei 1969..!!!


Setelah puas menghasut dan menyebar kebencian terhadap Melayu dalam ceramah-ceramahnya,
Lim Kit Siang kini tersentap apabila menyedari bahawa tindakannya sedang diperhatikan.
Selama ini beliau telah terlepas pandang akan risikonya kerana hampir 100% hadirin di
ceramahnya adalah kaum Cina.

Melihat dari cara beliau berceramah, jelas kelihatan bahawa apa yang berlaku di dalam diri
Lim Kit Siang ketika insiden 13 Mei 1969, kembali berulang, iaitu terbawa-bawa oleh emosi
kebencian yang meluap-luap sehingga gagal memikirkan akibatnya. Kit Siang nampaknya telah
meluahkan segala kebencian itu sepuas-puasnya di setiap ceramahnya di hadapan kaum Cina
bagi mengajak hadirin agar turut merasainya.

Kit Siang lupa bahawa beliau berada di tahun 2013 dan bukannya 1969. Hari ini, segala apa
yang dikatakannya boleh dirakam dan dikongsi serta disebar kepada orang ramai. Justeru,
kenangan 13 Mei kembali segar dan peringatan-peringatan mengenainya pun dimainkan secara
meluas di internet.


Akibatnya, Kit Siang kini terpaksa bertungkus lumus memperbaiki keadaan. Sehari dua ini,
beliau lebih berhati-hati dalam memberi ceramah dan cuba sedaya upaya menafikan dirinya
antara pencetus insiden 13 Mei. Dalam satu ceramahnya, beliau terpaksa pergi lebih jauh dengan
menafikan yang beliau berada di Kuala Lumpur ketika insiden tersebut demi untuk meyakinkan
hadirin. Kit Siang menyatakan bahawa beliau sebenarnya berada di Melaka pada ketika itu dan
hanya mengetahui mengenainya ketika berada di rapat umum di Kota Kinabalu.

Namun, sejarah tidak pernah menipu. Gambar Kit Siang ditangkap oleh polis ketika insiden
tersebut telah pun terpahat dalam laporan MAGERAN.

Sudah tentu penjelasan Kit Siang konon tiada di tempat kejadian adalah tidak konsisten dengan
bukti bergambar yang dipaparkan oleh laporan MAGERAN. Lebih-lebih lagi apabila Lim Kit
Siang tidak dapat menafikan yang beliau turut ditahan di bawah ISA.

Sekiranya beliau tidak terlibat dalam rusuhan, bagaimana beliau boleh ditahan dibawah ISA?

Apapun, Kit Siang mungkin boleh menepis dan menafikan beliau terlibat, tetapi beliau tidak
mungkin boleh menafikan bahawa beliau adalah pencetus insiden tersebut.

Dengan hanya melihat cara Kit Siang berkempen hari ini, rasanya kita tidak perlukan bukti untuk
mengesahkan penglibatan Kit Siang dalam tragedi berdarah itu. Kata-kata Kit Siang sepanjang
kempen hari ini dan sikapnya selama menerajui DAP sudah cukup bagi kita untuk meletakkan
beliau di dalam tragedi 13 Mei itu.

Kini Kit Siang di dalam proses untuk mengulanginya. Semoga rakyat Malaysia, tidak kira dari
kaum mana pun jua akan lebih rasional dan matang dalam menilai kata-kata Kit Siang. Kita
pasti, kaum Cina sendiri tidak ingin tragedi itu berulang.

Kit Siang, Raksaksa Paling Digeruni Dalam Pakatan Rakyat...!!!!


Dalam kempen pembangkang akhir-akhir ini, menyaksikan pemimpin mereka semakin tidak dapat mengawal diri. Rata-rata ceramah mereka menyerlahkan kemarahan, dendam kesumat dan dengki khianat yang parah terhadap Barisan Nasional. Keinginan yang menggila untuk berkuasa menyebabkan mereka tidak mampu lagi berlakon sebagai seorang pemimpin yang rasional dan matang.

Sebaliknya, mereka menghamun dan mengutuk pemimpin BN semahu-mahunya dalam ceramah mereka bagi mencapai kepuasan. Apa yang menarik ialah sasaran yang paling mereka gemari ialah Tun Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri yang amat kita kasihi.

Tun Mahathir begitu giat membantu Perdana Menteri dan Barisan Nasional berkempen dalam PRU kali ini. Rata-rata program yang menampilkan Tun Mahathir pasti menyaksikan sambutan yang hebat sedangkan beliau sudah lama bersara. Kata-kata Tun Mahathir diambil sebagai amanat dan pedoman oleh segenap rakyat berbilang kaum. Dalam setiap program, beliau tidak putus-putus mengingatkan rakyat agar membuat pilihan tepat.

Tun Mahathir tidak perlu bercakap berdegar-degar memaki hamun pembangkang sepertimana Anwar menyuruhnya pergi mati. Tetapi, Tun Mahathir hanya perlu berkata benar dalam setiap ceramahnya, itu saja. Dan itu pun sudah cukup untuk membuat pembangkang separuh gila.

Selain Anwar, antara yang separuh gila dengan usaha Tun Mahathir ini ialah Lim Kit Siang. Susah hati sungguh si Kit Siang bila Tun Mahathir membantu BN. Justeru, jenuhlah dikerah tentera kacang merahnya (Red Bean Army) menghentam Tun Mahathir kononnya sebagai manusia paling berkuasa, kukubesi dan ditakuti di segenap peringkat.

Namun, dalam pada itu juga, berduyun-duyun anggota dan pemimpin DAP keluar parti.

Dan alasan mereka pula adalah konsisten iaitu Lim Kit Siang anak beranak bersifat kukubesi, terlalu berkuasa dan amat ditakuti di dalam DAP!

Kata mereka, dalam meletakkan calon pilihanraya, Lim Kit Siang langsung tidak mengambil-kira suara pemimpin bawahan. Mereka yang telah lama berjuang di dalam parti diketepikan dan rungutan mereka disambut dengan tempelak serta ugutan.

Sudahlah pemilihan CEC juga tidak telus yang mana penipuan dilakukan secara terang-terangan, Lim Kit Siang sedikit pun tidak menunjukkan kekesalan atas ‘kebobrokan’ anaknya dalam kes itu, hatta merestuinya pula. Sehingga hari ini, tiada siapa di dalam DAP yang boleh mempersoalkan perihal kes CEC, atau akan diberi tekanan oleh kepimpinan atasan.

Sumber juga menyatakan Kit Siang begitu terdesak kini dan meningkatkan lagi kempen dengan cara mengugut. Ini sebenarnya, tidaklah mengejutkan kerana sejak dahulu lagi, DAP amat sinonim dengan kes ‘menerima peluru dalam sampul’. DAP juga diketahui mempunyai hubungan rapat dengan kongsi gelap bawah tanah. Sesiapa yang melanggar perintah Lim Kit Siang, akan menghadapi ancaman ugut dan keluarga mereka juga berada dalam bahaya. Kerana itu di dalam DAP sendiri mereka merujuk kepada pemerintahan DAP sebagai sistem ‘kilas tangan’. Malah gelaran Tokong terhadap Lim Guan Eng juga dimulakan oleh orang DAP sendiri.

Oleh itu tidak hairanlah Teoh Beng Hock mengambil keputusan membunuh diri apabila menjadi ‘liabiliti’ kepada DAP.

Berdasarkan semua ini, kita tidak perlu menjadi seorang ‘genius’ untuk meneka bahawa kejadian bom dan letupan mempunyai kaitan dengan DAP.

Selain Kit Siang, pemimpin DAP yang rapat dengannya juga tidak segan silu menunjukkan sikap samseng mereka kepada rakyat, mungkin untuk membangkitkan rasa gerun terhadap parti itu. Antaranya, Tony Pua ketika menjawab soalan Malaysiakini mengenai Red Bean Army, beliau berkata tugas kumpulan itu adalah untuk ‘membunuh orang’. Benar, ia adalah satu perumpamaan, namun perlukah menggunakan perumpamaan yang begitu ‘ganas’ dalam politik?

Jenice Lee, Shen Yee Aun, Tunku Aziz adalah antara segelintir nama-nama yang sanggup tampil ke hadapan dan menelan segala ugutan demi untuk mendedahkan sikap DAP yang kukubesi, kejam, korup dan kotor. Selebihnya, hanya menentang Kit Siang secara senyap-senyap kerana bimbang tindakan parti terhadap diri dan keluarga mereka.

Kit Siang sebenarnya amat sedar akan persepsi ramai terhadapnya, kerana itulah beliau bersungguh-sungguh cuba membalikkan persepsi itu kepada Tun Mahathir, iaitu sasaran paling ‘besar’ dan paling mudah.

Namun, taktik Kit Siang tidak laku kerana rakyat tahu siapa Tun Mahathir iaitu pemimpin yang berhati mulia yang tidak jemu-jemu berusaha merealisasikan sebuah dunia yang lebih baik untuk manusia sejagat. Tun Mahathir terkenal dengan sifat penyayang dan ia boleh dilihat jelas dalam hubungan beliau dengan Tun Siti Hasmah.

Tun Mahathir tidak pernah hilang kawalan atau menggila dan menghamun sesiapa sepanjang hidupnya. Biarpun beliau paling marah kepada George Soros suatu ketika dahulu kerana hampir memusnahkan negara ini, beliau telah meluahkan kemarahan itu dengan cara yang amat tenang, dalam ayat yang cukup tajam tanpa perlu terjerit-jerit mencerca seperti Lim Kit Siang mahupun Anwar Ibrahim yang ingin melepaskan geram.

Justeru, Kit Siang tidak mungkin mampu mencipta gambaran ‘raksaksa’ terhadap Tun Mahathir kerana semua orang tahu, terutama orang-orang DAP sendiri, bahawa Kit Sianglah raksaksa yang sebenarnya. Raksaksa yang bernama Kit Siang ini tidak sanggup bersara seperti Tun Mahathir, tetapi beliau perlu berada di dalam hierarki kepimpinan bagi memastikan kepentingan beliau dan anak-beranaknya sentiasa diutamakan.

Apapun kita ucapkan ‘Selamat Berjaya’ kepada tentera kacang merah di Komtar dan Concorde untuk memulihkan imej Kit Siang dalam masa 7 hari ini. Apa yang pasti, beribu-ribu tentera ini tidak mungkin mampu mencipta persepsi bahawa Kit Siang adalah seorang pemimpin yang penyayang dan prihatin dalam masa 7 hari mahupun 70 tahun lagi.

Wang Besar! DAP Songlap Wang Negeri Untuk Taja Red Bean Army..


Red Bean Army iaitu sekumpulan ‘tentera siber’ yang ditaja oleh DAP difahamkan telah wujud sejak 4-6 tahun lepas. Kekuatan mereka dianggarkan berada dalam jumlah 2000 hingga 3000 dan didarabkan dengan 10 hingga 20 jumlah capaian ke internet (Facebook, twitter, email, komen, dll) iaitu sekitar 60,000. Kekuatan ini akan secara semulajadi digandakan sekiranya rakyat yang terpedaya turut ‘menyambung’ kerja mereka melalui media sosial.

Pejabat Operasi utama Red Bean Army ialah di Bangunan Komtar, Pulau Pinang dan satu lagi di Hotel Concorde Kuala Lumpur. Bayaran bagi setiap seorang dari mereka secara puratanya ialah RM3000-RM8000.

Tugas mereka saban hari secara sepenuh masa ialah:

· menyerang laman web pro-kerajaan,

· menyerang laman-laman sosial aktivis yang pro-kerajaan,

· menyebarkan bahan untuk memburukkan kerajaan,

· mematahkan komen-komen pro-kerajaan di media alternatif,

· menghalang penjelasan kerajaan dari sampai kepada rakyat melalui internet,

· mengganggu apa saja program yang dilihat mampu memberi kredit kepada kerajaan,

· menyebarkan maklumat yang memberi kredit kepada DAP

Modus Operandi mereka ialah mencipta fitnah atau fiksyen yang separa benar, memanipulasi maklumat, menghentam dan mencaci kerajaan dan menyebarkannya seluas yang mungkin dan secepat mungkin.

Objektif mereka pula ialah untuk membangkitkan rasa benci yang meluap-luap serta perasaan tidak percaya langsung kepada kerajaan.

Justeru, tidak hairan jika satu isu kecil, contohnya kejadian di KFC di mana pelanggan Cina dikasari oleh pekerja Melayu kerana berang dimaki hamun, telah dijadikan isu rasis dan tersebar di internet dalam masa 24 jam lalu dipetik oleh portal pro-pembangkang seperti Malaysiakini yang kemudiannya menerima beribu-ribu komen pro-pembangkang dalam sekelip mata.

Ia kemudian dipetik dan disebar lagi oleh blog dan laman web sehingga menjadi satu isu besar. Jika kena isunya, maka ia akan dipetik juga oleh pihak asing sehingga menampakkan seolah-olah Malaysia tidak selamat.

Pendek kata, kewujudan beribu-ribu tentera siber DAP tidak wajar dipandang ringan kerana pembunuhan etnik Rohingya di Myanmar juga sebenarnya bermula dengan kebanjiran maklumat tidak tepat secara besar-besaran dan cepat melalui internet seperti ini.

Lebih dahsyat, bagi mencapai objektif mereka, DAP sanggup pergi lebih jauh sehingga ke tahap mengugut dan mengancam.

Bukan hanya orang politik dan rakyat biasa yang menjadi sasaran, tetapi juga para artis dan selebriti yang secara terbuka menyokong kerajaan Barisan Nasional turut menjadi mangsa. Artis Korea popular, Psy, adalah antara mangsa ugutan dan ancaman mereka apabila menerima jemputan MCA untuk membuat persembahan di Pulau Pinang tidak berapa lama dahulu. Antara artis lain yang menerima nasib yang sama ialah artis Cina tempatan Leng Yen, Jackie Chan dan Dato’ Michelle Yeoh. Dua lagi artis dari Taiwan juga tidak terkecuali di mana mereka akhirnya bertindak membatalkan persembahan di sini. Malah tokoh Sami tersohor Buddha, Master Hsing Yun juga tidak terkecuali menjadi sasaran DAP apabila beliau membuat kenyataan memuji kepimpinan Dato’ Seri Najib.

Apa yang penyokong DAP sendiri mungkin sukar untuk percaya ialah, ugutan dan ancaman terhadap mereka ini bukan sekadar secara ‘maya’ tetapi secara langsung juga. Sekiranya mangsa masih berdegil, maka ugutan dan ancaman ini akan ‘dipanjangkan’ kepada keluarga dan periuk nasi mangsa. Ini bermakna, mereka akan mengganggu keluarga mangsa, menyerang tempat kerja atau perniagaan mereka termasuk mengugut para vendor atau pembekal dan sesiapa sahaja dalam rangkaiannya sehingga mangsa berada dalam keadaan ‘tiada pilihan’.

Semua ini didedahkan sendiri oleh Shen Yee Aun, iaitu bekas Setiausaha Pemuda DAP yang kini aktif membantu MCA dalam terlibat langsung dalam NGO yang mesra kerajaan. Yee Aun pada mulanya adalah anak didik Institut Kajian Dasar (IKD) iaitu sebuah organisasi ‘milik’ Anwar Ibrahim. Dari situ, beliau dipujuk oleh DAP agar menyertai mereka dan membantu dalam ‘perang menentang kerajaan’. Sebagai anak muda yang penuh dengan aspirasi dan cita-cita, Yee Aun menjalankan tugasnya dengan dedikasi di bawah DAP dan diberi jawatan yang tinggi.

Namun, sampai satu ketika Yee Aun yang mempunyai jatidiri Malaysia yang kuat tidak mampu lagi mengabaikan kata hatinya yang menyayangi negara ini. Bagi beliau tindakan mengugut dan mengancam keluarga dan periuk nasi orang lain adalah kejam dan beliau tidak sanggup membiarkan negara ini diperintah oleh orang yang kejam.

Beliau pertama kali memberontak menentang DAP sejak 2010 dengan mendedahkan sikap kuku-besi dan tidak telus parti itu dalam menangani isu di Klang pada ketika itu. Sedikit demi sedikit Yee Aun semakin lantang mengkritik DAP dari dalam sebelum mengambil keputusan keluar parti. Beliau kini aktif mendedahkan operasi kotor serta agenda jahat DAP terhadap Malaysia.

Menurutnya, ada kes di mana DAP telah bertindak membuli dan mengugut keluarga sasaran mereka termasuk teman wanitanya. Mereka juga mencuri kereta bapanya dan kemudian ibunya dan berbagai-bagai ancaman lagi bagi menakutkannya dan keluarganya. Ini tidak mengejutkan kerana Tony Pua sendiri tidak menafikan kewujudan tentera Red Bean Army ini dalam satu kenyataan dalam Malaysiakini dan menjelaskan peranan tentera ini adalah untuk ‘membunuh orang’.

Dengan apa yang dilalui Yee Aun, maka kita tidak hairan jika Teoh Beng Hock membunuh diri apabila beliau menjadi masalah kepada DAP.

Apa yang didedahkan ini mungkin sukar untuk diterima terutama dengan beribu-ribu tentera siber DAP yang bersedia menghalang (block) dan membela parti itu di internet. Mana-mana isu yang mendedahkan kelemahan mereka akan dihalang dengan cara beribu-ribu tentera itu akan membuat laporan ‘spam’ supaya kebenaran tidak sampai kepada pembaca internet. Malah, kita boleh melayari sendiri nama Yee Aun dan lihatlah bagaimana giatnya namanya dicemar oleh tentera Red Army di alam siber.

Gerak kerja tentera ini didapati berkesan di kalangan golongan atas pagar, terutamanya. Apabila melihat komen-komen yang begitu ramai membela DAP, maka golongan ini akan mempunyai persepsi seolah-olah DAP berada di pihak yang benar dan orang seperti Yee Aun telah ‘dibeli’ kerajaan.

Namun, sekiranya golongan ini sanggup mengambil sedikit masa untuk mencari kebenaran, mereka tentu tahu bahawa Yee Aun bukan satu-satunya pihak yang mendedahkan sikap kukubesi DAP mahupun agenda jahat mereka. Tunku Abdul Aziz, bekas Pengerusi DAP, bekas Adun DAP Teja R. K. Muthu, bekas ADUN Malim nawar Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh malah bar-baru ini, Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau juga telah bertindak keluar parti atas alasan yang sama, iaitu tidak sanggup lagi menerima pemerintahan kukubesi Lim Kit Siang anak beranak.

Jika itu belum cukup untuk membuat kita berfikir tentang bahayanya DAP, maka fikirkanlah bagaimana DAP membayar sebegitu ramai tentera siber ini?

Tidak lain tidak bukan, wang negeri Selangor dan Pulau Pinang telah dipamkan secara besar-besaran untuk tujuan ini. Bukankah wang tersebut adalah wang rakyat? Wang pembayar cukai? Bukankah ia perlu digunakan untuk negeri dan bukannya parti? Di manakah cekap, amanah dan telus (CAT) yang dilaungkan DAP? Bukankah lebih tepat jika dikatakan kejam, kotor dan korup (KKK)?

PAS Sedia Terajang DAP Jika Halang Hudud....!!!


Timbalan Musyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam satu temu bualnya dengan media secara terbuka mengakui PAS akan tetap melaksanakan hudud sekiranya pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS menang PRU-13.

Menurut Haron Din, kesediaan DAP untuk menggunakan logo PAS sekiranya keadaan memerlukan merupakan bukti kukuh bahawa DAP menerima dasar PAS terutama sekali dalam perlaksanaan hukum hudud

Entah bagaimana ia akan dilakukan payah nak difikirkan memandangkan dengan sejumlah 73 kerusi Parlimen yang ditandingi PAS dan hanya 12 sahaja yang putih, sukar sekali untuk PAS mengubah Perlembagaan Negara seterusnya merintis perlaksanaan hudud.

Begitu pun, kenyataan pemimpin PAS itu bagaimana pun agak bertentangan dengan DAP yang mana pada 20 April 2013 lepas, Karpal Singh menyatakan penggunaan logo PAS oleh calon DAP bukanlah bermakna dasar PAS telah diterima tanpa halangan.

Sebaliknya ia hanya menunjukkan betapa mudahnya PAS diperalatkan untuk kepentingan DAP, sama seperti mudahnya PAS tunduk pada kehendak DAP dalam isu kalimah Allah S.W.T yang sehingga kini PR tetap dengan pendirian kalimah suci itu boleh diguna pakai dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.

DAP tetap dengan pendirian menolak hudud PAS dan menentang Negara Islam, sebaliknya kerjasama yang dijalin antara DAP dan PAS melalui PR hanyalah untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya.

Tiada yang menghairankan dengan kenyataan Pengerusi DAP itu kerana sebelum ini pun DAP sering mempertahankan pendiriannya berhubung perkara ini. Malah pada 30 Julai 2012, Setiausaha Agung DAP iaitu Lim Guan Eng juga mengeluarkan kenyataan yang sama nadanya.

Dari satu sudut, jika dilihat pada kenyataan tegas Dr Haron Din, ia seperti memberi bayangan keinginan tersirat PAS untuk mengetepikan peranan DAP seandainya PRU-13 kelak PR berjaya menguasai di peringkat Pusat.

Malah ada kemungkinan juga wujud niat tersirat yang lain di mana PAS akan menerajang keluar DAP dari PR seandainya perjuangan melaksanakan hudud PAS terus dihalang oleh DAP, senario ini nampak mustahil tapi logik.

Andai benar sedemikian, kita boleh jangkakan PR tidak akan kekal lama sebaliknya haru-biru dan kecelaruan pula yang menimpa negara disebabkan pertelingkahan sesama sendiri dalam pakatan yang tak sepakat.

Yang pastinya, percanggahan ketara di antara PAS dan DAP hari ini hakikatnya membuktikan ketidaksepakatan PR, ia mungkin dianggap kecil tapi bagi khalayak bagaimana mungkin sebuah pakatan yang tidur sebantal mimpi lain-lain mampu membawa perubahan yang di war-warkan.

DAP Pecah Cermin Van Di Bakri, Tapi Tuduh UMNO..!!!


Di dalam kerancakan berkempen, nun jauh di selatan tanah air rakyat tiba-tiba dikejutkan dengan berita penangkapan 2 remaja berbangsa Cina yang disyaki melakukan perbuatan berunsur provokasi.

Mereka dikatakan telah bertindak memecahkan cermin sebuah van milik DAP yang diletakkan di hadapan bilik gerakan parti itu di jalan Sakeh, Bakri semalam.

Pimpinan DAP khususnya calon bagi kerusi Parlimen Bakri, Er Teck Hwa ketika diminta mengulas mengenai kejadian tersebut mengatakan tidak mengesyaki sesiapa yang bertanggungjawab terhadap perbuatan khianat tersebut.

Namun beliau menegaskan ia telah menjejaskan aktivitinya kerana perlu membaiki kenderaan tersebut.

Melalui pandangan mata kasar, pasti rakyat khususnya di Johor akan melihat betapa mulianya hati Teck Hwa yang mengambil pendekatan bersangka baik walaupun pada hakikatnya ia adalah sebaliknya.

Ini kerana nada tersebut dilontarkan hanya sejurus selepas kedua-dua orang suspek tersebut berjaya ditangkap. Sekiranya mereka yang melakukan perbuatan tersebut tidak berjaya di berkas oleh pihak berkuasa, sudah pasti nada bahasanya akan berlainan sama sekali.

Ini kerana mereka khususnya pimpinan pakatan pembangkang sebelum ini sering menggunakan setiap ruang dan peluang untuk menyalahkan kerajaan bagi menggambarkan kononnya mereka sering ditindas oleh parti pemerintah.

Sebagai contoh, lihat sahaja drama swasta yang dimainkan oleh Lim Kit Siang sebelum ini yang menitiskan air mata palsu ketika memaklumkan kononnya parti ‘ultra kiasu’ tidak dibenarkan menggunakan lambang roket oleh pihak ROS.

Sedangkan sebelum ini pihak ROS sendiri telah memaklumkan bahawa parti tersebut dibenarkan untuk bertanding menggunakan parti roket.

Namun ketika proses penamaan baru-baru ini, kesemua calon DAP mendaftar dengan menggunakan lambang roket walaupun sebelum ini media digembar-gemburkan dengan laporan ‘air mata palsu’ Kit Siang yang akan bertanding menggunakan lambang bulan.

Berbalik kepada isu yang dibangkitkan tadi, mengikut fakta kes kedua-dua suspek berbangsa Cina itu diberkas selepas pihak polis menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki berusia 51 tahun yang juga merupakan Pengerusi Poster, Kain Rentang dan Manifesto BN Bakri.

Ekoran laporan tersebut pihak polis berjaya memberkas 2 orang remaja yang berusia 18 dan 19.

Mereka ditahan kira-kira 45 minit selepas melakukan perbuatan tersebut yang disaksikan sendiri oleh tujuh petugas BN yang sedang memasang bendera, pada jarak 100 meter dari tempat kejadian.

Malah hasil soal siasat mereka akhirnya mengaku melakukan perbuatan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti dalang kejadian.

Menurut sumber, kedua-dua remaja tersebut adalah merupakan ‘orang suruhan’ DAP yang diupah untuk melakukan perbuatan khianat tersebut. Modus operandinya mudah untuk sekali lagi menagih simpati rakyat.

Sekiranya suspek tersebut berjaya melepaskan diri, sudah pasti pimpinan DAP akan menggunakan isu tersebut bagi menuduh BN/UMNO sebagai orang yang bertanggungjawab.

Dinasti Lim Punca Pergolakan DAP


DAP dikenali sebagai parti anak beranak yang urusan pentadbirannya dijalankan bagai sebuah syarikat swasta persendirian milik keluarga. Itu identitinya yang tak siapa dapat nafikan.

Pendek kata bila sebut saja DAP orang akan teringatkan Dinasti Lim kerana disebabkan jasa dinasti itulah, kini DAP di puncak kegemilangan sehingga mampu menjadi abang besar kepada PAS dan mempunyai orang kanan seperti PKR.

Itu cerita dulu kerana beberapa bulan kebelakangan ini imej Dinasti Lim nampaknya sudah tercalar terutama sekali selepas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung akhir tahun 2012.

Sana sini wujud kebimbangan ketara di kalangan pemimpin dan ahli DAP tentang kemungkinan parti itu akan digantung atau diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) gara-gara kemelut penyelewengan semasa pemilihan tempohari.

Lebih dramatik lagi bila timbul dakwaan menyatakan RoS tidak mengiktiraf senarai ahli CEC DAP dari pemilihan itu disebabkan banyak keraguan yang timbul.

Proses pemilihan CEC itu sepatutnya lancar seandainya Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng serta balaci kroninya berpegang teguh pada aspek ketelusan semasa pemilihan itu.

Tapi disebabkan besarnya nafsu untuk menguatkan kedudukan Dinasti Lim, maka berlakulah silap mata di mana kroni Guan Eng iaitu Zairil Khir Johari tiba-tiba sahaja menduduki tangga ke-20 sebagai ahli CEC yang dipilih.

Zairil atau nama sebenarnya ialah Christopher Ross Lim, 100% darah keturunan Cina, dinaikkan kedudukannya sebagai ahli CEC walau hakikatnya tidak terpilih, semata-mata untuk menonjolkan konon ada juga pemimpin Melayu yang menjadi pilihan ahli DAP.

Tambah menimbulkan kecelaruan bila mana seramai 753 orang perwakilan keturunan India sengaja dinafikan hak memilih hanya semata-mata kelompok pemimpin dan perwakilan itu memusuhi Dinasti Lim.

Disebabkan kecelaruan dan penyelewengan yang berlaku akhirnya meletakkan DAP dalam keadaan tersepit berdepan dengan siasatan selepas ahli-ahli DAP sendiri membuat laporan kepada ROS kerana meragui ketelusan proses pemilihan CEC DAP.

Dan baru sekarang para pemimpin DAP sibuk menyuarakan kebimbangan mereka kalau-kalau DAP terpaksa digantung atau dikuburkan sebelum atau selepas PRU-13, sudah agak terlambat kerana kerosakan yang berlaku sukar sekali diperbetulkan.

Namun seandainya ia menjadi kenyataan, tidak syak lagi beban kesalahan itu kelak perlu dipikul oleh Dinasti Lim.

PRU KE-13 - ROS MENJADI MANGSA KEKEJAMAN DAP...!!!





Sehari sebelum hari penamaan calon, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng cuba menyala satu lagi api kebencian terhadap kerajaan, kali ini menjadikan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai sasaran utamanya.

Guan Eng cuba menggambarkan kononnya ada komplot berlakunya untuk menafikan hak DAP bertanding pada PRU ke 13, meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ROS sendiri menegaskan tidak ada niat sebegitu.

Semalam ROS menyatakan ia tidak akan mengiktiraf Jawatankuasa Pusat Eksekutif DAP selagi parti itu tidak memberi penjelasan menyakinan berhubung kemelut pemilihannya pada Disember lalu.

Tiada masalah DAP bertanding PRU13SPR dan ROS bagaimanapun menyatakan bahawa ketetapan ROS itu tidak memberi sebarang kesan kepada penyertaan DAP dalam PRU 13.

Guan Eng bertindak balas dengan menyifatkan langkah ROS itu adalah satu “kezaliman".

"DAP tidak akan terima begitu sahaja, kita akan lawan kezaliman ini. Kita akan tetap bertanding dalam PRU 13,” kata beliau.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai sabotaj terbesar terhadap DAP dalam sejarah penubuhan parti itu.

"Kita telah mendapat persetujuan PAS dan PKR untuk menggunakan logo mereka," tambah Guan Eng dalam cubaan terdesak menggembar-gemburkan perkara itu.

Ia taktik untuk meraih simpati, khususnya daripada pengundi Cina yang menjadi sandaran utama DAP.

Ia juga bertujuan menghasut pengundi untuk membenci kerajaan kerana kononnya “menzalimi” pembangkang.

Ini pendekatan yang sering digunakan oleh Guan Eng dan ayahnya Kit Siang.Kenyataan jelas SPR dan ROS diketepikan sebaliknya pasangan anak-beranak melemparkan tuduhan yang tidak masuk akal.

ROS punya alasan kukuh, tidak iktiraf CEC DAP.

ROS tidak dapat mengiktiraf CEC dalam DAP kerana parti itu meminda keputusan pemilihan tiga minggu selepas ia diumumkan.

Dalil Guan Eng adalah berlakunya kesilapan dalam pengiraan kertas undi yang perlu diperbetulkan.

Hasil penting daripada keputusan yang diubah itu adalah Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil Khir Johari dilantik menyertai CEC, setelah beliau dan tujuh ahli Melayu lain kalah pada hari pemilihan parti.

Sudah tentu pindaan dalam keputusan pemilihan akan mengundang siasatan daripada ROS, lebih-lebih lagi kerana akar umbi DAP sendiri mempertikaikan tindakan Guan Eng merestui pindaan keputusan itu.

Selagi siasatan tidak selesai dan DAP tidak memberikan penjelasan meyakinkan ROS tidak dapat mengiktiraf keputusan baru itu.

Tidak ada yang pelik mengenai tindakan ROS ini.

Pada masa sama ROS bersama SPR mengeluarkan kenyataan bahawa DAP masih parti berdaftar yang sah dan statusnya untuk bertanding pada PRU 13 tidak terjejas.

Malangnya isu itu cuba dijadikan modal politik oleh DAP dalam satu lagi cubaan untuk menutup kebenaran. Media Shah Alam

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive